Wednesday, March 11, 2015

Misteri Lemuria dan Melayu




Daripada Bani Jawi



 Menurut ilmuan Islam berlandaskan Al Quran, antaranya Ibn Khatir, Kitab Al Tarikh, Sami bin Abdullah Al Maghluth dll menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS baginda dilahirkan di Munaf / Memphis dan digelar HurMUs Al Haramisah, manakala kaum baginda dipanggil kaum Hurmus atau MU atau dikalangan kafirun laknatullah dikenali sebagai kaum Lemuria. Nabi Idris AS diutus buat kaum Nabi Syits keturunan Qabil, putera Adam AS. Baginda dianugerahkan dengan berbagai bagai kepandaian antaranya: Mahir mengukir segala jenis batu permata, pandai melukis, menulis, mengira, mengukur, menjahit dan berfalsafah serta yang paling utama berpengetahuan tinggi dalam ilmu astronomi. 


 Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan bahasa dan kaum dari 22 pasang anak anak Adam AS. Nabi Idris AS juga telah menggambarkar 188 buah bandar di atas plat tanah liat dan logam serta bertanggungjawab meletakkan 4 raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan 4 bentuk dataran: bawah, atas, bukit dan tinggi. Kaum Hurmus atau kaum penghuni DATARAN BAWAH bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, kufur dan mungkar selepas diajar pelbagai ilmu oleh Nabi Idris AS ...


BERKESUDAHAN DIBINASAKAN ALLAH DENGAN BANJIR BESAR yang membenam dataran bawah di 4 penjuru dunia di zaman Nabi Nuh AS. Bermula dari kejadian tsb maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua ... Antaranya adalah KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA turut berasingan diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yang dipanggil bahasa MALA YO Austronesia. Kaum Mala menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM yang disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN dari jurai Nabi Ismail AS (dianugerahkan 12 putera dan 1 puteri) melalui JALAN SUTERA ke KEDAH TUA, KEDAH KANDIS, KEDAH JAMBI, KUANTAN PAHANG / PAHANG TUA dan KELANTAN TUA (rujukan dari TAPAK WARISAN SUNGAI BATU, KEDAH) Apabila Kerajaan Miritim diperkenalkan Agama Hanif Ajaran Ibrahim disebarkan pula di pulau pulau. Bahasa campuran Indo-Iranian, Indo-Aryan dan Austronesia kemudiannya dijadikan IBU pada bahasa Sanskreta begitu juga dengan tulisan Pallava yang berasal dari Parsi dan Pahlavi yang dijadikan bahasa rasmi kaum Mala-Ur (Ur adalah nama negara kelahiran Nabi Ibrahim AS) juga turut dijadikan INDUK pada tulisan Sanskreta. KAUM MALA YANG WUJUD SE ZAMAN DENGAN KAUM MAYA, Sumeria, Lemuria, ATLANTIS dll akhirnya dipanggil sebagai BANGSA MELAYU.


Bekas tinggalan Lemuria selepas banjir


Easter Island termasuk dlm kawasan tinggalan Lemuria .. pulau tinggi yg tdk ditenggelami banjir besar.




Fakta, kemahiran mengukir batu. 


Ajaran Nabi .Ibrahim diseleweng oleh yahudi menjadi Hindu & Buddha




Dari page Bani Jawi

 Nabi Ibrahim berasal dari bangsa 'Ibriyah, kata' Ibriyah berasal dari 'ain, ba, ra atau' abara yang bermaksud menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).
Beberapa fakta yang menunjukkan bahawa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya:

1. Nabi Ibrahim mempunyai isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan AH Vidyarthi dan U. Ali) ...


3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.
Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain:

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah
Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahawa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci
Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahawa sungguh Tuhan itu Maha Besar
Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahawa tidak ada rupa bagi Tuhan
Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan: kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu
Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan "sembahlah Dia sahaja, Tuhan yang sesungguhnya"
Dalam Brahama Sutera disebutkan: "Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali ".
Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.


4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Kaabah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membina rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan AH Vidyarthi dan U. Ali).
Bahkan secara terperinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut:
Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu ... (Atharva Veda 10: 2: 31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.
Makna lapan pusingan adalah lapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.

Sementara sembilan pintu terdiri dari: Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.


Sebelum kata "Hindu" dan "Hinduisme" diterima, ada istilah-istilah yang diperkenalkan oleh orang asing, yakni: orang Parsi, Yunani dan Bahasa Inggeris. Umat ​​Hindu menyebut tradisi mereka sebagai Vaidika Dharma, Artinya Dharmanya weda. 
Dalam bahasa Parsi, kata Hindu berakar dari kata Sindhu (Bahasa Sanskrit) .Dalam Reg Weda, bangsa Arya menyebut wilayah mereka sebagai Sapta Sindhu (wilayah dengan tujuh sungai di barat daya anak benua India, yang salah satu sungai tersebut bernama sungai Indus). Hal ini mendekati dengan kata Hapta-Hendu yang terkandung dalam Zend Avesta - sastera suci dari kaum Zoroaster di Iran.

kata Hindu merujuk pada masyarakat yang hidup di wilayah sungai Sindhu .Hindu sendiri sebenarnya baru terbentuk setelah Masihi ketika beberapa kitab dari Weda digenapi oleh para brahmana. Pada zaman munculnya agama Buddha, agama Hindu sama sekali belum muncul semuanya masih mengenal sebagai ajaran Weda.

Muhamad lahir dari suku Bangsa KURURESi (= KURAISI = QURAISY), nenek moyang yang pertama sampai di Arab adalah IBRAHIM (Brahmin dari Bangsa KURU = KURURESI), yang memisahkan diri dari kelompoknya di Baratawarsa, kerana Perang Baratayuda tahun 3139 SM.

KAABAH dijangka dibina oleh IBRAHIM = Brahmin dari BANGSA KURU (KURURESI = KURAISI = Quraishi), sebagai tempat persembahyangan bangsa KURURESI saat itu.
Muhamad sebagai keturunan Bangsa KURU, mewarisi sifat-sifat kesatrya Kuru walaupun nenek moyang mereka telah menjadi RISHI (RESI / RSI).

 Muhamad suka bermeditasi = bersemadi = Bertahanut = bertafakur di GUA HIRA.
Leluhur Muhamad juga suka bersemedi = bermeditasi = bertahanut = bertafakur di lereng-lereng dan lembah-lembah di pengunungan Himalaya.
Sidarta Gautama juga suka bersemedi = bertahanut = bermeditasi = bertaafakur dibawah pohon Bodi kemudian mencipta ajaran BUDDHA.

pada hakikatnya kebenaran itu hanya "satu". islam menyebut-NYA sebagai "ALLAH" sedangkan hindu menyebut-NYA sebagai Isvara. TUHAN dalam hindu rekaan dalam wujud dewa-dewi, sejatinya itu hayalah "usaha meng-antropomorfik-kan berbagai macam sifat TUHAN seperti: sifat pencipta, pemelihara, dan pemusnah". Di islam, sifat-sifat kebesaran TUHAN tidak diwujudkan dalam bentuk patung, melainkan hanya dalam wujud kata yang mewakili makna sifat, seperti: maha pencipta, maha pengasih, maha kuat dsb.
Di Hindu ada "advaita", sedang di Islam ada "Haqekat"

Baca pengakuan bekas Sami Hindu ini.

Setiap umat di zamannya dipastikan mempunyai "wakil TUHAN dalam wujud manusia". di Hindu disebut sebagai "Avatara", di Buddha disebut sebagai "Boddha", di Jainism sebagai "tirthankar", dan di Islam, Kristian, dan jahaudi sebagai "Nabi". Tiap-tiap utusan TUHAN tersebut mempunyai cara ibadah yg berbeda2 sesuai dengan zaman dan apa yang telah diwahyukan, namun malangnya majoriti umat sepeninggal para utusan telah diselewengkan kebenarannya.

kata "Kaabah" itu berasal dari kata Sanskrit "amba" yang bermakna Ibu (seperti Ambu dalam bahasa Sunda ,, Sundaland), dan kata ka'bah juga dari kata Sanskrit.

Bodhi + Hinduisme ajaran meditasi mengenal tuhan yg satu ... sesuai pada zaman mengikut peribadatan yg berbeza .. Bodhi & Hinduisme akhirnya dipecah menjadi agama baru. awalannya ia ajaran penyembahan tuhan yg satu. mengikut ajaran yg dibawa oleh Brahim / Ibrahim / Brahma

Tuesday, January 13, 2015

Rahsia fenomena solat pada tubuh Manusia



Sholat
Jika kita sering memperhatikan waktu selepas shubuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselingi dengan merah (oranye) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.
Dalam Islam, tidur setelah shubuh sangat dilarang karena akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah : “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya,” (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, shahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah karana warna biru mempertenagakan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.
Pada waktu shubuh, alam berada dalam spectrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu shubuh mempunyai rahasia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu shubuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini karena tenaga alam yaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam arti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan shubuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat shubuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
sholat dhuhur
2. Waktu Sholat Dzuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangi makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunah Senin dan Kamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahasia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang- ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
sholat ashar
3. Waktu Sholat Ashar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oranye, yaitu masuknya waktu Ashar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovarium dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahasia warna orange ialah kreativitas. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitasnya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar dipakai buat tidur.
sholat maghrib
4. Waktu Sholat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini karena spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka beresonansi dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini alias menjalankan sholat Maghrib dulu.
Rahasia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
Tahukah Anda bahwa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.
sholat isya
5. Waktu Sholat Isya
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isya ini menyimpan rahasia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau istirahat. Allohu alam bi shawwab.

Sunday, January 4, 2015

Kerajaan Balqis yang tenggelam di Nusantara



Dari group Bani Jawi;

 Lihat dari makna ini;
“Tetapi mereka berpaling, maka kami datangkan kepada mereka banjir al-‘arim.” (QS. Saba’: 16)



Kisah ini mengaitkan dgn jalan cerita Puteri Balqis & N. Sulaiman..
Kajian sebelum ini mendedahkan Puteri Balqis itu letaknya di Yaman,
fakta ini kurang tepat kerana bendungan yg dibina itu pecah sedangkan menurut Quran mereka dibinasakan akibat Banjir "al-arim" .


 Pengikut Balqis yg ingkar kembali menyembah matahari itulah punca kepada kebinasaan serta banjir yg didatangkan kepada mereka.

“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.” (QS. Saba’: 16-17)


Fakta- lokasi di Yaman : nama Saba' yang digunakan sebagai nama kaum dan kerajaan diambil dari nama raja pertama, yaitu Saba' bin Yasjib bin Ya'rib bin Qahthận.. Jadi nama Saba yang terletak di Yaman itu dimulai dr nama Raja mereka yang pertama sebenarnya serta tiada kaitan dgn kisah kerajaan Balqis.



fakta lain- N.Sulaiman (Raja Bani Israel) berkahwin dgn seorang Raja dr alam Jin (Bunian).. oleh kerana itulah hanya alam Melayu sahaja yang ada kaitan dgn Bunian... tidak Cina, India, mahupun Kristian serta Nasrani..


Gugusan Benua diantara Malaysia & Indonesia itu didalam sebuah tanah daratan..
Ada kemungkinan Atlantis & Sunda-land yg di perkatakan itu adalah dari benua ini yang sebenarnya...

Friday, December 19, 2014

Rahsia Melayu dalam Kitab Al-Kamil fi At- Tarikh.



 

Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah.Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi =Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satuTuhan
Ibnu Athir al-Jazari
Kitab al-Kamil fi at-Tarikh

Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitunegeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan MelayuChampa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal dikawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pulabeberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan daritanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU
Ibnu Athir al-Jazari
Kitab al-Kamil fi at-Tarikh

•Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel

•Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa Minangkabau (satu dari rumpunMelayu Pagar Ruyung) dan Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah bakaMelayu asli

•Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayuadalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun

•Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar al-Hadadmengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinanNabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis (Puteri Saba’)

Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-besar segala kadarnya. Dan terlebihcemerlang dalam segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah akan yangmempunyainya akan cerdik dan tajam penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, makatiadalah mereka itu memperduli dengan sya’an tawarikh. Hingga jahilah mereka itu akan ahwalsegala masa yang telah lalu atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir. Bahkantiada mengetahui mereka itu akan nama-nama nenek moyang mereka itu
Syeikh Ahmad al-FathaniKitab Hadiqatul Azhar


Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an, usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan tasawwuf atas perjalananal-Imam al-Ghazali. Sekarang sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar darimazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahamawam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Siapa yangdatang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentutujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu makabunuhlah akan dia.
Syeikh Abdullah FahimSedutan Wasiat Buat Melayu

•Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk kepada Allah swt. Contoh:- Allahbersila, Allah samseng, Allah mencarut, Allah tertakluk pada masa dll

•Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20 atas hujah bidaah. SubjekPendidikan Islam / Tasawur Islam di bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhidUluhiyyah-Rubbubiyyah-Asma wa Sifat
•Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw dan menisbahkan bagindasebagai manusia biasa. Contoh:- Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan,maulid warisan kristian dll

•Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah saw (ahlul bait). Contoh:-baka syed sebagai pemecah belah umat, golongan habib adalah syiah yang sesat,tawaf kubur dll

•Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah beberapa amalan yang telahpernah dipraktikkan para sahabat dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid,talqin, tahlil dll

•Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat Islam dianjurkan untukmenggunakan akal fikiran untuk menafsir al-quran dan hadis secara terus ataumencari dalil yang lebih kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuaimengikut keperluan masa, tempat dan keadaan.

•Alim ulama’ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah sesuai pada tempatnya.Beberapa contoh semasa:-
q13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato’ Asri bin Muda akur dengan jumhurguru-guru pondok Kelantan
q31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim melalui ilmu firasatdan ilmu falak
qTasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr Burhanuddin al-Helmy
q
•Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah berpolitik mestilahbersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah boleh kerana hendak menang dalampolitik, maka kita menjadi taksub dan hilang pegangan agama dalam keghairahanmeraih sokongan.

•Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang dimaksudkan ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam bidang tauhid, feqahdan tasauf. Bukan agama Islam dari lain-lain fahaman dan aliran

•Ketuanan Melayu
Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara sertamuafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, makawajarlah ia menjadi KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, KerajaanPemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untukmemastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh

•Kesatuan al-Malayuwiyah
Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkanSAKA ini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisandan doa. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah danpentadbiran untuk memastikan orang melayu sentiasa bermuafakat agarmudah dibangunkan bakat mereka


•Ketuanan Melayu
Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara serta muafakatia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka wajarlah ia menjadiKHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencariikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu semakin ramai yangmenjadi fakeh

•Kesatuan al-Malayuwiyah
Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkan SAKAini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisan dan doa.Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiranuntuk memastikan o

Tuesday, November 25, 2014

Misteri disebalik 3 wilayah pertemuan laut di sebelahTimur





Ini adalah wilayah sebuah tempat yang terletak diantara pertemuan 3 buah wilayah laut disebelah timur. 
Jika dilihat dari sudut geografinya, wilayah yang terletak diantara pertemuan 3 buah laut itu adalah Semenanjung Tanah Melayu  dan Palembang di Indonesia.

Jika kita kaji, kedua-dua lokasi ini pernah terbentuknya sebuah kerajaan Beraja

Empayar pentadbiran dibawah Srivijaya


Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.





Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Ramalan beliau bersandarkan kepada Hadis Nabi saw yang menyebut mengenai kemunculan  seorang pemuda yang bakal memimpin dunia yang dikenali sebagai Al- Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.

Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda

Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Kemunculan dari pertemuan 3 buah laut. Dipercayai antara Palembang dan Semenanjung tanah Melayu.

Menurut hasil kajian yang saya lakukan, pandangan saya lebih tertumpu kepada Semenanjung tanah Melayu kerana disitu terdapat beberapa persamaan karekter Pemuda Bani Tamim dengan Melayu serta hubungkaitnya dengan  susur galur dari Bani Israel.

Bukti?


Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. 


Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel.Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Wednesday, September 17, 2014

Susur galur Dzulkarnain serta hubungannya dengan Melayu.




 Inilah Susur Galur Bitjitram Syah (Sang Sapurba), keturunan Iskandar Zulqarnain yang turun dari Bukit Siguntang Mahameru (Palembang)…
“… asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain, nisab kami daripada Raja Nusirwan, Raja Masyrik dan Maghrib dan pancar kami daripada Sulaiman ‘alaihis salam… ” (Sejarah Melayu (SM), karangan Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).

Bitjitram Syah (Sang Sapurba), diceritakan menikah dengan Wan Sendari anak Demang Lebar Daun, Penguasa Palembang (anak cucu Raja Sulan, keturunan Raja Nusirwan ‘Adil bin Kibad Syahriar), kelak keturunannya menjadi cikal bakal raja-raja di Negeri Melayu.

Bitjitram Syah (Sang Sapurba), di dalam sejarah dikenali sebagai Raja Sriwijaya abad ke-13, yang bernama Sri Tri Buwana, yang mendirikan Kerajaan Keritang (Indragiri) dan Kerajaan Kandis di Kuantan. Salah seorang putera Sang Sapurba, bernama Sang Nila Utama, membangun Kerajaan Tumasik, yang saat ini dikenal dengan nama Singapura.

Silsilah Bangsa Melayu

Ibn Abd Al Rabbih di dalam karyanya Al Iqd al Farid, yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII” menyebutkan adanya korespodensi antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada sekitar tahun 100 H (abad ke-8M) (Kunjungi : Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah sebagai berikut :

”Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”

(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan seribu raja ?
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan Iskandar Zulqarnain dan Nabi Sulaiman?
(?) Siapa yang dimaksud dengan Raja Nusirwan ‘Adil, Raja Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), seperti terdapat dalam Sejarah Melayu?
Berpedoman kepada Sejarah Melayu, sebagaimana diuraikan sebelumnya, diperoleh informasi Salasilah Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba bertemu pada Raja Nusirwan ‘Adil.
Di kalangan ahli sejarah, memperkirakan Raja Nusirwan ‘Adil indentik dengan King Anushirvan “The Just” of Persia (memerintah pada tahun 531-578 M, di Kerajaan Persia Dinasti Sassanid), beliau adalah putera Kavadh I of Persia atau dalam sejarah melayu disebut Raja Kibad Syahriar.
Melalui penyelusuran Genealogy, diperoleh Silsilah King Anushirvan (Khosrow I of Persia), dengan perincian sebagai berikut :
1. Susur Galur dari Cyrus II “The Great” of Persia (Zulqarnain)

Maharaja Nusirwan ‘Adil (Anushirvan/King Khosrow I “The Just” of Persia) bin Maharaja Kibad Syahriar (Kavadh I of Persia) bin Firuz II of Persia bin Yazdagird II of Persia bin Bahram V of Persia bin Yazdagird I of Persia bin Shapur III of Persia bin Shapur II “The Great” of Persia bin Ifra Hormuz binti Vasudeva of Kabul bin Vasudeva IV of Kandahar bin Vasudeva III of Kushans bin Vasudeva II of Kushans bin Kaniska III of Kushans bin Vasudeva I of Kushans bin Huvishka I of Kushans bin Kaniska of Kushanastan bin Wema Kadphises II of Kunhanas bin Princess of Bactria binti Calliope of Bactria binti Hippostratus of Bactria bin Strato I of Bactria bin Agathokleia of Bactriai binti Agathokles I of Bactriai bin Pantaleon of Bactria bin Sundari Maurya of Magadha (menikah dengan Demetrios I of Bactriai*), keturunan Raja Iskandar (Alexander III “The Great” of Macedonia)) binti Princess of Avanti (menikah dengan Brihadratna Maurya of Magadha**), keturunan King Ashoka) binti Abhisara IV of Avanti bin Abhisara III of Pancanada bin Abhisara II of Taxila bin Abhisara I of Taxila bin Rodogune Achaemenid of Persia binti Artaxerxes II of Persia bin Darius II of Persia bin Artaxerxes I of Persia bin Xerxes I “The Great” of Persia bin Atossa of Persia (menikah dengan Darius I of Pesia***), keturunan Bani Israil) binti Cyrus II “The Great” of Persia
Sumber : Khosrow I `the Just’ (Anushirvan) (Shah) of PERSIA dan Menemukan Zul-Qarnain, dalam Sejarah

2. Susur Galur dari Alexander III of Macedonia (Raja Iskandar Zulqarnain)
*) Demetrios I of Bactriai bin Berenike of Bactria binti Princess of Syria binti Laodice I of Syria bin Aesopia the Perdiccid of Macedonia binti Alexander III ”The Great” of Macedonia
3. Susur Galur dari King Ashoka
**) Brihadratna Maurya of Magadha bin Dasaratha of Magadha bin Kunala of Taxila bin King Ashoka (Asoka) Vardhana
4. Susur Galur dari Nabi Sulaiman

***) Darius I of Persia bin Meshar binti Salathial bin Tamar binti Johanan bin Josias bin Amon bin Manasses bin Ezechias bin Achaz bin Joatham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash bin Ozias bin Jehoram bin Jehoshapat bin Asa bin Abia bin Roboam bin Nabi Sulaiman
Apa yang diakui raja Sriwijaya (Sri Indravarman), sebagai keturunan seribu raja, ternyata bukanlah isapan jempol melainkan sebuah fakta, melalui Susur Galur leluhurnya, Maharaja Nusirwan ‘Adil, telah membuktikannya.

Dan melalui penyelusuran Genealogy juga, kita dapat saksikan bahwa Raja Iskandar Zulqarnain (Alexander III of Macedonia), Zulqarnain (Cyrus II of Persia) dan Nabi Sulaiman sebagai Leluhur Bangsa Melayu, adalah sebuah kenyataan dan bukan sekadar angan-angan.

Piramid serta kewujudan Atlantis..



 Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman moden seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta kebal. Ada yang mengatakannya sebagai secara kebetulan. Tetapi bagaimana secara kebetulan boleh berada dalam kelompok yang sama, yang mana beberapa tulisan / lukisan itu berupa seperti kenderaan-kenderaan zaman moden?

Antara teori yang dapat dinyatakan di sini ialah, kemungkinan tulisan-tulisan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman moden itu adalah lakaran kembali gambar kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum itu lagi. Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum banjir terbesar dunia zaman Nabi Nuh a.s ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat dulu kala kerana derhaka kepadaNya.
Lukisan kenderaan moden dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph

Ataupun mungkin piramid-piramid itu memang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s kepada para jin untuk membinanya. Dan para jin sudah tentu ada yang tahu banyak berita-berita langit, kerana sebelum Nabi Muhammad S.a.w lahir, para jin masih boleh terbang ke langit untuk mencuri dengar berita-berita dari para malaikat. Tajuk sambungan seterusnya akan mengupas lebih dalam berkenaan hal ini insyaAllah.
- Piramid-piramid itu sendiri boleh dikatakan adalah sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Sarung luar Piramid Besar telah diliputi dengan batu kapur putih tufa, ianya padat sehinggakan pisau cukur tidak boleh muat antara blok. Batu kapur putih tufa itu tidak mengandungi magnesium dan mempunyai ciri-ciri penebat yang tinggi. Ciri-ciri penebat ini menghalang elektrik di dalam piramid itu daripada dikeluarkan tanpa kawalan.

Blok-blok batu yang digunakan di dalam piramid itu diperbuat daripada satu lagi bentuk batu kapur yang mengandungi kristal yang merupakan konduktor elektrik yang sangat tinggi dan sejumlah kecil logam, yang membolehkan penghantaran kuasa maksimum.

Paksi di dalam piramid itu telah dipenuhi dengan granit. Granit, sebagai satu konduktor, adalah bahan yang sedikit radioaktif dan membenarkan pengionan udara di dalam paksi.
Apabila kita melihat ke dalam kabel elektrik terlindung, kita lihat bahawa bahan-bahan konduktif dan penebat yang digunakan adalah cara yang sama seperti dalam piramid.

- Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir itu. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.
Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat. Dan macam-macam lagi.
- Suhu di dalam bilik Piramid besar sepanjang tahun tidak melebihi 22 darjah Celsius. Bayangkan, berada di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, di dalam batuan besar, tetapi dapat mencapai suhu serendah itu.

- Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?

- Telah ditemui piramid-piramid besar di Mesir, Peru, Mexico, China. Dimana Piramid Besar di Giza terletak di tengah-tengah antara kesemua piramid ini.
- Dan di setiap piramid itu ada terpapar tulisan-tulisan Hieroglyph di dalamnya. Seolah-olah ianya adalah signal kepada sesuatu dan bukannya tiada tujuan.

- Easter Island, Peru, Mexico, Mesir dan China walaupun terpisah jauh tetapi binaan-binaan kuno yang ditemui di sana ada beberapa persamaan yang ketara, seperti terdapat mumia di dalamnya, tulisan-tulisan Hieroglyph, teknik binaan tahan gempa bumi, kaedah astrologikal dan astronomikal yang digunakan dan terdapat binaan piramid (selain dari Easter Island).
Perhatikanlah gambar-gambar teknik binaan yang sama di setiap tempat itu. Tidak mustahil ia semua dibina oleh orang-orang atau kelompok-kelompok tertentu yang sama

                                 

Asal usul Minangkabau dan kaitan Dzulkarnain..




 Minangkabau berasal dari kata Menon Cobos. Menon Cobos artinya adalah tanah mulia atau tanah murni. Dianggap sebagai tanah murni atau tanah mulia karena daerah ini juga dianggap sebagai tempat asal para leluhur orang-orang Melayu.

Tertulis dalam 'Tambo'. Nenek moyang Minangkabau adalah Sultan Maharajo Dirajo. Belayar dgn pengikutnya yang pandai seni mempertahan diri sepanjang Pulau Lakadeva, Serindit dan Ceylon dan berlabuh di Gunong Merapi.


Sultan Maharajo Dirajo adalah anak kepada Iskandar Zulkarnain yang berkahwin dengan puteri Ruhum (Rome Timur). Dari perkahwinan ini dia dapat 3 anak bernama Sultan Maharajo Alif, Sultan Maharajo Depang dan Sultan Maharajo Dirajo.

Sebelum mangkat Iskandar Zulkarnain dia telah melantik Sultan Maharajo Alif memerintah Rome, Sulatan Maharajo Dipang memerintah China dan Sultan Maharajo Dirajo memerintah Negeri Khatulistiwa yang mana sekarang adalah Sumatera.

Misteri pembinaan Piramid Giza


 lateau Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan lapisan batuan khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga elektrik ke bahagian atas semasa proses pemindahan air bawah tanah ke permukaan, proses ini dikenali sebagai “AKUIFER”. Arus deras Sungai Nil yang melalui akuifer tersebut menghasilkan tenaga elektrik. Teknik ini dikenali sebagai fisio-elektrik.

Ruangan bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina di dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik ini kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah tanah yang dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.
Medan elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat tetopi emas yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian ini sudah tidak wujud lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian atas piramid telah kehilangan struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi emas ini membantu pengaliran ion-ion negatif ke ionosfera. Melalui cara ini, maka arus elektrik pun terhasil.


Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. Mentol-mentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk menunjukkan bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.
Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.


Ukiran di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima di sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.

Ukiran relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan tenunan. Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin pembuatan masa kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan mereka.
Terdapat banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas dengan teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan penggunaan elektrik.

Ukuran elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung Giza adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh dengan petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid Agung Giza. Ini dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. Apabila seseorang berdiri di atas piramid dengan memegang botol yang dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik keluar dari botol, seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.

Piramid selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, bukannya makam.

Sebuah peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. Mereka mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, tetapi kini kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi peti batu dan lokasinya mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah struktur konduktif piramid yang hilang, dan keseluruhan rekabentuknya menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan superkonduktif dipasang di sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup untuk seluruh Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat bersesuaian dengan saiz peti batu kosong tersebut.


Nabi Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah, baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan keupayaannya yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di Mesir purba adalah pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. Sebagai tambahan kepada sifatnya yang lain, terdapat juga pelbagai rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak sebagai kapasitor, dan bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as) dipercayai telah membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan Mesir. Menurut rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as) sehingga ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum bahawa semua kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.

Rujukan sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi Musa (as). Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar Giza yang dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah dinasti lain menetap di situ.
Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?


Ukiran timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.
Semua maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh golongan evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau kurang maju telah hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. Sebuah masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati teknologi yang jauh lebih maju berbanding dengan mereka yang hidup dalam abad ke-20.

Tuesday, September 2, 2014

Misteri Punt di Mesir dan kaitannya dengan Angkor Wat.



 Angkor Wat yang dibina Suryavarman II pada 1113 AD di Siam-Kambujuddah ade kaitan dgn dinasti Firaun.Dikatakan senarai raja2 Egypt terdapat Raja 'Siamun' itu adalah King Solomon,di mana ianya penghormatan King Solomon yg memerintah kerajaan Israel-Siam dan Kambu-Juddah menerusi pakatan dgn kerajaan Egypt. Lalu dikahwinkan King Solomon @ 'Siamun' dengan Puteri Firaun.


Terdapat lokasi Bantay Srei di Kambu-juddah di mana isterinya yg berdarah raja bukan berketurunan Hebrew bersemayam di sana.Di bantay srei dlm kuil consort of Rama-Brahma terdapat panel yg menunjukkan imej wanita fesyen rambut 'corn-row' di mana Rama-Brahma merestui Isterinya org asing.
Queen HAtshepshut dikatakan beribukan wanita dari Punt.Imej yg sama muncul di Kompleks Prambanan yg dikatakan terletaknya 'Punt' tanah nenek moyang Firaun,dimana queen hatshepshut menghantar ekspedisi ke Punt dengan kapal yg dikayuh oleh ramai pendayung.Imej kapal ini juga tdapat di dlm panel Angkor wat, design pendayung dlm angkor wat mirip dgn pendayung kapal queen Hashepshut .

Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu.Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.
Didinding Piramid dicatatankan asal usul punt dikatakan berada di sebelah timur.. Kita boleh lihat pada ukiran tersebut yang menunjukkan imej pokok kelapa...






Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu). Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.
Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang. Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'


Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang direkodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' .Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.

Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.

Bukti- Kapal tertua didunia dijumpai di Nusantara...



Friday, July 11, 2014

Misteri Ratu Boko & persamaan Ratu Balqis menurut Alquran..



From Bani Jawi
  

 Sebuah plat emas yg berisi ” Alla ta’luu ‘alaiyya, wa’tuunni muslimiin ” ( Jangan menyombong kepadaku dan datanglah kepadaku dengan berserah diri ). dijumpai di kolam Ratu Boko yang dikenali antara sebuah tempat pemerintahan Puteri Balqis,,

﴾ An Naml:30 ﴿
Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.



﴾ An Naml:31 ﴿
“Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Antara salah sebuah tempat di Istana Ratu Boko,, Ratu Boko kemungkinan besar adalah Puteri Balqis.. menurut kepada ayat Quran;



Jika kita lihat dari sisa peninggalan singgahsana Istana ini... terdapat connection yang tepat matahari masuk kedalam sebuah sudut .... kemungkinan besar inilah yang dimaksudkan dlm Quran " dia & kaumnya menyembah matahari "...

﴾ An Naml:23 ﴿
Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

﴾ An Naml:24 ﴿
Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk,



Sejarah menulis kewujudan Ratu Balqis disekitar Yaman,, namun adakah penulis sejarah itu merujuk kepada kitab Al-Quran? tidak bukan melainkan sejarah-sejarah ini banyak dicatat oleh si penjajah  sendiri.

Jadi.. bukankah seperti kata-kata nabi saw sendiri yang menyatakan bahawa, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika mengambil Al-Quran & As Sunnah ??

﴾ Al Anfaal:29 ﴿
Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan (pembeda mana yg haq dan mana yg bathil). Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.