Wednesday, October 30, 2013

Peninggalan penting warisan Raja Bersiong yg dibiarkan Kerajaan




Tangga naik ke Istana Raja bersiong yg terletak di atas bukit.Namun Rupa Istana itu masih 'wallahualam" belum dapat dipastikan. Ada juga yg sesat jalan dan tidak jumpa jalan pulang ketika mendaki kawasan ini.




Inilah tempat persembunyian Raja Bersiong.


Gua ini dikaitkan dengan cerita misteri dan perhubungan dengan alam Jin.



Kubu peninggalan Sejarah era penjajahan British.


Keadaan didalam kubu perang yg  buruk.

Tulisan-tulisan ini juga tidak jelas kerana tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan sama sekali.


Kubu ini dibiarkan usang tanpa adanya inisiatif  membaik pulih



Di bawah ini pula peninggalan Makam Raja yg dibairkan usang dan tidak dijaga oleh Kerajaan.






Agak terkilan melihat Makam Raja yg begitu usang sekali tanpa adanya penjagaa dari pihak Kerajaan.

Mungkin bagi mereka, ini tidak penting & semua sejarah-sejarah di negara ini mungkin hanya menyusahkan sampah..!


Saya yakin, Makam ini di jaga sewaktu era pentadbiran Tun Mahathir kerana kita tahu zaman Tun adalah Zaman yg emas bagi seorang yg bergelar Melayu.




Persamaan lambang yg terdapat pada logo bendera Turki.



 Apakah misteri Kerajaan di Kota Kuala Muda ini ada kaitan langsung dengan Kerajaan Turkey  melalui persamaan lambang  bulan dan bintang?


Monday, October 28, 2013

KOTA DAN ISTANA RAJA MELAYU ZAMAN SILAM: BEBERAPA PERSOALAN LOGIK



 Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?


Foto 1: Binaan batu bata di Sungai Batu, Merbuk Kedah merupakan tapak arkeologi terawal di Asia Tenggara dibina sekitar 100 Masihi. Jika pengetahuan binaan kota batu bata telah wujud pada 100M kenapa di dalam teks sejarah wujud dakwaan kota-kota dahulu dibina dari kayu dan buluh? Hanya setelah kedatangan Portugis kota batu dibina, seolah-olah kita belajar dari pihak penjajah!? Tidak logik jika pada 100M sudah ada binaan batu bata tetapi pada 1500M masih berkotakan kayu.


Foto 2: Peta lama bertarikh 1598 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004) menunjukkan kota-kota yang wujud di sepanjang pantai semenanjung tanah air kita. Dimanakah kota-kota tersebut sekarang?


Foto 3: Kampong Kota di Beruas, Perak di mana terdapatnya makam purba raja Melayu yang bernesankan Batu Acheh terukir ayat Al Quran. Kenapa sejarah mainstream menjunjung pengaruh Hindu-Budha di Bruas Gangga Negara, tetapi kisah rajanya yang beragama Islam seolah-olah diketepikan sahaja?


Foto 4: Istana Raja Bersiong di Kepala Batas Alor Star Kedah. Istana yang didakwa asalnya milik Raja Bersiong kemudian diwarisi oleh Tengku Kudin. Lihat sahajalah terbiar dan turut dijadikan tempat pembuangan sampah. Kenapa Kelly Castle dipelihara, tetapi Istana Raja Bersiong ini terbiar hina sebegini rupa?

Foto 5: Gambar ini didakwa sebagai Istana Sultan Ismail di Belanja Perak. Gambar ini berjaya mencetuskan persepsi Melayu itu berdinding buluh dan beratap rumbia. Adakah ini sebenarnya istana atau sekadar tempat persinggahan atau pondok di dalam dusun atau tempat persembunyian ketika diburu penjajah? Jika sememangnya istana tempat bersemayam, bagaimana agaknya kalau gajah baginda yang berpuluh ekor itu  menggeselkan badan pada dinding istana tersebut? Bagaimana agaknya kalau baju besi baginda digantung pada dinding istana tersebut?

Foto 6: Kota Ngah Ibrahim di Matang, Perak. Pernah dijadikan markas oleh Inggeris dan Jepun. Menjadi mahkamah untuk mengadili mereka yang dituduh terlibat dengan pembunuhan J.W. Birch, mungkin disebabkan itu ianya masih kekal tidak diruntuhkan.

Foto 7: Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Terbiar bersemak tanpa penjagaan rapi. Menurut sejarah mainstream, Long Jaafar merupakan Penghulu Larut yang kaya raya serta kekayaannya itu mengatasi kekayaan Sultan Perak pada ketika itu. Persoalannya, logik kah penghulu lebih kaya dari sultan pada masa tersebut, dan logik kah seorang penghulu memiliki sebuah kota yang dilengkapi dengan meriam?


Foto 8: Kota Kuala Muda, sebahagian kecil sahaja sisa binaan kota yang masih tinggal. Terdedah kepada vandalism dan pencerobohan, diharapkan symbol-simbol yang masih ada dapat kekal untuk tatapan generasi akan datang.

Foto 9: Kota Kuala Kedah, lihatlah keunikan senibinanya. Pernah dijadikan markas Inggeris dan mungkin disebabkan itu ianya selamat dari diruntuhkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim yang pernah dijadikan markas Inggeris.

Foto 10: Kota Star, binaan asalnya pernah dirobohkan atas alasan untuk membina Wisma Persekutuan. Logikkah alasan tersebut diberikan dalam masa yang sama Kota A Famosa dipertahankan? Namun begitu replica kota tersebut dibina semula pada tahun 2008 tetapi didapati berlaku sedikit perubahan pada corak ukiran pada kota.

Foto 11: Kota Indera Kayangan, tapak kota telah diratakan dan dijadikan tempat parking kereta untuk pelawat yang berkunjung ke Muzium Kota Indera Kayangan. Logikkah tapak sebuah kota dijadikan tempat parking kereta?


Foto 12: Istana Nagara, foto ini diambil pada 1897 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004). Lihat la seni binaannya yang jelas bermotifkan Merong dan Teratai. Telah dirobohkan pada 1930 dan diganti dengan istana yang baru di atas tapak asal yang kemudiannya dikenali sebangai Istana Iskandariah. Kenapa istana secantik ini dirobohkan, tiada lagikah tapak lain selain dari tapak binaan asal untuk dibina istana baru? Kenapa sejarah mainstream cuba melenyapkan maklumat tentang istana ini? Kenapa istana ini diberi nama Istana Nagara? Nagara manakah yang dimaksudkan?

Banyak lagi kota-kota dan istana lain yang tidak dipaparkan disini, apa yang dipaparkan sebagai bahan untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Jika Melayu mempunyai kota maka ini amat bertentangan sekali dengan momokan selama ini apabila Melayu dikaitkan dengan rumah kayu beratap rumbia. Jika Melayu memiliki kota, kemanakah perginya pewaris kota tersebut? Jika pewaris sebenar kota tersebut adalah mereka yang berkuasa sekarang, adalah tidak logik jika mereka yang berkuasa ini membiarkan sahaja kota warisan nenek moyang mereka terabai, dirobohkan dan dilenyapkan begitu sahaja. Jadi siapakah sebenarnya yang empunya dan pewaris sebenar kota-kota tersebut?

Tuesday, October 22, 2013

Misteri tersembunyi disebalik perang Syria




 KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.


Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).



Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.


Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.


Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.



Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

 Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran..

Baca juga kaitannya disini..
http://darah-satria.blogspot.com/2013/09/pengaruh-yahudi-kedalam-syiah-israel.html


Tuesday, October 15, 2013

Wajah Jin terakam pada CCTV di Mekah.





 Kamera keselamatan yang dipasang di bandar barat Makkah di Arab Saudi menangkap penglihatan yang dianggap sebagai jin. Penampakan tersebut kelihatan seperti orang berjubah putih namun tanpa muka.
Akhbar Saudi berkata, penampakan itu dirakam semua kamera keselamatan yang dipasang di bangunan sekretariat di masjid. Sumber dari sekretariat Makkah mengatakan, penampakan tersebut berwarna seluruhnya putih dan berdiri di dekat salah satu pintu bangunan. Namun, wajahnya tidak kelihatan.

Akhbar itu menerbitkan foto yang diambil dari rakaman kamera keselamatan.
Laporan itu mengatakan penglihatan itu mungkin adalah jin. Tapi, tidak jelas apa yang dilakukan jin itu di tempatnya.

Thursday, October 10, 2013

Bayang Malaikat ketika sebelum perang?




Cuba anda perhatikan pada minit ke 0:07, kelihatan sebuah bayang hitam yg ditandakan merah itu nampak  berjalan ketika Azan sedang dilaungkan  sebelum tentera Ahlil Sunnah menentang regim Syiah.


para sahabat pernah melihat malaikat Jibril dengan bentuk menyerupai manusia berpakaian serba hitam menemui baginda s.a.w. dan ketika perang malaikat berbentukmenyerupai manusia berpakaian putih berkuda menolong para sahabat berperang menentang gol. 

Wednesday, October 2, 2013

Gelombang Pembawa Bencana- Yakjuj Makjuj



 Sesungguhnya kesemua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap sempurna. Salah satu dari tanda-tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj sehingga kini masih menjadi misteri bagi sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah Islam dan sebahagian ulama sendiri mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini. Merujuk kepada hadis riwayat Imam Muslim ini;

10 Tanda Besar Qiamat

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: 
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya:
“ 1. Dhukan
(Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)

2. Al Massih Al Dajjal
(Fitnah Akhir Zaman: Rujuk Surah ke-18, al Kahf ayat 1-110 sebagai pelindung & pedoman untuk umat Islam menilai segala sesuatu dengan 'mata hati' bukan mata luaran)

3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)

4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari Barat Ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dgn Modern Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan menjadi ikutan seluruh manusia)

5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan di Damascus, Syria terletaknya Masjid Umayyad : Menara Timur turunnya Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum jemaah al Mahdi menunaikan solat subuh)

6. Yakjuj dan Makjuj
(Tamandun manusia di Caucasus)

7. Gempa bumi, sekali di Timur;
8. Sekali di Barat dan;
9. Ketiga di Semenanjung Arab

10. Api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(bunga-bunga pergolakkan di Yamen)

(Hadis Riwayat Muslim)

Namum bagi saya setiap persoalan ada jawapan kerana bagi umat Islam yang mempercayai Rukun Iman yang ke-3 (Percaya kepada Kitab-kitabNya) dan Rukun Iman yang ke-4 (Percaya kepada Rasul-rasulNya) ini adalah petunjuk segala persoalan yang wujud dalam kehidupan dunia dan akhirat.

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ  

Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri 
(Surah Al Nahl : 89)

Yakjuj & Makjuj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak dengan pantas. Selain itu perkataan “Makjuj” juga dapat dilihat dalam persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”. Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.

Yakjuj dan Makjuj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.

Dari Samurah bin Jundub r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Para ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia, dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Yakjuj Makjuj.

Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."

Lalu Adam berkata,
"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"

Lalu Allah SWT menjawab,
"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"

maka pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,  padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah SWT itu sangat keras".
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.

Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Dan demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Yakjuj dan Makjuj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak seorang pun dari mereka yang mati  kecuali ia telah meninggalkan jumlah keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).

Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."

Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah yahudi: Kronikal 1-5
Yakjuj datang dari keturunan Ruben, manakala Makjuj datang daripada keturunan Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Yakjuj dikenali sebagai “Melekh Eretz Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Makjuj. Manakala Makjuj dalam bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.

Gog di dalam Injil ialah sama dengan Yakjuj yang dinyatakan di dalam al-Quran dan selain itu Yakjuj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.


                                                                    Adakah Yakjuj & Makjuj Manusia?

Petunjuk yang paling penting dalam mengenali Yakjuj dan Makjuj adalah mengikut kepada al-Quran (Surah al Kahf:83-98 dan Surah al Anbiya:95-96) dan juga koleksi hadis-hadis Rasulullah SAW. Mereka  ini adalah golongan manusia yang sangat kuat dan sentiasa melakukan penindasan dan kerosakkan berdasarkan kepada Surah al-Kahf yang menceritakan perjalanan Dzulkarnain yang bertemu dengan satu golongan atau tamadun manusia yang sentiasa melakukan “fasad” atau kerosakkan ke atas manusia.

Dikukuhkan lagi bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah golongan manusia kerana Dzulkarnain adalah merupakan seorang manusia jadi tembok yang dibina adalah untuk manusia. Menurut Islam, Yakjuj dan Makjuj begitu berkuasa dan hanya Allah SWT sahaja yang boleh memusnahkan mereka. Yakjuj dan Makjuj bukanlah raksasa atau makhluk yang hidup dalam alam ghaib atau hidup terpenjara dalam tanah yang sentiasa menggorek untuk keluar ke bumi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hanya terdapat tiga makhluk terpenting atas muka bumi ciptaan Allah SWT iaitu manusia, malaikat dan jin (syaitan bagi yang kafir).

Persoalannya adalah Yahudi telah kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) apabila tentera British diketuai Jenderal Edmund Allenby menawan kota ini pada 11 Disember 1917 dan mengistiharkan Perang Salib telah tamat, merujuk kepada Surah al Anbiya dan hadis ini:



وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali (kepada Kami). 
(Surah Al Anbiyaa' : 95)


حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ
Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. 
(Surah Al Anbiyaa' : 96)

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari qiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Namun adakah anda melihat mana-mana raksasa Yakjuj dan Makjuj berkeliaran dengan banyak? Sudah tentu tidak kerana Yakjuj dan Makjuj adalah manusia. Allah SWT memberikan petunjuk mengenali Yakjuj dan Makjuj ini yang dijelaskan di dalam al-Quran, Surah al-Kahf:


وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْراً 

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya". 

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَباً 

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.


فَأَتْبَعَ سَبَباً 

maka dia pun (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْماً قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْناً 

Hingga apabila dia telah sampai ke suatu tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam (sebelah Barat) di dalam laut yang berlumpur hitam (Black Sea), dan dia mendapati di situ segolongan umat (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Dzulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".


قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَى رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَاباً نُّكْراً 

Berkata Dzulkarnain:"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.


وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُ جَزَاء الْحُسْنَى وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْراً 

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 

Kemudian dia (Dzulkarnain) berpatah balik menurut jalan yang lain.


حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَى قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْراً 

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,

كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْراً 

demikianlah. dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.


ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَباً 

Kemudian dia (Dzulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).


حَتَّى إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْماً لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلاً 

Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti perkataan mereka.


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً 

Mereka berkata: "Hai Dzulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"


قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً 

Dzulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik (dari bayaran kamu), maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,


آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً 

 berilah aku potongan-potongan besi". Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu".


فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً 

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي فَإِذَا جَاء وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاء وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً 

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". 
(Surah Al Kahf : 83- 98)

Lokasi Dzulkarnain "..apabila dia sampai di antara dua gunung..", bukti gambar menunjukkan terdapat dua pergunungan yang bersempadan antara Russia, Georgia & Azerbaijan

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahf:92-98, fakta relevan mengenali Yakjuj & Makjuj ialah:

a. Negeri YaKjuj & MaKjuj = Khazaria & Russia (Magog=Anglo: Pakatan American & Israeli and Gog=Pakatan Russia)
b. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
c. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
d. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
e. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates

Yakjuj & Makjuj adalah puak Khazar, iaitu 98% bangsa Yahudi kita ketahui hari ini. Yahudi Khazar adalah palsu, dan 12 kaum Yahudi sebenar berkulit gelap 

1. Reuben 
2. Simeon 
3. Levi 
4. Judah 
5. Issachar 
6. Zebulun 
7. Dan 
8. Naphtali 
9. Gad 
10. Asher 
11. Joseph 
12. Benjamin,

jauh berbeza dari rupa Yahudi kita kenali hari ini. Patung atau lukisan dinding Piramid atau Mesir menunjukkan Firaun adalah negro, orang Yahudi berkulit gelap dan Yahudi lah merupakan pembina piramid-piramid Firaun bersama hamba-hamba Mesir. Mereka bersama Nabi Musa a.s. menyeberangi Laut Merah. Oleh itu bagaimana pula mereka yang berwajah German atau Rusia atau Eropah dan boleh mengaku mereka Yahudi? Dari kaum ke-13? Inilah penipuan kaum Yakjuj & Makjuj.


Kaitan Yakjuj & Makjuj dengan Laut Galilee atau Tasik Tiberias atau Kinneret

Allah SWT (akan) berfirman kepada Nabi Isa a.s.:

"Aku telah jadikan di antara hamba-hamba Ku segolongan manusia (yakjuj & makjuj) yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur, Kemudian Allah SWT akan menghantar Yakjuj & Makjuj yang akan turun dari segenap cerun, yang pertama daripada mereka akan melewati tasik Tiberias (laut Galilee atau Kinneret) dan meminum airnya (menggunakan untuk hidup). Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dan berkata: "Dahulu pernah ada air disini". Nabi Isa a.s dan para sahabatnya kemudian akan terkepung disini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang teramat sangat) sehingga kepala seoekor lembu lebih bernilai dari 100 dinar. Nabi Isa a.s. dan para sahabat kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah SWt menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka akan mati keesokkan paginya. Nabi Isa a.s. dan para sahabat akan turunke bumi dan mendapati bumi dipehuni oleh bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabat berdoa kepada Allah SWT dan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengankat bangkai-bangkai tersebut dan membuangnya ke tempat dipilih Allah SWT.."
(Hadis Riwayat Muslim)


Yakjuj & Makjuj Adalah MANUSIA Kerana :

1. TEMBOK BUATAN MANUSIA HANYA UNTUK MANUSIA

“…tembok di antara kami dengan mereka…”; al-Kahf:97
Mereka yang meminta pertolongan adalah manusia, dan bagi memisahkan antara manusia dengan manusia (kaum Yakjuj & Makjuj). Oleh itu sekiranya mereka jin, kenapa perlu ada tembok atau perlu memanjat dan menebuk tembok? Bukankah mereka boleh terus berjalan menembusi tembok yang diperbuat oleh manusia? Ini kerana jin dan malaikat tidak dapat dihalang kerana dapat menembusi tembok dibuat manusia.


2. PERBUATAN MELAKUKAN KEROSAKAN ATAU “FASAD” KE ATAS MANUSIA

“…sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…”; al-Kahf:94“…Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi…”; al-Maa’idah:33

Kerosakan atau “fasad” ialah perbuatan sesama manusia, dan surah al-Kahf menyatakan kerosakan dilakukan kepada manusia. Manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan dan boleh dipertanggung-jawabkan ke atas fasad dilakukan. Jin mempunyai kebebasan membuat pilihan tetapi makhluk ghaib tidak dapat dikenalpasti sebagai makhluk melakukan fasad.


3. YAKJUJ DAN MAKJUJ DARIPADA KETURUNAN MANUSIA

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Allah SWT berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah SWT menjawab, “Dari setiap 1000 terdapat 999.”… Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah SAW menjawab. “999 Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Yakjuj dan Makjuj daripada keturunan manusia, iaitu daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh bernama Yafis dan berhijrah ke utara, iaitu ke Eropah dan Selatan Rusia selepas banjir kering. Keturunan Sam berlegar di sekitar bumi Kanaan lalu membentuk bangsa Arab dan sekitarnya. Keturunan Ham pula berhijrah ke Afrika lalu membentuk bangsa Afrika.

Oleh itu sekiranya seseorang itu berketurunan nabi, beliau semestinya manusia dan malahan boleh dianggap berketurunan mulia dan baik-baik. Oleh itu, tidak munasbah menyatakan Yakjuj dan Makjuj makhluk ghaib (jin?) atau raksasa tetapi berketurunan nabi-nabi.


4. YAKJUJ DAN MAKJUJ DIMASUKKAN KE DALAM NERAKA

“…telah tetap hukuman seksa dariKu: “Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia…”; as-Sajdah:13

Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk boleh dihisab untuk ke neraka atau syurga. Namun mereka dimasukkan ke dalam neraka. Hanya terdapat dua penghuni neraka, iaitu jin dan manusia. Yakjuj dan Makjuj berketurunan Nabi Adam a.s. dan oleh itu mereka bukan jin mahupun raksasa. Ini membuktikan mereka manusia seperti kita.

Selain itu, setiap tahun pada Sabtu kedua pada bulan November, 'mereka' berarak perayaan melalui beberapa jalan penting di Landon dan Vatican dengan slogan "Yakjuj dan Makjuj adalah Pelindung ".
Terbukanya Dinding atau Tembok Yakjuj dan Makjuj

Tembok menyekat kaum Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi iaitu sesetengah Bani Israel & kaum lain yang beragama Yahudi kembali ke Baitulmaqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Baitulmaqdis:

“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; (21:95-96)

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Baitulmaqdis,“Yakjuj & Makjuj” adalah Yahudi (Khazar & Eropah Barat), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj & Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka telah berkuasa atas setiap manusia (The World Order of Gog & Magog). Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 dengan diiktiraf kuasa-kuasa dunia terutama Eropah dan USA dan mana-mana negara yang menentang atau memberi ancaman kepada Israel akan menerima sekatan pelbagai bentuk dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Baitulmaqdis? Sedangkan Allah SWT melarang mereka pulang & menuntut kembali hak tersebut sekiranya berlaku kezaliman? Sepertimana kita ketahui Yahudi telah melakukan dua kali kemungkaran di Tanah Suci ini dan dihalau oleh Allah SWT melalui serangan kerajaan Babylon dan Byzentine dan sekarang adalah kemungkaran yang ketiga dan yang terakhir..dan akan dihalau oleh tentera panji hitam (al Mahdi, Isa Ibnu Maryam dan para tenteranya)

Antara ayat al Quran berkaitan dua kali kermukaan Yahudi di Tanah Suci:


وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً 

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". 
(Surah Al Israa' : 4)


لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 
(Surah Al Maidah : 78)

Syarat ditetapkan & balasan yang akan dikenakan & sepertimana yang kita ketahui sekarang Yahudi di Palestin kembali dengan kemugkaran.


عَسَى رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً 

Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu; dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. 
(Surah Al Israa' : 8)


Ini jelas menunjukkan Yahudi amat berkuasa dan berbangga diri dengan apa yang telah mereka lakukan dan bermaksud tembok telah terbuka dan Yakjuj & Makjuj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar & puak Eropah Barat, iaitu Pakatan Yahudi dan Kristian Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahf sebagai kaum Yakjuj & Makjuj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.


Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah SWT di bawah:

“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahf:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah SWT memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Hadis riwayat Zainab binti Jahsy ra, Bahawa Rasulullah SAW bangun dari tidurnya dan bersabda: 
Laa ilaaha illallaah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan berlaku, iaitu hari ini dinding (tembok) Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). 

Zainab binti Jahsy bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang soleh?

Baginda menjawab: 
Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

Hadis daripada Abu Hurairah ra, Baginda SAW bersabda: 
"Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari).
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahf yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Yakjuj & Makjuj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah. Meraka yang masih berpegang Yakjuj & Makjuj akan dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Yakjuj & Makjuj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

1. Bagaimana dengan penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Baitulmaqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (21:95-96)?

2. Rasulullah SAW menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahf:97).

3. Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan al Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.
terdapat banyak pendapat dari pelbagai pihak tentang Yakjuj & Makjuj belum keluar, tetapi tiada satu pun kenyataan rasmi dan penjelasan bertulis yang mengukuhkan penafian mereka dan memberi jawapan yang tepat tentang keadaan yang berlaku di Tanah Suci Jerusalem, kembalinya Yahudi di situ dan kejatuhan kuasa-kuasa Islam