Sunday, November 17, 2013

Lawatan ke Candi Lembah Bujang.



Ketika tibanya disini, waktu sudah meniti senja.. namun terdapat beberapa persoalan yg menarik berkaitan hal misteri ini.

Aku datang bersama keluargaku. namun hanya aku dan emakkku yg naik melawat tapak ini, selebihnya mereka mandi  disungai sebelah ini.











Berbentuk kepala singa







lesung batu



ketika berjalan keluar dari tempat ini dan nmahu menaiki tangga atas, emakku tersepak sesuatu yg dirasakannya keras.namun tiada apa yg kelihatan.




Jom kita naik atas.



Candi. pertama sekali ramai yg akan bertanyakan apakah itu "candi" ??

candi adalah bangunna kuno yg dibuat daripada batu.






come let go. naik atas lagi..




yaa..inilah candi utama dari semua candi-candi yg terdapat disini.


Lihat pada gambar ini. ketika mak ku berada disebelah kiri sedang ketika itu aku melawat candi berikutnya disebelah atas, mak ku nampak 4 orang wanita yg dalam keadaan memakai pakaian seperti zaman dahulu kala sedang membuat persembahan. namun aku kurang pasti apakah jenis persembahan itu kerana dilihat juga mereka bergolak diatas padang sebelah kiri ini.





Bila duduk disini dan memandang keadaan sekeliling. tempat ini memang begitu tersusun rapi, bukan hanya pembinaan candi, malahan keadaan bukit disekelilingnya yg seolah-olah sebuah kawasan yg paling startegik.


Ruang utama didalam candi ini.


Binaan yg berusia ratusan tahun.



Aku tak pasti apakah fungsi lubang ini diletakkan ditengah-tengah  candi utama ini.







kelihatan pintu pagar berkunci. namun rasa rugi pulak jika tak masuk sendiri melihat didalamnya. nak tak nak. aku panjat jelah pagar tu..









Ini adalah candi yg paling akhir yg terletak diatas candi-candi yg lain.





Zoom dekat rupa batu candi ini.








masuk sendiri kedalam ruang 







Ketika menyelusuri jalan turun dari candi ini.



Disekitar ruang kawasan ini, terdapat beberapa susunan batu yg kemas rapi, terdapat juga beberapa serpihan kulit siput diatas tanah ini. 


Dalam hati bertanya juga, apakah yg menyebabkan adanya cengkerang2 sipu yg hidup dilaut sehingga ke sini?  



Sungai disebelah candi ini. 


Pada malam harinya, mak aku bermimpi, benda yg disepaknya pada petang itu adalah sebuah kepala manusia yg kena pancung..

seram jugak dengar kan??

Friday, November 15, 2013

Tabung emas Raja-Raja Melayu yg dirompak British.



 Tahukah anda semua..

Terdapat kewujudan beribu2 tan emas dari Malaya yang disimpan di UK.??

1916, Sultan-Sultan Melayu bagi P$500,000.00 + another P$500,000.00 disumbangkan kepada Britain untuk kos perang WW1 dan kos membina kapal HMS Malaya

1938, dorang lagi sekali menyumbangkan P$ 10,000,000.00 untuk perbelanjaan pertahanan Singapore + another few million untuk pertahanan semasa perang 1942-1944

sumbangan tersebut dari Raja-Raja Melayu.

Jumlah awal dikira sebanyak P$60,000,000.00 pada tahun 1938 yg dinamakan Malayan Funds. dijaga melalui Crowne Agents.
untuk mengeluarkannya, memerlukan 9 tandatangan Raja-Raja Melayu.

23April 1943, Pegawai Colonial Ofice menggunakan wang ini untuk membiayai  kos mereka.Lepas sedar impikasi tindakan ini yg boleh menyebabkan mereka diheret ke mahkamah sebab itu pada tahun 1945 Malayan Union cuba ditubuhkan.Dengan cara itu, kuasa eksekutif itu & rahsia Tabung automatik akan jatuh kepada 1 signator saja iaitu Crowne Agents.


Sebab itu tiada bantahan keras dari kerajaan British bila Melayu tolak Malayan Union kerana pada dasarnya, Melayu tak mahu pada Perlembagaan Malayan Union itu yg berpaksikan kepada perlembagaan British termasuklah  Agama Rasmi British adalah  Kristian. tetapi hakikat yg sebenarnya. masih ada agenda tersembunyi yg mereka tidak tahu mengenai penubuhan ini.

Tuesday, November 5, 2013

Kerajaan Melayu Titian Bangsa




Kalau disingkap dari perkataan "Titiwangsa" ia menjerumus kepada Titian Bangsa. Atau mungkin juga Tunggak Bangsa seperti perkataan "Nusantara". Mungkin suatu masa dahulu banjaran inilah yang menjadi laluan untuk suatu bangsa ke serata buana.

Kalau dikaji dari sudut keratan rentas, mata mengadap ke utara dan membelangkangkan Kota Singa (Singapura) , muka bumi Survabumi (Semenanjung Malaysia) lebih landai di barat curam di timur. Bahkan air dari Sunda mungkin tidak pernah melimpah dan mengelangi kota itu.

Tabut yang hilang dari umum itu juga tidak ditemui. Nuh juga yang mengangkat beliung dari daerah bawah yang dalam itu.


Mungkin juga persinggahan bahtera itu sebagai misi melepaskan Sam ke Mayan, Yasfit ke Utopia dan Ham ke Madasgar. Biarkanlah Manuseh di sini. Kerana Manusehlah, Ibu Kemenyan (Keturah) itu akan datang. Perjalanan mereka melalui Titian Bangsa ini tidaklah sesukar Sam. Kerana Sam perlu merentasi air yang di bawah adalah daerah kelahirannya.


Sedangkan di Mayan itu terdiri dari orang-orang yang terdahulu yang juga mengetahui tentang bah itu. Mereka juga tidak senang malah tidak bersekongkol dengan kemajuan yang memusnahkan kasih sayang antara ciptaan-ciptaanNYA. Melayulah mereka itu ke daerah yang terpencil dengan segala pengetahuan alam dan mistik.



Berdirilah bangunan-bangunan itu (piramid mayan) seperti terdahulu di daerah-daerah asal mereka dengan segala simbol dan palavi. Dijadikan kepala bangunan itu yang dibuat dari logam (emas). Itulah juga logam yang banyak di Survanaburmi itu.  Bangunan-bangunan itu bukanlah sebagai sembahan atau ritual tempat permujaan. Ianya hanya sebagai sebuah Peti Kuasa yang besar yang dapat mengalir tenaga ke seluruh kota-kota itu.

Logam itu hanyalah sebagai joran yang mengumpan tenaga yang tersimpan yang telah tersedia ada di alam buana ini sejak ianya dicipta oleh Sang Maha Pencipta. Hanya mereka yang bertujuan memanipulasi dan mengawal kehidupan manusia atau jiwa melayu itu yang akan berkata bangunan-bangunan itu sebagai tempat permujaan atau makam pembesar mereka. Merekalah pembesar! Pembesar menutup dan menghilangkan fakta.






Dengan terdirinya bangunan itu maka seluruh kota itu dapat dialirkan tenaga yang telah dipancing tadi. Maka teranglah dalam bangunan itu dengan lampu-lampu yang terlekat di dinding tadi tanpa wayar. Wireless. Tapi jangan sekali-sekali melintasi mengunakan pesawat yang dijanakan dari minyak hitam (kapal terbang moden yang menggunkan minyak petrol - fosil) melalui bangunan-bangunan itu.




Pasti bercelaru penunjuk aras maka terhempaslah pesawat anda. Melainkan mengunakan pesawat piring (piring terbang) itu yang menggunakan tenaga yang sama. Isyarat dari tenaga itu sendiri sudah memberi tahu bahawasanya tenaga minyak hitam itu membawa bencana.


Sedangkan tenaga dari alam semulajadi (tenaga hijau - green technology) jualah yang membawa kemakmuran kerana ianya percuma hadiah dari Sang Maha Pencipta untuk ciptaan-ciptaanNYA.


Tidak hairanlah hingga ke hari ini pasti kesan medan aliran tenaga ini terjadi dititik tertentu di Titian Bangsa ini. Sudah pasti di titian ini terdahulunya bangunan ini (piramid melayu) dicipta dari yang lain-lain kerana Manuseh di sini, menetap tidak bergerak.


Sedangkan yang lain dengan pengikut-pengikutnya bergerak melalui titian ini ke seluruh buana seperti yang telah diwatikahkan. Begitulah Yasfit dan pengikut-pengikutnya yang darinya datang Brhma itu. Di zaman Brhma itu pula terkenal pembesar-pembesar dengan gelaran Firaun itu (kaitan hubungan diantara raja2 Mesir kuno dengan warga nusantara)


Maka tertipu umat Melayu itu seluruh dunia dengan tenaga minyak bawah tanah (penggalian telaga minyak petroleum yang bersumberkan fosil) yang menjana kuasa segala-galanya hari ni oleh budak-budak suruhan Al-Taus itu. Budak-budak suruhan Al Taus itulah yang menguasai segala lubuk-lubuk minyak hitam di buana ini.Begitu juga di Survanabumi ni. Walaupun melangkau usia Pak Tua itu, tapi tetap gagah menasihati untuk menguasai dan mengepalai hasil minyak di Survanabumi. Dituruti pula anaknya.

Ditipunya lagi umat manusia umat Melayu oleh mereka itu dengan nilai jati yang tinggi untuk logam (emas) yang menjadi pengalir yang terbaik untuk tenaga percuma itu. Dinilaikan pula kertas tukaran cetakan (wang kertas fiat) mereka dengan logam tersebut. Habis dikuasai kehidupan umat manusia itu oleh budak-budak suruhan Al-Taus ini. Maka tertutuplah rahsia atau tersimpanlah kunci hidup yang bebas penggunaan tenaga percuma dengan nilai yang tinggi untuk logam itu.


Maka minda dan fikiran mereka pasti terfikir logam berharga untuk kertas. Kertas berharga untuk menjalani kehidupan bukannya logam itu berharga untuk menjalankan kehidupan. Pasti ada yang tidak percaya bahawa logam itu berharga sebagai perantara tenaga percuma itu yang dapat ditukar dalam bentuk komunikasi sebagai penerima (rahsia penggunaan logam emas bukan saja sebagai mata wang tetapi sebagai penerima tenaga hijau yang terjana dari binaan piramid).


Kembali ke Titian Bangsa.....

Maka terdirilah kerajaan-kerajaan umpama kayangan di banjaran ini (Titiwangsa) alsebab pengetahuan yang luas dalam ilmu tenaga tersebut (tenaga hijau lagi percuma hasil janaan piramid). Hampir segalanya diapungkan bila mana tenaga yang berpusat dan bermedan berskala besar itu dapat diarahkan kepada sesuatu jasad maka hilanglah tarikan ke bumi! Kayanganlah mereka itu dengan jasad yang dinaiki melangkau masa! (pesawat terbang di zaman dahulu  diapungkan dan digerakkan dengan menggunakan tenaga hijau aka piring terbang)


Bahkan dengan pengaliran tenaga yang ada, besi yang degil itu juga dapat dilenturkan dengan mudah. Lahirlah juga pandai besi yang dengan mudah membengkok-lentur besi itu. Ilmu tenaga yang ada diwarisi dan dikembangkan di titian ini hingga seorang Raja dapat memerintahkan semut malah jin (Raja Sulaiman). Hingga menjenguk Si Jelita (Puteri Balkis) jauh di bawah cerminan yang didalamnya gemala Naga Sakti terkunci!

Sunday, November 3, 2013

Kejatuhan negara-negara Islam




  Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai “˜pusat dunia”.


Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Masjid Nabawi di Madinah


ERA ABDULLAH BIN SABA”

Abdullah bin Saba” atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda” adalah seorang Yahudi dari San”a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.
Ibn Sawda” telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.

Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba”™ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba”
Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba”, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).
Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba” bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba”™ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.
Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba”.

Masjid yang dibina sewaktu pemerintahan Khalifah Bani Umayyah


ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH

Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba” terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.
Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.


Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.
Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.

Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim alKhurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu alAbbas as Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. 

Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H).

Patung Khalifah Abu Jaafar Al Mansur yang dihancurkan di Baghdad

ERA KERAJAAN ABBASIYYAH

Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu”ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu”ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.

Masjid Al Azhar yang dibina oleh kerajaan Fatimiyah


ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).

Jata kerajaan Othmaniyyah


ERA OTHMANIYYAH

Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.
Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.
Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 ““ 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya”¦”�

Mustafa Kamal Attatork dan sekutunya


ERA PASCA OTHMANIYYAH

Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.
Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di”faraidh”kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.
Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.

Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.

 

Revolusi Iran tahun 1978


ERA REVOLUSI IRAN

Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah ““ Syudzuz fi Al-”˜Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran ““ Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. 

Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.
Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.


PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN

Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.
Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”�.

Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. 
Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa 
yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.