Suatu ketika dahulu, manusia percaya bahawa bumi adalah pusat alam semesta.Matahari dan bulan pula adalah objek bergerak yang mengelilingi bumi untuk mewujudkan suasana siang dan malam.
Seawal kurun ke-10 sebelum Masihi lagi, manusia sudah melakukan pengamatan terhadap objek-objekdi angkasa raya, terutamanya masyarakat China, Mesopotamia dan Mesir. Ia kemudiannytrisa dikembangkan sebagai salah satu cabang ilmu oleh masyarakat Yunani bermula pada abad ke-6 SM.
Pada ketika itu, kebanyakkan ahli astronomi kuno percaya bahawa bumi adalah static-tidak berputar dan tidak bergerak. Sebaliknya matahari, bulan dan planet-planet lain yang bergerak mengelilingi bumi. Fahaman tersebut diistilahkan sebagai system Geosentris.
Bagaimanapun, pada abad ke-3 SM, seorang ahli astronomi bernama Aristrachus telah menyatakan bahawa bumi bukanlah pusat alam semesta.Sebaliknya beliau berpendapat bumi ini berputar dan bergerak menelilingi matahari yang merupakan pusat gerk langit.Namun sayangnya teori tersebut tidak mendapat tempat pada zaman itu.
Selama lebih 15 tahun abad konsep geosentris ini diterima oleh masyarakat dunia. Sehinggalah pada tahun 1512, seorang ahli astronomi Itali, Nicolaus Copernikus membuka lembaran baru dengan mengemukakan teori bahawa planet dan bintang bergerak mengelilingi matahari dengan orbit lingkaran. Ia kemudian disokong oleh Johannnes Kepler pada tahun 1609 yang menyebut bahawa matahari adalah pusat system tata suria.Pada tahun yang sama, Gallileo Galilei telah mencipta teleskop pertama didunia dan mengesahkan teori itu melalui pengamatannya.
Dalam dunia moden hari ini, sains menjelaskan bahawa matahari adalah sejenis bintang yang menjadi pusat sistem tata suria.Bahkan, melalui cerapan radio juga mendapati matahari bukan sekadar berputar, malah ia turut bergerak dilaluan orbitnya yang tersendiri.Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM Profesor Madya Dr.Arip Kasmo, Allah s.w.t ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari didalam Al-Quran, ada menekankan bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit yang tertentu. Firman Allah yang bermaksud :
“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah Al-Anbiya, ayat 33)”Dalam ayat yang lain pula turut dinyatakan bahawa matahari sebenarnya bukanlah suatu objek yang static, tetapi ia juga bergerak dan mempunyai orbit yang tetap. Firman Allah lagi : “Dan matahari beredar ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan Maha Mengetahui.” (surah Yassin, ayat 38)
Jelas Dr. Arip, berdasarkan kepada kiraan, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar iaitu 720,000 km/jam, mengarah ke bintang Vega melalui orbit di dalam sistem solar Apex.Ini bererti, matahari bergerak sejauh 17,280,000 km/hari.
Turut bergerak bersama-sama ialah semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari-sistem solar.Dengan kata lain, bumi dan planet-planet yang sedang mengorbit matahari secara automatiknya mengikut pergerakan matahari yang mengorbit yang mengorbit bintang Vega.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta ini, yang mana setiap satunya mempunyai 200 bilion bintang.Kebanyakkan dari bintang ini mempunyai planet, dan setiap planet pula mempunyai satelit. Semua objek-objek ini bergerak mengikut orbit masing-masing.Untuk beberapa ratus juta tahun, kesemua objek ini ‘berenang’ melintasi orbit dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna.
Sesuatu yang menakjubkan ialah ketika Allah menerangkan fakta ini didalam Al-Quran, manusia belum lagi mencapai tahap kemodenan dalam bidang astronomi.Sudah pasti tiada ulasan saintifik yang mampu menyokong apa yang dinyatakan oleh Al-Quran pada ketika itu. Bagaimanapun, pada kurun ke-20, penemuan saintifik mengenai pergerakan matahari ini akhirnya telah membuktikan bahawa apa yang dinyatakan adalah tepat serta selari dengan sains. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah kalam Allah dan Dialah yang Mengetahui.
No comments:
Post a Comment