Monday, June 29, 2015

Misteri Al-Hind dan turunnya Nabi Adam as.







 Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).




Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya bisa membuat kamu jadi wangi.

Fakta, Bukti tapak kaki yang didapati di Sri Lanka dikaitkan dengan tapak kaki Adam serta pakar-pakar barat mengaitkannya dengan tempat Nabi Adam diturunkan. seperti halnya kita tahu tinggi Nabi Adam itu 60 hasta. Jadi, anak-anaknya juga mempunyai saiz ketinggi yang sama seperti halnya  saiz ketinggian Adam. Tidak boleh juga dikaitkan Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka atau India hanya kerana bukti tapak kaki yang dijumpai tersebut.. 

Didalam Hadis disebutkan adalah Al- Hind. Ia tidak bererti India, bahkan beberapa faktor turut mengaitkan Adam diturunkan di Sri Langka kurang tepat. Apakah Al Hind yang dimaksudkan oleh beberapa Hadis dibawah ?


  Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)


Fakta-Nusantara yg meliputi Malaysia & Indonesia pernah dijajah dengan jalan peperangan bukan?? 


Dari Ibnu Abbas r.anhum telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim) 


Bukti- Pohon Gaharu yang terdapat di Nusantara.



Cuba anda kaji dimanakah terdapatnya wangian ini?? Tak lain tak bukan adalah digugusan Nusantara


Jadi sebelumnya, Tanah di Nusantara yang meliputi yang bertembung dengan India ini adalah bersatu. Jadi hal Nabi Adam menunaikan Haji dari tempatnya di Nusantara dan hanya berjalan kaki ke Mekah adalah logik jika keadaan pada waktu itu adalah merupakan satu tanah daratan bukan?
Peta dunia yang kita lihat hari ini adalah selepasnya beberapa peristiwa banjir besar Nuh, persitiwa beberapa kaum yang dibinasakan. Ada yang ditenggelami, ada yang di timbun dengan tanah dan sebagainya.. 

Tanah daratan pada waktu ini adalah daratan yang berada dikedudukan yang tinggi. Jadi, tanah yang rendah akan ditenggelami oleh air ketika banjir bahkan Banjir yang berlaku sewaktu kebinasaan Kaum Nuh itu amat dasyat ketinggian paras airnya. Bukankah tanah daratan yang rendah akan tenggelam? Jadi ianya adalah tepat dengan keadaan geografi bumi yang dilihat pada India yang bersambung dengan Asia Tenggara meliputi Nusantara ketika  Jutaan tahun yang lampau bukan ?


“Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim


Fenomena Gagak juga antara salah satu faktor yang perlu diambil kira. mengapa? ketika berlakunya pembunuhan Habil, Qabil tidak tahu berbuat apa hanya membawa mayat adiknya Habil. Namun ia mendapat ilham dari dua ekor burung gagak yang berkelahi, salah seekornya mati, lalu dikambuslah yang mati itu dengan tanah.. Dari situ mulalah Habil mendapat tahu untuk menanam mayat adiknya Habil.

Bukankah Burung Gagak juga terdapat diNusantara ?