Penemuan peti besi rahsia dari Istana lama. Peti besi ini tdk boleh dibuka dan diangkat walaupun saiznya hanya hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang, terpaksa menggunakan kren.
Pada 1968, kewujudan peti besi itu mula mendapat perhatian umum apabila usaha Jabatan Muzium untuk memindahkan peti dari istana itu ke Muzium berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa.
selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat.
Lebih kurang seminggu kemudian pihak muzium mengambil keputusan menghantar semula peti itu ke tempat asalnya.
Peti besi ini menyimpan 1001 rahsia, ia tidak berkunci tetapi sukar dibuka.
xtahu samaada ia berkaitan dgn tabut yang hilang. bnyk misteri ttg peti besi ni. tabut yang hilang hanya pewaris dr keturunan jurai Bani israel yg menyimpannya. bnyk lg fakta2 yang dh aku kaji yg berkaitan tp masih belum berani kemukakan kesahihannya.. jika mengikut jalur2 kajian sebelum ni - rujuk post aku sebelumnya tentang lost tribe of bani israel. tabut misteri ini kemungkinan ada di Sundaland..
Raja Bani Israel antaranya adalah Daud dan kemudian menurunkan Sulaiman, keturunan Sulaiman inilah pewaris tabut yang hilang. nk aku detailkan lagi kisahnya?
bani- leluhur, isra- perjalanan malam- el- hamba tuhan.
pecahan dr anak2 yaakub 12 org. kaji suku mana yg hilang..
relief Tabut yang ada pada catatan dinding Borobudur
Info yg aku taw dari ayah aku, masa nk angkat pakai kren pon xblh. Sampai Ada pawang jampi2 bru blh terangkat. Lepas bawak msuk muzium. Hbis semua barang2 dlm muzium terangkat. Terawang2 pusing. Jd huru Hara.
Apabila Imperialis Belanda kalah di tangan tentera Perancis di bawah kekuasaan Napoleon Bonaparte, ia telah menyerahkan jajahannya di Indonesia kepada British untuk menjaganya dengan janji akan menyerah kembali kepada Belanda setelah merdeka nanti. Maka apabila kerajaan Britain setelah menguasai jajahan Belanda di Indonesia, ia telah menghantar Stanford Raffles dan merubahnya serta menghilangkan bukti-bukti kekuasaan Kerajaan Islam Kedah Tua di sana.
Sehinggakan Kota Borobudur telah di “convert” menjadi candi kafir Buddha. Bila ahli sejarah masakini pergi membuat kajian di sana mereka merasa hairan kerana Candi Borobudur yang di atur penuh dengan patung-patung Buddha itu memiliki senibina Islam Arab Yaman dan berdekatan Kota Borobudur pula terdapat Kota Prambanan yang juga telah diubahsuai British dan dijadikan kononnya Kuil Hindu Prambanan.
Sesungguhnya kami telah berhutang besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis:
"Sekiranya orang-orang Islam berhenti mengerjakan tawaf atau solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah perputaran bumi kita, kerana rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.
Menurut hasil kajian dari 15 Universiti: Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang memiliki kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronot melihat satu sinar yang teramat terang memancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata dari Ka'bah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi seperti mikrofon yang sedang dilancarkan dan jaraknya mencapai ribuan kilometer siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis: "Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu ..."
Para astronaut telah mendapati bahawa planet Bumi mengeluarkan radiasi. Radiasi yang berada di sekitar kaa'bah ini mempunyai ciri dan menghubungkan antara Ka'bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam.
Di tengah-tengah antara pole utara dan selatan pole, ada suatu daerah bernama 'Zero Magnetism Area', artinya jika kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas itu tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua polar .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.
Karena itu lah ketika kita mengelilingi Kaa'Bah, maka seakan-diri kita dicas ulang oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah terbukti secara ilmiah.
Makkah juga merupakan pusat bumi. Makkah adalah Pusat dari lapisan langit. Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman: 'Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.' (arRahman: 33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad bukan hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah subhanahu wata'ala tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya.
Dalam lain kajian, mereka menyatakan bahawa Batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga dapat berkembang di dalam air.
Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu (dari Kaa'Bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah ada bersabda: Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih dari susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
Sayyidina Umar al-Khattab ra berkata, "Ini bukan lain hanya batu, kalau tidak aku melihat Rasulullah saw mengucupnya, nescaya tidak akan aku mau melakukannya".
Itulah satu-satunya komponen Kaabah yang masih kekal dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi.
Melaka
Sayyid Abdul Aziz- Islamkan Raja Melaka, Qadhi Melaka Maulana Sayyid Yusuff – Qadhi Melaka
Maulana Sayyid Menawar - Qadhi Melaka
Perak
Sayyid Hussein al-Faradz,
Sayyid Jalaluddin bin Sayyid Abdul Majid- Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Jalaluddin - Bendahara Perak
Sayyid Hussein bin Sayyid Jalaluddin – Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
Sayyid Shamsuddin bin Sayyid Abu Bakar -Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Sultan-sultan Perak dari kesultanan Siak
Kedah
Syeikh Abdullah bin Ahmad b Syeikh Jaafar al-Quamiri [Disebut sebagai ulamak Yemen yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja II, Kedah menjadi Sultan Muzaffar Shah]
Syarif Aznan [ Berketurunan dari Syarif-syarif Mekah. Menjadi penasihat diraja Kedah dan guru agama. Menurunkan keturunan ahlul-bait di Kedah, ditempat bernama Siputeh sekarang.Keturunannya masih ada yang memakai prediket ‘Syarif, dan ada yang memakai prediket ‘Sarih’] – Mufti bergelar Dato’ Seraja Imam
Terengganu
Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Aidrus (Tokku Tuan Besar)
Sayyid Muhamad Zainal Abidin –Menteri Besar
Sayyid Abdul Rahman bin Muhammad al-‘Aidrus (Toku Paloh) –ulama/regu raja
Sayyid Abu Bakar bin Sayyid –Syekhul Ulama dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Sayyid Abdul Rahman Semua sultannya dari jurai Tun Habib Abdul Majid
Johor
Tun Habib Abdul Majid [ menurunkan beberapa Kesultanan Ahlul-Bait termasuk Johor,Pahang dan Terengganu bermula 1699 ] -Bendahara Seri Maharaja Johor (induk 9 kesultanan).
Tun Habib Abdul Jalil /Sultan Abdul Jalil IV Johor Sayyid Ahmad al-Attas - Mufti Johor pertama
Sayyid Muhammad al-Attas- Mufti Johor kedua
Sayyid Salim Ahmad al-Attas - Syekhul Islam
Pahang
Sayyid Umar al-Attas- Perdana Menteri Semua bendahara dari jurai Tun Habib Abdul Majid Semua sultannya dari jurai Tun Habib Abdul Majid
Perlis
Sayyid Ahmad bin Sayyid Hussein Jamalullail – ulama mubaligh
Sayyid Hussein ibni Sayyid Harun Jamalullail – pendiri kerajaan ahlul-bait di Perlis
Kelantan/Pattani
Sayyid Jamaluddin Al-Hussein [ Nama lainnya ialah Sayyid Akbar, Sayyid Jamaluddin Al-Akbar atau Sayyid Hussein Jamadil Kubr ]- mubaligh, nenek moyang kepada ramai ulama Kelantan-Pattani yang masyur. Juga nenek moyang kepada beberapa ahli Wali Songo
Sultan Adiluddin- pendiri kesultanan ahlul-bait Kelantan/Pattani lama
Long Baha- pendiri dinasti kedua kesultanan ahlul-bait Kelantan/Pattani lama
Syeikh Daud bin Syeikh Muhammad al-Bahrayn –Mufti negeri
Sayyid Jaafar bin Sayyid Alawi – Hakim Mahkamah Jenayah
Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi –Hakim negeri.
Sayyid Mustafa al-‘Aidrus- Teku Makam Lama.
Syeikh Said Barsisa [ Berasal dari Hadhramaut ] – ulama dan tabib yang mengislamkan Raja Pattani
Syeikh Safiuddin
Perlak Samudera Pasai
Sayyid Abdul Aziz –Pendiri Dinasti Aziziyah di Perlak Syeikh Ismail – Islamkan atau mantapkan Islam di Pasai Abdullah ibni Muhammad al-Muntasir- Pembesar
Sayyid Imaduddin al-Hussaini – mubaligh
Amir Muhammad bin Abdul Kadir al-Abbasi-mubaligh
Acheh
Sayyid Ibrahim Syarif Hasyimsyah al-Jamalullail – Qadhi Malikul Adil dan bakal menurunkan zuriat pemerintah Kesultanan Ahlul -Bait di Acheh bermula tahun 1699M.
Habib Abdul Rahman az-Zahir –Mangkubumi merangkap Menteri Luar Acheh
Sayyid Abdullah Teungku di Meulek –Wazir Rama Setia merangkap Panglima Perang tentera Aceh
Singapura
Sayyid Habib Nuh –Wali tersembunyi yang terkenal
Dalam masa pemerintahan Sultan Mansur Syah, seorang ulama dan tokoh sufi dari Mekah yang bernama Sayyid Abu Bakar telah datang ke istana Melaka dengan membawa sebuah kitab Ad-Durr Al-Manzum tertulis dalam bahasa Arab.
Dengan perintah Sultan, kitab tersebut telah dihantar ke Pasai untuk disalinkan kedalam bahasa Melayu. Apabila dibawa pulang dari Pasai, kitab tersebut telah diarakkan dengan penuh kemeriahan ke istana. Setelah berjaya menyebarkan agama Islam dan ajaran tasawwuf di negeri Melaka, Sayyid Abu Bakar telah pergi pula ke daerah-daerah lain di Indonesia, Borneo dan seterusnya ke Filipina.
Buddha adalah sebutan bagi seseorang yang telah memperoleh pencerahan batin yang sempurna.
Buddha itu bukan hanya satu, tetapi terdapat begitu banyak buddha dalam beberapa kelahiran (zaman).
Buddha bukanlah Tuhan, seperti yang tertera dalam kitab Tripitaka :
“Tidak ada yang menyelamatkan kita selain diri kita sendiri,
Tidak ada yang dapat dan tidak ada yang mungkin.
Diri kita sendiri yang harus menjalani sang jalan,
Akan tetapi, Para Buddha telah menunjukkan sang jalan dengan jelas.” – Dp. 165
Jadi disini para buddha berperan sebagai pemberi jalan agar semua manusia terselamatkan dari tingkah laku yang salah. Buddha bisa juga disebut sebagai nabi (seperti sebutan dalam agama non-buddhist). Dalam pernyataan tersebut dapat diambil kesimpulan bahwa buddha bukanlah Tuhan, melainkan seseorang yang menyampaikan suatu ajaran kebenaran. Mari kita lanjutkan ke pembabaran kisah dari kedua tokoh tersebut.
Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli as, yg dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad SAW. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “Akan muncul di dunia seorang Buddha bernama Maitreya (yg berhati mulia) seorang yg suci, seorang yg luhur, seorang yg tercerahkan, penuh kebijakan dalam tingkah laku, muncul pada waktu yg tepat, mengenali alam semesta.”
Pernyataan dari isi kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa juga merujuk tentang kedatangan imam mahdi atau al-mahdi, karena pada akhir zaman nanti akan terdapat sebuah konflik besar yang disebabkan oleh Dajjal, jadi maksud dari kalimat “seorang yg tercerahkan, penuh kebijakan dalam tingkah laku, muncul pada waktu yg tepat, mengenali alam semesta” dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 dapat merujuk kepada al-mahdi seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan dalam beberapa kitab suci lainnya.
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justru, raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”
Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”
Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua karena mereka orang yang suka bersabar.”
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Sang Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada seorang Bikkhu sekaligus Murid setianya bernama Ananda.
Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti “dari tempat yang tinggi”; karena itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonim pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
Maka berbalik kepada maudhu’ pembahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu pada maksud ayat;
“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus atau Al-Masih dalam Nasrani). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?
Tin (fig) = Pohon Bodhi
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahwa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.
Pokok Bodhi termasuk dalam suku Moraceae (Beringi-beringi).
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang berarti “Dia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
Nabi Zulkifli a.s dan Nabi Idris a.s sama – sama memiliki kisah hidup yang mirip dengan kisah hidup sang Buddha, tetapi kisah hidup sang Buddha Gotama lebih mendekati dengan kisah hidup Nabi Zulkifli a.s daripada Nabi Idris a.s, walaupun demikian nabi idris juga dapat dikaitkan dengan sang Buddha, karena dalam suatu zaman ada begitu banyak Buddha, sehingga kita dapat merujuk pada Qs. Al-Anbiya’ 21 Ayat 85 dan Qs. Shad 38 Ayat 48 yang menyebutkan bahwa mereka (Nabi Zulkifli as dan Nabi Idris a.s) termasuk orang – orang yang sabar dan semuanya termasuk orang – orang yang paling baik. Hal ini berkaitan erat dengan konsep ajaran Buddhisme yang juga mengajarkan tentang kesabaran (seperti kesabaran dalam menundukkan hawa nafsu dalam meditasi).
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disesuaikan.
Yang menarik perhatian saya ialah tentang surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW, Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?
Dikatakan dalam sejarah bahwa Sang Buddha duduk dibawah pokok tin. Kalau merujuk pada istilah islam, dia mendapat wahyu sewaktu duduk dibawah pokok tersebut. Namun bila merujuk pada pemahaman ajaran Buddhisme, dia mendapat ilham sewaktu samadhi atau meditasi dibawah pokok tersebut.
Bila Allah berfirman : “Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin”.
Allah menyebutkan perihal Nabi-Nabi-Nya. Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad SAW. Ini mengikuti urutan berdasarkan ayat tersebut, hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan dan susunan sejarah riwayat para Nabi-Nya.
‘Ficus’ adalah bahasa Latin dari ‘Fig’ (Ara) yang berarti buah dari pohon ‘Religiosa’ mengacu kepada ‘Religion’(Agama), karena pohon ini suci untuk agama Hindu dan Buddha dan sangat sering ditanam di kuil-kuil kedua agama tersebut.
‘Bodhi’ kependekkan dari ‘Bo’ yang berarti ‘supreme knowledge’(pengetahuan tertinggi) or ‘awakening’(kesadaran) dalam bahasa India Kuno.
Buddha : satu ungkapan dalam bahasa Sansekerta yang bererti "Da yang sedar" (dari kata budh + ta).
buddha bukan agama. ia adalah jalan keagamaan. kita tdk tahu bagaimana ribuan tahun lampau cara penyembahan yg bagaimana. agama2 ini diseleweng menjadi berhala. lebih parah zaman kolonial mengaitkan buddha dgn tokong2 spt yg ada sekarang.
t borobudur, candi budhha binaan srivijaya, di situ ada ukiran seorang nabi yang ditunggu2, lahir pada tahun gajah, ayahnya hamba tuhan dan ibunya seorang yang jujur, tourist guide tu melayu buddha dari bali, lepas dia cerita lukisan tu, kami smua tergelak terbahak2(budak2 tak pandai nak hormat orang lagi) sebab obvious sangat, muka tourist guide tu mcm tahan marah je.
Setiap umat di zamannya dipastikan mempunyai "wakil TUHAN dalam wujud manusia". di Hindu disebut sebagai "Avatara", di Buddha disebut sebagai "Boddha", di Jainism sebagai "tirthankar", dan di Islam, Kristian, dan Yahuudi sebagai "Nabi". Tiap-tiap utusan TUHAN tersebut mempunyai cara ibadah yg berbeda2 sesuai dengan zaman dan apa yang telah diwahyukan, namun malangnya majoriti umat sepeninggal para utusan telah diselewengkan kebenarannya.
Nama seperti 'Battambang',Kampong Thom,Kampong Luong dan Kampung Chhnang.
Battambang adalah bekas negeri Melayu yang direkod sebagai Malayang dalam rekod era Angkor yang bernaung di bawah Empayar Angkor.
Tambraliga / Ligor adalah negeri Melayu dalam hikayat-hikayat Melayu klasik.
Sujita atau Sochita (dalam riwayat Siam) adalah raja Tambralinga yang mengahwini kerabat raja Khmer.
Chenla dikenali sebagai Empayar Khmer purba.
Dalam Sanskrit tambra bermaksud "merah" dan linga bermaksud "simbol",
Tambralinga dicatatkan dalam sejarah Siam sebagai Kerajaan Nagara Sri Dharmaraja
Menurut prasasti no.24 yang terdapat di kuil Hua-wieng di Chaiya berhampiran Nakhon Si Thammarat , penguasa Tambralinga bernama Chandrabhanu Sridhamaraja adalah raja patama vamsa (dinasti teratai).
Dapunta Hyang Sri Jayanaga merupakan Maharaja Sriwijaya yang pertama yang mendirikan empayar tersebut. Nama asal Sri Jayanaga ialah Phabhasadharma.
Pada abad ke-7, Raja Tanah Merah (Kelantan) Prabhasadharma bergelar Sri Jayanaga telah mengasaskan empayar baharu. Baginda merupakan cicit kepada Raja Gautama. Baginda lebih terkenal dalam riwayat tradisi sebagai Raja Ahmad atau Tok Raja Jawa.
Baginda juga dikenali sebagai Maharaja Gegar Alam, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom, Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain. Ibu empayar Sriwijaya bernama Valai Penjuru. Pada 667 M, baginda telah menakluk seluruh Semenanjung termasuklah Kesultanan Kedah Pasai Ma dan membunuh Sultan Mudzafar Shah I. Baginda mengisytiharkan nama empayarnya sebagai Sriwijaya.
Sejarah
Pada 673 M, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri Maharaja Sri Wijaya atau Dapunta Hyang. Baginda telah berjaya menakluk Segenting Kra, Dvaravati (Thailand-Kemboja-Laos) dan Arimadana (Myanmar).
Pada 683 M (605 saka), baginda telah menakluk Sumatera Selatan melalui Kadaram dan ada tercatat di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit. Terdapat padanya bahawa baginda telah menyerang kawasan Palembang dengan 20,000 tentera. Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di Jambi dan menguasai seluruh Sumatera.
Setelah berjaya menakluk Malayu, Sri Maharaja Sri Wijaya telah menghantar berpuluh-puluh utusan kepada semua negara yang terdapat di Kepulauan dengan memberi kata dua iaitu bayar ufti atau perang. Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah.
Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka bertarikh 686 M ialah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan pertama Sriwijaya ke atas Kalingga. Pada serangan kali ketiga ke atas Kalingga, Maharaja Sri Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura pada 692 M. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke Sumatera kerana kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.
Keluarga
Maharaja Sri Wijaya ini sering ditemani dua orang tokoh besar iaitu permaisuri baginda, Dewi Jayanaga bergelar Puteri Saadong I dan adinda baginda, Shakyakirti yang juga penasihat kerohanian baginda. Beliau mempunyai beberapa gelaran seperti Kasawsiddhi dan Awang Selamat. Shakyakirti tidak turut serta dalam Perang Muka Selat Madura kerana beliau telah pulang ke Valai Penjuru dan terus ke Khemra Hilir untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.
Baginda mempunyai dua orang putera
1.Sri Dwipantra
2.Sri Dhiraja
Setelah kemangkatan Maharaja Sri Wijaya, empayar ini telah berpecah dua antara putera baginda. Ianya berpecah mengikut geografi, dimana bahagian daratan dan bahagian kepulauan. Bahagian daratan dirajai oleh Sri Maharaja Dwipantra dan terkenal dengan gelaran Maharaja Dipang dan memerintah dari Sriwijaya Mala (Kelantan)
Sriwijaya Mala itu adalah nama sebelumnya Raktamrikttika, kemudian namanya berubah menjadi Tanah Merah dan sekarang tempat itu di kenali sebagai Kelantan sehingga ke hari ini.. Sriwijaya Mala adalah nama Purba bagi Kelantan.
peta lama juga ada tulis kedah mala, tanah mala etc, atau adakah mala itu lama?
Bahagian kepulauan pula dirajai oleh Putera kedua iaitu Maharaja Dhiraja, memerintah dari Kota Matajap berhampiran Kuala Sungai Musi, Sumatera. Baginda juga adalah nenek moyang orang-orang Minangkabau yang tinggal di Pantai Barat Sumatera, juga nenek moyang orang Negeri Sembilan
Empayar Sriwijaya di bahagian daratan telah mengalami perpecahan yang lebih besar dengan berlakunya pemberontakan dari Khemra Hilir dan Khemra Hulu, Dvaravati dan Arimadana. Hanya tanah segenting dan semananjung sahaja yang taat. Pada ketika itu, terdapat pertikaian telah berlaku dengan empayar kepulauan.
Dvaravati asalnya kerajaan Mon,kemudian ditakluk Sukhotai dan Ayutthaya)
Abang- Sri Maharaja Dwipantra ( Maharaja Dipang ). Perintah Sriwijaya Mala ( Raktamriktika ) @ Tanah Merah @ daerah skg ni dikenali sbg Kelantan..----------------> Tanah Sri Indah Sekebun Bunga
Adik- Maharaja Diraja ( Pagaruyung, Minangkabau )----------------> Daerah ini diubah namanya dari Sriwijaya ke Sumatera.
Maharaja Diraja sesampainya di Bukit Bakau membangun sebuah istana yang megah yang dinamakan dengan Istana Dhamna. Putra Maharaja Diraja bernama Darmaswara dengan gelar Mangkuto Maharaja Diraja (Putra Mahkota Maharaja Diraja) dan gelar lainnya adalah Datuk Rajo Tunggal (lebih akrab dipanggil)
ni adalah wilayah2 Empayar Sriwijaya di bahagian darat meliputi Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand serta Myanmar. Daerah ini alami krisis. nama Sriwijaya Mala telah ditukar kepada Medang Bumi @ Amdan Negara dlm sejarah Melayu
Nama Sri Wijaya bersumber dr bahasa Sanskrit. sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan"
Maksud tulisan Batu Bersurat tulisan Melayu Purba ( Pallava ) terjemahan batu bersurat ini oleh Slamet Muljana :
Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang Caitra, itulah waktunya taman Sri Ksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanasa. Ini pesan Dapunta Hyang: Semua yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan sebat telaga; semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya-upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapat makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun, barang usahanya hendaklah berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit dibuat awet muda. Dan lagi, hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau, janganlah mereka itu mendurhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai istri pada beliau. Dimanapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodichita dengan maitra, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan senantiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuletan, pengetahuan tentang perbedaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa umpama, kemenangan dan ingatan pada kelahiran yang telah lampau, indra lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi laki-laki karena kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamanididhara, memperolah janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambhodi.
Bukti Dapunta Hyang Sri Jayanaga menjadi Raja Sriwijaya..ada pada catatan Batu Bersurat Talang Tuwo. dr abad ke 7 lagi. Kalimat pertama dari keseluruhan isi yang terdiri dari 14 baris itu kira-kira berbunyi demikian: “Pada tanggal 23 Maret 684, sebuah taman Sri Ksetra didirikan atas perintah Sri Baginda Sri Jayanasa.
Prasasti Kedukan Bukit.- tulisan Melayu Kuno (Pallava) -------------> Svasti! Pada 11 hari bulan separuh Vaiśākha tahun 605 Śaka, Dapunta Hiyang menaiki sampan untuk mendapatkan siddhayātra. Pada hari ke tujuh iaitu 15 hari bulan separuh Jyeṣṭha, Dapunta Hiyang berlepas dari Mināṅa membawa 20000 orang bala tentera dengan bekal-bekalan sebanyak 200 peti di sampan diiringi 1312 orang yang berjalan kaki banyaknya datang ke hulu Upang dengan sukacitanya. Pada 15 hari bulan separuh āsāḍha dengan mudah dan gembiranya datang membuat benua ... Śrīvijaya jaya siddhayātra subhikṣa nityakāla!
“Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII” menyebutkan adanya korespodensi antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada sekitar tahun 100 H (abad ke-8M) (Kunjungi : Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah sebagai berikut :
”Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan seribu raja ?
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan Iskandar Zulqarnain dan Nabi Sulaiman?
(?) Siapa yang dimaksud dengan Raja Nusirwan ‘Adil, Raja Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), seperti terdapat dalam Sejarah Melayu?
Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi) yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit, kerajaan Srivijaya pada mulanya disebut sebagai "Śriviṣayādhipatinā Kaṭah-ādhipatyam ātavantā" dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Kerajaan Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah".
elaran "Kaṭah-ādhipates" yang bermaksud "Kerajaan Kedah". Di bahagian Bahasa Tamil pula, Raja Suvarnabhumi disebut sebagai "Kiḍāratta-araiyan" atau "Kaḍāratta-araiyan", masing-masing bermaksud Raja Kidara dan Raja Kadara, kedua-duanya membawa makna Raja Kedah.
Sanfotsi dan Srivijaya adalah kerajaan yang sama. catitan yang menunjukkan bahawa Cudamanivarman dan anaknya Maravijayottungavarman digelar sebagai penguasa-penguasa kerajaan Srivisaya Kataha didalam manuskrip Layden dan individu-individu yang sama juga digelar sebagai raja-raja Sanfotsi didalam catatan Song. Ini diperkuatkan lagi dengan senarai kawasan jajah takluk Sanfotsi sebagaimana yang telah diberikan oleh Chau Ju Kua pada 1225 adalah kawasan-kawasan yang sama ditakluki oleh kerajaan Srivisaya Kataha sepertimana yang terdapat didalam Inskripsi Rajendra Chola yang ditemui Tanjore.
'SEE-WI-CHAI' merujuk satu nama iaitu SRIWIJAYA.
tarian Siwichai merujuk kepada tarian SEE- Wi-CHAI iaitu SRIWIJAYA.
sama mirip dgn apa yg terjadi pada kerajaan ayuttaya, Bangsa pelarian China di selatan takluk jajahan Dvaravati (Thailand), Dai Viet pulak kawasan Champa ( Vietnam) . konsep pecah perintah. hapuskan jejak dan ubah suai sebagai pusat agama baru yg dinamakan dgn Hindu Buddha. agama hindu juga asalnya dri agama yg dibawa oleh Ibrahim ( Brahma ) asalnya semua agama ini menyembah tuhan yg satu. . nnt sy kupas lebih lagi hubungkait agama2 samawi ini dgn pecahannya menjadi agama2 baru yg direka. utk cina di namakan buddha dan india dinamakan hindu. kalu kita selusuri lebih dlm lagi. kitab2 veda merujuk kepada bahsa sanskrit kuno iaitu yg terdapat di alam nusantara. itu pecahnnya menjadi pallava & kawi.
manusia akan dipecahkan mengikut kefahaman mereka. setiap agama yg sembah tuhan yg satu kefahaman agamanya adalah sama. namun agama2 baru yg di reka ini di reka utk pecahkan fahaman dr agama yg satu ini. bila manusia berpuak2 dan semakin bnyk berpecah maka semakin berkuranglah agama penyembahan tuhan yg satu, bukan saja konsep pecah perintah tapi pihak Kolonial dh lama plan pecahkan juga kefahaman mereka. semakin bnyk fahaman2 semakin berpuak2lah jadinya.
Gupta dan Pallava ( Varman ) mempengaruhi Kerajaan Dvaravati di Thailand. Raja-raja Thai mempertahankan gelaran Rama dan ibukota lama mereka dipanggil Ayuthia (Ayoddha). Ayoddha adalah ibu kota purba dari kekaisaran Kosala India Utara
Raja-raja Funan (扶 南), selepas ditendang dari Kemboja, melarikan diri ke negeri mereka, iaitu Pan-pan (盤 盤). Pada pertengahan abad ketujuh, mereka menubuhkan negara baru bernama Sriwijaya (Shih-li-fo-shi). Sebelum membuat Shih-li-fo-shi, mereka menggabungkan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Pada akhir 670 AD hanya nama Shih-li-fo-shi kekal di tengah-tengah Semenanjung, yang direkodkan dalam sejarah China sebagai negara cawangan. Sebelum itu Chi-tu (赤土), Tan-tan (丹丹) dan Pan-pan (sepatutnya diucapkan sebagai Ban-ban 盤 盤) telah hilang.
catatan dari dinasti Sui menyebut bahawa Funan diasaskan oleh orang-rang dari Chihtu dan Pan-pan. -Chih tu nama kuno bg Kelantan skg
Chen-la (Kemboja) menyerang ibu kota Shih-li-fo-shi, dan menduduki Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. Pada masa yang sama kawalan Selat Melaka runtuh. Hampir dua puluh tahun kemudian, kaunter kumpulan Śrīvijaya menyerang Chen-la dan memulihkan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. , angkatan laut Śailendra dari Jawa tengah (Shailendra) memainkan peranan utama dan raja Śailendra diberikan gelar 'Mahārāja' Sri Krishna. Peringatan peristiwa ini adalah 'inskripsi Ligor' bertarikh 775. Śailendra mengirim utusan ke pengadilan Tang dengan nama 'Kha-ling' sama dengan Sañjaya. Penghantaran sebenar penghormatannya dihantar dari pantai timur Semenanjung Melayu, mungkin Sathing Phra
830, selepas Mahārāja Samaratuńga meninggal dunia dan tidak lama selepas kerajaan Śailendra di Jawa telah dirampas oleh keluarga Sañjaya. Putera Bālaputra melarikan diri ke Suvernadvipa (Sumatra dan Semenanjung Tanah Melayu) tetapi ia mewarisi gelaran Maharaja Srīvijaya. Dia mungkin mula-mula melarikan diri ke Palembang, tetapi lokasi akhirnya adalah Semenanjung Tanah Melayu. Jambi mempunyai kekuatan ekonomi terkuat di antara negara Srīvijaya sehingga Bālaputra sepertinya pergi ke Kedah. Pada akhir abad kesembilan, golongan Śrīvijaya membentuk negara bersekutu baru 'San-fo-chi'. San-fo-chi bermaksud secara literal 'tiga Vijaya', mungkin terdiri dari Jambi, Kedah dan Chaiya (bukan Palembang). Peranan Palembang tidak menonjol yang selain daripada laluan utama perdagangan 'Timur dan Barat'.
Al Masoudi dipetik sebagai berkata: "Dilautan Champa (Laut Cina Selatan) adalah milik empayar Maharaja , raja segala kepulauan, yang mentadbir empayar tanpa had dan mempunyai tentera yang tidak terhitung . Bahkan kapal yang paling laju diwaktu itu tidak dapat berlayar mengelilingi keseluruhan empayar ini dalam tempoh 2 tahun. Wilayah-wilayah dibawah kekuasaan Maharaja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kekuasaan empayar lain yang menghasilkan kemewahan seperti empayar ini (empayar Zabag/Srivijaya)
Ini adalah empayat Yawadwipa yang berpusat di Tanah Merah Kelantan sekarang.
JL Meons (1937) percaya bahawa awal Sriwijaya terletak di Kelantan dan KA Nilakanta Sastri (1949) menyokong idea itu. Teori Kelantan boleh diambil kira, kerana Dinasti Sui Cina mencatat abad ke-7 menggambarkan kerajaan maju bernama Chi Tu atau Raktamrittika (seperti dalam sejarah Kelantan) sebagai di Kelantan, yang namanya kemudian diubah menjadi " Sri Wijaya Mala ". Pengasas Sri Wijaya Mala adalah 667 SM dengan bernama "Valai", dan ia terletak di sepanjang perairan Sungai Pergau di Kelantan, yang terkenal dengan tambang emas yang kaya . 570 SM menukar namanya kepada Sri Wijaya.
Ibu Kota Srivijaya Mala bernama 'Valai Penjuru" terletak di pendalaman hulu Kelantan
Tercatat dalam salasilah Kelantan bahawa Deman Lebar Daun ini mempunyai 3 orang putera juga menantu yang dominan iaitu:
Raja Surendra, Maharaja Jawaka
Sang Sapurba, Raja Palembang
Ken Arok, Raja Singhasari
Sumber lain menyatakan bahawa Deman Lebar Daun ini merupakan Maharaja Melayu di Dharmasraya dan juga dianggap sebagai Maharaja Sriwijaya hal ini dapat dibuktikan dengan Prasasti Grahi yang bertarikh 1183 yang ditemui di Chaiya, Thailand.
bentuk seperti menara masjid
Dari segi bahasa (etimologi) Trailokya dalam Bahasa Sanskrit membawa maksud "Tiga Dunia", "Tiga Tingkatan", "Tiga Kehidupan", "Tiga Alam", & "Tiga Wilayah".
Sejarahwan menganggap semasa pemerintahan Deman Lebar Daun ini Alam Melayu sedang mengalami perubahan kuasa, pada mula ia dikuasi oleh Sriwijaya yang dirujuk sebagai San-fo tsi dalam chronic China, telah bertukar kepada Dharmasraya.
Sekadar begini boleh kami sampaikan untuk mengenali siapa sebenarnya Deman Lebar Daun, pokoknya dari baginda lahir ramai Raja-Raja yang memerintah Alam Melayu kerana beliau adalah penguasa Alam Melayu.
Pada tahun 1183M, berdasarkan Prasasti Grahi, menginformasikan kepada kita, Kerajaan Sriwijaya (beribukota di Dharmasyara) telah kembali bangkit, dan berhasil menguasai daerah hingga Thailand Selatan, selepas kehancurannya akibat serangan Kerajaan Chola. Pada masa itu, Kerajaan Sriwijaya-Dharmawangsa, dipimpin seorang Maharaja yang dikenal dengan nama Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa.
Terjemahan teks Prasasti Grahi menyebutkan bahwa:
Pada tahun Saka 1105 (1183),[2] atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, Mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin. Arca ini didirikan agar semua orang yang percaya dapat menikmati, memuliakan, dan memujanya di sini .... mencapai kemahatahuan ..
'Kamraten' ini adalah gelaran tertinggi dalam ranking raja-raja dalam budaya Khmer. Di sana ada istilah seperti:
"Dhuli jen vrah kamraten an"
yang ditemui pada Prasasti Udayadityavarman II yang diukir pada tahun 1052.
Perkataan 'Dhuli' ini sama seperti yang kita gunakan pada terma 'Duli Yang Maha Mulia' iaitu "debu yang melekat pada kaki".
Kamraten----> Dewaraja. Dalam konteks Prasasti Grahi,ia dipakai pada nama raja yang bernama Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa,iaitu nama raja yang mirip seperti nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco,di Sumatera Indonesia.
Dinasti Mauli ini berasal dari Segenting Kra dan ada kaitan dengan keluarga Sriwijayamala dan Sailendra sementelah Chandrabhanu,raja Sri Dharmaraja mengaku keturunan kedua-dua dinasti Melayu paling berpengaruh Asia Tenggara itu
Para ahli genealogy percaya bahwa Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, adalah nama lain dari Maharaja Imbang Jaya atau Maharaja Sambugita, yang disebut-sebut di dalam silsilah raja-raja Melayu
Sekitar 100 tahun kemudian, pada tahun 1286M, berdasarkan prasasti yang ditemukan di komplek Candi Padang Roco Sumatera Barat, diketahui bahwa Negeri Sriwijaya di Pedalaman dipimpin oleh seseorang yang bergelar Sri Maharaja Srīmat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa.
Srī Mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmadewa, adalah generasi penerus Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, yang diyakini sebagai kakek dari Adityawarman (Maharajadiraja Srīmat Srī Udayādityawarma Pratāpaparākrama Rājendra Maulimāli Warmadewa), pendiri Kerajaan Pagaruyung.
Perkaitan Adruja dengan Srimat Trailokyaraja atau Deman Lebar Daun. Juga telah dinyatakan tentang 3 orang waris baginda iaitu, Sang Sapurba atau Sang Nila Utama adalah menantunya yang diberi kuasa memerintah di Palembang, Ken Arok memerintah di Singhasari dan Raja Surendra memerintah di Jawaka.
Adruja adalah cucu daripada Raja Surendra yang dikatakan memerintah Jawaka yang berlokasi di Utara Semenanjung Tanah Melayu, datuknya pula adalah Raja Sakranta dan ayahandanya adalah Raja Thilam yang memerintah Malayur.... Siapa mereka ini akan kami bawakan dalam pengisahan yang berasingan.
Legasi Deman Lebar Daun bukan sekadar di Bumi Suwarnadwipa tetapi ia tersebar keseluruhan daratan dan kepulauan Alam Melayu dan dari keturunan ini lahir wira-wirawati Melayu yang terbliang.
Lihat pada pakaian yg dipakai tradisi Melayu lama Kelantan. Kalathana, Raktamrittika, Yawadwipa, Chih Tu. Zabaj
Mahkota Pemeleh yg dipakai mirip pintu gerbang kebanyakkan yang terdapat pada candi2 kuno di IndoChina spt Champa, Kemboja, Bagan, Burma.
Busana Tradisi (wanita) Melayu Kelantan
( Kurun ke 16-18 ) ’Busana Cik Siti Wan Kembang’
A. Dokoh
B. Bunga Mala,Kemboja dan Campa ikat berjuntai
C. Mahkota Pemeleh/Pemeles
D. Sunting Mala
E. Keris Hulu Tajong/ Pekaka/ Contek
F. Cenggai/Canggoi
G. Pontoh/Potoh/Ketip Lengan
H. Gelang tangan/Cerai tujuh
I. Gelang Kaki/Pakat
J. Pending
K. Cucuk Sanggul berjurai
Lambang Pemeleh adalah mirip pada lambang asal Kerajaan Naga, Dinasti Kerajaan Kambu Mera.
Bunga Mala
ada mirip bentuk yang sama di muka pintu Kemboja.
Tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh naga.
Kewujudan pemeleh pada zaman Kelantan Tua (zaman Jawan 3000-2800 sebelum masihi dan Brahma 1800-1700 sebelum masihi) telah diberi pengertian baru sebagai lambang dari huruf "Lam Alif" terlungkup pada zaman Islam. Huruf terlungkup ini dapat memenuhi 2 pergertian diatas dengan bunyi "Laa" adalah bererti "tiada", dari perkataan "Laa ilaha illallah"yang bererti "tiada tuhan melainkan Allah" maksudnya "Laa maujuda illallah' ertinya "tiada yang maujud, melainkan Allah".
Huruf Lam Alif sebenarnya bermaksud menakfikan kemakhlukan pada rumah dan mengisbatkan "Allah yang Maha Kuasa". Dengan ini segala syaitan dan iblis, juga unsur bahaya tidak akan berani menghampiri rumah. Oleh itu "pemeleh" disebut juga "penyangga" ertinya "penepis segala bahaya mendatang". Ada juga penggunaan stail "penyangga berganda", yakini gabungan 2 huruf Lam-Alif terlungkup ke bawah dan satu lagi mendogak ke atas seperti huruf asal. Penyangga berganda ini memberi pengertian "nafi" dalam 2 alam:2 erti Lam-Alif berganda ini iaitu:
Lam-Alif terlangkup:Alam Dunia, Dunia pada saat ini.
Lam-Alif mendongak: Dunia Akhirat. Dunia pada akan sampai kelak.
Dari situ juga terdapat pemeleh berlambang Kelewang. Kelewang adalah senjata memgerunkan, juga pemeleh berlambang Ular Naga pada kepalanya penjelmaan Hakikat Muhamadiyah dalam sifat Jalal menakutkan,
pemeleh lambang Makara yang sangat keramat atau sakti kerana di situ terletak Nur Muhammad, tuan segala makhluk dan semar,kepala sekalian wali Allah yang memjaga alam nyata ini.Dengan kukuhnya syariat, pemeleh berbentuk ular naga dan makara beransur hilang ditelan zaman.
sama tak ?
Negara atau "Naga-Ra
Naga (dalam bahasa sanskrit dan juga bahasa Melayu) atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong
mej ukiran Naga pada rumah tradisional yang terdapat di Pattani.
Masjid Wadi Al Husein juga terdapat simbol Naga.
Pattani terletak di kawasan Pantai Timur semenanjung Tanah Melayu. mungkin daerah ini dikenali sbg Chih Tu, Pan-Pan. dan menurut kajian sebelumnya, daerah ini adalah asalnya kerajaan Cambodia.
Apakah ini bukti Keturunan Raja Naga berasal dari sini ?
Mirip lambang kerajaan Siak kerajaan Naga
Lambang mahkota kerajaan yang dipakai Sultan Syarif Kasim (1908-'46)