Tuesday, April 1, 2014

Sejarah Sulu & Philiphines.



 
 




Paradigma yang tercetus pada sesuatu kaum bermula apabila sebilangan yang berakal dan berfikir mula menulis dan menyampaikan idea kepada kaumnya. Idea manusia tidak akan tercetus dengan begitu sahaja tanpa bersebab. Sebagai contoh Nabi Musa a.s. yang mendapat peluang belajar menimba ilmu pengetahuan dari Istana Fir’aun telah menyedari kekosongan kaumnya. Menyedari bahawa beliau bukannya berketurunan Fir’aun Musa a.s. mula berfikir dan mempelajari budaya dan asal usul bangsanya. Kekosongan bangsa Israel yang ketika itu menjadi hamba kepada Fir’aun ialah “Pemimpin”. Siapakah “Pemimpin” yang sanggup membela mereka kalau bukan Musa a.s. yang mendapat kemudahan sebagai “Anak Fir’aun”?

Musa a.s. telah mendapat bantuan Tuhan yang Maha Kuasa dengan mendapatkan semula identitinya sebagai satu bangsa yang berperadaban ketika dulu iaitu “Percaya kepada SATU TUHAN dan Keesaan-Nya”. Apakah maksud “Peradaban” (Civilisasi)? Ianya bermaksud “Adab” dalam bahasa Arab, perlakuan mulia dan berakhlak baik kepada manusia dan kepada Maha Pencipta. Apa pun pembangunan dan kekuasaan tidak akan bermakna kalau tiada adab. Tiada makna “Tamadun” sesuatu negara yang rakyatnya hidup dengan hiburan nafsu (Hedonisme). Apabila ini berlaku pemimpin dan masyarakatnya akan dilanda rasuah, perzinaan, penzaliman dan kerosakan yang pada akhirnya akan dibinasakan dan hancur. Sebab itu adakah bangsa Fir’aun Mesir yang berjaya membina bangunan besar dan kekuasaan 5500 tahun lalu sudah dikira “berperadaban”?

Fir’aun yang mengaku Tuhan kerana mengira dirinya sangat berkuasa akhirnya dihancurkan kerajaannya oleh Allah swt ketika mengejar Musa a.s. Satu bangsa dari Timur yang jauh lebih hebat dan maju dinamakan Hyksos telah menggantikan kerajaan Fir’aun. Kerajaan Bani Hyksos memerintah Mesir bermula tahun 1664 SM hingga 1569 SM. Peringkat awal ahli sains memberi teori bahawa Bangsa Hyksos berasal dari Timur Asia yang dikenali sebagai bangsa”Pengembala”. Kerana mereka sangat maju mengusahakan tanah sahingga boleh membina bangunan dan rumah kediaman dibawah tanah yang begitu moden. Tetapi akhirnya didapati bangsa Hyksos tersebut adalah bangsa maritim yang biasa dengan laut.

Ketua Lembaga Kebudayaan Kuno Mesir, Dr Zahi Hawwas yang mengendalikan projek penggalian lokasi tersebut berkata ”Gambar menunjukkan sebuah kota di bawah tanah lengkap dengan jalan, rumah dan tempat pemakaman yang memberi gambaran keseluruhan perencanaan kota”.
Irene Mueller ketua kumpulan pengkaji dari Austria berkata ”Kami juga berhasil mengidentifikasi salah satu anak sungai Nil yang melewati kota tersebut disamping adanya dua pulau.

Bangsa Hyksos yang mendiami mesir tinggal di satu kawasan yang dinamakan Avaris. Siapakah sebenarnya bangsa Hyksos? Mengapa mereka dikatakan sebagai bangsa maritim? Sedangkan Eropah, Afrika, Arab dan Yahudi hari ini satu-satunya bangsa maritim yang mereka kenal adalah Bangsa Phoe-nee-shee (Phoenicia) atau Bani Kana’an. John Keyser menulis artikel bertajuk AVARIS AND THE LAND OF GOSHEN telah mengulas tulisan Bietak tentang Avaris,
“Avaris was founded by Amenemhet I, the first king of dynasty 12. It adjoins the Land of Goshen and it is not surprising that “the archaeological and anthropological evidence indicates that the settlers were not Egyptians but people from nearby Canaan, albeit highly Egyptianised”. “Cooking pots of Syro-Palestinian Middle Bronze I (MBI) type show that there was contact withnomads”.

Apa yang menarik ialah dakwaan bahawa Hyksos di Avaris kelihatan mempunyai hubungan dengan bangsa nomad Asia. Dikatakan juga penempatan Hyksos sama dengan penempatanKabun yang mungkin merujuk Qoboun di Syiria. Sedangkan jelas tanah Syiria adalah tempatnya bangsa Phoenicia @ Kana’an yang menutur bahasa kepulauan Asia Tenggara (Austris). Kabundalam bahasa Sulug @ Sug bermaksud tanah tempat bercucuk tanam yang disebut Kabbun. Bahasa Melayu moden juga menyebutnya kebun. Adalah satu perkara yang menarik dibicarakan di sini dari manakah asal-usul bangsa Phoenicia? Dari Timur Tengah (Asia Barat) atau Asia Tenggara? Catatan Flavius Josephus yang hidup pada abad pertama selepas Masehi telah menjelaskan ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. tahun 980-900 SM bahawa Phoenicia atau Kana’an mempunyai kata ”Cabul” yang bermaksud tidak baik. Walhal ”Cabul” adalah bahasa kepulauan Asia Tenggara (Austris) yang bermaksud lucah dan jijik.

Berbalik kepada Bangsa Hyksos, menurut beberapa catatan mereka bukanlah bangsa Phoenisia hanyasanya diketahui duduk bersama bangsa Phoenicia di Negeri Kana’an. Mereka ini diketahui hebat di laut dan berani yang berasal dari sebelah timur. Mereka berjaya menggantikan kerajaan Mesir dan memerintah selama 500 tahun. Mereka dikatakan sangat kejam dengan memusnahkan patung-patung dan bangunan Mesir serta memperhambakan bangsa Mesir. Dalam satu laman web yang mencatat “Original Documents” di www.specialtyinterests.netmenyatakan,

“The Hyksos overran Egypt without encountering resistance: Macoudi, “L.P”, Vol. II, p.307; Aboulfeda H.a.p. p. 179. Josephus quoting Manetho in “Against Apion”, I, Sec. 14, p. 611. ”There was a king of ours, whose name was Timaus. Under him came to pass … there came … men of ignoble birth out of the eastern parts … and had boldness enough to make an expedition into our country, and with ease subdued it by force, yet without our hazarding a battle with them….”

Hyksos dikatakan mempunyai budaya pelik sangat berbeza dengan bangsa Mesir atau Kana’an. Mengubur mayat dan bangkai kuda. Dalam keadaan tertentu mengebumi anak kecil mereka yang meninggal di dalam pasu. Satu kemungkina Hyksos datang dari Nusantara. Kerana selepas kekalahan Hyksos di tangan Raja Ahmose I (Penyambung Kerajaan Purba Mesir) Raja Mesir kemudiannya menghantar deligasi menuju ke Nusantara yang dikenali sebagai Negeri Punt (Raja Parahu).

“Avaris was then captured by King Ahmose I (ruled about 1570-1546 B.C.), who ended theHyksos rule and founded the glorious 18th dynasty, which included pharaohs such as Hatshepsut, Amenhotep III, Akhenaten and Tutankhamun”. (*ferrelljenkins.wordpress.com)

Kapal laut Mesir Purba Dinasti ke-5 tahun 2458-2446 SM.


Kapal laut Mesir Purba Dinasti ke-XVIII(1580-1350 SM).Jenis kapal laut yang digunakan oleh Queen Hatshepsut menuju ke Land of Punt melalui Laut Merah sehingga ke Laut India bertemu King Perehu (Raja Perahu).

Ahli sejarah masih mengaitkan Hyksos berhubung rapat dengan Kana’an @ Phoenisia dan Bani Israel. Bangsa Phoenicia adalah bangsa maritim yang sejak sekian lamanya belayar berulang alik ke Nusantara. Ini kerana beberapa bukti menjelaskan bahawa Phoenisia berasal dari Asia Tenggara yang belayar ke seluruh dunia dibawah satu kerajaan kepulauan. Raja Perehu atau Raja Perahu yang dimaksudkan tidak syak lagi adalah dari negeri timur yang dipanggil Atlantis. Hampir pasti bangsa Hysos juga berasal dari Atlantis. Kekeliruan bangsa Yunani Purba (Greece) mengatakan Atlantis berada di Laut Atlantik sebenarnya adalah tanggapan yang salah. Yang benar ialah bangsa maritim telah masuk ke Laut Meditranian melalui Laut Atlantik. Bangsa maritim ini akhirnya dianggap datang dari negara hebat kepulauan yang dipanggil Atlantis. Nama yang pertama kalinya keluar dari lidah bangsa Yunani Purba. Satu-satunya yang menyebut nama Atlantis ini ialah ahli falsafah terkenal Yunani bernama Plato.

02- KAJIAN ATLANTIS: Empayar Kepulauan Yang Hilang Di Sebelah Timur

Dimanakah lokasi sebenar Atlantis di Asia Tenggara sekiranya kita percaya ianya memang berada di Asia Tenggara? Untuk membuktikan hal ini kita memulakan perbicaraan siapa sebenarnya bangsa Phoenicia? Mangapa bangsa ini dinamakan sebagai Phoenicia? Hal ini penting untuk keluar dari ”pintu teka-teki” memasuki gerbang ”jawapan”. Perbicaraan ini insyaAllah akan menyelesaikan teka-teki siapa sebenarnya BANGSA MELAYU di Asia Tenggara lantaran ahli Anthropology barat menggelar rumpun ini sebagai Malayo-Austronesia?


Rahsia bangsa Sulug ialah “perahu” yang menjadi alat perhubungan mereka beribu tahun sesuai dengan kehidupan di kawasan kepulauan. Bangkai kapal di atas diperbuat dari susunan papan yang berusia ribuan tahun menunjukkan Bangsa Sulu sudah jauh lebih maju.

Untuk membicarakan dan mendapat jawapan tentang bangsa Phoenicia para pengkaji mesti keluar dari ”Kepompong” Kemelayuan yang hanya tertumpu kepada Chandi-Chandi Hindu danBuddha yang jelas Paganisme. Walhal telah dimaklumi oleh para saintis hari ini “Manusia pada asalnya adalah satu dan menyembah TUHAN yang Satu” yang kemudian berkembang menyembah tuhan-tuhan (Dewa-dewi). Hal ini telah diungkap oleh Harun Yahya dan sudah tentu bangsa Austris pada awalnya adalah penyembah satu Tuhan (Monotisme). Kita perlu menelusuri akar umbi dari mana bangsa ini bermula sejak zaman purba yang sangat kurang diketahui perkembangannya berbanding zaman “keemasan” Srivijaya-Majapahit-Champa-KedahTua. Zaman keemasan sudah jelas ianya tertulis dan diketahui tapi masih tidak dapat memuaskan akal dan fikiran secara tuntas berkenaan Atlantis.


Gambaran Pulau Atlantis sebagai pusat peradaban dunia beribu tahun yang lalu. Di manakahlokasi pulau Atlantis?

Ketika para pengkaji Nusantara sibuk mengatakan bahawa disinilah tempatnya pulau yang dikatakan Atlantis tetapi tiada satu pun penjelasan yang konkrit dan meyakinkan. Dakwaan yang mengatakan Sumatra adalah tempatnya yang sebenar perlulah dibuktikan dengan kewujudan budaya, adat, bentuk muka bumi dan yang dikatakan ”peradaban” itu benar-benar wujud. Sebilangan pengkaji mengatakan walau pun Sumatra adalah tempatnya namun pusatnya berada di salah sebuah pulau yang berhampiran tetapi sudah tenggalam selepas peristiwa pencairan ais dan banjir besar. Satu blog Indonesia atlantis-lemuria-indonesia.blogspot.com menyatakan,

“Menurut Noel, ahli Mitologi dari Perancis, mengatakan bahwa Taman Firdaus (Garden of Eden) Hinduisme disebut Svarna Dvipa (pulau Emas) dalam Sansekerta. Svarna Dvipa sekarang disebut Sumatera, dianggap Taman Firdaus dan merupakan episentrum bumi dan disebut Pusar Bumi (Mangkubumi). Di luar pembuktian di atas, masih banyak bukti lain yang dikemukakan olehSantos dengan memperhatikan geologis, arkeologis, dan tradisi oral maupun lisan yang menunjukkan bahwa Atlantis kemungkinan besar terletak di regional Lembah Indus yang membentang dari Asia Kecil (India) hingga Indonesia dengan pusat peradaban justru di Indonesia. Plato mengungkapkan tiga tempat dengan nama Atlantis, di mana satu adalah pulau kecil sebagai ibukotanya”.
Perhatikan perkataan Plato pada ayat terakhir di atas. Pulau kecil yang dimaksudkan di mana? Bloger tersebut menyambung lagi,

Menurut Plato tembok Atlantis terbungkus emas, perak, perunggu, timah dan tembaga. Pada masa itu hingga saat ini, hanya beberapa tempat di dunia yang merupakan produsen timah utama. Salah satunya disebut sebagai Kepulauan Timah dan logam, Tashish, Tartessos dan nama lain, tidak lain adalah Indonesia. Jika Plato benar, maka Atlantis sesungguhnya adalah Indonesia. * 9000 tahun sebelum 600 SM, adalah masa 18 Torchbearers’s Newsletter kehancuran Atlantis. Jaman es terakhir yang menyebabkan banjir besar terjadi tepat 9600 SM (11.600 tahun lalu).”

“…Sisa-sisa Atlantis sekarang membentuk kepulauan Indonesia dengan sekian banyak gunung berapi yang berada di atas permukaan laut ketika bencana datang. Daerah ini kemudian disebut oleh bangsa Yunani sebagai Wilayah Kematian yang tidak bisa dilayari. Sebagian besar benua Atlantis tenggelam di bawah Laut Cina Selatan”.


Kelihatan Bud Tumantangis di Pulau Jolo, Sulu hari ini yang berbentuk Piramid (agak landai) dan disebelah kirinya terdapat dua gunung lagi iaitu Bud Dahu’ dan Bud Bagsak (tidak kelihatan dalam gambar). Ketiga-tiganya adalah gunung berapi yang tidak aktif. Ribuan tahun lalu pernah meletus yang kemungkinan telah memusnahkan peradaban purba yang pernah berdiri di sini.

Perhatikan kenyataan terakhir di atas Atlantis sebahagiannya tenggelam di Laut China Selatan, di bahagian mana? Bukankah yang dimaksudkan adalah kepulauan yang kita kenali sebagai Filipina hari ini? Dari dulu hingga kini bangsa-bangsa di dunia menamakan Atlantis dengan pelbagai gelaran antaranya,
  • Sheol (Neraka) oleh Yahudi untuk kawasan yang musnah,
  • Hades oleh Yunani (Greece),
  • Amenti atau Punt oleh Mesir,
  • Dilmun (Garden of Eden) oleh Mesopotamia atau Sumeria,
  • Svarga oleh Hindu,
  • Avalon oleh Celts,
  • Ophir & Tarshish oleh Spanyol dan Portugis,
  • dan lain lain.
Atlantis satu nama misteri, terlalu misteri hinggakan dunia moden yang serba canggih masih belum menjumpai atau mengenal pasti dimana pulau Atlantis sebenarnya. Apa yang jelas pada kita ialah Atlantis bukannya di laut Atlantik kerana kalau ia benar di sana sudah tentu kawasan Afrika Barat mendapat limpahan dari kehebatannya yang kita boleh lihat hari ini. Berikut adalah ciri-ciri Atlantis,
  • Ianya sebuah pulau kecil dan menguasai kepulauan lain.
  • Bermulanya Tamadun Manusia (Garden of Eden)
  • Tempat subur dan berada di sebelah Timur Bumi (the place where the sun rises and the Land of the Living)
  • Negari kaya dengan Emas, Perak dan Batu berharga (Land of Ophir & Tarsis)
  • Negari pusat maritim (pakar pelayaran dengan perahu)
  • Hilang kerana pencairan ais (Banjir) dan gempabumi serta letusan gunung berapi
Apakah ciri-ciri di atas menepati kepulauan Sulu?

03- Teori LIKUSANTARA: Kepulauan Sulu sebagai Atlantis
Untuk menjawab persoalan di atas pembaca memerlukan gambar pulau Jolo secara dekat dan jauh untuk memerhatikan topografinya. Di tengah Jolo terdapat tiga gunung berapi yang pernah meletus ribuan tahun yang lalu, gunung tersebut ialah Bud Dahu’, Bud Bagsak dan Bud Tumantangis. Bud kata asalnya ialah Bolud bermaksud gunung tetapi diringkaskan sebutannya menjadi Bud sahaja.


Melihat gambar zaman ais di atas kita akan dapat saksikan kedudukan kepulauan Sulu masih dalam kawasan Sunda-land. Menurut para saintis Sunda-land adalah asal kepada satu peradaban yang awal. Beberapa teori tentang penghijrahan manusia ke Nusantara seperti yang di tulis oleh Pebri Mahmud Al-Hamidi dalam kertas seminarnya bertajuk KERAJAAN KANDIS “ATLANTIS NUSANTARA” ANTARA CERITA DAN FAKTA (Sebuah Hipotesa Lokasi Awal Peradaban di Indonesia):
  • Hasil penelitian Alan Wilson tentang asal usul manusia di Amerika Syarikat (1980-an) menunjukkan bahwa manusia moden berasal dari Afrika sekitar 150.000-200.000 tahun lampau dengan kesimpulan bahwa hanya ada satu pohon filogenetik DNA mitokondria, iaitu Afrika. Hasil penelitian ini melemahkan teori bahwa manusia modern berkembang di beberapa penjuru dunia secara terpisah (multi origin). Oleh kerana itu tidak ada kaitannya manusia purba yang fosilnya ditemukan diberbagai tempat di Jawa (homo erectus, homo soloensis, mojokertensis) dan di Cina (Peking Man) dengan perkembangan manusia modern (homo sapiens) di Asia Timur. Manusia purba ini yang hidup sejuta tahun yang lalu merupakan missing link dalam evolusi. Saat homo sapiens mendarat di Kepulauan Nusantara, pulau Sumatra, Jawa dan Kalimantan masih tergabung dengan daratan Asia sebagai sub-benua Sundaland. Sedangkan pulau Papua saat itu masih menjadi satu dengan benua Australia sebagai Sahulland.
  • Teori kedua yang bertentangan dengan teori imigrasi Austronesia dari Yunan dan Indiaadalah teori Harry Truman. Teori ini mengatakan bahwa nenek moyang bangsaAustronesia berasal dari dataran Sunda-Land yang tenggelam pada zaman ais (era pleistosen). Populasi ini peradabannya sudah maju, mereka bermigrasi hingga ke Asia daratan hingga ke Mesopotamia, mempengaruhi penduduk lokal dan mengembangkan peradaban. Pendapat ini diperkuat oleh Umar Anggara Jenny, mengatakan bahwaAustronesia sebagai rumpun bahasa yang merupakan sebuah fenomena besar dalam sejarah manusia. Rumpun ini memiliki sebaran yang paling luas, mencakup lebih dari1.200 bahasa yang tersebar dari Madagaskar di barat hingga Pulau Paskah di Timur. Bahasa tersebut kini dituturkan oleh lebih dari 300 juta orang. Pendapat Umar Anggara Jenny dan Harry Truman tentang sebaran dan pengaruh bahasa dan bangsa Austronesiaini juga dibenarkan oleh Abdul Hadi WM (Samantho, 2009).
Teory Herry Truman adalah benar berdasarkan penelitian dari fakta agama, tradisi lisan, artifak, bahasa dan budaya Nusantara. Hal ini akan menguatkan teori Bangsa Phoenisia berasal dari Nusantara tinggal lagi bagaimana mereka menjadi pelayar dan pedagang antarabangsa ribuan tahun yang lalu masih menjadi tandatanya. Untuk mengesan darimana negara Austris berpusat yang dinamakan Atlantis itu Phoenisia adalah kuncinya. Secara bahasa, Sunda-land bermaksud Pentas-Sunda adalah tanah benua kerana keadaan geografinya yang bersambung dengan tanah besar. Ia hanya perbatasan menuju ke kepulauan di sebelah timur. Kemajuan dalam teknologi dunia pelayaran tidak akan tercapai di Sunda-land kecuali mereka bergerak ke timur. Bani Adam bermula di Papua dan disinilah lahirnya Nabi-nabi yang awal. Mereka inilah juga yang dipanggil sebagai bangsa Mela @ Mala yang terawal.

Bani Adam sebelum Noh a.s. sudah memang pandai berperahu dan belayar di laut ribuan tahun yang lalu. Kehidupan Noh a.s. sendiri tentunya dibesarkan dikepulauan sebab itu mengapa kaumnya terlalu handal membuat kapal. Teknologi sudah maju ketika itu sehingga dikatakan peralatan logam yang dipercayai bateri telah ditemui di sisi tapak kapal yang mendarat di pergunungan Turkey. Hal ini kita perlu bertanya pula pada Bangsa Maya di Peru yang terletak dalam benua Amerika, dari manakah asal-usul bangsa mereka.

Dalam Codex Boturini dicatatkan mitos Bangsa Maya dari mana mereka berasal. Dicatatkan bahawa pulau atau benua yang disebut sebagai Aztlan adalah tempat nenek moyang mereka yang asal, leluhur mereka terpaksa lari menyelamatkan diri kerana bencana gunung berapi yang menenggelamkan tanah mereka sehingga belayar melewati kepulauan di Lautan Pasifik.

Sebenarnya mereka adalah rakyat Atlantis yang lari menyelamatkan diri ke Peru, Amerika. Ini menunjukkan bangsa Atlantis memang sedia tahu lokasi Benua Amerika kerana mereka sudah biasa belayar mengelilingi glob. Maka tidak hairanlah sekiranya Atlantis memiliki kapal-kapal besar sebesar kapal Nabi Noh a.s. Bayangkan Piramid Maya sudah wujud kira-kira 2600 tahun sebelum Masehi sudah tentu teknologi penciptaan Piramid datang dari Atlantis. Dengan mengatakan nenek moyang mereka melewati Lautan Pasifik telah memberikan kita petunjuk bahawa Atlantis berada di Sebelah Timur Nusantara.


Imej bangsa Maya di Peru, Amerika sedang melakukan acara qurban di atas kuil mereka.
Sekiranya Atlantis berada di Sumatera seperti yang didakwa sudah tentu mereka lari ke India atau tanah besar yang berdekatan. Jauh dari itu, ternyata Atlantis adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pepulasi Papua dan Bani Adam lain ke Benua Amerika dan Afrika. Satu persoalan yang timbul ialah mengapa bangsa Maya sangat mengagungkan bulu burung yang diletak di atas kepala? Ia tidak ubah seperti bangsa Dayak di kepulauan Filipina, Borneo dan Papua yang masih wujud hari ini. Bangsa Red Indian dan Sioux yang sudah tentu berasal dari keluarga Maya juga turut meletak bulu burung atas kepala. Apakah makna semua ini?

Inilah yang kami katakan sebagai Likusantara yang bermaksud ”Di dalam lingkungan kita”. LIKUSANTARA diambil dari kata Likus dalam bahasa Sulug bermaksud Lingkungan dan dalan bahasa Hebrew ialah Mengikat atau ikatan. AN adalah imbuhan manakala Ta-ra bermaksudKita. Ia satu ungkapan atau istilah yang POSITIF tanpa ada makna ”Assabiyyah” kepada semua bangsa yang berasal dari satu sumber iaitu Austronesia. Samada Amerika, Afrika, China dan lain-lain kawasan di dunia ini sebenarnya bermula di kawasan kepulauan Asia Tenggara Timur. Berkenaan persoalan ”Apakah makna semua ini”? Para pembaca kena mengikuti penjelasan kami secara lanjut lagi.
  • Mengapa pakaian Dayak di Asia Tenggara sama dengan Bangsa Maya?
  • Apakah kaitan Punt dengan Bangsa Dayak?
  • Apakah Kaitan Punt dengan Phoenisia?
04- KAITAN PUNT DAN PHOENISIA

Apabila teori ini kami katakan sebagai LIKUSANTARA maka ianya bermaksud ”Mengesan Talian Persaudaraan anak-anak Adam a.s.” Penjelasan kami kali ini mungkin akan menggembirakan suku kaum Momugon di Sabah dan Dayak di Sarawak serta Kalimantan. Memang sudah selayaknya mereka gembira kerana selama ini mereka dianggap sebagai Monggoloid yang datang dari Indochina ke Asia Tenggara dan sebilangannya mengatakan bahasa orang-orangSulu lah yang bertanggungjawab mencolek mereka dari Indochina lalu dijual kepada para orang-orang kaya Nusantara. Itu ada kebenarannya tetapi bukan semuanya demikian. Malah mungkin berlaku sebaliknya kerana Bangsa Dayak dan Momugon tidak mengetahuinya. Bagaimana pula sekiranya dikatakan bangsa Monggolia itu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara?

Setelah meneliti dan menyusun fakta didapati Phoenisia adalah gelaran kepada anak Ham bin Noh a.s. yang bernama Kana’an. Apakah Nabi Noh a.s. itu Yahudi? Hebrew atau Israel? Sekiranya ada mengatakan demikian maka mereka telah lakukan kesilapan kerana ternyata Noh a.s.sehingga datuknya Adam a.s. berasal dari kepulauan Nusantara khususnya kepulauan yang kita kenali sebagai Filipina, Borneo sehingga ke Papua New Guinea. Jangankan Noh a.s. sedangkan Nabi Ibrahim a.s. sendiri bukannya Yahudi.
Nama ‘sejarah’ sendiri telah dimanipulasi dan ditokok tambah. Inilah produk rekaan yang paling jahat Yahudi kerana terbukti melalui Al-Qur’an ayat 67-68 dalam surah Ali ‘Imran, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan yang musyrik. Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim adalah mereka yang mengikuti Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta orang-orang yang beriman kepada Muhammad dan Allah adalah pelindung semua mereka yang beriman”.

Benarkah asal-usul para nabi terawal sehingga anak-anak Noh a.s. bermula di Asia Tenggara? Siapa sebenarnya Kana’an yang anak-anaknya dipanggil Phoenisia? Menurut para pengkaji sejarah Eropah yang juga bingung terhadap asal-usul bangsa Phoenisia ini mengatakan bahawa bangsa ini mendapat nama dari bangsa Yunani purba, Phoenikie bermaksud tinta ungu adalah kerana bangsa Phoenisia lah yang mula-mula memperkenalkan penggunaan warna ungu pada kain lalu dinamakanlah Phoenikie yang bermaksud bangsa dakwat ungu. Walhal sebenarnya disebabkan Phoenisia yang awal-awal perkenalkan warna tersebut sehingga penggunaannya meluas maka warna ungu celup itulah yang dipanggil Phoenikie sempena nama Phoenisia oleh Yunani purba. Beberapa perkara lagi menjadi kehairanan Eropah tentang Phoenisia ialah,
  • Dari mana asal-usul Phoenisia?
  • Mengapa mereka sangat mahir merentas lautan luas?
  • Mengapa mereka berkulit hitam dan berbibir tebal berambut kerinting?
  • Mengapa mereka terlalu handal menyelam sehingga 30 minit berada dalam laut dengan sekali nafas?
  • Mengapa mereka bertutur bahasa pelik?
  • Mengapa kapal mereka berjaya membawa pelbagai dagangan mahal seperti emas dan perak serta beberapa dagangan lain yang hanya boleh didapati di Asia Tenggara?
  • Mengapa mereka terlalu handal mengukir kayu dan batu?

Kapal laut Phoenisia atau Orang Laut begitu besar dan canggih. Sehingga abad ke-14 orang-orang Sulug di kepulauan Sulu masih menggunakan bentuk kapal yang sama iaitu muncung depan kapal ditinggikan sebagai pengimbang mata angin. Kapal besar biasanya dipanggilAdjung dan yang lebih kecil dipanggil Parakkua, Sakayan atau Sappit.

Inilah rupa bentuk Perahu Parakkua orang Sulug atau Orang Laut, disebut oleh Spanyol sebagai Caracoas. Kelajuannya yang mustahil dapat dikejar oleh Spanyol dan Belanda, kadangkala mereka panggil sebagai ”Kapal Lipas Kudung”.

Untuk membuktikan Phoenisia berasal dari Asia Tenggara kita perlu mengetahui apa maksud sebenar nama Phoenisia ini dan dari mana ia diambil. Sebenarnya ia diambil dari kata PUNT yang disebut oleh Raja-raja Mesir Purba iaitu Fir’aun. Kita lihat apa kata mistisfiles.blogspot.comtentang Punt,

“Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia, bukan badak Afrika! Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi, dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut. Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati(Queen Ati).”

Dimanakah lokasi sebenar bangsa Parahu yang diperintah oleh Raja Perehu itu? Didalan dunia bangsa yang dipanggil Pala’o atau bangsa berperahu ini adalah disekitar kepulauan Sulu hari ini. Sebutan Sulug terhadap Parahu ialau Palau @ Pala’u @ Pala’o. Sekiranya anda masuk ke ruang Google Earth membuat carian dengan menaip PALAU, Google akan menunjukkan tempatnya ialah antara kepulauan Filipina dan Irian Jaya atau Papua Indonesia hari ini. Tetapi mengapa disebut PUNT?

PUNT berasal dari kata Phoenyx sejenis burung lagenda yang dikaitkan dengan kekuasaan, kebebasan dan tuah yang baik. Sifat burung yang bebas terbang di udara adalah sama dengan bangsa Phoenisia yang bebas dibawa angin di lautan luas sehingga dengan mudah belayar mengelilingi glob. Di Kepulauan Sulu dari Luzon Filipina ke Borneo sehingga ke Irian Jaya kebiasaan manusia purba yang kita panggil Dayak dan Ayta hari ini menggunakan bulu burung Enggang (Hornbill), helang dan beberapa burung lagi yang besar-besar termasuk burung Merak dan Cenderawasih, digunakan sebagai perhiasan kepala dan pedang mereka sebagai lambang kekuatan dan kepahlawanan.
Selain dari burung Garuda, burung Cenderawasih juga dianggap burung Phoenyx yang siapa memilikinya akan dianggap bertuah dalam hidup, juga sebagai lambang kehebatan dan kekuasaan.
Phoenyx juga membawa maksud burung Garuda atau “Sumayang Galura” dalam bahasa Sulug dijadikan lambang sebagai simbol kehebatan dan kekuasaan. Inilah kepercayaan purba oleh anak-anak Adam yang mengagumi “Phoenyx” di negara kepulauan. Simbol yang kekal hari ini pada bangsa Dayak. Inilah perhiasan kaum lelaki bangsa Atlantis sejak dahulu kala lagi. Bulu burung Enggang disusun rapi dijadikan topi malah ulu parang atau pedang mereka diukir dengan imej burung mengikut kegemaran mereka termasuklah tatu. Dalam bahasa Sulug perkataanPunt-uk digunakan kepada puncak atau Pemimpin Tertinggi. Maka pemakian topi dengan menggunakan bulu burung Enggang diistilahkan sebagai orang yang berani dan sanggup menerima cabaran sesiapa sahaja. Pun dalam bahasa Sulug sendiri membawa makna “himpun”, adalah sesuai gelaran tersebut kepada Phoenisia yang menghimpun barang-barang dagang untuk dibawa ke seluruh dunia.

Apakah bahasa pertuturan bangsa Phoenisia? Sebenarnya mereka bertutur bahasa Mela @ Malapurba yang hari ini masih ditutur oleh bangsa di Kepulauan Sulu termasuk Filipina, Borneo dan asia Tenggara keseluruhannya. Bahasa ini kemudian dipanggil Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Bahasa Sulug dan bahasa Champa purba mempunyai banyak persamaan adalah kerana Raja-Raja Champa berasal dari kepulauan Sulu pada awalnya. Hal ini akan dibicarakan pada tajuk lain.

Hari ini bangsa Phoenisia di kepulauan Sulu telah dipanggil Samal atau Bajau dan Pala’o. Bangsa Sulug memanggil Samal Talun (bermaksud Bajau Rimba - Orang Asli atau bangsa Gunung) keduanya Samal Laud (bermaksud Bajau Laut) kepada bangsa Mela @ Mala. Phoenisia yang berasimilasi dengan bangsa Magog (Dayak) telah menghasilkan satu ras yang dipanggil Tausug @ Sulug hari ini.
Cucu Nabi Noah a.s. selain Phoenisia ialah Magog bin Japheth @ Yafits bin Noh a.s. putih kuning dan bermata sepet. Selepas banjir mereka hijrah ke utara Asia Tenggara iaitu China. Beranak pinak di sana sehingga sebilangannya tinggal di Monggolia. Bangsa ini kemudian dipanggil China, Jepun, Korea dan Monggolia. Bangsa Monggol menjadi manusia ganas dan penghancur peradaban ketika dulu sebab itulah mereka dipanggil bangsa Magog yang bermaksud Makjuj.

05- PHOENISIA: Dominasi Sulu Di Nusantara

Di sekitar kepulauan Sulu samada yang dikenali sebagai Filipina hari ini, kaum-kaum aslinya terlalu ramai. Mengikut penelitian kami beberapa kepulauan di Filipina sekarang mempunyai hubungan langsung dengan kepulauan Sulu sebagaimana Sulawesi, Borneo, Tanah Melayu, Sumatera dan kepulauan Jawa. Sekiranga diperhalusi, bangsa Phoenisia yang dilaporkan ribuan tahun dahulu mempunyai kulit hitam dan berambut kerinting sudah tidak ditemui lagi di sekitar kepulauan Sulu. Yang tinggal hanya cucu-cicit phoenisia sahaja lagi seperti kaum-kaum Bajau atau Samal yang sudah tidak kelihatan hitam adalah mungkin asimilasi yang berlaku sepanjang ribuan tahun yang lalu dengan kaum asli lain. Budaya Phoenisia yang asal sudah tidak kelihatan lagi pada Orang Laut atau Bajau hari ini.

Seperkara yang menarik dibicarakan ialah struktur masyarakat Sulu hari ini yang berkonsepkan Kesultanan yang mana susunan masyarakatnya bermula dari Sultan atau Raja, Datu, Panglima, Orang Kaya dan juga golongan rendah taraf hidupnya, tentunya adalah gambaran kepada bangsa kepulauan Sulu dan sekitarnya ribuan tahun yang lalu. Sebelum kedatangan Amerika Syarikat ke kepulauan Sulu, bentuk kehidupan masyarakatnya terbahagi tiga,
  • Penguasa (Datu, Panglima & Orang Kaya)
  • Rakyat biasa
  • Pekerja (Upahan & hamba)
Pada abad ke-14, Sultan hanya kepala penguasa tetapi yang berkuasa melebihi kuasa Sultan ialah para Datu, Panglima dan Orang Kaya. Kerana mereka inilah yang menguasai perdagangan di seluruh Asia Tenggara sehingga ke China. Kekuatan kerajaan terletak pada golongan elit ini. Golongan pekerja yang terbahagi dua, Orang Lucoes dengan Orang Laut. Walau pun wujud golongan hamba tetapi mereka diperlakukan seperti pekerja yang merdeka. Orang Laut atau Samal @ Bajau membawa barang dagang ke seluruh Asia Tenggara diiringi senantiasa oleh Orang-orang Lucoes. Perbezaan Orang Lucoes dengan Orang Laut hanyalah dialek bahasa Sulug (Sinug dan Sinama) dan warna kulit. Orang Lucoes menutur bahasa Sinug berkulit putih kuning manakala Orang Laut menutur bahas Sinama berkulit gelap. Kerjasama kedua-dua pihak ini telah menjadi fenomena di laut Nusantara sehingga terwujud satu istilah oleh sarjana barat sebagai Sulu Zone (kawasan kekuasaan, perdagangan dan pelanunan orang-orang Sulu).

Kembali ke masa lampau, Bangsa Laut (Phoenisia) atau Orang Laut atau pun yang dipanggil Samal-Bajao hari ini, sudah tentu mempunyai gaya hidup yang sama. Dalam sejarah Asia Tenggara, Orang Laut lebih terkenal dengan kepulauan Sulu berbanding lain kawasan adalah disebabkan dominasi para Datu yang berlangsung ribuan tahun dahulu. Hal ini juga turut berlaku dengan struktur masyarakat Sumatra. Orang Laut sangat terkenal ketika dulu di sekitar selat Melaka sehingga memenuhi kepulauan Riau kerana membawa dagangan dari Sulu. Wujudnya nama Datu di Sumatra di kalangan suku-suku kaum Batak adalah hasil perhubungan ribuan tahun dengan orang-orang Sulu. Batak adalah bangsa bertamadun sama dengan bangsa Toraja di Sulawesi. Sekiranya diperhalusi nama bangsa Toraja yang bermaksud Tau Raja sebenarnya adalah keluarga terdekat bangsa Buranun di Jolo Sulu yang terpisah ribuan tahun. Ia sama dengan bangsa Batak di Sumatra. Batak masih mempunyai tulisan nenek moyang mereka sehingga hari ini.
Berbanding Batak, kaum Toraja telah kehilangan tulisan mereka yang asal. Tulisan nenek moyang mereka telah digunakan oleh sepupu-sepipit mereka seperti kaum Bone dan Makassar yang dinamakan lontara Bugis. Bangsa yang punya tulisan sendiri adalah bangsa yang punya ketamadunan yang hebat di masa lalu.


06- PHOENISIA: Lambang Ketamadunan Dunia
Bangsa Phoenisia adalah Bangsa Laut penjelajah glob tunggal tiada tolok bandingnya dalam dunia. Dianggarkan antara tahun 6000 SM hingga 4000 SM mereka adalah satu-satunya manusia yang dilihat berulang alik dari kepulauan Sulu (dinamakan Philippines hari ini oleh penjajah) keLaut Meditranian. Negeri-negeri yang terdapat disepanjang laluan mereka turut menerima manfaat kerana mereka singgah sambil berdagang. Bangsa Laut ini telah menjadi fenomena yang mencetuskan tamadun-tamadun baru kemudiannya. Antara kawasan persinggahan mereka yang terkenal ialah,
  • China
  • Sulu (Permulaan tempat keluarnya matahari)
  • Kalimantan
  • Sulawesi
  • Jawa
  • Jambi/Palembang (Selat Melaka)
  • Kedah Siam (Selat Melaka & Laut China Selatan)
  • Aceh (Laut India & Selat Melaka)
  • Burma (Laut India)
  • India (Sungai Ganga)
  • Iraq (Muara Sungai Tigris & Euphrates)
  • Mesir (Sungai Nil)
  • Andalusia (Spanyol- Laut Meditranian)
  • Syiria (Kana’an – Laut Meditranian)
  • Yunani (Greece – Laut Meditranian)
  • Palestin (Israel Laut Meditranian)
  • Peru (Maya – Laut Pasifik & Atlantik)
Negeri diwarnakan merah kesemuanya adalah tamadun-tamadun purba dunia yang bermula di muara sungai. Ribuan tahun sebelum negeri-negeri tersebut menjadi tamadun dunia, Bangsa Laut sudah mula datang berdagang. Sungai dan laut adalah identiti Bangsa Laut ini. Kerana disitulah mereka boleh berlabuh dan memunggah barang dagangan. Kekurangan dan keperluan utama setiap negeri tersebut akan dipenuhi oleh mereka. Besi, emas, perak, gangsa, bijirin, kain, binatang berharga (Merak & Cenderawasih), kesenian dan tulisan dan bermacam-macam lagi telah mereka angkut dalam kapal-kapal layar mereka.

Bahasa dan Tulisan:

“The recorded history shows a group of coastal cities and heavily forested mountains inhabited by a Semitic people, the Canaanites, around 4000 BC.” (*www.lgic.org/)
Jelasnya Kana’an bin Ham bin Noh a.s. dianggap Semitik (Israel & Arab) adalah kerana termasuk dari jalur keturunan Nabi Noh a.s. seterusnya Bani Israel. Telah kami sebutkan di tajuk yang lepas bagaimana Adam a.s. dan keturunannya yang awal bermula di kepulauan “Sebelah Timur”. Kemahiran mereka di laut telah membawa mereka ke pelusuk dunia sebab itu mereka dikatakan manusia yang tinggal di tepi-tepi pantai. Adam a.s. bukannya bangsa Semitik samada Israel atau Arab dan bukan juga Hebrew. Bani Kana’an adalah bangsa A’jam (bukan Arab) yang bertuturBahasa Kepulauan sebagaimana moyang mereka Adam a.s. Keturunan Adam a.s. yang awal jauh lebih mahir dari bangsa Arab dan Israel yang lahir kemudiannya.
“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 31.

Menurut para ulama, dinamakan Adam itu Adam kerana diambil daripada kalimah “Udmah” yang mewakili kepada warna dan jenis tanah. Inilah yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama tafsir seperti al-Syaukani di dalam Fath al-Qadir. Di dalam al-Khassaf, dinyatakan bahawa nama Adam adalah nama A’jam (bukan Arab). (*ummatanwasatan.net)
Dalam sejarah tulisan-tulisan terawal dunia, Bani Kana’an adalah satu-satunya bangsa yang perkenalkan tulisan. Bangsa Eropah samada Yunani (Greece), Israel dan Arab mendapat tulisan mereka dari jalur Kana’an.
“Around 1600 B.C. the Phoenicians invented 22 ‘magic signs’ called the alphabet, and passed them onto the world. The Phoenicians gave the alphabet to the Greeks who adopted it; the evolution of the Phoenician Alphabet led to the Latin letters of present-day”. (*www.lgic.org/)


Melihat carta di atas Phoenisia terdapat nama Proto-Canaanite (Kana’an purba). TentulanKana’an purba menggunakan tulisan-tulisan berasal dari Asia Tenggara. Kalau benar ianya di Asia Tenggara maka dimanakah tulisan-tulisan tersebut hari ini? Dunia hari ini lebih mengagungkan dan menggunakan tulisan Rumi termasuklah Nusantara. Sebenarnya tulisan Phoenicia di beberapa tempat Asia Tenggara telah mengalami perubahan ketika pengaruh India datang menguasai Sumatra. Kononnya tulisan Nusantara berasal dari tulisan India, inilah yang diyakini oleh para sarjana Timur dan Barat. Tulisan Kawi-Pallava India sendiri sebenarnya berasal dari Nusantara sebelum India kembangkannya menjadi bentuk tulisan mereka sendiri. Ia sama dengan Thai dan Burma. Di Sulu yang menjadi hentian utama bangsa Phonesia sendiri saat akhir menggunakan tulisan Kawi ialah sebelum kemasukan Islam abad ke-14. Di Butuan, Mindanao Utara, telah ditemui mohor logam yang bertulisan Kawi dipercayai sezaman dengan Kerajaan Kediri di Jawa Timur abad ke-11 yang juga turut menggunakan tulisan Kawi.
Butuan, Cebu-Visaya hingga ke Manila sejak dahulu kala menutur bahasa Sulug dan telah lama menggunakan tulisan Kana’an Purba sebelum diguna dan dibuat perubahan oleh Phoenisia di sekitar Laut Meditranian. Kepulauan Sulu yang menjadi pusat pemerintahan ketika itu adalah Metropolitan kepada semua kepulauan sekitarnya sebelum era Tamil Pallava di India lagi.Persoalan yang masih mengganggu kotak fikiran kita apakah benar Nusantara meniru atau mencedok tulisan Pallava India? Hal ini perlu dirungkai dan diperhalusi. Apakah Bangsa Phoenisia dan Kana’an Purba yang duduk di Asia Tenggara ribuan tahun lalu menggunakan tulisan India?


Cop mohor tembaga yang ditemui di Butuan, Mindanao Utara. Tulisan Luntar yang dipanggil ‘Alibata’ oleh Filipina tertera dengan jelas pada permukaan mohor.
Yang benar ialah India menggunakan tulisan Kanaa’an Purba yang berpusat di Nusantara. India yang menjadi laluan Phoenisia dari Nusantara ke Eropah menjadi asas kajian dari mana asal-usul tulisan tersebut. Tinggal lagi India menjadi pusat peradaban menyebabkan kebudayaan dan kesusasteraannya tersebar shingga ke Nusantara. Penyebaran ajaran Hindu-Buddha di kepulauan berdekatan India yang ajarannya ditulis oleh sami-sami mengguanakn tulisan Pallava menyebabkan wujudnya pendakwaan ”Tulisan Purba Nusantara berasal dari India”. Beberapa faktor dan kesannya perlulah dijelaskan mengapa India pada hujung Milenium Pertama sebelum Masihi menjadi maju sehingga dikatakan berada dikemuncak “Ketamadunan” yang menyebar pengaruhnya sehingga ke Asia Tenggara,
  • Menjadi persinggahan utama Bangsa Laut (Phoenisia) sebelum meneruskan perjalanan ke Sumeria (Mesopotamia) dan Meditranian dari Kepulauan Sulu dan Champa.
  • Ia menjadi tumpuan Mesir Purba, Kerajaan Bani Israel dan Mesopotamia (Iraq) kerana dianggap sebagai tempat suci dimana bermulanya awal kehidupan manusia. Konononnya di situlah tempat “Garden of Eden” yang sebenar.
  • Tanggapan tersebut membawa kepada kemasukan Bangsa Aryan (Parsi) menduduki India pada tahun 1600 SM dan bermulanya cahaya pembangunan dan kekuasaan di sana.
  • Abad ke-4 hingga abad ke-3 sebelum Masihi bermulalah Empayar Maurya di India. Sejak itu pengaruh India menyebar ke Asia Tenggara membawa fahaman agama, budaya dan kesusasteraan (Tulisan Pallava).
Walhal “Garden of Eden” didapati bukanlah India sebenarnya tetapi masih berada nun jauh di kepulauan Nusantara Sebelah Timur. Dari manakah asal-usul bangsa India? Hal ini akan turut melibatkan pertanyaan ”Mengapa bangsa India berkulit hitam?” Jawapannya ialah, merekalah anak-anak bangsa Phoenisia yang sejak zaman purba menduduki muara Sungai Ganga. Sebab itu mengapa mereka sangat-sangat memuliakan ”Aliran Sungai” adalah kerana asal-usul nenek moyang mereka datang dari sana. Merek adalah anak-anak Noh a.s. yang berasal dari Nusantara. Maka jelaslah tulisan India berasal dari Nusantara bukan sebaliknya. Kalau demikian apakah rupa bentuk tulisan Nusantara yang sebenarnya? Adakah sama dengan tulisan Phoenisia purba di sekitar Laut Meditranian?


Tulisan bangsa Sulug Purba yang dipanggil Alibata oleh Filipina. Sebenarnya nama Alibata adalah nama baru yang dimasukkan oleh pendakyah Kristian diambil dari kata ”Alifbata” tulisan Arab. Nama yang tepat ialah apa yang digunakan oleh bangsa Sulug sehingga hari ini iaituLuntar.
Bangsa-bangsa Mindanao Utara sejak zaman purba menutur bahasa Sulug. Mereka inilah yang dipanggil sebagai Bangsa Visaya hari ini oleh Filipina. Mereka menggunakan satu bentuk susunan abjad tulisan purba yang dibawa oleh pedagang awal leluhur bangsa Phoenisia (Kana’an Purba) ke India sebelum dibawa ke Laut Meditranian. Tulisan ini kemudiannya telah mengalami perubahan mengikut keadaan setempat di Laut Meditranian yang menular sehingga ke India.


Carta menunjukkan tulisan-tulisan Nusantara yang mengalami evolusi tetapi tidak kepada tulisan Butuan @ Sulug. Menunjukkan kebenaran tulisan Sulug atau Butuan adalah asli sejak permulaan. Tidaklah keterlaluan sekiranya disongsangkan iaitu tulisan Alibata Sulug di atas menggantikan tulisan Pallava India dan tulisan Pallava diletak di bawah. Kami gantikan nama Tagalog kepada Butuan dan Sulug dari web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava


Bangsa Sulug di kepulauan Sulu masih menyebut bahawa tulisan mereka ialah “Luntar” bukannya tulisan Rumi atau Arab. Sebab itu mengapa seorang pengkaji sejarah bernama Samuel Tan mengatakan bahawa tulisan Sulu yang dinamakan “Luntar” telah hilang. Hilang yang beliau maksudkan mungkin penggunaan tulisan tersebut kerana Bangsa Sulug ketika era Kesultanan telah menggunakan “Surat Sug” iaitu tulisan Arab. Tetapi pada abad ke-20 tulisan tersebut telah ditemui yang kemudian Filipina panggil sebagai “Alibata”.

“The Alibata term was introduced in the early 1900s by Dean Paul Versoza of the University of Manila, it originated from the first two letters of the alphabet of the Maguindanao, used in the southern Philippines and derived from Arabic. (The term is associated with the first two letters, alif and bet.) It is called baybayin, which means “to spell” in Tagalog”. (*alibatascript.blogspot.com/)

Tulisan kepulauan Sulu (Butuan, Cebu, Manila) yang dikenali sebagai Luntar ini telah mula ditinggalkan kerana kemasukan Islam (Arab) dan Kristian (Spanyol) pada awal abad ke-14 dan ke-15. Berkenaan tulisan Batak (Kerinci, Rejang, Rencong dll), Kawi Jawa dan Bugis sebenarnya adalah dari variasi tulisan terawal lebih awal dari India selain dari Luntar Sulug. Tetapi telah diIndiakan hanya kerana dominasi fahaman Hindu dan Buddha ketika dulu. Dalam artikel FATHI ARIS OMAR bertajuk ”Melayu pencipta nombor ‘kosong’?” menyatakan,

“Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut ”etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.”

Surat Batak Sumatra


Inilah Lontara Batak yang orang-orang Batak sendiri panggil Surat Batak. Keyakinan kami bahawa Lontara Batak adalah antara variasi tulisan terawal dunia Bani Kana’an di Asia Tenggara. Kalau diperhatikan Surat Batak adalah seolah-olah evolusi dari tulisan India era Sanskrit (Kawi-Pallava). Apakah benar ianya evolusi dari tulisan Pallava India? Atau India yang mencedok tulisan Nusantara?

Peradaban Atlantis sudah tentu mempunyai tulisan sendiri beribu tahun yang lalu. Kemajuan yang dibangunkan oleh anak-anak Adam a.s. di Asia Tenggara dengan bukti bahawa Bani Kan’aan adalah bangsa pelayar dari “Negeri tempat keluarnya matahari” menunjukkan kebenaran teori Sunda-Land. Fokus kepada kepulauan Sulu (Pulau-pulau Filipina) pusatnya Atlantis yang kemudian setelah berlaku gegaran gempabumi dan letusan gunung berapi menyebabkan penduduknya berselerak ke seluruh Nusantara. Beberapa suku kaum belayar selamatkan diri ke tanah besar (Champa), Sulawesi, Jawa dan Sumatra membawa bersama mereka kemahiran, kebudayaan dan kesusasteraan tempat asal mereka. Bangsa Batak dan Bangsa Toraja mereka adalah pelayar termasuklah orang-orang Champa purba. Namun beribu tahun lamanya sebilangan besar mereka mula menyusup ke gunung-gunung untuk memulakan kehidupan baru.

Penggabungan semula bangsa Batak (termasuk Minangkabau dan Melayu Jambi/Palembang), Bangsa Aceh, Bangsa Toraja (Bugis), Bangsa Dayak Kalimantan dan Sarawak, Bangsa Jawa, Tanah Melayu sehingga ke Champa-Kemboja serta Bangsa Visaya di kepulauan Filipina bergabung semula mewujudkan kesatuan untuk mengembalikan “Kerajaan Atlantis” yang baru. Mengembalikan semula sejarah Bani Adam ke asalnya dengan mengamalkan semula “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” berdaulat di bumi Nusantara.

Sunday, February 23, 2014

Daud,penemuan besi tertua dunia & Misteri Borobudur ??



Sebilah keris purba yang dijumpai di sebuah kuil “Enkakuji Temple”di dasar laut Pulau Okinawa, Jepun masih lagi berkeadaan baik dan ianya tidah musnah dimamah usia dalam persekitaran air masin meskipun telah sekian lama terendam bahkan ribuan tahun lamanya di dasar laut! Ini menunjukkan bahawa keris tersebut bukan calang-calang keris jika dibandingkan dengan keris-keris biasa dan juga mencerminkan kehebatan pembuatnya.

“Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (QS Al-Hadid[57]: 25).

Keris tersebut adalah sebilah keris kebesaran keris berluk-sembilan adalah sebagai menunjukkan pangkat kebesaran.

Allah telah memberi mukjizat kepada Nabi Daud a.s menjadikan besi lebur ditanganya! Ini membolehkan baginda membuat baju besi dan senjata. Baginda juga mahir dengan teknik menggabungkan logam atau alloy kedalam campuran besi untuk menghsilkan besi yang teguh dan utuh. Teknik ini dinamakan teknik ‘orichalcum’ pada zaman sekarang. ‘Orichalcum’ merupakan istilah latin untuk peleburan logam (pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.

Fakta menurut Al-Quran : Saba 10
dan Kami telah melunakkan besi untuknya,

Al Anbiya 80
Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur.

Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum yang tertua dalam peradaban manusia .Ia wujud di kalangan bangsa misteri Mala ( The descendant of the mountain Tribe).

Fakta- Penemuan Kilang peleburan besi di Sungai Batu, Lembah Bujang.
Lembah Bujang dan Borobudur mempunyai komunikasi satu sama lain jika dilihat pada kajian yg telah dibuat sebelum ini.

Teknik orichalcum(lebur logam)memang milik bangsa misteri ini. Keris – keris hebat dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut. Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!


Kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi Borobudur ?? 


Misteri ini masih berlegar pada catatan dinding Borobudur dengan penemuan keris purba yang ditemui berhampiran piramid di dasar laut Okinawa. seperti yg telah saya sebutkan sebelum ini.. segala rahsia misteri peradaban seluruh dunia kuncinya terletak pada catatan di dinding Borobudur.




Bani Jawi.

Saturday, February 22, 2014

Penipuan wang kertas Amerika




Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini..

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Wednesday, February 5, 2014

Menasseh dari Bani Israel menetap di Semenajung Tanah Melayu.



From  Bani Jawi 



 Di Negeri Sembilan terdapat satu kawasan bernama Juasseh. Yahudi memanggil Nabi Allah Yusuf Alayhis Sallam sebagai Jusuf, manakala anaknya bernama Manasseh, yang diringkaskan sebagai Asseh. 

Jusuh + Manasseh = Juasseh


Jadi ini adalah keturunan sebahagian MALAYU Semenanjung. Selain dari itu, dalam kitab Yahudi tua, terdapat perkataan Moron (Maran) dan lain-lain bandar yang hampir serupa bunyinya..

  Ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bangsa Melayu kemungkinan ada perhubungan dengan Manessah atau 'The Lost Tribe'.

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim
dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari.

Cuba tengok kenapa Juasseh ini berada di Negeri Sembilan dan apa hubungkaitnya dengan Minangkabau yg satu-satunya tempat yg berada dilokasi Negeri Sembilan?


bersambung. 


Friday, January 24, 2014

Raja Nusantara bakal kuasai ekonomi dunia


 

 Cerita KA hampir sama dngan ramalan oleh JoyoBoyo iaitu Kehadiran Ratu Adil @ Satria Piningit @ Satria Pinandito Sisihan Wahyu.

Adakah Ini satu kebetulan??

"Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuh kembang kan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera."

salah satu petikan dari Ramalan Perjalanan Sosok @ tubuh Satria Piningit.

Pernah di sebut akan ujud suatu bangsa di sebelah timur yang akan memerintah dunia di akhir zaman.

Bilakah bermulanya the world financial system?Sebenarnya the world financial system bermula dengan jumlah emas(gold) yang banyak dari 125 javanese kings dan yang terakhir Raden Mas Ki Asmoro wijoyo.Dengan jumlah emas tersebut dan di ketuai oleh Maharaja Jepun Hirohito, maka bermulalah satu akaun yang bernama “International Combined Collateral Account” dan seterus nya dimanage oleh World Bank, U.S. federal Reserve, IMF dan seterusnya beberapa bank komersial yang besar seperti UBS, HSBC, CITIBANK dan seterusnya.Sebab itu Bung Sukarnaoe( sebagai trustee bagi raja-raja jawa) telah menandatangani perjanjian dengan Presiden John F kennedy utk pihak Amerika mengeluarkan wang untuk projek Apollo suatu ketika dulu.Bung Sukarnoe hanya sebagai trustee cuma dapat memperolehi 2.5% dari jumlah yang di keluarkan.


Pemiliknya masih 125 raja-raja java dan ini merupakan kebenaran dan bukan mitos.Sekarang ini terdapat hampir 70 orang kerabat keraton’raja yang berada di Eropah dan Amerika Syarikat menunggu saat pembubaran republik sebab dengan pembubaran tersebut maka akan diperuntukaan sejumlah USD117Trillion untuk pembangunan seluruh Indonesia.

Infact, setiap Presiden Amerika yang baru akan melawat Indonesia seperti yang akan di lakukan oleh Barack Obama.

Persoalannya, siapakah ” Ratu Adil ” yang di nanti-nantikan selama ini? Persoalannya kenapa apabila setiap negara meminjam dari “Royal Assets” untuk mencetak wang, terpaksa membayar interests sejumlah 6% setahun ke dalam akaun “KAMAL ASHNAWI”.Persoalannya “KAMAL ASHNAWI” seorang berbangsa Melayu dan berpaspot Netherland pernah di kunjungi oleh Pak Gus Dur dan Sheikh Abdul Ghafur(Ketua Pesantren Indonesia) suatu masa dulu pada tahun 2008.Kebenaranya, “KAMAL ASHNAWI” ini merupakan pewaris terakhir bagi kesemua harta-harta ini dan menggunakan gelaran”RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO”.

 
To study about "Royal Assets" do read up The Green Hilton Agreement

Rahasia Bangsa Melayu 2500 tahun dahulu pasti terbongkar. Kerajaan Nabi Sulaiman pernah berurusan Emas di Nusantara, begitu juga Firaun. Perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods udah sampai kemuncaknya? Kitab Kuno tercatat nenek moyang Firaun berasal dari tanah ini
(THE LAND OF THE GODS)


Thursday, January 23, 2014

Kutub menyongsang pada 2015 petanda kiamat



                     kutub utara selatan

Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan. Foto kredit Sinar Harian Online
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Baca lanjut fenomena ini di Wikipedia Axis Change Theory
 Pada pertengahan Disember 2013, terjadi fenomena dimana turunnya Saji di Vietnam.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Wednesday, January 15, 2014

Anjung Borobudur mirip Kubah Masjid



 
Kenapakah di anjung Borobudur itu mempunyai persamaan dan mirip kepada bentuknya anjung Masjid?? apakah benar Borobudur itu peninggalan bagi Agama Buddha @ ajaran leluhurnya dari Nabi Ibrahim menerusi pengakhirannya Al-Quran?

 Penggunaan nama Asawarman dikaitkan dengan pengaruh agama hindu kerana menerusi catatan Pallava dlm bahasa sanskreta & penemuan 7 prasasti diklaim dgn agama hindu. diera kerajaan Kutai yg dikatakan berdiri pd abad ke-4, tapi kena ingat, menerusi penulisan sejarah terdahulu. mereka klaim kerajaan kutai adalah kerajaan Hindu hanya kerana penggunaan budaya & nama yg disebut dlm catatan Pallava.

 Kerana pengaruh Pallava yg mirip serupa dgn tulisan Hindu makanya mereka claim kewujudan Agama Hindu di Jawa.pengkaji sejarah sehingga sekarang masih lagi belum membuat kata putus yg sebenar berkaitan hal Borobudur,, jdi bagaimana kita boleh mengatakan itu adalah tempat suci bagi agama Buddha?? Hanya kerana manuskrip kuno & catatan pallava & kawi yg mirip seperti tulisan Hindu itu sudah boleh diertikan sebagai Agama tertua di Jawa?? heh.. kita selama ini telah ditipu beratus2 tahun lamanya

Hindu adalah kata sebuah Persia yg ditujukan utk menyebut penduduk di wilayah Lembah Indus dm bahasa umum, Hindu adalah istilah utk berbagai mcm keyakinan agama, yg sebahagian besar berdasarkan pada veda, upanishad dan Bhagavad Gita.di era orng muslim masuk ke India, mereka pakai istilah hindu utk menyebut penduduk India secara umum.

Kemudian benda ni bermula diera penjajah Inggeris yg panggil dieorang dgn istilah India (Yunani Indo) then istilah Hindu merebak sehingga abad 16-18.After Inggeris menguasai india, pedagang Eropah guna istilah Hindu utk sebut agama bagi orng India..


Ada juga yg mengatakan Anjung Borobudur itu miripnya seperti Loceng bagi pemujaan agama Hindu. namun perlu diingatkan loceng itu digantung namun berbeza dgn keadaannya  Anjung Borobudur. Ia lebih mirip kepada  Kubah Masjid.


Itu beerti konsep Agama melalui kitabnya Zabur, Taurat, Injil & Quran itu adalah konsep ajaran yg disampaikan kepada umat sejagat.. Inggeris lebih lama mengkaji kebenaran Al-Quran lebih awl dari Jawa, sebab itu mereka merubah kepada beberapa konsep ketuhanan ini jadi kepada Agama.. Agama Hindu & Buddha itu dicipta dari penjajah sendiri krn takut pengaruh Islam masuk disana.

Agama Ibrahim agama terawal di Indonesia.


 

 Kerajaan Kutai dikatakan kerajaan yg dipengaruhi Agama Hindu kerana catatan 7 Prasasti Pallava yg ditemui. Sekarang lihat perbandingan tulisan India yg dikaitkan agama Hindu & perbezaan Tulisan Melayu Kuno "Pallava" ini.



Sejarah kerajaan Kutai dicatat oleh C.A. Mees, Ahli Sejarah Belanda iaitu seorang penjajah yg menulis pada tahun 1935. 

Adakah semua Bangsa India menganut Agama Hindu atau bangsa Cina menganut Agama Buddha?? tidak bukan.. jadi bagaimana boleh dikatakan Kerajaan Kutai itu adalah kerajaan yg dipengaruhi Agama Hindu sedangkan catatan Pallava sendiri ada menyebut tentang para Brahma iaitu Ajaran bagi Nabi Ibrahim sendiri.??

 Sila baca apa yg ditulis menerusi penipuan catatan sejarah yg sudah beratus-ratus tahun lamanya.




Tuesday, January 14, 2014

Nabi Zulkifli menurut Buddha



 

1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli as, yg dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”.Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).

2. Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad saw. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.

SIAPAKAH NABI ZULKIFLI?

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”

Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua karena mereka orang yang suka bersabar.”

SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA?

Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.

Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.

MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti “dari tempat yang tinggi”; karena itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.

RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.

Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disadari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.

Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).

Asita menangis karena sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.

Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua yaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.

Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.

Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi keheranan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hingga tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.

Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.

PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu pada maksud ayat;

“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)

Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin (fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:

“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).

“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).

KESIMPULAN

“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.

Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.

Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?

Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.

Bila Allah berfirman :“Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw. ia ikut urutan, hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan susunan sejarah riwayat Nabi-Nya. Mari kita sama-sama fikirkan. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Monday, January 13, 2014

Jurai keturunan Ibrahim.


Silsilah Keturunan dan Asal-Usul Nabi Ibrahim AS, Bapak dari 18 Orang Nabi
Tokoh sentral dalam upacara ritual Ibadah Haji dan upacara Qurban adalah Nabi Ibra-hiym AS, ibunda Hajar dan Nabi Isma-’iyl AS. Pelaksanaan Ibadah Haji yang antara lain dinyatakan dengan gerak fisik merupakan napak tilas ketiga orang tokoh sentral itu.
Tawaf 7 kali dengan arah yang berlawanan dengan jarum jam jika dilihat dari udara, adalah napak tilas Nabi Ibra-hiym dan Nabi Isma-’iyl ‘Alayhima sSalam pada waktu membangun kembali Ka’bah yang dibangun oleh kakek dan nenek kita Nabi Adam AS dan Hawa.
Pada zaman Nabi Ibra-hiym AS hanya tinggal bekasnya berupa dasar Ka’bah berwujud tanah yang ketinggian. Nabi Ibra-hiym AS mengenal tempat bekas bangunan itu atas petunjuk malaikat Jibriyl. Kedua ayah dan anak itu pada waktu membangun kembali Ka’bah 7 kali mengelilingi hingga selesai membangun.
Sa’iy, berjalan dan berlari 7 kali pulang balik antara bukit Safa dan Marwah adalah napak tilas yang dijalani ibunda Hajar berlari-lari di antara kedua bukit itu 7 kali untuk mencari air.
Melempar jamrah di Mina (dewasa ini biasa pula diucapkan dengan Muna) adalah napak tilas melempar setan yang mencoba menghalangi pelaksanaan qurban, yang akhirnya Allah menyuruh ganti Isma-’iyl dengan domba.
Menyembelih binatang qurban adalah napak tilas pelaksanaan qurban tersebut, yang bermakna bahwa betapapun juga pentingnya tujuan yang akan dicapai tidak boleh melecehkan apapula membunuh nilai kemanusiaan.
Dalam Al Quran disebutkan nama 25 orang nabi. Tetapi itu tidaklah berarti bahwa nabi-nabi hanya sejumlah 25. Sebelum Nabi Muhammad SAW, Allah mengutus nabi dan rasul kepada setiap bangsa. Nabi Ibrahim AS adalah bapak dari 18 orang nabi, yaitu Nabi-Nabi: Isma-’iyl, Isha-q, Ya’quwb, Yuwsuf, Ayyuwb, DzulKifli, Syu’aib, Yuwnus, Muwsa, Ha-ruwn, Ilya-s, Ilyasa’, Da-wud, Sulayma-n, Zakariyya-, Yahya, ‘Iysa ‘Alahimu sSala-m, RasuluLlah Muhammad SAW.
Berikut ini disajikan silsilah keturunan Nabi Ibra-hiym AS.
Nabi Ibra-hiym AS(6) mempunyai 3 orang putera, yaitu Nabi Isma-’iyl AS(8) beribukan Hajar, Nabi Isha-q AS(9) beribukan Sarah dan Madyan (bukan nabi), beribukan Katurah.
GENERASI PERTAMA SESUDAH NABI IBRA-HIYM AS
  1. Nabi Isma-’iyl AS menurunkan: Haidar – Jamal – Sahail – Binta – Salaman – Hamyasa – ‘Adad – ‘Addi – Adnan – Ma’ad – Nizar – Mudhar – Ilyas – Mudrikah – Khuzaimah – Kinanah – Nadhar – Malik – Fihir – Ghalib – Luaiy – Ka’ab – Murrah – Kilab – Qushay – ‘Abd.Manaf – Hasyim – ‘Abd.Muththalib – ‘Abdullah – NABI MUHAMMAD SAW(25).
  2. Nabi Isha-q AS mempunyai 2 orang putera yaitu Isu (bukan nabi) dan Nabi Ya’quwb AS, kemudian bernama Isra-iyl, sehingga keturunannya dinamakan Bani Israil.
  3. Madyan menurunkan: Nabit – Iya – Syafun – Nabi Syu’aib AS(14) (menjadi mertua Nabi Muwsa AS(16))
GENERASI KEDUA SESUDAH NABI IBRA-HIYM AS
  1. Isu menurunkan: Anwas – Nabi Ayyuwb AS(12) – Nabi Dzu lKifli AS(13)
  2. Nabi Ya’quwb AS, (Israil) mempunyai 12 orang putera, dan dari ke-12 orang ini terbentuklah 12 suku Bani Israil. Yang disebutkan di sini hanya 4 orang di antaranya saja, yaitu yang menjadi nabi dan mempunyai keturunan nabi: 1. Nabi Yuwsuf AS(11), 2. Lawi (Wardun), 3. Yahuza (Ra’sun), dan 4. Bunyamin.
GENERASI KETIGA SESUDAH NABI IBRA-HIYM AS
  1. Nabi Yuwsuf AS mempunyai tiga orang anak. Ketiga anaknya tidak ada yang menjadi nabi.
  2. Lawi (Wardun) menurunkan: Kahis – Yashar – Imran. Adapun Imran mempunyai 2 orang anak semuanya menjadi nabi, yaitu Nabi Musa AS (keturunannya tidak ada yang nabi) dan Nabi Ha-ruwn AS(17). Adapun Nabi Ha-ruwn AS menurunkan: Izhar – Fanhas. Adapun Fanhas ini berputra 2 orang yaitu Yasin dan Ukhtub. Yasin memperanakkan Nabi Ilya-s AS(18), sedangkan Yasin memperanakkan Nabi Ilyasa-’AS(19).
  3. Yahuza (Ra’sun) menurunkan: Baras – Hasrun – Raum – Umainizab – Yawksawn – Salmun – Yu’ar – Ufiz- Isya – Nabi Da-wud AS(20) – Nabi Sulayma-n AS(21)
  4. Bunyamin menurunkan: Abumatta – Matta – Nabi Yuwnus AS(15)
Silsilah selanjutnya dimulai dari Nabi Sulayma-n AS yaitu:
GENERASI KE-14 SETELAH NABI IBRA-HYM AS
Nabi Sulayma-n menurunkan: Raji’un (Roboam) – Ababa (Abia).
Adapun Ababa memperanakkan Sahfasat dan Radim.
Sahfasat menurunkan: Salum – Nakhur – Shadiqah – Muslim – Sulaiman – Daud – Yaksan – Shaduk – Muslim – Adam – Yahya – Nabi Zakariya AS(22) – Nabi Yahya AS(23).
Radim menurunkan: Yahusafat – Barid – Nausa – Nawas – Amsaya – Izazaya – Au’am – Ahrif – Hizkil – Misyam – Amur – Sahim – ‘Imra-n – Maryam – Nabi’Isa AS(24).
Selanjutnya akan disajikan silsilah asal-usul Nabi Ibra-hiym AS.
Silsilah ini menanjak ke atas hingga Nabi Adam AS(1).
Nabi Ibra-hiym AS – Tarikh (Thara) – Nakhur – Sarugh – Urghu (Ragau) – Falikh – Abir – Syalikh (Sala) – Finan – Arfakhsyadz – Sam – Nabi Nuwh AS(3) – Lamik – Matusalkh – Mahanaukh (Enoch) – - – - – - – seterusnya, berapa jumlah generasi antaranya hanya Allah Yang Maha Tahu – Yarid – Mahkail – Qinan – Anwas – Syisy (Seth) – Nabi Adam AS.
Sebagai tambahan, dari Yarid hingga sejumlah beberapa generasi ke bawah – Yardukil – Nabi Idriys AS(2).
Adapun Sam selain memperanakkan Arfakhsyadz juga memperanakkan antara lain Iram, Amu dan Kursyun.
Iram menurunkan: ‘Aush – Ad – Khulud – Riba – ‘Abdullah – Nabi Huwd AS(4) – Haran – Nabi Luwth AS(7).
Amu menurunkan Tsamud – Hadzir – ‘Ubayd – Masih – Asif – Ubaid – Nabi Shalih AS(5).
Kursyun menurunkan: San’ar – Kana’an – Namruwj, yaitu raja yang membakar Nabi Ibra-hiym AS. WaLlahu a’lamu bishshawab

Monday, January 6, 2014

Rahsia disebalik Bunga Teratai


 Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman ‘genus Nelumbo’ seperti seroja dengan ‘genus Nymphaea’ (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.

Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu: Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. 
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain. Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
 
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. 

Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk. Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.

Thursday, January 2, 2014

NABI KHIDIR DAN RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN



 

Kisah ini tentang Nabi Khidir as dan Raja Iskandar Zulkarnaen atau Iskandar Agung atau Alexander the Great, yang mencari air kehidupan.

Raja Iskandar Zulkarnaen berniat mengadakan perjalanan untuk mengelilingi bumi dan Allah swt mewakilkan salah satu malaikatNya yang bernama Rofa’il untuk menyertainya dalam perjalanan panjang itu.

Karena ditemani oleh seorang malaikat, Raja Zulkarnaen banyak mengajukan pertanyaan seputar dunia dan akhirat serta isinya. Salah satu pertanyaan adalah tentang ibadah para malaikat di langit.
“Wahai Malaikat Rofa’il, ceritakanlah kepadaku tentang ibadahnya para malaikat yang ada di langit,” tanya Raja Zulkarnaen.
“Para malaikat yang ada di langit ibadahnya ada yang berdiri tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada juga yang bersujud tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya,” jawab Malaikat Rofa’il.

“Duh, alangkah senangnya hati ini seandainya aku bisa hidup bertahun-tahun lamanya untuk beribadah kepada Allah swt,” kata Raja Zulkarnaen.
“Wahai raja, sesungguhnya Allah swt telah menciptakan sumber air di bumi. Namanya Air Kehidupan, artinya sumber air hidup. Maka barang siapa yang meminum Air Kehidupan seteguk, maka ia tidak akan mati sampai hari kiamat atau jika ia memohon kepada Allah swt untuk dimatikan,” kata Malaikat Rofa’il.

“Apakah engkau tahu tempat Air Kehidupan itu wahai Malaikat Rofa’il?” tanya raja.
“Sesungguhnya Air Kehidupan itu berada di bumi yang gelap,” jawab Malaikat Rofail.

Setelah Raja Zulkarnaen mendengar penuturan malaikat Rofa’il tentang Air Kehidupan itu, maka raja segera mengumpulkan para alim ulama pada saat itu. Sebelumnya, raja bertanya kepada mereka tentang letak Air Kehidupan, tapi mereka semua menjawab tidak tahu.
“Wahai para alim ulama, tahukah kalian dimanakah letak Air Kehidupan itu?” tanya raja. “Kami tidak mengetahuinya wahai baginda, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui,” jawab salah seorang ulama.

Ada salah seorang ulama yang mampu menjawab meski tidak sedetail letaknya. “Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat Nabi Adam as bahwa beliau berkata bahwa sesungguhnya Allah swt meletakkan Air Kehidupan itu di bumi yang gelap,” kata ulama itu.
“Dimanakah bumi yang gelap itu?” tanya raja. “Yaitu di tempat terbitnya matahari,” jawab orang alim ulama itu.

Kemudian Raja Zulkarnaen menyuruh para pengawalnya untuk menyiapkan segala keperluan untuk mencari dan mendatangi tempat Air Kehidupan itu. “Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?” tanya raja. “Kuda betina yang masih perawan,” jawab para sahabatnya.

Akhirnya raja mengumpulkan seribu kuda betina yang masih perawan dan ia memilih diantara 6 ribu tentaranya yang pandai serta ahli dalam mencambuk. Di antara para tentara itu, ada Nabi Khidir as, bahkan beliau menjabat sebagai perdana menteri kala itu.

Perjalanan Mencari Air Kehidupan.
Setelah dirasa semua cukup dan siap, maka berangkatlah Raja Zulkarnaen dan Nabi Khidir as yang berjalan di depan pasukan. Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka mengetahui tempat terbitnya matahari.

Mereka pun menuju arah terbitnya matahari tersebut.
Perjalanan ke temnpat tujuan tersebut memakan waktu 12 tahun lamanya untuk sampai di bumi yang gelap itu. Gelapnya bukanlah seperti di waktu malam hari, melainkan gelap karena ada pancaran seperti asap.

Raja Zulkarnaen sudah tak sabar lagi hendak masuk ke tempat gelap itu, namun salah seorang cendikiawan mencegahnya. Para tentara berkata kepada raja, “Wahai Baginda, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk ke tempat gelap ini, karena tempat yang gelap ini berbahaya.” “Wahai prajurit, kita harus memasukinya, tidak boleh tidak,” sanggah sang raja.

Karena raja bersikeras hendak masuk, maka tak ada seorang pun yang berani melarangnya. “Diamlah dan tunggulah kalian di sini selama 12 tahun. Jika aku bisa datang kepada kalian dalam masa itu, maka kedatanganku terhadap kalian termasuk baik. Dan jika aku tidak datang dalam 12 tahun, maka pulanglah kalian kemabli ke negeri kalian,” ujar sang raja.

Setelah itu raja mendekat dan bertanya kepada malaikat Rofa’il, “Apabila kita melewati tempat gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?” “Tidak bisa kelihatan” jawab Malaikat Rofa’il.
“Akan tetapi aku memberimu sebuah merjan atau mutiara. Jika mutiara itu ke atas bumi, maka mutiara itu dapat menjerit dengan suara yang keras, dengan demikian kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian,” jelas Malaikat Rofa’il lebih lanjut.

Masuk ke Air Kehidupan.
Demikianlah, akhirnya Raja Iskandar Zulkarnaen masuk ke tempat yang gelap itu. Selama 18 hari lamanya tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam maupun siang. Tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi Nabi Khidir as.

Pada saat mereka berjalan, maka Allah swt memberi wahyu kepada Nabi Khidir as. “Bahwa sesungguhnya Air Kehidupan itu berada di sebelah kanan jurang dan Air Kehidupan ini Aku khususkan untuk kamu.”

Setelah Nabi Khidir as menerima wahyu itu, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Berhentilah kalian di tempat masing-masing dan jangan kalian meninggalkan tempat kalian sebelum aku datang kepada kalian.”

Kemudian Nabi Khidir as menuju kanan jurang hingga beliau menemukan Air Kehidupan itu. Beliau turun dari kudanya, melepaskan pakaiannya dan turun ke kolam Air Kehidupan tersebut. Beliau mandi dan minum air sumber kehidupn tersebut dan beliau merasakan bahwa airnya lebih manis daripafda madu.

Sesudah mandi dan minum air tersebut, beliau keluar dari tempat itu kemudian menemui Raja Iskandar Zulkarnaen. Raja tidak mengetahui apa yang telah terjadi atas diri Nabi Khidir as.
Kisah Nabi Khidir As Mencari Air Kehidupan diriwayatkan oleh Ats-Tsa’labi dari Imam Ali ra.