Tuesday, December 10, 2013

Senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah





Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.


Perhatikan catatan pengembara dari Bukhara,Abu Dulaf yang melawat Kedah Tua pada 940 Masehi:

"...saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda..."


Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban.Berperang lagi... hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar... perang saudara... kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol







Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk paramusketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dangunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dancannon?

Kerajaan lembab punca tapak lembah bujang di hapuskan..!


 

Di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak tamadun yang setiap satunya memberikan kebanggaan kepada negara masing-masing. Bagan di Myanmar yang mengandungi lebih 1000 buah kuil dari bersaiz kecil hingga besar, Borobudur di Indonesia yang merupakan monumen Buddha terbesar di dunia, puing-puing Sukhotai dan Ayutthaya di Thailand, Myson, pusat kebudayaan tamadun Champa di Vietnam serta wajib dalam senarai, kompleks Angkor yang mengandungi Angkor Wat dan Angkor Thom dengan wajah-wajah gergasi di Bayon,Kemboja.


Semua negara-negara ini mengambil berat akan sejarah mereka seperti Indonesia yang bekerjasama dengan UNESCO untuk membaikpulih Borobudur akibat gempa bumi. Kerajaan junta tentera Myanmar sekalipun, berusaha membaikpulih kompleks Bagan dengan cara mereka sendiri tetapi mengapa Malaysia seolah-olah buta sejarah dan terus mengabaikan warisan sejarahnya?

Kita mempunyai tapak tamadun tertua di Asia Tenggara mengatasi segala pencapaian Angkor, Bagan, Borobudur dan Ayutthaya. Jika Borobudur dibina lebih 400 tahun sebelum Angkor Wat, ada candi-candi di Lembah Bujang dibina lebih 800 tahun sebelum Borobudur dibina!

Di Lembah Bujang terdapat kompleks peleburan besi yang tiada tolok bandingnya di rantau ini. Tiada tamadun lain di Asia Tenggara seawal 1 Masehi malah sehingga 1000 Masehi mempunyai teknologi peleburan besi sebagaimana di Kedah Tua.

Perhatikan catatan pengembara dari Bukhara,Abu Dulaf yang melawat Kedah Tua pada 940 Masehi:

"...saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda..."

Tetapi mengapa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab yang kononnya berkaitan dengan 'sejarah' di Malaysia terus menjadi makhluk-makhluk yang pekak, buta, tuli dan bisu? Di manakah suara Muzium Negara?Arkib Negara? Perpustakaan Negara Malaysia yang sehingga ke hari ini memeram manuskrip-manuskrip Jawinya untuk dijadikan arak pekasam di stornya? Mana kelab-kelab pencinta sejarah? Mana Persatuan Sejarah Kedah?


Mana dia pensyarah-pensyarah dan profesor-profesor sejarah? Mengapa tiada ulasan atau tindakan dari mereka? Tiada semangat perjuangan dari mereka semua ini. Jelas, apa yang diharapkan adalah semata-mata wang dan material dari profesion mereka. Tiada tanggungjawab sosial dan rasa prihatin. Mereka berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pihak-pihak yang rakus memusnahkan warisan sejarah kita demi mengaut keuntungan.


Anak-anak Melayu terutamanya perlu jelas pasal ini. Candi Lembah Bujang bukan dibina oleh 'Indian trader'. Pasal apa pulak candi Lembah Bujang dikreditkan pada makhluk asing bernama 'Indian trader' ni? Takde pasal mereka nak bina lebih 50 buah bangunan di Lembah Bujang. Dah berniaga dapat untung cabut balik India lah. Habis tu mana perginya kerajaan Kedah Tua yang digembar-gemburkan oleh para pedagang Arab dan Parsi tu? Kerajaan bunian?

Dah ada bukti tapak bangunan di Lembah Bujang, kredit kat 'Indian trader' pulak. Lepas tu persoalkan kenapa kerajaan-kerajaan Melayu dulu takde binaan. Takde binaan kepala otak hang berjambui, dah semua binaan sejarah yang ada dikreditkan kat makhluk asing, lepas tu apa yang kamu dapat? Ini namanya bodoh piang. Tak baca buku. Lepas tu kena tipu hidup-hidup dengan makhluk asing.


Angkor Wat, Borobudur dan Cham Tower kat Vietnam tu takde pulak media mereka kreditkan kat 'Indian trader'. Kajilah pelan layout 'candi' Lembah Bujang tu macam mana. Orientation dia sama ke dengan orientation kuil-kuil di Tamil Nadu, Orissa atau Kerala. Bahan binaan dia sama ke dengan kuil-kuil Chola atau Pandya? Kuil-kuil kat Tamil Nadu standard dia batu gunung yang dipotong bukan batu-bata laterit yang dibakar dan disusun. Brihadeeswarar Temple kat Tanjavur, Tamil Nadu sebagai contoh dibina dengan batu granit gunung bukan batu laterit atau batu sungai.

Semua binaan di Lembah Bujang dibina oleh rakyat tempatan. Tiada kaitan dengan entiti bernama 'Indian trader'.

Sebuah dokumentari di Youtube pasal teknologi Angkor Wat yang sebenarnya dibina di atas sekeping tanah yang terapung di sebuah tasik dan ini memeranjatkan pengkaji mat saleh bahawa bagaimana tanah yang terapung ini dapat menampung berat keseluruhan Angkor Wat! Lepas tu ada mamat dari India dakwa itu adalah teknologi rakyat Tamil kemudian dakwaannya dibidas oleh ramai penonton dari Kemboja yang mengatakan teknologi kuil di India tidak ada sepatah haram pun menyerupai Angkor Wat.

Punca media Malaysia bengap, sebab para menteri dan banyak ahli politik Malaysia semuanya pengetahuan sejarah mereka gred F. Bila menteri bengap, media pun bengap sama. Ini macam penyakit berjangkit.

Sejarah jangan cuba diolah dengan menggunakan alasan agama. Adakah Lembah Bujang tidak begitu bernilai sehingga, bangunan-bangunan peninggalan kolonial British dicalonkan oleh Malaysia untuk dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO tetapi tapak bermulanya ketamadunan Melayu pertama di Asia Tenggara sehingga kini belum dicalonkan, malah dibiar begitu sahaja?


Rakyat Malaysia perlu pertahankan warisan sejarah ini walau apa cara sekalipun. Lembah bujang itu warisan Melayu, . Piramid warisan firaun laknatullah pun dikekalkan oleh Saidina Umar al Khattab dan para sahabat ketika umat Islam mula-mula membuka wilayah Mesir dahulu kala, apatah lagi kita bangsa Melayu di hujung dunia. 

Lihat monumen-monumen di bawah yang telah dikalahkan oleh hanya puing-puing di Lembah Bujang. Hebat dan pelikkan warisan sejarah ini? Nampak zahirnya mereka jauh lebih hebat, tapi tanpa Lembah Bujang, "mereka" tidak akan wujud. Faham?

Myson di Vietnam
Angkor Wat di Kemboja
Kota Ayutthaya di Thailand
Angkor Thom di Kemboja
Bagan di Myammar
Candi Borobudur di Indonesia
Sukhotai di Thailand

Monday, December 9, 2013

Besi Tak Berkarat Di Dunia



 

Sejak abad ini, di berbagai belahan dunia menemukan begitu banyak bekas peradaban prasejarah, semua peninggalan sejarah ini tersebar di bawah tanah, di dasar lautan dan bahkan di atas angkasa. Artikel ini menceritakan sebuah pilar (tonggak) besi yang ditemukan di kota New Delhi, India. Penguasaan teknik peleburannya telah melampaui taraf teknik manusia masa sekarang.


Tugu peringatan di candi sekitar Siamaihaluoli kota New Delhi, India, berdiri tegak sebuah pilar besi raksasa. Tinggi pilar besi yang oleh penduduk setempat disebut dengan Raja Ah-Yii ini adalah 6,7 meter, diameternya sekitar 0,37 meter dan beratnya kira-kira 6 ton, hasil pengecoran besi panas, padat berisi dan terdapat pola hiasan bercorak kuno di atas pilar tersebut. Konon pembuatan pilar besi ini telah mencapai hingga di atas ribuan tahun lamanya. Namun yang paling membuat orang merasa heran dan takjub adalah bahwa pilar besi yang telah berdiri tegak selama ribuan tahun ini, tidak berkarat hingga sekarang meskipun diterpa angin dan hujan!
 


Semua orang mengetahui, bahwa besi merupakan logam yang mudah berkarat, besi yang pada umumnya, jangankan ribuan tahun, dalam beberapa puluhan tahun saja telah dipenuhi oleh karat. Hingga saat ini, orang-orang juga belum menemukan cara yang efektif untuk mencegah timbulnya karat pada perkakas besi. Kalau demikian, siapakah yang menuang pilar besi ini?
 


Kemurnian Peleburan Setelah dilakukan penelitian, pilar besi ini terbentuk melalui tingkat kemurnian peleburan besi yang mencapai hingga 99,72% dan hingga kini juga tidak ada orang yang mengetahui bagaimana orang-orang dulu menguasai teknik peleburan ini. Dan teknik manusia pada zaman sekarang juga tidak memungkinkan bisa melebur hingga mencapai peleburan yang demikian murni. Demikian jelaslah, bahwa ini merupakan sebuah bekas peradaban prasejarah manusia yang ditinggalkan, majunya tingkat peradaban manusia itu telah hilang dan meninggalkan misteri sepanjang masa ini.
 


Mengenai peradaban prasejarah, telah banyak ilmuwan yang mengakui realita keberadaannya secara terbuka. Arkeolog Michael Claimo dan Richard Thompson dalam monograf mereka (Arkeologinya yang Dilarang; Sejarah Manusia yang Disembunyikan) menceritakan ribuan kejadian peninggalan peradaban prasejarah. Pakar manusia prasejarah dari Inggris yang bernama Genamd Hundcock dalam sebuah bukunya juga telah mencatat begitu banyak peninggalan peradaban prasejarah penting. Dan dalam kitab Injil dan Al-Quran juga telah mencatat fakta kejadian peradaban manusia sebelumnya yang dihancurkan oleh sebuah banjir besar (kisah Nabi Nuh).
 



Berkaitan dengan peradaban prasejarah dan sifatnya yang berkala, pendiri Falun Gong Mr. Li Hongzhi dalam bukunya (Zhuan Falun) menyebutkan, "Di luar negeri, banyak ilmuwan pemberani secara terbuka telah mengakui itu adalah suatu kebudayaan prasejarah, peradaban sebelum peradaban manusia yang ada sekarang ini, yakni sebelum adanya peradaban sekarang ini masih ada periode peradaban, bahkan tidak hanya satu kali saja. Berdasarkan pengamatan benda budaya yang tergali, ternyata itu bukanlah produk dari satu masa peradaban saja. Oleh karena itu dipercaya, dari sekian banyak kali peradaban manusia setelah mengalami pukulan yang memusnahkan, hanya menyisakan sedikit orang yang masih bertahan hidup dan menempuh kehidupan primitif, kemudian berangsur-angsur berkembang menjadi sejenis manusia baru lagi, demikianlah mereka mengalami perubahan melalui periode demi periode. Oleh ilmuwan fisika dikatakan bahwa gerakan materi mengikuti hukum tertentu, perubahan segenap alam semesta kita juga mengikuti hukum tertentu."
 


Penguraian di atas dengan tulisan yang sederhana telah menyingkap pokok masalah penting sejarah manusia dan telah memecahkan rahasia serta berbagai macam prasangka yang membingungkan para ahli sejarah selama lebih dari setengah abad.


Copyright DiDunia.Net - Sumber Artikel: http://www.didunia.net/2012/07/besi-tak-berkarat-di-dunia.html#ixzz2myJkI28A

Thursday, December 5, 2013

Keturah lahirkan Bani Jawi.



 Qanturah Menimang Anaknya.

2. ANAK-ANAK DARI NABI ALLAH IBRAHIM A.S BERHIJRAH KE TIMUR YANG TERDIRI DARIPADA :

i) RAJA MUS – MEMILIH UNTUK MENGIKUTI JALAN LAUT DAN BERLABUH DI DESTINASI TERAKHIR IAITU DI PALEMBANG

ii) RAJA ISKANDAR DZULKARNAIN – MEMILIH UNTUK MENGIKUTI JALAN DARAT MERANGKUMI GUNUNG HIMALAYA, TIBET DAN DESTINASI TERAKHIR ADALAH MALAYA (MALAYSIA),BANGSA MELAYU PADA MASA ITU DIKENALI SEBAGAI GOLONGAN MALA.

3. KEPIMPINAN BERAJA TELAH DI WARISI DAN BERKEMBANG DI SEBELAH ASIA, APATAH LAGI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU. “ BERMULALAH SISTEM KERAJAAN BERAJA” YANG MASIH KEKAL BERKUASA DAN MEMERINTAH DENGAN MENGUNAKAN SISTEM BERPERLEMBAGAAN KHUSUSNYA DI MALAYSIA.

4. GUNUNG HIMALAYA DI TIBET SEBELUM INI ADALAH DI KENALI SEBAGAI GUNUNG MELAYU ( YANG DI KUASAI OLEH PUAK MALA)

5. PUAK MALA TELAH BERHIJRAH SEHINGGA KE NEGARA KITA YANG DI KENALI PADA WAKTU ITU SEBAGAI SEMENANJUNG EMAS OLEH BANGSA PORTUGIS PADA KURUN KE 14.

6. KEHEBATAN SEORANG PELOPOR BERBANGSA MELAYU YANG DI KENALI SEBAGAI BUDI DHARMA YANG MENGEMBANGKAN AGAMA HINDU MELALUI KONSEP PERSAUDARAAN DAN MUHIBBAH,KONSEP ILMU PERHUBUNGAN ANTARABANGSA, KONSEP PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN BERHIKMAH SERTA KONSEP BERIMAN.APA YANG INGIN DI SAMPAIKAN ADALAH CARA BELIAU BERDAKWAH YANG MENGUNAKAN KONSEP-KONSEP TERSEBUT YANG MANA TELAH BERJAYA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT. UNTUK PENGETAHUAN UMUM, BELIAU TELAH BERJAYA MENYEBARKAN DAN MENGEMBANGKAN AJARANNYA SEHINGGA KE NEGERI CHINA DAN JEPUN MELALUI KONSEP-KONSEP YANG BELIAU CETUSKAN PADA MASA ITU. DI CATATKAN JUGA BUDI DHARMA TELAH MEMBUKA KUIL SORINJI DI JEPUN DAN KUIL SHAOLIN DI CHINA. (UNTUK MELIHAT PERSAMAAN BUDAYA DI ANTARA MALAYSIA, CHINA DAN JEPUN, PERBANDINGAN BOLEH DI LIHAT PADA BENTUK SENIBINA, CONTOHNYA PINTU GERBANG YANG BERBENTUK MINANG KABAU YANG MEMPUNYAI REKABENTUK BERTANDUK DUA DAN BANYAK PERSAMAAN DENGAN PINTU-PINTU GERBANG DI JEPUN DAN DI CHINA.


7. DI DALAM PERADABAN SEJARAH HANYA 3 BANGSA DI DUNIA YANG MEMPUNYAI 12 KHALIFAH ATAU GOLONGAN PUAK-PUAK ATAU SUKU-SUKU IAITU:

i) BANI ISRAIL ( YANG BERKETURUNAN NABI ALLAH YAAKUB A.S)

ii) BANI ISMAIL / BANI HASHIM (YANG BERKETURUNAN NABI ALLAH ISMAIL A.S SEHINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W)

iii) BANI JAWI ( BANGSA MELAYU )

8. MERUJUK KEPADA FAKTA-FAKTA DI ATAS, MAKA SAYA MENYERU SEMUA
AHLI-AHLI BAI’ATH DAN BANGSA MELAYU YANG AGONG, YANG KINI TELAH BERPUAK-PUAK DAN BERSUKU-SUKU SEPERTI BANJAR,JAWA,ACHEH,MAINDELIN,RAWA,KERINCHI,BUGIS,BATAK DAN PELBAGAI PUAK DAN SUKU DI TANAH MELAYU IAITU SEMENANJUNG MALAYSIA (SEMENANJUNUNG EMAS), MARILAH KITA BERSATU KEMBALI DAN BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ISLAM MELALUI KONSEP BERIMAN AGAR KITA DAPAT MEMERANGI ANASIR-ANASIR JAHAT YANG BOLEH MENGANGGU GUGAT BANGSA DAN AGAMA KITA.

9. SEDARILAH BAHAWA ASAL USUL KITA ADALAH DARI SATU KETURUNAN IAITU BANI JAWI. BERMULA SEKARANG JANGANLAH KITA BERPUAK-PUAK DAN BERSUKU-SUKU KERANA KITA ADALAH DI BAWAH SATU KETURUNAN DAN KENALILAH DAN PERCAYALAH KITA INI ADALAH BANI JAWI. JANGAN KITA BERMUSUHAN TETAPI PERERATKANLAH HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA KITA. KITA BUKANLAH BANGSA YANG BODOH TETAPI KITA ADALAH SATU BANGSA YANG TERSOHOR DI SELURUH DUNIA.

10. DI MALAYSIA KHUSUSNYA, WALAU DI MANA PAYUNG PARTI YANG KITA BERTEDUH, SAMA ADA PARTI KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG USAHLAH KITA BERPECAH BELAH DAN BERTENGKAR SESAMA SENDIRI. SEDARLAH BAHAWA KITA INI ADALAH DI BAWAH BANI JAWI, BANGSA YANG AGONG. JIKA KINI KITA MELIHAT DARI SUDUT POLITIK PULA JELAS PERPECAHAN TELAH BERLAKU. DI MANA ORANG-ORANG UMNO HANYA DENGAN ORANG-ORANG UMNO.ORANG-ORANG PKR DENGAN ORANG-ORANG PKR. ORANG-ORANG PAS DENGAN ORANG-ORANG PAS. JIKA KITA TERUS BERPECAH YANG PASTI BANGSA KITA JUGA YANG RUGI (BANI JAWI).USAHLAH KITA BANGGA DENGAN SUKU SAMAADA BANJAR,JAWA,KERINCHI,BUGIS DAN LAIN-LAIN SUKU, YANG PASTI KITA ADALAH SATU IAITU BANI JAWI.

11. MASA KINI PELBAGAI PUAK DAN SUKU MELAYU ISLAM BERTELAGAH SESAMA SENDIRI. MAKA KEMBALILAH KE ASAL USUL MU BAHAWA KITA SEMUA ADALAH BANGSA YANG AGONG DENGAN KATA YANG LEBIH TEPAT KITA ADALAH MELAYU AGONG DAN TERHEBAT,IAITU BANI JAWI.BERSATULAH KEMBALI DEMI KEUTUHAN DAN KEAGUNGAN BANI MELAYU/BANI JAWI.

12. YANG PASTI KETURUNAN BANI JAWI TELAH BERKUMPUL DAN BERTEMU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU/SEMENANJUNG EMAS BERKURUN LAMANYA MEMBAWA AJARAN TAUHID DARI NABI ALLAH IBRAHIM A.S HINGGA KE NABI MUHAMMAD S.A.W.

13. BETAPA HEBATNYA BANI JAWI SEHINGGA DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU,MELAYU DI SINI SERATUS PERATUS MENGANUT AGAMA ISLAM.SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI YANG MANA SEMENANJUNG EMAS INI TELAH TERPILIH UNTUK MENGHIMPUNKAN SEMUA SUKU KAUM MELAYU YANG BERTAUHID KEPAPA ALLAH. JIKA DI PERHATIKAN MELAYU DI NEGARA-NEGARA JIRAN SEPERTI INDONESIA,FILIPINA, THAILAND DAN YANG LAIN-LAIN,TERDAPAT BANGSA MELAYU YANG MENGANUTI AGAMA SEPERTI KRISTIAN,BUDDHA, HINDU DLL.

14. BEGITULAH HEBATNYA ATURAN ALLAH DI BUMI TANAH MELAYU/SEMENANJUNG EMAS DIMANA TELAH TERSURAT BAHAWA IA ADALAH TEMPAT PERTEMUAN TERAKHIR BANI JAWI.

15. MAKA HARMONIKAN PENYATUAN SILATURRAHIM SESAMA KITA BANGSA MELAYU BANGSA AGONG LAGI TERHORMAT DARI GOLONGAN AHLUL BAI’ATH.

16. PELIHARA TANAH MELAYU DAN KETURUNAN BANI JAWI/BANI MELAYU DENGAN KETAUHIDAN IMAN.
i) ISLAM AKAL HIJRAH ISLAM WAHYU
ii) IMAN AKAL HIJRAH IMAN WAHYU
iii) IHSAN AKAL HIJRAH IHSAN WAHYU

‘KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH’
‘AHLUL BAI’ATH KEMBALI BERIMAN


1) RASULLULAH S.A.W MENGIBARKAN PANJI HITAM
2) IMAM MAHDI MENGIBARKAN PANJI HITAM DI AKHIR ZAMAN
3) BANI JAWI / BANI MELAYU MENGIBARKAN PANJI HITAM
4) PENEGUHAN SILATURRAHIM DENGAN KETAUHIDAN IMAN
5) BERIMAN MEMBAWA KEBERKATAN DAN KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Tuesday, December 3, 2013

Rahsia disebalik nama Muhammad





 Terkait rahsia di sebalik nama Muhammad, di mana banyak makna tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Mungkinkah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan sahaja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:


1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum jika sebaik-baik makhluk yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.
2. Kata Ahmad, jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kalian bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan memaparkan bentuk seakan-akan manusia yang sedang sujud
dalam solat. Gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti penyerahan secara menyeluruh kepada sang pencipta.
Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, dan yakinlah masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain yang kita tidak ketahui.
Wallahualam.