Tuesday, November 25, 2014

Misteri disebalik 3 wilayah pertemuan laut di sebelahTimur





Ini adalah wilayah sebuah tempat yang terletak diantara pertemuan 3 buah wilayah laut disebelah timur. 
Jika dilihat dari sudut geografinya, wilayah yang terletak diantara pertemuan 3 buah laut itu adalah Semenanjung Tanah Melayu  dan Palembang di Indonesia.

Jika kita kaji, kedua-dua lokasi ini pernah terbentuknya sebuah kerajaan Beraja

Empayar pentadbiran dibawah Srivijaya


Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.





Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Ramalan beliau bersandarkan kepada Hadis Nabi saw yang menyebut mengenai kemunculan  seorang pemuda yang bakal memimpin dunia yang dikenali sebagai Al- Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.

Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda

Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

Kemunculan dari pertemuan 3 buah laut. Dipercayai antara Palembang dan Semenanjung tanah Melayu.

Menurut hasil kajian yang saya lakukan, pandangan saya lebih tertumpu kepada Semenanjung tanah Melayu kerana disitu terdapat beberapa persamaan karekter Pemuda Bani Tamim dengan Melayu serta hubungkaitnya dengan  susur galur dari Bani Israel.

Bukti?


Imam Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa as). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah pakaian orang Patan dan Pashtun. 


Orang Patan dan Pashtun adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s.). Selain kurta, Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s. pakai serban yg mempunyai 2 ekor (mafhum). Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel.Mengikut kitab Yahudi tua (Book of Mormon), sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).