Monday, February 27, 2012

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui di Turki.


KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan   kedatangan Nabi Muhammad.
KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.
Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. 

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
   
 



Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. 
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).





Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). 

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi


Tuesday, February 14, 2012

Misteri Kewujudan Bangsa Melayu

                                               
“Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.


Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.
                                            
Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.


                                
Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!


                         
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu. 


Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?


Baca perjalanan sejarah Israel disini


Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa?




INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.
                       


Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?


                                     
Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?”]








 Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. 






 Boleh baca disini :Jawi Menewaskan Pallava, Kawi dan Rencong


Mari kita lihat disini peranan tulisan-tulisan ini dalam sejarahnya.

Tulisan Kawi

Fail:Ancient Khmer script.jpg


Boleh baca juga disini :Hanacaraka


Tulisan Pallawa


Baca sepenuhnya disini :Huruf Pallawa




Jika kita amati pada tulisan kuno melayu, cuba kita teliti akan hurufnya iaini tulisan Kawi, seakan-akan menyerupai tulisan India,tanah Melayu disabitkan dengan pendudukan India. Mereka ini memberi pengaruh yang besar terhadap kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya yang bertahan selama 1400 tahun.,Begitu juga jika kita teliti tulisan siam, bahasa siam juga seakan-akan huruf Kawi & Pallawa, begitu juga dengan di Kemboja, Thailand dan lain-lain.Maknanya disini, melalui penyebaran huruf yang asalnya seperti Kawi,Pallawa & Rencong, kita boleh lihat kesan pendudukan satu bangsa yang besar di sebelah Asia ini.Bezanya bangsa ini berpecah dari jenis agama yang dianuti.



SEJARAH AKSARA RENCONG 



Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu). 



‘Aksara Rencong’ ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba. 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. 

Walaubagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ketiga masihi lagi. Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia. Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat). Terdapat dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh dan abad kesembilan. 

 Gambar dibawah menunjukkan Batu Bersurat Di Terengganu.



                                         
 
                                   

Batu bersurat penting yang mengandungi perkataan bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat Kedukan Bukit (bertarikh 683 Masihi, ditemukan di Palembang), batu bersurat Talang Tuwo (bertarikh 683 Masihi, ditemukan dekat Palembang), batu bersurat Kota Kapur (bertarikh 686 Masihi, ditemukan di Pulau Bangka), dan batu bersurat Karang Brahi (bertarikh 692 Masihi, ditemukan di Jambi). Satu lagi batu bersurat yang penting ialah batu bersuratGandasuli (bertarikh 832 Masihi, ditemukan di Jawa Tengah).

Batu Bersurat Telaga Batu


Batu bersurat Srivijaya dari abad ke-7 yang ditemui di Sabokingking, 3 Ilir, Ilir Timur II,PalembangSumatera Selatan sekitar tahun 1950. Batu bersurat ini kini dipamerkan di Muzium Nasional Indonesia, Jakarta.Sebanyak
30 batu bersurat berkenaan Siddhayatra telah ditemui di sekitar Sumatera Selatan, kebanyakannya menceritakan tentang perjalanan Siddhayatra Dapunta Hyang Sri Jayanasa, yang menurut Batu Bersurat Kedukan Bukit berlaku sekitar tahun 605 saka (683 M). Kini, kesemua batu bersurat Siddhayatra ini disimpan di Muzium Nasional Indonesia.
Batu bersurat ini dihasilkan dari batu andesit yang berukuran 118 cm tinggi dan 148 cm lebar. Bahagian atasnya dihiasi dengan tujuh kepala naga, dan pada bahagian bawahnya terdapat bentuk seperti cerat yang mengalirkan air, yang berkemungkinan dicurah ketika upacara ritual kesetian. Batu bersurat ini ditulis dengan tulisan Pallava dalam Bahasa Melayu Kuno.
Teks pada batu bersurat ini agak panjang, bagaimanapun isi kandungan utamanya hanya berkisar tentang sumpahan-sumpahan ke atas sesiapa yang menderhaka kepada kedatuan Srivijaya atau melanggar perintah dātu. Menurut Casparis, jenis-jenis orang, pekerjaan atau pangkat kedudukan yang disebut dalam batu bersurat ini dikategorikan sebagai berpotensi membawa bahaya dan berkemungkinan memberontak terhadap ketuanan Srivijaya. Bagi mencegah sebarang cubaan menderhaka, pemerintah Srivijaya mewajibkan mereka ini menyatakan kesetian, dengan ancaman akan disumpah jika tidak berbuat demikian.

Batu bersurat ini mengandungi senarai paling lengkap pegawai-pegawai kerajaan. Beberapa ahli sejarah berpendapat ibu kota Srivijaya sepatutnya terletak di Palembang, kerana kewujudan batu bersurat ini yang mengandungi pangkat-pangkat yang kompleks dan berstarata.[2] Bagaimanapun, Soekmono berpendapat batu bersurat yang mengandungi sumpahan ini tidak wajar terletak di ibu kota kerajaan, kerana ia mengandungi sumpahan yang menakut-nakutkan kepada sesiapa yang durhaka kepada kedatuan,[3] dan beliau yakin ibu kotanya terletak di Minanga (mungkin terletak sekitar Candi Muara Takus) seperti yang disebut dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit.

Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. Batenburg pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 sentimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masehi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu Tua.
Boleh baca selebihnya disini


Misteri Batu Bersurat ini juga dapat dilihat di Gunung Ledang.

Batu Bersurat ini  bertulis HURUF KAWI atau JAWA KUNO.
Batu ini di tulis oleh Seorang Sultan Terkenal,Sultan itu ialah Sultan Ali Akbar Al Fatahillah ,Sultan Demak 1 dan belau menulis batu ini pada tahun 1383 m atau Tahun Saka 1313.
Yang Memotong batu ini ialah Pengeran Jimbun atau Raden Patah atau Sultan Demak pertama.Beliau ialah Bapa kepada Puteri Mas Nyawa atau Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah atau PUTERI GUNONG LEDANG !! D
iantara tulisan Kawi yang tertulis di batu ini ialah nama Ali Akbar.Nama ini adalah nama bagi Raden Patah.

Batu Bersurat Singapura









Dijumpai ketika membersihkan hutan di kawasan yang dipanggil Rocky Point di Muara Sg Singapura padaJun 1819. Batu tersebut mempunyai ketinggian 10 kaki (3 meter) dan lebar 9 – 10 kaki (2.7 ke 3 meter) ketika di jumpai.

Usaha untuk menterjemah tulisan di batu tersebut sering menemui kegagalan. Ramai pihak termasukStamford Raffles sendiri cuba untuk menafsirkan tulisan tersebut. Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Ada yang mengatakan tulisan tersebut adalah Pali (William Bland), Tamil(James Begbies), Kawi (Laidlay) , Sanskrit dan Jawa Purba (Kern).



Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda . Lagenda tersebut mengisahkan pertarungan antara Badang yang mewakili Raja Singapura dengan Nadi Vijaya Vicrama yang mewakili Raja Benua Keling yang bertanding mengangkat batu besar di hadapan dewan raja. Hadiahnya merupakan 7 buah kapal penuh dengan harta.Vicrama hanya mampu mengangkat batu separas lutut manakala badang pula berjaya melontarkan batu tersebut ke muara sungai singapura!


Manakala menurut Sulalatus Salatin karangan Tun Sri Lanang, dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai keTemasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (petikaca) dan masuk ke laut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut.Diletupkan pada tahun 1843 atas arahan Kapten Stevenson untuk melebarkan muara Sg Singapura dan memperbesarkan Pelabuhan Fullerton dan kuaters penginapan. Leftenan Kolonel James Low yang menentang pemusnahan tersebut sempat menyelamatkan tiga serpihan kepingan batu yang tertera inskripsi diatasnya.

Sekarang batu ini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Singapura dan diiktiraf sebagai salah satu dari sebelas HartaWarisan Negara (National Treasure).


Ini sedikit catatan yang boleh kita lihat dan hayatinya.










Merekalah bangsa misteri pengembara yang hebat!Sepanjang sejarah perjalanan mereka yang panjang dan berliku,mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah untuk dibaca oleh bangsa mereka nanti.Mereka juga membina tamadun dunia dengan ketinggian ilmu yang luar biasa!

Rehatkan minda kita seketika,Sila saksikan usaha-usaha pihak barat untuk mencungkil segala rahsia yang terpendam sekian lama berkaitan bangsa misteri dan segala ketamadunan yang mereka tinggalkan.

Apakah rahsia terpendam sekian lama yang dicari oleh bangsa misteri ini???


“Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.




APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. 


Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.

DAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?


Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala... 




Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. 




Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).


Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin. 


Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.


Di mana mereka? 

TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.


Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu. 


Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.’ 


Persoalan tentang siapa dan bangsa mana yang mempunyai teknologi membina piramid dan negarakota. 


Mari kita jejaki lagi bangsa misteri ini di nusantara! Jika candi Prambanan dikaitkan dengan agama hindu,maka candi Borobudur pula dikaitkan dengan agama budha!kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi tersebut?Siapakah bangsa yang memahat batu-batu dinding candi itu dengan kod-kod rahsia untuk dibaca oleh generasi selepas mereka?sudah tentu mereka bercerita tentang kehidupan mereka dan sudah tentu keris juga adalah sebahagian dari hidup mereka! 




Boleh baca selanjutnya tentang  keris disini
Apa yang berlaku 20,000 tahun lampau? Apakah jenis peradaban yang ada ketika itu?

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia.
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, 'Manusia Yuanmou',yang dijumpai pada tahun 60-an.Seperti pendedahan sebelum ini, dimana saya mendedahkan mengenai Piramid yang juga ditemui di China, Yunnan adalah  sebuah daerah di China, Jadi, bangsa yang hebat ini juga adalah bangsa yang pernah menduduki China.

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

1)Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
2)Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
3)Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

                               
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.


Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.