Sunday, July 22, 2012

Rahsia 1618





Kota Makkah telah diperintahkan sebagai arah bersolat, suatu tempat yang menakjubkan bagi berbilion umat Islam. Ia juga adalah pusat paling suci bagi agama Islam.

Nombor 1618 adalah nombor yang sangat unik, berkaitan dengan rahsia kejadian alam seperti kaitan dengan denyutan jantung, nisbah spiral DNA, dan "dodecehadron" iaitu 12 sisi dengan setiap sisi berbentuk pentagon (segi lima).

Selain itu nombor 1618 juga dikaitkan dengan alam semester seperti penyusunan daun tanaman yang dinamakan "phyllotaxy", sepihan kristial salji, struktur spiral pelbagai galaksi. Kesemua ciptaan Allah ini berkaitan dengan nombor 1618 yang dikenali Nisbah Emas (Golden Ratio).

Nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir, Ahli astronomi terkenal, Keppler, mendefinisikan nombor ini sebagai "Khazanah Berharga".

Pakar estetika, Dr.Steven Markout, membuktikan dalam kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap rupa dan bentuk tubuh manusia, diciptakan dengan menggunakan nisbah tersebut.

 "Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya"  Surah AlInfitar, Ayat 007.













“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”.  Surah At Tiin, Ayat 4-5.











Nisbah 1618 akan menjadi cantik di mata manusia. 
Titik Nisbah Emas Bumi



Nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara, dengan jarak antara mekah dan kutub selatan adalah bersamaan dengan nisbah 1618 iaitu "Nisbah Emas".

Selain itu, Nisbah jarak ke Timur dengan jarak ke barat yang ditentukan oleh garis 'solstis'(titik balik matahari) dari mekah juga bertepatan dengan 1618.
Jika kita mengukur jarak Kota Makkah ke arah Kutub Utara, diperoleh angka 7631.68 km, sedangkan jika ke arah Kutub Selatan, diperoleh angka 12348.32 km. Apabila kedua angka tersebut kita diperbandingkan :

12348.32 km / 7631.68 km = 1.618

Angka 1.618 di dalam matematika, dikenal sebagai Bilangan Fibonacci, yang didefinisikan dengan rumus sebagai berikut:




 Penjelasan:
Barisan ini berawal dari 0 dan 1, kemudian angka berikutnya didapat dengan cara menambahkan kedua bilangan yang berurutan sebelumnya.


Dengan aturan ini, maka barisan bilangan Fibonaccci diperoleh :
0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181, 
6765, 10946…
Barisan bilangan Fibonacci dapat dinyatakan sebagai berikut:


Fn = (x1n – x2n)/ sqrt(5)
dimana : 


Fn adalah bilangan Fibonacci ke-n
x1 dan x2 adalah penyelesaian persamaan x2-x-1=0


Perbandingan antara Fn+1 dengan Fnhampir selalu sama untuk
sembarang nilai n dan mulai nilai n tertentu, perbandingan ini nilainya tetap. Perbandingan itu disebut Golden Ratio (Rasio Emas) yang nilainya mendekati 1,618.


Sumber : Keajaiban “Angka Tuhan”, Rumus Keindahan yang Diciptakan di Alam (Harun Yahya), Kebenaran Qur’an : Rahasia Ka’bah dan Golden Ratio, Bilangan Fibonacci 
“Misteri Angka Tuhan” dan  Rahsia Mekah & Angka 1.618


 Fakta-Fakta Bilangan Fibonacci
1. Jumlah Daun pada Bunga (petals)
Mungkin sebagian besar tidak terlalu memperhatikan jumlah daun pada sebuah bunga. Dan bila diamati, ternyata jumlah daun pada bunga itu menganut deret fibonacci. 


contohnya:
- jumlah daun bunga 3 : bunga lili, iris
- jumlah daun bunga 5 : buttercup (sejenis bunga mangkok)
- jumlah daun bunga 13 : ragwort, corn marigold, cineraria,
- jumlah daun bunga 21 : aster, black-eyed susan, chicory
- jumlah daun bunga 34 : plantain, pyrethrum
- jumlah daun bunga 55,89 : michaelmas daisies, the asteraceae family
Ingin lihat buktinya? silahkan diamati beberapa gambar berikut :



2. Pola Bunga
Pola bunga juga menunjukkan adanya pola fibonacci ini, misalnya pada bunga matahari.
Dari titik tengah menuju ke lingkaran yang lebih luar, polanya mengikuti deret fibonacci.
3. Tubuh Manusia


Hubungan kesesuaian “ideal” yang dikemukakan ada pada berbagai bagian tubuh manusia rata-rata dan yang mendekati nilai rasio emas dapat dijelaskan dalam sebuah bagan umum sebagaimana berikut:Nilai perbandingan M/m pada diagram berikut selalu 
setara dengan rasio emas. M/m = 1,618
Hubungan Makkah dan Bilangan Fibonacci, dalam Al Qur’an


Contoh pertama dari rasio emas pada tubuh manusia rata-rata adalah jika antara pusar dan telapak kaki dianggap berjarak 1 unit, maka tinggi seorang manusia setara dengan 1,618 unit.  


Beberapa rasio emas lain pada tubuh manusia rata-rata adalah:
Jarak antara ujung jari dan siku / jarak antara pergelangan tangan dan siku,
Jarak antara garis bahu dan unjung atas kepala / panjang kepala,
Jarak antara pusar dan ujung atas kepala / jarak antara garis bahu dan ujung atas kepala,
Jarak antara pusar dan lutut / jarak antara lutut dan telapak kaki.




 Jika jumlah seluruh huruf dalam QS. Ali Imran (3) ayat 96, yang berjumlah 47, dibagi angka Fibonacci 1.618, di dapat…
47/1.618 = 29


Dimana angka 29, merupakan jumlah huruf dari pangkal ayat sampai kepada kata Bakkah (Makkah)…


Sesungguhnya rumah (ibadah) pertama yang dibangun untuk manusia, ialah (Baitullah) yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam
(QS. Ali Imran (3) ayat 96)
*) Tentang Bakkah adalah Makkah, silahkan kunjungi disini
WaLlahu a’lamu bishshawab

Saturday, July 21, 2012

Kajian Fenomena Solat



 Fenomena waktu 50 ini kita ambil dari fenomena bahwa dulunya sholat itu 50 waktu.


1. Surat ke- 43 dibuka huruf(Ha Mim)
2. Surat ke- 12 dibuka huruf(Alif Lam Ra)
3. Surat ke- 31 dibuka huruf(Alif Lam Mim).

Itu sebab permata yang terjadi nanti kita sebut Permata Shalat.

4. Selanjutnya 31 + 19 = 50, dan surat ke- 50 dibuka huruf (yaitu huruf Qof, bahkan dinamakan surat Qof)

5. Dan 50 + 19 = 69, kemudian 69 – 50 = 19. Ternyata surat ke- 19 dibuka huruf (Kaf Hha Ya ’Ain Shod).

6. Lalu 19 + 19 = 38, dan surat ke-38 dibuka huruf, yaitu huruf Shod, bahkan dinamakan surat Shod .

7. Akhirnya 38 + 19 =57, dan 57 – 50 = 7. Itu sebab surat ke-7 dibuka huruf, yaitu (Alif Lam Mim Shod).

Tiga bilangan {19,38,7} ini kita sebut Triple Shod pada Waktu 50.

Surat 19 dibuka Shod
Surat 38 dibuka Shod
Surat 07 dibuka Shod

8. Seterusnya 7 + 19 = 26, dan surat ke-26 dibuka huruf (Tho Sin Mim)

9. Kemudian 26 + 19 = 45, dan surat ke-45 dibuka huruf (Ha Mim).

10.Akhirnya 45 + 19 = 64, dan 64 – 50 = 14 dan surat ke-14 dibuka huruf (Alif Lam Ra)

                                         
Itu 10 surat yang dibuka huruf di dalam Al Quran, ia teratur dengan +1 x 19 pada waktu 50, dari 43 sampai dengan 14. Kesepuluh surat ini telah membentuk 19 permata, karena diantaranya ada 9 permata yang mewakili bilangan 19, sehingga semua permata berjumlah 19 buah. Fenomena ini mewakili kalimat Bismillahirrahmaanirrahiim yang terdiri dari 10 macam huruf dan 19 huruf.

Malaysia ( Kawasan Melayu)?



 Malay (Orang Melayu)
Sia (kawasan)

Malaysia (Kawasan Melayu).!



Nama Malaysia sudah ada sejak tahun 1880-an pada jurnal-jurnal kajian Nusantara oleh pengkaji ERopah.Sudah tentu nama 

'Malaysia' adalah berasal dari Barat.'Malaysia' bermaksud 'Kawasan Melayu' atau dalam Bahasa Inggerisnya 'Malayland'.'Malaysia' dipengaruhi bahasa Greek.


SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu).

BELAJAR DARI SEJARAH DAN ANDA AKAN MAMPU MEMIMPIN MASA DEPAN

                                          
Bangsa yang menduduki Nusantara ni merupakan keturunan penduduk asal (Siti Keturah), dan Nabi Ibrahim A.S.

Jadi, lahirnya bangsa Malayu ni berzahir-batinkan kerohanian/spiritual, hasil dari ajaran ketauhidan ayahanda Nabi Ibrahim A.S..

Semasa orang-orang Malayu bertaburan ke serata Nusantara dan negara-negara sekitarnya (termasuk India & China), mereka membawa sekali ajaran ketauhidan ni.

Dan apabila Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan agama Islam, melalui Ahlul-Bait baginda, bangsa Malayu dengan amat mudah sekali meng'upgrade' ketauhidan mereka.

Dari Raja-raja hinggalah ke rakyat jelata. Macam mana tak mudah, kan dalam ajaran Nabi Ibrahim A.S & Baginda Rasulullah S.A.W diajarankan untuk mengEsakan Zat Yang Maha Tunggal..

Selepas bangsa Malayu ni dah 'upgrade' ketauhidan ramai-ramai, negara-negara sekitarnya degil untuk 'upgrade' dan masih mengamalkan ajaran ketauhidan Nabi Ibrahim.

Namun, ajaran ini terpesong beransur-ansur dalam masa puluhan ribu tahun angkara Syaitan & fitnah Dajjal, dan muncullah apa yang diistilah Hindu & Buddha.

Sebab itu bila melihat sejarah-sejarah Malayu, kita akan menemui unsur-unsur yang diistilahkan sebagai Hindu & Buddha.

Baju Melayu & Sejarahnya



Asal Usul Baju Melayu

Dipercayai telah di gunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).



Jenis-jenis Baju Melayu
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.


Falsafah Baju Melayu
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.

Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Falsafah Baju Melayu Dan Islam

Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan ma’rifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.
                                                   

Indah sungguh seni pusaka tinggalan nenek moyang kita orang melayu, cukup indah, berseni dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Masih banyak rahsia Baju Melayu yang masih boleh di ungkai seperti mengapa Baju Melayu Johor hanya satu butang? mengapa diadakan pula poket Baju Melayu yang sebelum ini tiada poket ketika zaman kesultanan Melayu terdahulu?.

Namun artikel ini sekadar memberi info serba sedikit tentang pusaka orang melayu agar kita bukan sahaja tidak lupa bahkan tidak akan malu untuk memakai atau mengenakannya. Hendaklah kita berbangga dengan asal keturunan kita.

Thursday, June 21, 2012

Dajal telah mengatur dunia ini mengikut kehendaknya.





Surah Al-Baqarah ayat 30.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.

“Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”
lalu para malaikat menjawab….
“Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
“….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau…”
“Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.”

Persoalannya, apakah perkara yang dimakusdkan oleh Allah yang tidak
diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat
-ayat yang seterusnya iaitu; Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia.

   Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan  kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya. Aapakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah
dijangka oleh para malaikat.
Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia…Biar aku tunjukkan kepada kamu semua garis masa iaitu zaman pra sejarah yang sering diajarkan kepada kita.

Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia.Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh
majoriti manusia.

Tanyalah pada keseluruhan umat manusia di dunia, apabaila disebut zaman purba, mereka akan membanyangkan orang yang tinggal di dalam gua.Tetapi lupakah kamu bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasullullah? Dan ini menunujukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.

  Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Jadi, adakah dengan ini dapat disumpulakan bahawa zaman batu tidak pernah wujud! Zaman gangsa tidak pernah wujud! “Paleolitik” hanya satu istilah! Maseolitik hanya satu dongeng. Tahukah kamu siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? Inilah orangnya, Charles Drawin!
Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah kita!Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contohnya;

1-’…di masa kerajaan Sulaiman….” (Baqarah 102)
2-”…sesudah Musa…” (Baqarah 246)
3-”…Susudah Nuh…” (Isra’ 17)

Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu, Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kamu akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaima ketamaduanan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga
kita menyangka mereka berada di zaman batu.

“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kami, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
Ali Imran ;137

Mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini.
Ilmu penegtahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. 

  Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran dan sejarah akanterus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang
diutuskan dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah begitu penting bagi makhluk yang bernama IBLIS. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Umat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada 5 kategori;

1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.

2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
oleh 4 Khulafa’ Rashidin

3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah
dengan menggunakan sistem monarki

4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.

5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat” Rasullulah pernah menginagtakan umatnya yang hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman.

 Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang sebelum munculnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mhadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.
Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ktika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar. Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. 

Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agnungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan
di zaman kerjaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”
Al-Baqarah 102

Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”. 

 Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jurursalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal.
Langkah pertama, orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak,

mereka memperkenalkan Zionis kepada yahudi kononya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di Palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal, di dalam Talmud sendiri terdapat larangan kepada mereka daripada membina sebuah negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatnagan semula Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang dutindas oleh mereka sendiri.

Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1&2 dirancang. Watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin pula dirancang dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia. Merka juga ingin memanipulasi sejarah kononya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan “Nazi dan Soviet” ciptaan mereka sendiri.

  Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah buktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk
menjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.

Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta. Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasat persendirian juga telah menunjukkan bahawa peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri. Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda

. Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika. Tururt menjayakan nama tersebut adalah Al-Jazeera yang disahkan mempunyai hubungan sulit dengan
Kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti pengganas.Yang wujud hanyalah Taliban sahaja. Al-Jazeeralah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.

Konspirasi Dajjal hampir sampai ke kemucaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepasserangan 11 Spetember,. Amerika telah membina pengkalan tenteranya di 10 buah negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak. 

  Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang. Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33 rd Degree Freemason? Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.

Allah berfirman dalam surah Al-middah ayat 51
“Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu”

Persoalannya, adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian? Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian. Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…?? Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian. JIka begitu golongan  Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi
sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….

“Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah rakan dan sekutu sesama mereka”

Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi  melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).

Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-uran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud 
1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.

Sudah wujudkah pakatan ini???

Ya!!!
Ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di Universiti satu pakatan yang misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul yang dihantar ke dunia…

TAMADUN BARAT MODEN...
Sekarang kamu telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabung
pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik sekali. Dan kamu tahu kenapa? Kerana hakikatnya, mereka bukanlah Yahudi dan mereka juga bukan Kristian. Mereka adalah penyembah syaitan. Pengamal
Sihir-sihir kuno yang dijumpai dari peniggglan Bani Israel.

“Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya (konspirasi) syaitan itu adalah lemah”


Tuesday, April 10, 2012

Rahsia kalimah Tauhid.


Islamic wallpaper
Assalaamu'alaikum. Dalam kalimah Tauhid iaitu La Ilaha Ilallah mempunyai dua bahagian iaitu Nafi danItsbat.

Nafi / An-Nafyu (penafian) - La Ilaha , tiada Tuhan yang selayaknya disembah, iaitu menafikan tuhan yang lain.

Itsbat (menetapkan) - Ilallah , melainkan Allah. Iaitu menetapkan hanya Allah lah satu-satunya Tuhan.

Kaitan kalimah Allah, Muhammad, dan Tauhid di bawah tiada disebut dalam nas-nas AlQuran atau AlHadits. Dan ianya tidak semestinya betul, cuma kaitannya ada dengan sains dan matematik.

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid yang penuh.  Sila lihat di bawah;

الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'

محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal


لا إله إلا الله
= 12 huruf

محمد رسول الله
= 12 huruf

4 + 4 = 8

12 + 12 = 24

Dalam sehari ada 24 jam. 24/8 = 3. Islam terbahagi kepada 3 cabang besar iaitu Aqidah(Tauhid), Fiqh (Syariah) dan Akhlak (Ehsan). 

Imam As-Syafi’e rahimahullah, dan juga sebahagian besar para ‘ulama mengatakan bahawa perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Nama itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam.

Walaubagaimana pun ada juga pendapat yang mengatakan kalimah  Ù…حمد  itu ada 5 huruf, kerana ada satu huruf "mim" rahsia yang ditasydidkan. Cuma kita ambil sekarang ini kalimah  Ù…حمد  yang nampak jelas dan biasa digunakan sahaja.

Kedua-dua nama Allah dan nama Adam bermula dengan huruf Alif' (ا).  Dan nama lain bagi Muhammad juga bermula dengan huruf Alif iaitu "Ahmad".

Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Sebaik-baik zikir adalah La Ilaha Illallah, dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." (Hadits Riwayat Bukhari)

Sedikit berkenaan lafaz "alhamdulillah", Imam Fakhrul Razi di dalam kitab tafsirnya berkata bahawa perkataan Alhamdulillah ada 8 huruf dan pintu-pintu syurga juga ada 8, maka barangsiapa yang mengucapkan perkataan Alhamdulillah dengan keikhlasan dan kebersihan hatinya maka dia layak memasuki kelapan-lapan pintu syurga di akhirat nanti.

Beliau juga berkata bahawa kalimah pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s ialah Alhamdulillah apabila roh sampai ke pusatnya.

الْØ­َÙ…ْدُللّÙ‡ِ
= 8 huruf

Maka, perkataan Alhamdulillah berkait dengan Nama Allah dan Muhammad. Iaitu 4 huruf + 4 huruf = 8 huruf.

Alhamdulillah (الْØ­َÙ…ْدُللّÙ‡ِ)  bermaksud - "Segala puji bagi Allah"
Muhammad (محمد)  bermaksud - "Yang terpuji"

Alhamdu dan Muhammad kedua-duanya berasal dari perkataan "hamida" (Ø­َÙ…ِدَ) yang bermaksud "memuji".


Tambahan:

Sumber hukum (perundangan) dalam Islam ada 4, iaitu AlQuran, AlHadits, Ijma' Ulama dan Qias.

Nombor 4 juga ada kaitan dengan Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah utama selepas wafatnya Nabi Muhammad S.a.w.

Anggota WAJIB Wudhu' juga ada 4 iaitu muka, sebahagian kepala, kedua tangan hingga siku, dan kedua kaki hingga buku lali.

AlQuran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.a.w di zaman masyarakat jahiliyyah yang mengagungkan sastera dan bahasa-bahasa indah. Dan sekarang adalah zaman sains dan teknologi, tetapi AlQuran tetap bersinar dengan rahsia-rahsia menariknya yang menunjukkan ia adalah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.a.w dari Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah, alhamdulillah, Allahu akbar!.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53 

Wallahu a'lam ..


p/s: Tidak ketinggalan, puak Illuminati dan sekutu-sekutunya juga dari dulu lagi suka dengan pernomboran dan meletakkan kod-kod rahsia dalam binaan dan ciptaan mereka, mungkin kerana mahu mencabar AlQuran dan kitab-kitab wahyu dari Allah .......