Sebuah batu besar berdiri dgn sendirinya di tengah2 Masjidil Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin. Keadaannya tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagian di bumi.Tidak ada satu pon menahannya. Melainkan, yg memegangya adalah langit daripada jatuh menimpa bumi..
Demikian kata seorang ulama besar, al-Imam Abu Bakar Ibnu ‘Arabi dalam kitab Israk Mikraj dihalaman 82 tulisan Khalid Saiyyid Ali menurutIbnu ‘Arabi, sewaktu kunjungannya ke tempat itu, dia cuba memberanikan diri untuk masuk berteduh dibawah batu besar tersebut. Beberapa ketika berada dibawah apungan batu itu, dia menyaksikan suatu keajaiban kerana dapat melihat dari semua arah.
Dijelaskan juga dalam kitab tersebut bahawabatu itu terapung kerana ingin mengikuti Nabi Muhammad s.a.w naik kelangit. Bagaimanapun, baginda memberi isyarat kepada batu tersebut supaya tidak mengikutinya.
Atas kehebatan baginda, maka batu itu tergantung. Semua ini berlaku ketika baginda memijak batu besar tersebut sebelum menaiki buraq dalam peristiwa Israk Mikraj.
Kisah batu terapung yang diceritak oleh Ibnu ‘Arabi ini kemudian tersebar luas. Daripada sinilah bermulanya cerita mengenai sebuah batu besar terapung, tidak terpijak bumi dan tidak bergraviti wujud di Baitulmuqaddis. Bagaimanapun, cerita ini telah mencetuskan diskusi hangat di kalangan ilmuan Islam.Perkara yang dibangkitkan ialah apakah batu besar itu memang benar terapung seperti yang diberitahu oleh Ibnu ‘Arabi?
Professor madya Dr.Samsu Adabi Mamat menjelaskan, perbincangan itu timbul kerana tiada hadis sahih dalam Al-Quran pernah menyebut secara jelas tentang batu terapung ini.Begitu pun, ulama Islam secara umumnya berpendapat bahawa tempat Nabi Muhammad bermikraj adalah ulama yg boleh dipegang juga banyak menjelaskan peristiwa Israk Mikraj ini.
Disitulah juga dinyatakan lokasi batu tera[ung itu. Sekarang ini dipanggil sebagai Qubbatul Sakhrah atau Dome of Rock (Kubah Batu) dalam Masjidil al-Aqsa. Kubah tersebut telah dibini pada zaman pemerintahan Khalifah Ummaiyyah sekitar tahun 691 Masihi. Pada tahun 1998, Kubah Batu tersebut telah diubah suai menjadi kubah emas dengan menggunakan 80 kilogram emas hsil sumbangan Raja Hussein dari Jordan.
Melihat dari sudut seni bina, ia merupakan masjid terawal didunia.Bahkan menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Masjidil Haram di Mekah. Pembinaan kubah itu juga sebenarnya dikatakan bertujuan untuk menutup batu terapung daripada pendangan umum. Dikhuatiri orng ramai berasa terkejut dan takut apabila melihat batu tersebut.Bagaimanapun, kata Samsu, batu itu kini sudah tidak kelihatan terapung seperti mana dulu. Penambahan struktur konkrit dibawah batu menyebabkannya tidak kelihatan terapung lagi. Sebab itulah, ramai pelawat yg pernah menziarah tempat tersebut memberitahu, mereka tidak lagi melihat batu itu terapung..
Sebaliknya pula ada pelawat yang menyaksikan batu itu memang benar-benar tergantung.Soalnya, yang mana satukah diantara dua pendapat ini benar?
Tanda-tanda ini terjawab apabila seorang Imam besar Masjidil Al-aqsa memberitahu bahawa batu besar itu pada awalnya memang benar terapung-apung. Keadaannya ketika itu umpama payung besar. Bagaimanapun, perubahan terpaksa dilakukan keatas batu tersebut kerana ramai pelawat yang datang terkejut kerana fenomena itu.
Sampaikan ada yg takut untuk masuk dibawahnya kerana khuatir akan menghempap mereka. Atas factor keselamatan, besi dan batu konkrit dibina dibawahnya.Cara ini juga dapat menutup tanggapan orng ramai.Sehingga kini, tempat itu bukan sahaja penting oleh umat Islam, bahkan menjadi tempat paling suci bagi penganut agama Kristian dan Yahudi.
Agama Kristian menganggap tempat itu sebagai gereja terawal mereka. Menurut sejarah, selepas Perang salib pada kurun ke-11 Masihi, kubah batu telah jatuuh ketangan agama kristian. Tempat itu kemuadian diubah menjadi gereja bernama St.Cyrus dan St.John. Manakala, penganut Yahudi pula percaya lokasi Kubah Batu itu merupakan bekas tapak kuil mereka, Second Jewish Temple.
Kepentingan dan keistimewaan Kubah Batu kepada ketiga-tiga agama iaitu Islam,Kristian dan Yahudi menyebabkan lokasi ini menjadi rebutan sampai kehari ini.
No comments:
Post a Comment