Siapa tak kenal planet Marikh? Planet yang sering digambarkan berwarna merah, tandus dan kontang. Ia merupakan planet ke-4 dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia diberi nama demikian sempena "Dewa" Peperangan Tamadun Rom , disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam.
Ia mempunyai 2 bulan, Phobos dan Deimos, setiap-satu menyerupai asteroid. Ia juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
Namun demikian, penyelidikan yang dilakukan para pengkaji yang bergabung dalam JetPropulsion Laboratory (JPL) menunjukkan beberapa petunjuk bahawa NASA DENGAN SENGAJA mengubah warna imej marikh yang diterbitkan. Foto yang tadinya terlihat seperti lingkungan planet Bumi, diubah menjadi planet merah yang ganas dan berdebu
Contohnya, gambar asal sebuah dataran Marikh seperti berikut;
NASA telah mengubahnya menjadi seperti berikut;
Dari perbincangan dan kajian, para peneliti JPL memperlihatkan gambar bahawa lingkungan planet Marikh adalah padang pasir berwarna salmon dengan langit biru! Apakah tujuan NASA mengubahnya menjadi warna merah menyala? Kemudian menurut JPL, mengapa NASA dengan sengaja mengaburkan foto yang asalnya tajam dan jelas demi alasan ilmiah?
Asalnya seperti berikut ;
NASA mengubahnya kepada berikut ;
Selain itu, JPL menambah bahawa: "di permukaan tanah Marikh, suhu berkisar antara 5 darjah celcius hingga -15 darjah celcius (boleh didiami manusia?)".
Namun laman web NASA berbeza, mereka menyebutnya -70 darjah celcius hingga -5 darjah celcius. Siapa yang benar?
Begitulah keadaannya bila mana kita umat Islam hanya bergantung kepada maklumat dari bukan Islam. Entah tepat ke tidak, entah benar atau palsu, kita sendiri tidak dapat menelahnya. Sementelahan tidak ada pula keupayaan kita membuktikannya lantaran keterbatasan pengalaman dan teknologi. Macam ni bukankah dah tahap Fardhu Kifayah ni???
No comments:
Post a Comment