Wednesday, May 3, 2017

Rahsia Kerajaan kuno Gangga Negara



  Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.

 Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja.


Gangga Negara digantikan oleh sebuah kerajaan Melayu-Islam yang terkemudiannya, iaitu Kerajaan Beruas. Sebelum Kerajaan Beruas ditubuhkan, kawasan ini dikenali sebagai Belukar Sambang. Nama ini disebabkan kawasan bekas Kerajaan Gangga Negara yang gersang. Seterusnya, kawasan ini dikenali sebagai Beruas, bersempena pokok Beruas yang banyak tumbuh di sekitarnya. Beruas ialah sejenis buah menyerupai manggis.



Menurut catatan, Kerajaan Beruas diasaskan oleh Malik Al-Mansur, iaitu seorang putera dari Samudera-Pasai (dalam wilayah Acheh) yang dibuang negeri oleh kekandanya, Sultan Malik Al-Mahmud.
 Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan bahawa selepas kemangkatan Sultan Muhammad Az-Zahir sebagai pemerintah Kerajaan Pasai, ayahandanya Sultan Malik Al-Salih (Merah Silu) menyatukan pemerintahan Kerajaan Samudera dan Kerajaan Pasai.

Setelah kedua-dua putera Sultan Muhammad Az-Zahir dewasa, Sultan Malik Al-Salih akhirnya menyerahkan takhta Kerajaan Pasai kepada Sultan Malik Al-Mahmud, manakala taktha Kerajaan Samudera diserahkan kepada Sultan Malik Al-Mansur pada 1336. Pada tahun 1346, Sultan Malik Al-Mahmud dari Kerajaan Pasai telah menyerang dan mengusir Sultan Malik Al-Mansur dari Kerajaan Samudera. Hal ini disebabkan tindakan Sultan Malik Al-Mansur yang mengambil seorang perempuan (berkemungkinan gundik) dari Istana Pasai milik Sultan Malik Al-Mahmud. Sultan Malik Al-Mansur meninggalkan Samudera dan menubuhkan Kerajaan Beruas. Oleh itu, adalah diperkirakan bahawa Kerajaan Beruas ditubuhkan diantara tahun 1346-1347, iaitu sebelum Kesultanan Melaka bermula.

Sultan Malik Al-Mansur turut dibantu oleh dua sahabat baik baginda, iaitu Samsul Baharin dan Daik Ismail sebagai pembesar negeri. Pemerintahan Beruas diteruskan oleh Shamsul Baharin dan Daik Ismail selepas ketiadaan Sultan Malik Al-Mansur. Sehingga kini, masih terdapat sebuah bukit yang bernama Bukit Shamsul Baharin sebagai bukti kewujudan tokoh ini.

Kerajaan Beruas berkembang sebagai sebuah kerajaan perdagangan dengan pelabuhan yang besar dan hasil utamanya adalah bijih timah. Seteru utama Kerajaan Beruas ialah Kerajaan Manjung yang berjiran dengannya. Menurut Sejarah Melayu, seorang Raja Beruas pernah datang menghadap Sultan Mahmud Shah (1488-1511) di Melaka memohon bantuan untuk menyerang Kerajaan Manjung. Sultan Mahmud Shah berkenan membantu dan menyerang Kerajaan Manjung. Kerajaan Manjung akhirnya diperintah oleh Kerajaan Beruas dibawah pengawasan Melaka. Raja Beruas dikurniakan gelaran Tun Aria Bija Diraja. Sebagai balasan terhadap naungan keatas Beruas, Raja Beruas membayar ufti sebanyak enam ribu timah setiap tahun.


 Hubungan Kekerabatan Kesultanan Johor Lama, Perak dan Beruas dapat dilihat melalui perkahwinan kerabat diraja Beruas yang terakhir dengan kerabat-kerabat Bendahara Johor Lama dan Kesultanan Perak.

Keluarga Diraja Beruas
(yang dapat dikesan di penghujung keberadaan Kerajaan Beruas)

1) Tun Aria Bija Diraja Beruas, Raja Beruas mempunyai anak:
     1A) Tun Said
    1B) Orang Kaya Tun Rana; mengahwini Tun Minda Binti Sri Nara Wangsa Tun Abdullah Bin  Seri Nara Diraja Tun Ali. Mempunyai seorang anak, Dato’ Singgora.

     1C) Tun Lela Wangsa
     1D) Tun Mah

2) Tun Sebat (Puteri Siat), saudara perempuan Raja Beruas.
Dikahwinkan dengan Tun Isap Berakah Bin Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad Bin Bendahara Paduka Tuan Tun Pikrama Bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Perkahwinan ini dikurniakan tiga orang putera;

2A) Tun Amat (Tun Pikrama Wira)
2B) Tun Mahmud (Seri Akar Diraja), berkahwin dengan Tun Mah Binti Tun Aria Bija Diraja Beruas


2C) Tun Biajid (Bendahara Seri Maharaja Johor), mengahwini Tun Munah Binti Tun Hassan Bin Tun Biajid Rupat Bin  Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan dikurniakan empat puteri:

1) Tun Hidap, mengahwini Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai Bin Bendahara Tun Nara Wangsa Tun Mahmud Bin Bendahara Seri Nara Diraja Tun Tahir Bin Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali; dikurniakan anak:
  1A) Tun Jahid
     1B) Tun Kechil (Tun Dharmapala Johara), mengahwini Raja Mahmud Bin Raja Asif Bin Sultan Khoja Ahmad (Sultan Siak). Dikurniakan putera; Sultan Mudzaffar Shah II Jalilullah, Sultan Perak kesepuluh.

2) Tun Cateria, mengahwini Seri Akar Diraja Tun Merkah. Dikurniai anak bernama Tun Sadah.

3) Tun Mas Ayu, mengahwini Raja Muhammad Bin Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak).

4) Tun Mas Jiwa, mengahwini Temenggung Tun Ibrahim dan dikurniai seorang anak, Dato’ Botan.


 telah ditemui pelbagai artifak dan bukti arkeologi di sekitar Beruas. Serpihan tembikar, manik, wang lama, meriam dan pelbagai lagi dipamerkan di Muzium Beruas. Terdapat kesan bangunan di sekitar Bukit Shamsul Baharin seperti dinding batu, selain kawasan persekitarannya yang seakan-akan lembah. Terdapat juga sebuah tasik (sungai mati) bernama Mani Dendang di sebelah Sekolah Kebangsaan Gangga Negara, dan pernah ditemui sauh kapal. Sebuah binaan kapal sepanjang 2.1 meter pernah ditemui di Kampung Ara, selain keberadaan Padang Antah Berantah yang dikatakan menjadi medan pertempuran antara tentera Rajendra Chola dan Gangga Negara, serta Kota Kulit Kerang yang hanya boleh dilihat kesannya sahaja. Di Kampung Kota, masih terdapat makam-makam lama dengan batu nisan Acheh, terutama makam dua orang Raja Beruas.




Seperti aliran sungainya yang telah berubah dan lesu yang ditinggalkan, begitulah keadaan Beruas kini tenggelam dalam kelesuan rajanya. Terkuburlah misteri raja-raja Beruas dan Gangga Negara tanpa dirungkai sepenuhnya.




Di Permatang Raja, Pantai Remis tak jauh dari Beruas dan Pengkalan Bharu terdapat sebuah kerajaan silam bergelar 'Negeri Pelindung'. Raja negeri ini bernama Raja Abdullah, seorang kerabat di raja Johor dipercayai telah berpindah dan mangkat di Beruas. Kajian lanjut masih dijalankan.




kota kulit kerang. ada disebut dan ditemui bukti-buktinya. Turut diceritakan di Muzium Beruas ttg kota kulit kerang ini.


 Secret Hidden File History:


"Hai Ratu, Raja Dahulu. Aku tahu kuburmu kubur Seri Banian, Waris terdekat dari Selendang Delima. Khabarkan pada kami dimana harta keturunan kamu disimpan.

Lokasi makam Seri Banim ( Banian@Bunian) diatas bukit Batu Hampar (Kg Batu Hampar)Makam ini menggunakan batu nisan Acheh yang sangat cantik dan menyerupai batu nisan pada makam-makam raja Beruas di Kampung Kota.

 Puteri Seri Banim anak kepada Puteri Selindang Delima dan Dewa Sifri/ Tidak terdapat sebarang catatan sejarah yang berhubung dengan makam seri Banim.


 Dibukit ini terdapat dinding batu berwarna putih yang dapat dilihat dari laut. Ketinggian dinding lebih kurang 10 meter dan panjangnya 30 meter. Terdapat sebuah gua dikawasan itu. Pada zaman dahulu batu ini mengeluarkan cahaya sebagai panduan untuk kapal-kapal mudek ke Beruas yang mana sungai Beruas luas dan juga sebagai pelabuhan. Disebabkan batu putih mengeluarkan cahaya, maka ia digelarkan GENGGAM CAHAYA atau NILAI CAHAYA.

Seorang Residen British telah giat mencari harta karun peninggalan Raja Shamsul Baharin. mengikut lagenda terdapat perkuburan keranda EMAS dan dua batu nesan disini.

Di Sekolah Dato Idris Pantai Remis ada lagi tinggalan kapal purba dibuat dari jut sauh dah diambil orang.

 Di situ juga ada satu tempat dinamakan  Padang Anta Beranta.. yang dikaitkan dengan lagenda kayangan. menurut ayah aku, disini berlaku pertempuran antara Jin dan manusia.. Tahu cerita tentang Mala Karma ? percampuran antara jin dan manusia. ??


Beruas juga antara Kerajaan Purba dahulu kala
Peperangan ini berlaku dikawasan Padang Antah Berantah. yang mana dahulu dikatakan kawasan ini dipenuhi oleh darah sehinggakan pokok pun tidak boleh tumbuh.


1. Ada sebuah istana kuno yang dibina dari kulit Kerang di Kota Kulit Kerang.

2. Ada Batu Bersurat Beruas yang membuktikan Beruas lebih dahulu Islam sebelum Terengganu dan Melaka. skg Batu Bersurat ni dah hilang,mungkin ada hidden hand yang tak mahu rahsia terbongkar dan Gangga Negara masih dikaitkan dgn kerajaan Hindu. 

Menurut ceritanya ia adalah batu bersurat yang ditinggalkan Raja Suran, moyang Raja-raja Melaka dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yg memerintah dunia.
Menurut cerita pada salasilah lagi, batu bersurat ini menandakan tempat di mana terdapat banyak harta untuk bekalan akhir zaman. Memang ada disebut dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang bahawa Raja Suran ada meninggalkan batu bersurat selepas menyuruh orang menanam sejumlah harta... katanya untuk kegunaan anak-cucunya akhir zaman. Ini berlaku selepas Raja Suran dikatakan masuk ke laut untuk melihat kerajaan dalam laut. Sebelum itu baginda yang datang dari benua Hindi dikatakan telah menakluki Gangganegara dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

3. Lokasi Makam Raja Beruas ada tersimpannya Harta Karun yang tidak terusik sehingga hari ini. 


 Raja Syamsul Bahrin berperang dengan bloodline Raja Malayu Purba (Raja Asal muasal kerajaan 7 (Ratu) beradik Gelanggi) Melayu Proto iaitu Mon.

Nama Raja Purba Malayu Mon ialah Ratu Malakarma @Medusa atau kat jawa di dkenali Ratu Laut Selatan. Dlm perperangan ini Raja Shamsul Bahrin sangat licik lalu menangi peperangan maka Ratu Malakarma tertewas walaupun pada asal nya Malakarma mempunyai balatentera yang sangat kuat ( bala tentera yang terdiri dikalangan manusia dan jin)

Persoalannya.. Malakarma dikenali di Jawa adalah sebagai Ratu Laut Selatan (Nyiroro Kidul). Adakah ini petanda Shamsul Baharin berperang dgn Nyi Roro Kidul ??

Ada hikayat yang menceritakan sebelum peperangan, Malakarma yang mewarisi Kerajaan Champa datang dari Utara, kemudiannya bertemu dgn Penguasa di Beruas dan terlibat dgn Peperangan diantara Raja Shamsul Baharin di Beruas. selepas Malakarma tewas, mereka menuju ke Selatan dan seterusnya pergi di Indonesia..,.

Dan sehingga sekarang mereka tinggal di sana yang dikenali sebagai NyiRoro Kidul ( Ratu Laut Selatan). ??

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan.. Dimanakah lokasi sebenar makam berbatu nesan Aceh seperti yang dipaparkan di atas. Saya berminat untuk ziarah ke makam tersebut. T Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumslm.. lokasinya berhampiran kg kota kalu xsilap. jln menuju ke sitiawan, lumut. ada signboard kg kota. terus masuk kanan. akan lalu hadapan rumah lama. jalan terus. jumpak 2 simpang. simpang kekanan ada 4 makam. simpang kekiri ada bnyk lg makam2 lama. tuan boleh contact sy sebarang info/whatsup. 0134568874

      Delete
  3. Makam Seri Banim itu pernah dikatakan oleh seorang tua tempatan di Beruas sebenarnya makam Puteri Sari Baniah isteri Bendahara Paduka Raja Megat Terawis.Di riwayatkan Puteri Sari Baniah mangkat di Beruas semasa mengikut suaminya Bendahara Megat Terawis melawat Beruas yang diwarisi Bendahara Megat Terawis daripada Tun Saban selepas menang perang di Kuala Temong.Dari catatan Pagaruyong,sepupu Puteri Sari Baniah yang beegelar Puteri Awan Tarsingit peemaisuri Raja Deli telah pergi ke Perak membawa sepasang batu nisan Acheh utk dipasangkan di Makam Puteri Sari Baniah dan dan membawa pulang Puteri Ratna Kemala Jamilah yang disunting Daulat Yang DiPertuan Sultan Alif I-Yamtuan Bakilap Alam untk dijodohkan dengan putera baginda Raja Pasambahan yg.kemudiannya naik takhta menjadi Sultan Saiful Alaiddin.Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Bendahara-Bendahara Megat berulang alik dari tanah sebelah kiri mudik Sg.Perak ke tanah sebelah kanan berkubu kota di kedua-dua kawasan tersebut dr.masa ke semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply..

      Nama-nama 'Kanda' dikaitkan dengan gelaran turun-temurun Orang Kaya Besar Maharaja Diraja Perak kerana salah satu daripada tiga cabang keluarga yang berkongsi gelaran itu berasal daripada satu Kanda Adam. Beberapa sumber mengatakan bahawa Kanda Adam ini adalah keturunan Daeng Selili - justeru mencadangkan asal Bugis. (Orang Kaya Besar sekarang adalah keturunan Kanda Adam)

      Delete
    2. Selain daripada Kanda Adam, kita mempunyai dalam catatan sejarah seorang Kanda Abdul Majid yang merupakan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja pada akhir abad ke-19. Kanda Abdul Majid ini mangkat semasa pemerintahan Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah Perak. Salah satu tindakan rasmi Sultan yang pertama sebagai Sultan ialah melantik pengganti Orang Kaya Besar Kanda Abdul Majid yang mana baginda melantik seorang Syed Pandak Ahmad ke pejabat Orang Kaya Besar. Malangnya, kami tidak mempunyai sebarang rekod yang menunjukkan asal usul atau keturunan Allahyarham Kanda Abdul Majid.

      Daripada sekadar menyebut 'Abang' untuk abang, mereka memanggil orang yang bergelar 'Kanda'.

      Delete
    3. , Panglima Teja mempunyai 3 orang anak: 1. Leka; 2. Dato' Dalam Mohd Yaakub; dan 3. Embeh.juga terjumpa nama Kanda Ibrahim dalam salasilah

      Delete
    4. menurut nenek, gelaran “Kanda” ialah gelaran diraja Perak yang diberikan kepada orang yang bertanggungjawab melupuskan -temuni kelahiran diraja yang baru lahir.
      ada juga beberapa panggilan yg menyebutkan dan mengaitkan dengan nama " Kanda Idris" dari Padang tenggala

      Delete
  4. Salam.Siapa waris mereka sekarang

    ReplyDelete
  5. Salam.Siapa waris mereka sekarang

    ReplyDelete
  6. Salam.Siapa waris mereka sekarang

    ReplyDelete
  7. Istana Raja Ratu yang berjubin emas, dapurnya dihiasi dengan perak, istana dinding yang dipenuhi dengan batu permata dan dua buah sumur yang terbuat dari emas.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan, saya sedang mencari sejarah berkaitan Raja Manjung dan SMK DATO IDRIS, Pantai Remis. Siapakah sbnrnya Dato Idris,Raja Manjung dan berkaitan dgnnya. Dan saya difahamkan dari cerita2 org2 tua, yang mengakui waris2 keturunan Org Kaya Ngah Ibrahim yg diiktiraf oleh Sultan perak skrg ni bkn lah keturunan yg sbnr... Waalaikumussalam .. Idris yg sy sedang cari di sini adalah orang kaya yg membuka Pantai Remis yg dikatakan berkait dgn Ngah Ibrahim. Pencarian sy membawa kpd blog tuan. Jika tuan ada maklumat, besar hati kiranya dpt berkongsi dgn pembaca. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf typo... Wallahualam bkn waalaikumussalam

      Delete
  9. Maaf typo... Wallahualam bkn waalaikumussalam ��

    ReplyDelete
  10. Boleh kredit kepada blog saya, sebahagian besar artikel ni copy paste dari artikel saya: https://putegha.blogspot.com/2015/01/beruas-kerajaan-purba-yang-dilupakan.html

    ReplyDelete