Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik atau laut Galilee?. Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.
Tasik Galilee ini juga dipanggil “Lake of Gennesaret”. Juga ada yang memanggil “Lake Kinneret” dan ada yang menyebut “Sea of Tiberias”. Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai ‘sejarah’ yang tersendiri.
Diberitakan Tasik ini menuju ke alam ‘kontang’. Proses pengontangannya berlaku sejak dari tahun 2000 lagi. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak ‘Yahudi’ telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini. Lihat keadaan pasang surut paras air tasik antara tahun 2007 hingga 2010:
Mengikut pengkajian yang telah dibuat, tasik ini dijangka akan kering. Ada pendapat ia berlaku dalam tempoh 40 tahun akan datang. tapi saya tidak berani mengenengahkan isu ini kerana ia di luar daripada bidang kuasa kita untuk membuat ramalan. Itu semua dengan keizinan Allah SWT.
Dalam masa pencarian maka saya terjumpalah tentang persoalan dan jawapan yang diberikan oleh Dr. Danial dalam bukunya bertajuk “Empayar Minda Islam”. Muungkin ada kaitan dengan kisah yang dipaparkan ini.
Persoalan : Apakah kita sedang berada di dalam era Dajjal?
Jawapan: Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan- rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memper- kenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’…………..” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment