Monday, November 16, 2020

Antibiotik untuk manusia, apa yang tidak kita fikirkan







Tuhan cipta kehidupan alam & haiwan utk manusia. tetapi Dia cipta manusia & jin utk Dia. apa maksudnya?





fikirkan..


kenapa org2 tua dahulu sukar mendapat penyakit & mereka yg berusia lebih sihat. apa sebabnya?







buktinya..


ubat-ubatan hospital yg dihasilkan merupakan bahan campuran dari bahan kimia.. bahan kimia ini sebenarnya sifatnya membunuh.


tetapi tumbuh-tumbuhan ini bersifat memperbaiki. sbb itu Tuhan bg kita fikir. kenapa pokok yg kita tebang masih tetap akan keluar tunasnya? kerana ia bersifat menghidupkan. selagi bertapak diatas tanah. ia tetap akan hidup.






SOALNYA. mengapa dengan tanah ?


point 1.


tumbuhan tumbuh apabila ia bertemu dengan tanah.


jadi kenapa tuhan kata Manusia dicipta dari tanah ?


apa kaitannya pula dengan Tanah , Air, Api & Angin ?


Bermula dari tanah. bercampur dgn air, terbakar dengan api kemudiannya dibawa oleh angin .. .


kenapa didalam buah mempunyai biji? dan bagaimana dari biji boleh menjadi pohon ? asalkan bertemu tanah. ia akan tumbuh..


hebatnya manusia ni tuan2.





----------------------

ini mungkin memerlukan huraian yg agak panjang yg sukar sy terjemahkan secara umum disini memandangkan cara fikiran kita tdk sama.

-------------------------------

Ar Rahman ayat 10


"Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:"


secara ringkasnya ada kemungkinan segala penyakit yg ada dlm badan manusia ini mampu dipulihkan dengan tumbuh-tumbuhan disekitar kita.. Ini telah terbukti. dgn petua org2 dahulu yg bnyk mengamalkan perubatan tradisional menggunakan herba2 tumbuhan , pokok2. malangnya generasi yg hidup dikelilingi oleh pokok2 & tumbuhan yg banyak ini bukan bnyk yang menjadi saintis. kebanyakkannya saintis tumbuh dinegara2 besar yang sudah tdk banyak tumbuh-tumbuhan hidup disekitar mereka.


lalu mereka mencari satu kaedah menggunakan bahan kimia utk merawat sesebuah penyakit yang kita kenali sebagai penghasilan vaksin..


Kenapa lembu makan rumput dan dia makin membesar. lalu kita sendiri boleh memakan dagingnya ??

Rahsia badan diri disebalik Piramid - part 1.

 


 


Pecahkan code rahsia dalam badan diri. 


Pecahkan Code rahsia yang tersembunyi .

berfikir dalam berfikir. 

Kita hari ini tidak diajar untuk berfikir. kita hanya diajar sesuatu pelajaran itu dengan meletakkan titik noktah. titik-titik yang bersambung akhirnya boleh menemui jalan yang lurus. 

dalam ilmu pengetahuan tidak ada titik . buang titik tersebut kamu akan temui jalannya. 




kenapa Nazi bell yang dicipta pihak German boleh mengapungkan besi atas udara atau kita kenali sebagai "UFO" . Teknologi ini telah lama ada yang dikenali sebagai "VIMANA" 











Kajian, Pyramid memberi tenaga.




badaan manusiaa sebenarnya mempunyi tenagaa.. tenaga -ve yang boleh kita buang dan menyerap kembaali tenagaa +ve. salah satunya dlm bentuk bertafaakur... apabila seseorang bertafakur.. bdn diri diaa sndiri sudah membentuk piramid. semua ini boleh dikawal melalui minda. hebaat minda manusia boleh menyeraap tenaaga2 ini.




sejauh mana fikiran & emosi menguasai seseorang.. itulahh taraf kedudukan tahap beerfikirnya.. semua badan diri berumpu pada minda.. bermain2 dgn aalam perasaan.




kenapa selepas hbis solat kita dpt merasakan satu tenaga? pernahkah anda semua terfikir ? kerana kita berada diparas yang baik. pemikiran menguasai manusia...











Wednesday, September 9, 2020

Makam Marakarma dan kedudukannya.

 

 Apakah kaitan batu nisan Aceh dengan Malaysia?

Hubungan diantara Aceh dan beberapa negeri di Malaysia telah wujud beratus-ratus tahun dulu. Sebelum adanya sempadan negara yang terhasil dari penjajahan barat, seluruh penduduk Nusantara ini saling berkait samada melalui peperangan mahupun perkahwinan. Beberapa kerajaan kuno saling kuasa menguasai rantau ini. Empayar terbina, ketamadunan pun wujud.

Tapi kewujudan empayar dan tamadun ini ada yang hampir tidak dapat dibuktikan kewujudannya melalui bukti arkeologi seperti bangunan dan artifak. Contohnya seperti di Malaysia sendiri, Kerajaan Gangga Negara, Beruas, Merong Mahawangsa maupun Langkasuka hampir tiada tinggalan arkeologi untuk menyokong kehadiran mahupun kehebatannya.

Antara penemuan arkeologi yang masih ada dan boleh dikaji kebiasaannya adalah sisa binaan batuan seperti candi (zaman hindu) dan batu nisan (zaman kebangkitan Islam).

Aceh adalah dimana Kerajaan Islam mula berkembang. Kerajaan-kerajaan ini telah meninggalkan bukti arkeologi dengan tinggalan perkuburan kuno. Terdapat 3 kerajaan kuno iaitu Kerajaan Lamuri atau Perlak (masih dlm pertikaian) yang wujud sekitar abad ke 13 hingga 16. Saya berpendapat ianya lebih awal lagi iaitu sekitar awal abad ke 11. Sementara itu sebuah lagi kerajaan terbina iaitu Samudera Pasai sekitar tahun 1267 masehi. Kerajaan ini berkembang pesat dan akhirnya menguasai Kerajaan Lamuri. Ia wujud sehingga tahun 1521 dan akhirnya diganti dengan kerajaan Aceh Darussalam yang berkuasa dari tahun 1514 masehi hingga 1873 masehi. Peperangan dengan Belanda dari 1874 hingga 1942, penaklukan Jepun 1942 – 1945 telah memusnahkan kerajaan kuno yang telah wujud beratus tahun.

Semasa Aceh Darussalam berada dikemuncaknya, ia diperintah oleh seorang sultan yang bijaksana iaitu Sultan Iskandar Muda (1593- 1636). Pada tahun 1617, Aceh telah menyerang Pahang kerana Pahang telah menandatangani perjanjian dengan Portugis. Semasa peperangan, tentera Aceh telah menculik putera Sultan Pahang pada ketika itu iatu Raja Hussein. Beliau telah dibawa ke Aceh dan Sultan Iskandar Muda telah berkenan untuk menikahkannya dengan puteri beliau yand bernama Tajul Alam Safiatuddin. Sebelum kemangkatan Sultan Iskandar Muda, beliau telah mewasiatkan takhtanya kepada Raja Hussein. Beliau telah ditabalkan dengan nama Sultan Iskandar Thani Alaudin Mughayat Syah pada tahun 1636.

Pernah satu ketika dulu Sultan di Aceh dan Sultan di Perak diperintah oleh adik beradik dari bapa yang sama. Semasa Perang Aceh -Perak pada tahun 1573, Sultan Mansur Syah 1 serta puteranya Raja Alauddin telah diculik dan dibawa lari ke Aceh. Kemudiannya Raja Alauddin telah diangkat menjadi Sultan Aceh ke 8 (1579 – 1586) dengan gelaran Sultan Alauddin Mansur Syah. Sementara itu di Perak, adik beliau Raja Ahmad Tajuddin ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 3 (1577 – 1584). Ini membuktikan bahawa Aceh dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia saling berkaitan bahkan mempunyai pertalian darah. Kerana itulah batu nisan Aceh turut ada di beberapa buah negeri di Malaysia seperti Perak, Melaka, Johor, Kedah, Perlis dan Terengganu.

Pembuatan nisan aceh terhenti ketika bermulanya peperangan dengan Belanda, kemudiannya penaklukan Jepun dan penentangan terhadap Republik Indonesia.

Adat pemakaman

Mengikut saudara Ambo Asse Ajis dari Ikatan Ahli Arkeologi Indonesia (IAAI), melalui adat pemakaman masyarakat kuno, kita mampu menilai sosiologi, ekonomi dan peradaban ketika itu. Ini adalah keana mengikut adat pemakaman di Aceh ketika itu ada terdapat 8 faktor iaitu yang pertama, setiap pemakaman biasanya adalah sekeluarga. Keduanya batu nisan seorang tokoh akan diukir dengan nama dan ukiran yang indah. Ketiga, kawasan perkuburan biasanya terletak di tempat yang tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Keempat, orientasi kubur adalah secara berderet timur – barat. Kelima, beberapa generasi akan ditanam ditempat yang sama. Keenam, tinggalan ceramic, china stone dan lain perhiasan (kebiasaanya ini menjadi buruan) mampu menunjukkan status ekonomi setempat. Ketujuh, perkuburan terletak berdekatan dengan laluan utama ketika itu seperti sungai dan kelapan, sekiranya terdapat lebih dari satu kawasan perkuburan, ini bermakna pernah wujudnya penempatan yang besar di kawasan tersebut.

Kaligrafi

Apabila bercakap tentang batu nisan Aceh, ianya tidak dapat lari dari seni kaligrafi khat. Semakin rumit dan semakin panjang kaligrafinya menunjukkan semakin penting kedudukan sosial seseorang itu. Ini kerana kerja memahat dan mengukir dilakukan oleh mereka yang pakar.
Menurut Herwandi yang menulis tentang kaligrafi Islam pada makam-makam, hanya mereka yang berkedudukan sahaja mempunyai nama pada batu nesan mereka seperti Sultan beserta keluarga bangsawannya, pegawai kerajaan tertinggi seperti Laksamana serta keluarga, bentara serta keluarga dan teungku (gelaran kepada ulama), habib dan syuhada.

Jenis-jenis khat yang biasa digunakan adalah dari jenis Naskhi, Thuluth, Kufi, Figural dan Samar. Naskhi dan Kufi adalah yang paling banyak digunakan di Aceh. Manakala khat jenis Kufi paling banyak terdapat pada batu nesan Aceh di Perak. Kaligrafi selain daripada mengandungi nama simati, kebiasannya terdapat puisi sufi dan potongan-potongan ayat Al-Quran. Yang paling lazim adalah ucapan syahadah seperti Laillahaillalah dan Allah yang diukir secara berulang-ulang.

Seni kaligrafi pada nisan Aceh dipercayai sebagai sebuah media dakwah, seni, hiasan, memberi rasa hormat, identiti diri dan status sosial simati.

Jenis-jenis (tipologi) Batu Nisan Aceh

Secara dasarnya ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu pipih, blok dan bulat panjang (silinder). Ianya juga boleh dikelaskan mengikut zaman kesultanan iaitu Ali Mughayat Syah (kurun ke16). Jamalul Awal Badrul Munir (kurun ke 17 – 18) yg mempunyai pengaruh Bugis dan Mansur Syah (kurun ke 19).

Melalui pembacaan lain, terdapat lagi satu jenis nisan yang dipercayai dari zaman Kesultanan Perlak yang disebut Plakpling berbentuk seperti tiang atau menhir. Ianya mempunyai pengaruh hindu.

Saiz nisan dipercayai dipengaruhi oleh faktor kedudukan sosial dan umur si mati. Kanak-kanak kebiasaannya mempunyai size paling kecil.

Jantina simati tidak dapat dikenalpasti dengan hanya melihat pada bentuk nisannya. Menurut beberapa pengkaji barat sebelum ini, nisan pipih berbahu mempunyai bentuk seperti subang adalah milik seorang wanita. Tetapi apabila dilihat pada bentuk nisan Aceh diseluruh nusantara, terdapat beberapa nisan berbentuk begitu diletakkan di atas kubur-kubur tokoh berlainan jantina seperti nisan Sultan Muzaffar Syah yang berbentuk subang manakala nisan berbentuk 4 segi diletakkan di atas kubur Tok Temong.

Tipologi yang lebih intensif telah berjaya dilakukan oleh Dr Othman Yatim. Thesisnya tentang batu nisan Aceh di Malaysia yang bertajuk Batu Aceh : A study of 15th – 19th Century Islamic Gravestone in Peninsular Malaysia telah menjadi rujukan utama seluruh pengkaji batu nisan Aceh. Manakala buku yang terhasil dari thesis ini Batu Aceh : Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia telah terjual sebanyak 7.8 juta naskah. Arkeologist dari Aceh dan Indonesia amnya banyak menggunakan buku beliau sebagai bahan rujukan.
Othman Yatim telah membahagikan batu nisan ini kepada 14 jenis (type) iaitu A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N. Ianya dikenali sebagai Othman Type. Menurut Othman, Type A adalah digunakan sekitar tahun 1400. Type B – G sekitar 1500. Type H 1600. Type I – N adalah sekitar 1700 – 1800.

Batu nisan Aceh di Malaysia majoritinya tiada nama dan hanya mengandungi kalimah syahadah dan Allah. Mengapa? Semua pakar arkeologi bersetuju bahawa batu nisan Aceh yang terdapat di Malaysia adalah diimport dari Aceh. Batu nisan yang diperbuat dari sandstone dan diukir pula oleh tukang yang mahir, sudah tentulah berharga agak tinggi dan ditambah pula perlu diimport. Pada pendapat saya hanya mereka yang berstatus sosial tinggi dan kaya mampu menaikkan batu nisan ini diperkuburan mereka.

Kenapa hanya Sultan yang ada nama? Kerana ianya ditempah khas bersesuaian dengan kedudukannya. Manakala bagi golongan lain yang mampu mereka hanya mengimport batu nisan yang telah siap. Kerana itulah ragam hias dan kaligrafinya adalah seragam. Kaligrafi Kufi adalah paling senang untuk dipahat kerana bentuknya yg bersegi dan lurus. Ianya merupakan satu komoditi. Rakyat biasa seperti kita? Batu sungai tak bertanda sudah cukup baik.

Batu Nisan Aceh di Perak

Kali ini saya hanya menulis sedikit tentang batu nisan aceh di Perak seperti yang ditulis oleh Dr Othman Yatim terutamanya yang telah saya lawati sendiri.

Menurut Othman, terdapat 23 pasang batu nisan Aceh yang terdiri dari Type C (8), Type D (3), Type E (4), Type F (1), Type H (1), Type K (1), Type M (1), Type N (1). Untuk mengetahui lebih lanjut lokasi tapak batu nisan ini bolehlah rujuk pada thesis/buku beliau.

Saya hanya menumpukan penceritaan pada tapak-tapak yang saya sendiri telah lihat dan lawati. Ada yang terdapat di dalam penulisan Othman dan ada juga yang tidak. Yang tiada di dalam penulisan beliau adalah makam/kubur yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan.

Makam Laksamana Aceh di Kampung Pulau, Lambor Kiri, Perak

Pada 13 June 2020, saya berkesempatan bersama peminat sejarah yang terdiri daripada orang perseorangan dan NGO seperti OrangPerak.com menjejak semula makam Laksamana Aceh yang tidak bernama ini. Merujuk kepada gambar asal yang diambil oleh Othman sekitar tahun 80an, nisan ini telah pun dalam keadaan rosak. Nisan Panglima dan anak lelakinya yang berbentuk serupa tetapi berlainan saiz telah patah akibat ditimpa dahan pokok durian. Semasa lawatan itu beliau telah melakar kedudukan nisan tersebut. Menurut beliau terdapat 4 pasang nisan yang terdiri daripada 2 jenis iaitu Type H – 2 pasang, kepunyaan Laksaman dan anak lelakinya. Jenis yang kedua adalah Type C – 2 pasang, iaitu isteri dan anak perempuan beliau.

Tetapi malangnya nisan keempat iaitu nisan anak perempuannya telah hilang semasa lawatan kami. Tidak diketahui apa yang terjadi kepada nisan beliau. Kami telah membersihkan kawasan pemakaman tersebut dan cuba memperbaiki kedudukan nisan Laksamana Aceh tersebut. Nisan ini dipercayai berusia lebih dari 400 tahun. Ianya dikatakan milik seorang Laksamana Aceh yang mati ketika peperangan Aceh -Perak pada tahun 1619 akibat penolakan peminangan dari Sultan Iskandar Muda terhadap puteri jelita Sultan Mukaddam Syah. Yang menjadi tanda tanya, apakah menjadi kebiasaan seorang berpangkat tinggi membawa ahli keluarganya semasa berperang?

Kawasan makam ini terletak di atas tanah milik keluarga Malik bin Dolek yang kini dijaga oleh cucu beliau iaitu saudara Afieq Abdullah. Ketika melawat makam ini, secara kebetulan beliau yang menetap di Ampang telah datang melihat-lihat rumah milik datuknya itu. Semasa meletakkan motorsikal dihalaman rumah itu, beliau pun sampai. Saya menegurnya dan meminta izin meletakkan motor kami di situ. Dia dengan senang hati mengizinkan dan setelah tahu niat kami ke situ, dia telah menjamu kami dengan durian yang baru beliau kutip dan turut sama berkongsi cerita tentang Laksamana dan bergotong-royong mengemas semula makam itu.

Menurut cerita lisan dari orang tuanya, Laksamana tidak bernama ini telah mati kerana berbaring di atas daun Jelatang Gajah yang beracun. Ini amat berbeza dengan cerita yang dicatatkan oleh Othman dan rakan pengkaji lain. Atau apakah semasa berperang Laksamana ini telah tercedera dan kemudiannya diletakkan diatas daun tersebut dan mengakibatkan kematian beliau? Allahua’lam.

Sebuah portal bebas OrangPerak juga telah membuat liputan tentang kunjungan ini. Sila klik pautan tersebut untuk membaca lebih lanjut. Makam Laksamana Aceh di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Selain itu saudara Nazrin Suhaimi juga telah menulis tentang lawatan ini. Sila klik pautan ini

Makam Tok Segor Aceh di Kampung Pasir Sena, Lambor Kanan, Perak

Pada hari yang sama, 13 Jun 2020, saya bersama rakan yang lain termasuk waris Tok Segor iaitu saudara Nazrin Suhaimi telah melawat kubur beliau. Batu nisan ini adalah dari Type G. Dalam thesis asal Othman beliau mungkin telah tersalah tulis sebagai Type C tetapi di dalam buku ianya telah diperbetulkan sebagai Type G.

Mengikut perhatian saya terdapat dua pasang lagi nisan yang menurut hemat saya dari Type C tetapi langsung tidak disebut oleh Othman. Apakah ianya diletakkan selepas kajian beliau?

Saya pun menghubungi saudara Nazrin untuk mendapatkan kepastian. Menurut beliau batu nisan ke2 dan ke3 itu adalah milik isteri dan anak perempuan Tok Segor dan telah ada sekian lamanya di situ. Semasa lawatan Othman sekitar lewat tahun 1970an, batu itu sudah ada. Tidak diketahui mengapa Othman tidak merekodkannya.

Makam Raja Beruas di Kampung Kota, Beruas, Perak

Pada 26 Mac 2014, saya dan suami (Wak Rahim) pernah berbasikal dari Sabak Bernam ke Beruas kononnya mahu melihat sendiri tempat yang pernah berdirinya sebuah kerajaan purba iaitu Gangga Negara dan Beruas.

Pada ketika itulah saya mula mengenali tentang wujudnya batu nisan Aceh di Kampung Kota, Beruas. Pertemuan kami dengan seorang lelaki bernama Pak Ariffin telah memberi peluang pada kami untuk melihat sendiri perkuburan ini yang terletak agak tersorok dari jalan utama. Saya telah mengambil beberapa gambar nisan yang kedudukannya agak berselerak. Keadaan makam juga tidak ditumbuhi semak samun dan terjaga atas usaha Pak Ariffin.

Selepas itu saya melupakan terus tentang nisan Aceh dan lebih berminat dengan batu nisan jenis Menhir (megalith) yang banyak bertaburan di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.

Apabila timbul minat tentang nisan Aceh, saya telah membuat lawatan ulangan pada 14 Jun 2020. Menurut Othman Yatim, terdapat 7 pasang nisan Aceh yang terdiri daripada 3 pasang Type B, 1 pasang Type D, 2 pasang Type E dan 1 pasang Type F.

Kali ini makam telah berpagar cantik tapi malangnya telah ditutupi oleh tumbuhan semalu yang besar. Semasa saya membuka kain kuning dikepala nisan terbesar di situ, saya telah dihurung oleh lebah kelulut berkaki kuning yang bersarang disebalik kain tersebut. Nasib baiklah cuma kelulut, tak dapat bayangkan kalau lebah atau tebuan. Dengan menggunakan kayu dan sarung tangan, kami berusaha untuk menerangkan sedikit makam Raja Beruas. 3 lagi tapak tidak mampu kami bersihkan.

Menurut cerita lisan dari penduduk sekitar Beruas, “footstone” nisan Raja Beruas telah diambil oleh pihak British dan cuba dibawa keluar. Namun kapal gagal belayar kerana mendak dan akhirnya ianya dipulangkan semula dan kini diletakkan di Muzium Taiping. Saya merasa agak musykil bila mendapati kebanyakkan “footsone” yang hilang. Apakah ada sebab disebaliknya?

Semasa sedang membersihkan makam, kami telah disapa oleh seorang lelaki tua yang mengenalkan dirinya sebagai Pak Jan. Dari beliau kami telah diberitahu tentang wujudnya makam lain. Kedudukan makam tidak jauh. Othman tidak menyebut langsung tentang makam ini. Mungkin pada ketika itu masih belum ditemui. Menurut beliau ianya makam milik 2 adik beradik, lelaki dan perempuan sezaman dengan kerajaan Antah Berantah. Nama si abang adalah Marakarma. Akan saya ceritakan selanjutnya di bawah.

Makam Marakarma (Makam Adik Beradik), Kampung Kota, Beruas

Ketika mendengar nama Marakarma saya menjadi sangat tertarik untuk mencari lebih banyak informasi tentangnya. Orang tempatan lebih mengenali nama makam ini sebagai Makam Adik Beradik. Terdapat dua buah makam yang dipagar elok. Satu makam mempunyai sepasang nisan Type D dan sepasang Type C. Kedua-duanya dalam keadaan yang agak baik.

Manakala sebuah lagi makam hanya mengandungi 1 kepala nisan (headstone) yang telah patah manakala kaki nisan (footstone) telah hilang dan digantikan dengan batu sungai biasa. Patahan lebih separuh menyebabkan saya gagal untuk mengenal pasti jenisnya. Nampak seolah-olah seperti Type G tetapi bersaiz agak kecil. Kalau kecil ada kemungkinan ianya adalah kubur anak kecil.

Menurut Pak Jan,di belakang makam inilah terletaknya Kota Kerang yang dibina bagi mempertahankan Beruas dari serangan Kerajaan Antah Berantah. Sudah lama saya mencari kedudukan kota tersebut dan akhirnya mendapat petunjuk. Menurut ceritanya, kerajaan Kota Kerang, Kerajaan Antah Berantah berkedudukan selari dengan Pengkalan Baharu di Pantai Remis. Bila saya google kedudukan makam ini ianya memang selari dengan Pengkalan Baharu. Menurut beliau lagi Sultan Perak akan sesekali melawat makam ini sebab itulah makam ini terjaga agak rapi.

Siapa pula Marakarma? Menurut Pak Jan, Marakarma adalah seorang abang yang mati bersama adiknya akibat dari pergaduhan dengan seseorang yang berkehendakkan adiknya itu.

Tetapi pencarian di internet menemukan saya dengan sebuah hikayat yang bertajuk Hikayat Si-Miskin. Ianya ditulis dalam tulisan jawi lama sebanyak sebanyak 128 muka surat. Jenuh juga hendak memahami tulisan jawi lama ini. Didalam script itu ada disebut berulangkali nama Maharaja Marakarma/Marakaram. Rupanya R.O. Winstedt ada menulis tentang hikayat ini yang telah diterjemahkan dari sebuah naskah berbahasa Melayu di Singapura.

Di dalam hikayat ini ada menyebut tentang Antah Berantah, bota dan raksasa yang sangat sinonim dengan cerita rakyat Perak. Menurut hikayat tersebut, satu pasangan telah dibuang dari kayangan ke negeri Antah Berantah yang diperintah oleh Maharaja Indera Dewa. Mereka selalu dihalau dan dipukul sehinggalah suatu hari si isteri mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki yang diberikan nama Marakarma.

Tidak lama kemudian Si-miskin menemui setempayan emas dan menjadi kaya raya. Beliau telah membuka sebuah negeri dimana dia tinggal dan diberi nama Puspa Sari. Si-Miskin menukar namanya menjadi Maharaja Indera Angkasa dan isterinya Ratna Dewi. Tidak lama kemudian si isteri melahirkan pula anak perempuan dan diberi nama Nila Kesuma. Maharaja Indera Dewa merasa cemburu dengan kekayaan si Maharaja Indera Angkasa dan mengupah penilik nasib untuk menipu Maharaja Indera Angkasa bahawa kedua-dua anaknya itu pembawa sial. Maharaja itupun percaya lalu menghalau kedua anaknya tersebut.

Setelah mereka pergi, Puspa Sari teruk terbakar menyebabkan Maharaja Indera Angkasa jatuh miskin semula. Dipendekkan cerita, ketika anak-anaknya dalam perlarian terjadilah bermacam-macam cerita dimana mereka telah terpisah. Si Nila Kesuma terpisah dari Marakarma dan dijumpai oleh seorang Putera raja bernama Mangindra Sari dari negeri Pelinggam Cahaya dan ditukar namanya kepada Puteri Mayang Mengurai. Sebelum terpisah, Marakarma telah mempelajari ilmu kesaktian dari bota, raksaksa, jin, naga dan ular.

Dipendekkan cerita, akhirnya Marakarma bertemu semula dengan adiknya. Beliau berserta isterinya bernama Cahaya Khirani anak kepada Maharaja Malai yang beliau selamatkan dari seekor raksasa, kembali ke Antah Berantah dan Marakarma telah menyerang Maharaja Indera Dewa dan membunuhnya. Akhirnya Marakarma ditabal menjadi Raja Merchu Indra menggantikan Maharaja Malai.

Seni penulisan masyarakat Melayu sememangnya sarat dengan perlambangan, kias dan bayangan melampau. Kerana itulah banyak cerita dianggap sebagai hikayat atau dongeng. Menurut Eddin Khoo anak kepada Prof Khoo, hikayat Melayu perlu dibaca semula untuk dinilaikan cerita sejarah disebaliknya.

Apabila kita enggan merekod sesuatu cerita kerana menganggap ianya dongeng atas sebab kekurangan fakta sejarah, maka ianya akan hilang terus dari peradaban dunia Melayu. Contohnya Makam Raja Beruas dan Makam Adik Beradik ini. Artifak itu wujud, cuma tiada rekod sejarah, mengapa harus kita ketepikannya? Jika kita tak rekod, sampai bila-bila ianya tidak akan ada rekod.

Makam (tiada identiti dan tiada cerita lisan) di Kampung Kota, Beruas, Perak

Rentetan dari makam Adik Beradik, kami menemui sepasang batu nisan dihalaman rumah penduduk.

Menurut tuan rumah, kubur itu telah wujud sekian lama dan tiada siapa pun tahu asal usulnya. Kubur ini terletak sangat hampir dengan Makam Raja Beruas dan berada di belakang tanah perkuburan baru.
Batu nisan tersebut adalah Type C dan sangat mirip ragam hiasnya dengan sebuah nisan di Lombok Timur, Nusa Tenggara.

Saya akan cuba mencari lagi identiti kubur tersebut biarpun ianya hanyalah cerita lisan, dongeng mahupun hikayat.

Penutup

Sebenarnya ada dua lagi site yang berkaitan dengan batu nisan Aceh di Beruas yang kami belum sempat untuk jelajahi. Begitu juga makam-makam lain yang direkodkan oleh Othman Yatim di Perak. Dari masa kesemasa saya akan kemaskini blog ini apabila saya membuat lawatan seterusnya.

Rujukan

  1. Batu Acheh : Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia, Dr. Othman Yatim
  2. Thesis Batu Aceh : A Study of 15th – 19th Century Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia, Othman Yatim
  3. Batee Jirat, Rusdi Sufi
  4. Arkeologi Islam Nusantara, Uka Tjandasasnita
  5. The Formation of the Batu Aceh Tradition in 15th Century Samudera-Pasai, Elizabeth Lambourn
  6. Metaformasa Nisan Aceh dari Masa ke Semasa, Replita Wahyu Oetomo, Balai Arkeologi Sumatera Utara
  7. Kligrafi Islam oada Makam-makam Nangroe Aceh Darussalam : Telaah Sejarah Seni (Abad XIII – XVII M), Herwandi