Tuesday, January 22, 2013

Dimana kekuatan Islam yang digeruni Israel?


 

Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil Selesai Menunaikan Solat Subuh di Salah Satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu langsung pergi.
Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya:
“Apa Yang Dia Tadi Lakukan?”
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir Solat Subuh di Masjid..” kata tentera Israel itu
Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya ,
“Kenapa ?”
Tentera Israel pun menjawab:
“Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat) ada tertulis:”
“Jika di seluruh dunia jumlah Orang Islam yang hadir untuk Solat Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur”
“Tetapi ketika tadi saya lihat di Masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk Solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”

Nabi Muhammad saw Terbukti Pelindung Golongan Kristian


 

 Media massa pada hari ini terutamanya yang berpangkalan di Barat, sama ada secara sengaja ataupun disebabkan kedangkalan minda, seringkali menggambarkan agama Islam dalam pelbagai cara yang negatif. Mereka menyogok masyarakat awam dengan pandangan yang salah bahawa gologngan Muslim mesti memerangi komuniti non-Muslim dan Nabi Muhammad (s.a.w) menyebarkan Islam dengan menggunakan pedang.

Hal ini semakin melarat selepas serangan ke atas New York dan Washington pada tahun 2011 yang kini dikenali sebagai ‘9/11’. Tetapi sejarah dunia membuktikan bahawa hubungan komuniti Muslim dan Kristian pada masa lalu cukup dekat dan Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan contoh terbaik sebagai pelindung non-Muslim semasa zaman baginda. 

Hakikat ini disokong oleh seorang sejarawan terkemuka bernama De lacey O’Leary. Dalam bukunya yang berjudul “Islam at The Cross Road”, beliau menyatakan, 

Namun sejarah membuktikan bahawa lagenda Muslim fanatik yang menyebar di seluruh dunia dan memaksakan Islam menggunakan pedang ke atas bangsa-bangsa yang ditawan merupakan satu daripada mitos yang paling tidak masuk akal yang sering diulang-ulang oleh sejarawan.” 

Sekiranya para non-Muslim berani membuka minda dan membaca isi Al-Quran, mereka akan dapati bahawa terdapat banyak ayat Al-Quran yang menentang keganasan. Antaranya termasuklah: 

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah Al-Baqarah, ayat 190) 

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 256) 

Secara dasarnya, Islam tidak mengajar berperang kecuali dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Sekalipun terlibat dalam peperangan, Islam melarang umatnya daripada melampaui batas. 

.. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. (Surah An-Nisaa, ayat 90) 

Nabi Muhammad (s.a.w) juga pernah memberi perlindungan kepada golongan Kristian pada masa lalu. Gambar di bawah ini merupakan sebahagian buktinya: 
Piagam Perlindungan Pada Tahun 628M Yang Membuktikan Bahawa Nabi Muhammad saw Sebagai Pelindung Golongan Kristian
Pada tahun 628M, satu Piagam Perlindungan yang ditulis oleh Ali bin Abu Talib dan ditandatangani sendiri oleh Rasulullah (s.a.w) telah diberikan kepada biara St. Catherine di Bukit Sinai. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:The_Patent_of_Mohammed.jpg
Kandungan catatannya merangkumi semua aspek hak asasi kemanusiaan termasuklah perlindungan untuk golongan Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, kebebasan untuk mereka memilih hakim sendiri, memiliki dan menyimpan harta, pengecualiaan daripada perkhidmatan ketenteraan, dan hak pelindungan semasa perang. Berikut merupakan terjemahan kandungan Piagam tersebut: 
"Ini adalah mesej daripada Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, sama ada jauh ataupun dekat, kita bersama dengan mereka. 

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka. 

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka. 

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka. 

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam. 

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang. 

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka. 

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa. 

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya. 

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Misteri Lelaki Berjubah Putih Angkat Pemuda Syahid Hanya Dengan Sebelah Tangan


 
              Basyar Al-Assad           


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh orang, tiba2 keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya tentera bersenjata. Kelihatan dia mengangkat pemuda yang telah syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.




Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan..tengok video di bawah ni, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam

                                   

                                   

                                   

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat


 


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)

Rujukan:
1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2)  Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.

Sunday, January 13, 2013

YA'JUJ WA MA'JUJ & GOG AND MAGOG - DAJAL


 



Persoalan kita...

Apa kaitan antara TIGA perkataan diatas? Adakah ia sama atau berbeza? Apakah ia sejenis makhluk manusia [?] yang dikatakan memiliki sifat-sifat tertentu sebagaimana kita fahami melalui pelbagai sumber yang telah dijumpai sejak zaman Zulqarnain yang agung itu? Apa kaitannya dengan dunia akhir zaman? Betapa hal ini disebut didalam Al-Quran dan ahaadithul fitan yang mutawatir - justeru mesti ada signifikannya dalam dunia mutakhir kita?

Bahkan, dalam sesetengah hadith disebutkan 'bayangan' atau tasybih / kinayah Dajal dengan rupa paras tertentu, buta sebelah mata [buta mata kiri], dengan pergerakan yang pantas, menawarkan 'syurga dan neraka' kepada manusia, membawa roti, tertulis kalimah "Kaf Fa Ra" pada dahinya dan sebagainya lagi.

Ini terkandung di dalam hadith-hadith fitan yang banyak. Tetapi apakah kita perlu memahami hadith-hadith itu pada zahir sahaja sebagaimana sesetengah kajian sejarahwan keagamaan dan kebudayaan, ataukah kita perlu pentafsiran dengan mengambil kira kepada aspek visiun atau kasyaf / ru'yah Rasulullah dalam hal ini?

Dan pelbagai persoalan lain yang memerlukan pemecahan dan pencerahan yang tuntas....

Jelasnya, perkara ini adalah persoalan hakikat dan sekaligus sebagai sebahagian isyarat atau dalil dunia yang semakin punah dan menuju final.

Baiklah saudara-saudara;

Ya'juj Wa Ma'juj - Gog and Magog dan Dajal pada hakikatnya adalah sama!!!

Menurut keyakinan saya (mungkin juga Anda), ia adalah gambaran Al-Quran atau kasyaf Rasulullah saw tentang bangsa Barat / Eropah dan agama Kristian dari segi sikap, watak, peribadi dan ajaran mereka. Saya tidak akan membincang secara terperinci tentang hal tersebut, tetapi saya serahkan kepada keperihatinan Anda semua.

Jika Anda Muslim; kajilah dengan matahati menerusi wahyu suci Al-Quran dan hadith-hadith shohih yang mutawatir serta kajian-kajian ilmuwan yang muktabar. Jika Anda Kristian (tidak kira sekte apapun); renungkanlah ia melalui kitabmu 'Bible'. Andai Anda jujur, Anda akan temui titik temu pernyataan ini dengan jelas. Silakan.

Perlu saya nyatakan disini sebagai bukti, oleh kerana Ya'juj Wa Ma'juj itu adalah nama suatu bangsa, maka tidak seorang pun akan merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Eropah sendiri telah membina dan memasang replika atau patung Ya'juj Wa Ma'juj [Gog And Magog] di depan Guildhall di London. Atas hikmah inilah pula mengapa Al-Quran hanya menggunakan nama Ya'juj Wa Ma'juj, dan tidak menggunakan nama Dajal yang ertinya pembohong atau penipu. Sebaliknya, kitab-kitab hadith menggunakan kata Dajal, kerana nama Dajal atau Anti-Christ serta ramalan-ramalan yang berhubungan dengannya juga telah disebutkan dalam Kitab-kitab suci samawi yang terdahulu [iaitu Taurat dan Injil - versi asal sebelum penambahan dan pengurangan tangan-tangan Dajal].

Sebagai tambahan maklumat - Dalam hadith yang sangat shohih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi melindungi dari fitnah Dajal. Jadi menurut hadith itu, Al-Quran memberikan isyarat siapakah Dajal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam hadith tersebut:

"Barangsiapa membaca sepuluh ayat awal dan sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnah) Dajal".

Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir itu - sebenarnya yang dimaksudkan adalah keseluruhan Surah Al-Kahfi tersebut yang melukiskan ancamana Nasrani [sebut Kristian] yang beraspek dua; yang satu bersifat keagamaan dan yang lainnya bersifat keduniaan.

Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surah Al-Kahfi, Anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani - yang antara lain mengajarkan dalam keyakinan mereka bahawa Allah memiliki anak lelaki dan mereka ini ahli dalam bidang pembuatan barangan.

Mereka adalah para mission penjaja 3G - God, Gold and Glory -sebagai penjajah dan penjarah tamaddun bangsa lain. Merekalah yang telah keluar dari dua tembok zaman kegelapan dengan istilah 'renaisannce' dan 'mengalir' menjarah dan menyerang negara dan bangsa lain. Lalu mereka 'menggaram dan meragi' sepuas-puasnya bangsa dan agama lain dengan keyakinan Al-Masih Dajal mereka yang menelorkan kepercayaan bahawa Allah beranak [malah dikorban pula demi original sin] dan menyumbat mulut bangsa lain dengan 'roti' sehingga kekenyangan. Akhirnya, majoriti bangsa [terutama Muslim di pelbagai belahan dunia] segan dan malu untuk 'melawan' semula, malah semakin terhutang budi dengan Ya'juj Ma'juj ini. Kita tewas dengan Gog and Magog!

Inilah keyakinan kita sebagai Muslim berkenaan Dajal, Ya'juj Wa Ma'juj atau Gog And Magog!

Namun berlainan pula rupanya kita dengan fahaman dan konsep bangsa mereka sendiri terutamanya Israel Yahudi yang menganggap orang selain mereka sebagai goyim - iaitu binatang ternak bagi mereka.

Sebahagian kepercayaan mereka mengatakan bahawa Magog adalah Muslim, bahkan lebih ditujukan kepada sebuah negara dan bangsa Islam - walaupun bukan ASWJ - iaitu Negara Syiah Iran.

Nah! Kalau begitu, maka secara psikologinya apa juga yang dipropagandakan oleh AS dan kuncu-kuncunya - dengan ditunggangi oleh Israel Yahudi : Zionis, Freemasonry dan lain-lain - adalah perang pra-Armageddon yang akan meletus pada bila-bila masa. Sayangnya ramai yang masih tidak mahu peka dan memahami catatan sejarah ini!!!

Sila baca dan fikirkan entri dalam blog ini - Gog And Magog : Locating Magog [klik disini]

Ada kesempatan kita berkongsi lagi. Semoga sedikit paparan ini menjadikan kita lebih teruja untuk mengetahui sejarah yang berputar di sekeliling kita terutamanya yang menyentuh survival ummat ini sendiri.

Marilah kita jadikan pesan wahyu Allah dan hadith RasulNYA sebagai pegangan kukuh. Gigitlah ia dengan gerahammu - dengan pegangan yang erat dan membuku di dada.

Jangan sampai terjajah dan tewas dengan dakyah Ya'juj Wa Ma'juj serta Dajal. Sesungguhnya, pesan ini telah diwariskan sebagai peringatan besar sejak para nabi yang terdahulu. Kini, kita dalam dunia gejolak Ya'juj Wa Ma'juj. Maka, wariskanlah "Kalimah Toyyibah" kepada seluruh ahli keluarga sebagai secerca bekal menghadapi dunia 'Gog and Magog

Sunday, January 6, 2013

Kalimah Allah untuk mudahkan murtad



 Posting kali ini mungkin agak berkaitan dengan hal isu politik dalam negara,  tidak keberatan jika saya  ingin mengaitkannya. 


Ketika umat Islam di Malaysia leka dengan 'perjuangan' politik hingga mengabaikan tuntutan dakwah, mubaligh-mubaligh Kristian bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti pemurtadan orang-orang Islam. 


Projek mubaligh Kristian di bawah Joshua Project kelolaan kumpulan U.S. Center for World Mission telah dengan teliti memprofailkan masyarakat Malaysia.Penggunaan nama Allah adalah taktik memurtadkan umat Islam. Arbibi Ashoy menulis di Malaysiakini bahawa taktik yang sama yang diguna oleh Gereja Katolik di Indonesia digunakan di Malaysia, berikut:

There is suspicion that the Catholic Church in Malaysia is using the same tactic used by the Dutch Catholic missionaries in Indonesia. Since Islam came to Indonesia at an earlier period and the Indonesians had already embraced Islam, the Dutch missionaries used phrases common in Islam in order to attract Muslims in Indonesia by making them feel familiar and comfortable with Christianity.

These included the use of terms like ‘Allah’, ‘Baitulmal’, ‘rezeki’, ‘al-Masih’, etc.
Tambahnya lagi, niat jahat Gereja Katolik ini dibenci oleh penganut agama lain dan tidak disenangi oleh penganut Kristian sendiri. Baca berikut:
In Malaysia, on the other hand, the British, who are Protestants, did not engage in proselytising and left the Malay sultans to handle issues of religion.

The fact is that proselytising amongst Muslims is banned in Malaysia. Actually, proselytising by Catholics has offended many which is why it is also banned in many Christian Orthodox countries like Greece.

Proselytising by Catholic Christians towards Orthodox Christians became a source of enmity in the past that eventually led to the adoption of the Balamand Declaration.

Perhaps in Malaysia, Christians and Muslims should adopt something like the Balamand Declaration and agree on the use of terminology for each religion.

Mubaligh-mubaligh Kristian mengakui keberkesanan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, berikut:
In December 1981 the government imposed a ban on the sale and distribution of the Alkitab (Bible) and the Perjanjian Baru (New Testament). Both publications of the Christian scriptures in the Indonesian language, which bears close similarities with the Malay language, had been imported from Indonesia since the mid-1970s. They were extremely popular with the younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language.

- Christian Mission in Malaysia: Past Emphasis, Present Engagement & Future Possibilities
Dari tulisan di atas, siapakah yang dimaksudkan sebagai “younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language”? Iban? Kadazan? Yang pasti, termasuklah Melayu sendiri!


Sejak tahun 1985, gereja-gereja di Malaysia yang sering bercanggah pendapat antara satu sama lain telah mengenepikan persaingan antara mereka untuk bersepakat dalam memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah'. Bible Society of Malaysia melaporkan berikut:

Baca Utusan SINI 
The Use of “Allah”

In respecting the unanimous decision of the Heads of Malaysian Churches both in the 1985 meeting (sponsored by the Bible Society of Malaysia) as well as in the 1989 Kuching Consultation of the Heads of Churches (sponsored by the Christian Federation of Malaysia) for keeping the name ‘Allah’, BSM as the servant of the Malaysian churches felt obliged to honour that decision.

Keputusan sebulat suara ini bukan sesuatu yang sukar difahami kerana penggunaan kalimah 'Allah' memang jelas adalah strategi mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam. Strategi tersebut dinyatakan oleh kumpulan Internet Evangelical Coalition di laman web People of the Book, berikut:
We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be totally misunderstood by most Christians and Muslims. Of course, the Scriptures are the ultimate authority in everything pertaining to doctrine and lifestyle.

We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute.