Wednesday, October 5, 2011

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU









"...sent them away from his son Isaac to the land of the east." 

(Genesis 25:6 New International Version)



Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini"(Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.

  Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.

 Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .

  Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.

  Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.

 Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.


Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.



Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.



Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?

Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Adakah anda semua ingat Zulkarnain itu menutup lubang bumi?




Zulkarnain hanya membuat pagar sahaja yang tinggi sahaja di sekeliling negeri. Jika ia hanya membuat pagar Adakah pagar Zulkarnain boleh menutup Ya'juj dan Ma'juj secara keseluruhan?

Selain itu Nabi Muhammad saw ada menyebutkan mengenai hanya 1 dari 1000 orang manusia di bumi ini masuk syurga. Selebihnya masuk Neraka.

Rasulullah saw menerangkan kepada sahabat r.a. agar jangan khuatir sebab orang yang beriman itu sebenarnya hanya sedikit, orang tidak beriman itu diramaikan oleh Ya'juj dan Ma'juj. 

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Ya'juj dan Ma'juj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Dari Hadis ini membuktikan bahawa Ya'juj dan Ma'juj itu sebenarnya manusia. Mereka bukan orang atau makhluk lain dalam tanah. tetapi mereka sebenarnya ialah keturunan manusia yang tidak beriman dan mereka bukan jua dari kalangan ahlul kitab. 



Oleh itu saya pasti dan yakinlah wahai teman dan sahabat bahawa kita sekarang sedang menggunakan kalendar Ya'juj dan Ma'juj. Astaghfirullah Al-'Adzim. 


Jika saya betul pujilah Allah swt. Maafkan saya kerana memberikan kabar yang tidak menyenangkan ini. Semoga kita semakin hampir kepada Allah swt jua

Kisah Tamim Ad-Dari bertemu dengan Dajjal



Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: 


“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
 Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” 



Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”


Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” 

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” 

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” 

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” 

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” 
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” 
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” 
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam

Piring Astro Menghadap Kiblat?









Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Monday, October 3, 2011

Misteri bangsa Melayu & Kaitan Peradaban dunia yang Diselindung


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal
di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari
pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini
tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak
pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar.
Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang
memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu
adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah
struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak
kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan
berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian
radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun
ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul
makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000
tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang
masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong
telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di
sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang
tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah
menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut
Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi
sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli
arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan
tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang
'peradaban Asia Timur'.

Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui
di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.



MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis
Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang
prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki
ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa
misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika
kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan
beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi
Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang
pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan
mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan
pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka
apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika
kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri
Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam
filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun
kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi
seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia, sebagai pembukaan dari saya, merangkap
3rd Order dalam organisasi. Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah
mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan
memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah
mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci
kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih
beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk
cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan
sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan
lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa'
mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau
penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki
Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan
saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu
degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya
boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan
menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The
Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab
Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,
terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy
dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,
saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir
Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara
Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri.
Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba
membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat'
banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja
Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh
negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan
telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan
yang sama.



MELAYU - THE LOST TRIBE

Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa
hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan
gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang
berada dalam naungan mereka :-


ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,




Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan
dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka,
kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas,
tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya
senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu
yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih
lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya
selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam
genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.
(Embedded image moved to file: pic19623.jpg)
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu
istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa
gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam
bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan
bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot
ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda
sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu
dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang
merentasi dari :

*UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin,
segenting)
*TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
*TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
*SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para
pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh
golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala
berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup
dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam
makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah
laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii
dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan
sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa
Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang
tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara
Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah
laut."

-Nostradamus



MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu
bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab
Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja
yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua
puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu
‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama
Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno
yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf
a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin.
Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di
sebelah timur.
(Embedded image moved to file: pic27577.jpg)

Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai
bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai
berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan
generasi Manasseh.


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk
mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam
Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka
lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe
disebelah South East Asia region.

__,_._,___

Sunday, October 2, 2011

Kaabah


Kaaba ialah kiblat manusia-manusia yang memanggil dirinya seorang Muslim. Kalau kamu Muslim yang baik kamu paling kurang mengadap kaaba sebanyak 5 kali sehari. Kalau infidelic sekali setahun pun tak pasti. HAH! Dibawah ialah beberapa gambar rare dari dalam Kaaba. Tahukah anda bahagian Kaaba ini dibersihkan dua kali setahun. Upacara pembersihan dilakukan 30 hari sebelum Ramadan dan 30 hari sebelum bermulanya musim haji.

Upacara pembersihan dimulakan dengan gabenor Mekah membuka pintu bersepuh emas Kaaba yang seberat 300 KG! Pintu emas ini dibina oleh Ahmad bin Ibrahim Badr pada tahun 1979 bagi menggantikan pintu perak yang dibina oleh bapanya pada tahun 1942. Kunci pintu ini pula dijaga oleh Banī Shayba' yang sudah dipertanggungjawabkan memegangnya sejak turun temurun. Bahagian dalaman Kaaba dibersihkan dengan air zam zam, wangian dari air bunga ros dan penyapu.

Antara soalan yang biasa aku dengar ialah;
"Kenapa pintu masuk kedalam Kaaba diletakkan terlalu tinggi dari lantai?"

Good question. Pada tahun 1039 Hijrah (1630 Masehi) berlaku banjir besar ketika zaman pemerintan Sultan Murad Khan. Akibat dari banjir ini tiga daripada empay dinding Kaaba runtuh. Pembinaan semula Kaaba dilakukan dan kaaba asal dirobohkan kesemuanya melaiankan suduh yang mempunya Hajaral Aswad. Pintu dinaikkan 2 meter dari aras lantai Masjidil Haram bagi mengelakkan air masuk kedalam Kaaba jika berlaku lagi bajir dimasa hadapan. Tangga khas yang digunakan untuk memasuki Kaaba sentiasa disimpan didalam Masjidil Haram jika mahu digunakan.





Bercakap pasal pembinaan semula. Mengikut kajian ahli sejarah, adalah dipercayai Kaaba sudah menjalani 12 kali proses renovasi. Kali terakhir ia dilakukan ialah pada tahun 1996. Proses baikpulih ini ialah kali pertama dilakukan sejak zaman Sultan Murad Khan yang aku katakan di dalam perenggan diatas. Atap kaaba juga digantikan pada ketika ini.

So there you go some nice Info tentang Kaaba. Siapa kata Obefiend tak boleh buat entry Syaria compliant?
Bawah : Rekabentuk Kaaba ketika zaman nabi Ibrahim dan bentuknya sekarang. Juga gambar dalaman Kaaba proses ubah suai tahun 1996


Gambar dari atap bumbung kaaba





Friday, August 5, 2011

Rahsia Bendera Israel & Bintang Enam

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.


Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .
 
 

Friday, June 10, 2011

Kisah Imam Syafie & Imam Ahmad


Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”

Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.”  -wallahualam