Monday, July 10, 2017

Lagenda Panglima 5 Beradik.



Panglima Mat, Panglima Mei,Panglima Hitam, Panglima Ali, Panglima Yusuf.
ketika 5 beradik ni sedang duduk di sebuah pondok di dalam rumah jauh didalam hutan disuatu malam ketika awal pagi sambil bersembang dengan cita masing-masing.. antara cerita yg aku tahu, Panglima sulong, Mat bercita2 membina rumah.. manakala Mei bercita-cita mahu menjadi kebal , Hitam pula menjadi panglima yg hebat, manakala Ali & Yusuf aku tidak berapa pasti. Ketika bercakap mengenai cita masing2.. tiba2 jatuh geliga embun diatas peha Panglima Mei.. tanpa ditunggu memandangkan pisau yang ada disebelahnya.. die terus belah peha kirinya dan menyimpan geliga tersebut didalam peha dia..

selepas peristiwa itu,, dia menjadi sangat hebat. tetapi hebatnya dia menjadi orang yang begitu jahat.. hasil2 rompakan emas serta harta karun disimpan di sebuah pulau misteri.. pulau itu adalah pulau kecil di Utara Tanah Air..

Panglima Mei memiliki kelebihan badannya yang jatuh ke tanah akibat di kerat @ dipotong akan kembali bercantum semula..
akhirnya,, kelemahan yg dimiliki oleh Panglima tersebut diketahui.. ketika mereka membunuh dia, terus dipegang kepalanya tanpa dibiarkan jatuh ketanah.. ini salah satu ilmu rawirontek seperti yang aku tahu..
Selepas berjaya membunuh Panglima Mei tersebut, kepalanya itu disimpan disuatu balang bekas yang besar..

rambutnya panjang keparas bahu, mata terbeliak dan memilik misai yang lebat yang menutup mulut dan misai yang seakan2 bertaring ke atas..

Badannya pula di tanam di sebuah tempat di Balik Pulau.. kawasan yang terpencil dan tidak diketahui oleh ahli Sejarah @ orang2 biasa sehingga ke hari ini..

anak cucunya menerima tulah sumpahan sehingga keturunan ke-7 sumpahan itu akan berakhir akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh panglima ini.. sumpahan berupa penyakit kulit. Sejarah panglima ini lebih kuno dan lebih lama dari zaman Melaka..aku adalah antara keturunan ke7 tersebut..

No comments:

Post a Comment