Thursday, November 24, 2016

Teori — Adakah manusia bermula di Tanah Arab & Pergunungan Judea?


 Teori — Adakah manusia bermula di Tanah Arab & Pergunungan Judea



Jejak manusia | peta DNA

1Al-Quran mewahyukan, manusia bermula daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa. [QA] Selepas mereka diturunkan ke Bumi dari Syurga, mereka terpisah. Sehinggalah mereka bertemu kembali di Arafat, Tanah Arab. Arafat (عرفات : mengenali) dinamakan sedemikian kerana ia adalah tempat mereka saling mengenali. Setelah pertemuan kembali ini, adakah Mekah merupakan tempat manusia bermula di muka Bumi?
2Kemudian, banjir besar melenyapkan kesemua manusia, kecuali mereka yang berada di dalam bahtera Nabi Nuh. [QA] Al-Quran mewahyukan, bahtera Nabi Nuh berlabuh di Gunung Judi. واستوت على الجودى [Q11:44] Adakah ia Pergunungan Judea? [rujukan]
بسم الله الرحمن الرحيم
وقل رب أنزلني منزلا مباركا وأنت خير المنزلين
Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat."
[Al-Quran 23:29]

Ayat suci ini merupakan doa Nabi Nuh semasa di dalam bahtera. Jika bahtera itu berlabuh di Pergunungan Judea, sebab itukah Allah SWT melimpahkan berkat di persekitarannya? المسجد الأقصى الذي باركنا حوله [Q17:1-3], مشرق الأرض ومغربها التي بركنا فيها [Q21:81] dan Q7:137

Jika Judea adalah tempat berlabuhnya bahtera Nabi Nuh, jadi, adakah Pergunungan Judea tempat manusia bermula semula di muka Bumi selepas kehancuran banjir besar? وجعلنا ذريته هم الباقين[Q37:77] Mungkinkah mereka:

Mendiami Judea sebagai kaum Kanaan
 Kanaan berbunyi seperti anak Nabi Nuh, Qanaan
 Jeriko adalah antara bandar tertua di dunia
Menyusuri pantai ke utara, lalu ke Sungai Tigris-Efrat & Mesopotamia
• Bahasa Aramik berasal dari Aram. Adakah ia Iram (إرم)? [Q89:7-8 | QA]
 Tamadun tertua yang diketahui ialah Sumer di Mesopotamia
 Dari Mesopotamia, adakah mereka tersebar ke timur?
Tersebar ke Tanah Arab
 Al-'Ula terkenal dengan rumah-rumah yang dipahat pada batu bukit
 Adakah ia tinggalan kaum Tsamud? وتنحتون من الجبال [Q26:149 | QA]
 Adakah mereka turun hingga ke selatan Aden?
Tersebar ke Sungai Nil, lalu ke Afrika
 Piramid Besar dibina semasa Firaun Khufu (sekitar 2,550 SM)
 Adakah mereka menyeberangi ke Aden, lalu tersebar ke Timur?
Tersebar ke barat merentasi Lautan Mediterranean ke Eropah
 Nama Eropah dikatakan bersempena Europa, seorang puteri Fenicia
 Adakah pelayar Fenicia mewarisi pelayaran dari Nabi Nuh? [rujukan]
 Tulisan Ibrani, Arab & Greek dikatakan berasal dari tulisan Fenicia



Jejak Nabi Ibrahim dan Bani Israel

Selepas manusia tersebar ke seluruh dunia dari Judea, ada yang mendiami Mesopotamia. Ur, Mesopotamia adalah tempat lahir Nabi Ibrahim. [QA] Kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan Ur ke Hebron; maka, adakah dia pulang ke tanah kediaman Nabi Nuh? ونجيناه ولوطا إلى الأرض التي باركنا فيها للعالمين [Q21:71] Di sana, dia disambut baik oleh kaum Kanaan. Kemudian, Allah SWT memerintah agar dia menghantar isterinya Hajar & anak lelakinya Nabi Ismail tetap melawati mereka — serta membina Masjid al-Haram (Kaabah) bersama Nabi Ismail. Nabi Ismail telah mengahwini gadis Jurhum, lalu menjadi bapa kepada Bani Ismail. [QA]

Manakala cucu Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob atau dikenali juga sebagai Israel, menjadi bapa kepada Bani Israel. Mereka telah berpindah ke Mesir, di mana Nabi Yusuf berkahwin dengan gadis Mesir. Tetapi semasa zaman Nabi Musa, mereka telah ditindas oleh Firaun. [QA] Lalu mereka berhijrah dari Mesir dan pulang ke Kanaan (Judea). Di dalam perjalanan, mereka menerima Tabut Perjanjian dari Allah SWT di Sinai. ونريد أن نمن على الذين استضعفوا في الأرض ونجعلهم أئمة ونجعلهم الوارثين [Q28:5 | QA]

Setelah keturunan berlalu, Allah SWT melantik Nabi Daud sebagai raja. [QA] Anaknya, Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan, [QA] dan Nabi Sulaimanlah yang membina Masjidil Aqsa (Rumah Ibadat Jerusalam). [1 Kings 8] Kerajaannya adalah yang paling hebat di sepanjang zaman. ماشاء الله

Tetapi selepas Nabi Sulaiman wafat, kerajaan itu berpecah kepada Israel (didiami 10 suku Bani Israel) & Judah (didiami suku Yahudi). Akhirnya, ia runtuh apabila Israel jatuh ditawan Empayar Assyria, manakala Judah pula jatuh ditawan Empayar Babilon. Masjidil Aqsa musnah, Tabut Perjanjian hilang, dan mereka diusir keluar.

Maka, seperti moyang mereka yang terdahulu, Bani Israel tersebar ke seluruh dunia. وقطعناهم في الأرض أمما [Q7:168] Mereka tersebar dari Gunung Moriah — tempat kedudukan Masjidil Aqsa — sebuah gunung yang dianggap "pusat dunia" & "rumah Tuhan" bagi penganut Yahudi; seperti Gunung Meru bagi penganut Hindu, Buddha, Jain, Sikh...

No comments:

Post a Comment