Sunday, December 30, 2012

Era Nabi Ibrahim A.S.





Nabi ibrahim as adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal Uzair. Nabi Ibrahim as datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar “patriarchs” atau pun golongan “bangsawan’ yang membina keluarga dan mempunyai negara kota sendiri.Nabi Ibrahim as adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim as memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan oleh Firaun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan ‘puterinya’ sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH. Bagaimana pun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI. Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai ‘the lost tribe’ oleh para yahudi. ‘The lost tribe’ ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah ‘ahli rumah’ mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama ‘ARAB’, bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan ‘ahli rumah’ Bahtera Nuh.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.

Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.

Tulisan Melayu dalam kitab lama.


 Dalam kitab-kitab lama.. kitab tua ada cerita mengenai nabi adam diturunkan di India dahulu.. peradaban negara india dalam sejarah adalah yang tertua di dunia ini melebihi 3,000 tahun mengikut sejarah dan kajian para ahli sejarah.. peradaban di negara china baru melebihi 2,000 tahun.. ini mungkin antara sebab utama kenapa orang eropah berlumba-lumba dulu hendak cari benua india sampai raja british dulu beriya-iya hendak jadi raja india. 

ras bangsa Aryan, menurunkan Bangsa Yunani (di Greek) dan Rom yang menjadi asas bangsa Eropah (Hitler merupakan tokoh ras ini yang ingin memurnikan bangsa Aryan di samping Bangsa Braminik yang chauvinistik dan menjadi penguasa kasta tinggi di agama Hindu), Nordik, Patan, Kaukasian, Slavia, Persia (Iran) dan India Utara (semisal Punjabi, Kashmir dan Gujarat) berkulit putih serta bule-bule lain sebangsanya.

Bendahara adalah bersamaan jawatan Perdana Menteri sekarang ini, selalunya mereka menjadi penasihat kepada raja-raja melayu.

tentang Tun Sri Lanang (bendahara kesultanan melayu johor.. juga moyang kepada kesultanan terengganu yang sekarang ni tengah jadi Agong Malaysia) adalah adik beradik kepada Bendahara Sri Maharaja Tun Mutahir (bendahara kesultanan melayu melaka).. perhatikan gelaran yang dia pakai iaitu "Bendara Sri Maharaja".. mereka ini adalah berketurunan dari wilayah Gujarat di India sekarang ni.. orang Gujarat adalah orang Aryan yang didakwa oleh Adolf Hitler sebagai master race kepada bangsa Jerman sekarang.. bahasa Gujarat sekarang ni berevolusi dari bahasa sanskrit yang diperkenalkan oleh orang Aryan dahulu, (2,000 tahun) atas lagi dari bahasa sanskrit ialah bahasa orang parsi/persia/iran yang merupakan keturunan lebih atas dari bangsa aryan iaitu bahasa avestan (2,500 tahun) ke atas.. iran dalam pengertian bahasanya bermaksud tanah orang Aryan.. bahasa sanskrit digunakan semasa empayar melayu kuno dulu serta menjadi asas kepada bahasa rom, bahasa eropah yang kita tengah taip sekarang ni.

sebagai perbandingan..

di bawah ini adalah tulisan avestan di iran.. tulisan lebih atas dari bahasa yang diperkenalkan oleh bangsa aryan di india
user posted image

tulisan gujarat.. merupakan salah satu kelompok bahasa orang aryan di india
Bodleian J2 fol 175 Y 28 1.jpg

અહીઆ। યાસા। નામંગહા। ઉસ્તાનજ઼સ્તો।૧ રફ઼ાધરહીઆ।મનીઆઉસ્̌।૨ મજ઼્દા।૩ પોઉરુઉઈમ્।૪ સ્પાણ્તહીઆ। અષ્̌આ। વીસ્પાણ્ગ્।૫ સ્̌́ઇઇઅઓથઅના।૬વંગહાઉસ્̌। ક્સરતૂમ્।૭ મનંગહો। યા। ક્સષ્̌નાઉઉઈષ્̌આ।૮ ગાઉસ્̌ચા। ઉરુઉઆનામ્।૯:: (દુ। બાર્)::અહીઆ। યાસા। નામંગહા। ઉસ્તાનજ઼સ્તો। રફ઼ાધરહીઆ।મનીઆઉસ્̌। મજ઼્દા। પોઉરુઉઈમ્। સ્પાણ્તહીઆ। અષ્̌આ। વીસ્પાણ્ગ્। સ્̌́ઇઇઅઓથઅના।વવંગહાઉસ્̌। ક્સરતૂમ્। મનંગહો। યા। ક્સષ્̌નાઉઉઈષ્̌આ। ગાઉસ્̌ચા। ઉરુઉઆનામ્।::

bahasa latin/rom yang menjadi asas kepada bahasa orang eropah yang kita taip tengah taip di komputer kita sekarang ni

ahiiā. yāsā. nəmaŋhā. ustānazastō.1 rafəδrahiiā.maniiə̄uš.2 mazdā.3 pouruuīm.4 spəṇtahiiā. aṣ̌ā. vīspə̄ṇg.5 š́iiaoϑanā.6vaŋhə̄uš. xratūm.7 manaŋhō. yā. xṣ̌nəuuīṣ̌ā.8 gə̄ušcā. uruuānəm.9:: (du. bār)::ahiiā. yāsā. nəmaŋhā. ustānazastō. rafəδrahiiā.maniiə̄uš. mazdā. pouruuīm. spəṇtahiiā. aṣ̌ā. vīspə̄ṇg. š́iiaoϑanā.vaŋhə̄uš. xratūm. manaŋhō. yā. xṣ̌nəuuīṣ̌ā. gə̄ušcā. uruuānəm.::

...
kan ke nampak lebih kurang je tu.. lagupun bahasa avestan tu nampak macam tulisan arab.. kemungkinan besar tulisan avestan berevolusi kepada tulisan arab dan kepada tulisan sanskrit yang digunapakai oleh orang aryan di gujarat hingga sekarang.

empayar Iskandar Zulkarnain amat besar menguasai dunia timur dan juga dunia barat.. 
dan banyak raja-raja di dunia ni kata mereka berketurunan Iskandar Zulkarnain.. Iskandar Zulkarnain bermaksud "dia yang bertanduk dua"

Naga & peradaban dunia.


"naga" ini adalah dalam bahasa sanskrit yang mula-mula diperkenalkan oleh bangsa aryan dahulu

 ayat al-quran yang berkaitan dengan "naga", kisah nabi musa

وَأَلۡقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهۡتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّي مُدۡبِرًا وَلَمۡ يُعَقِّبۡ يَا مُوسَي لَا تَخَفۡ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ الۡمُرۡسَلُونَ (10

terjemahan ayat di atas : "Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut" (terjemahan surah an-naml : ayat 10)

kisah iskandar zulkarnain semasa hendak bina tembok yakjud makjud dulu.. diceritakan di dalam al-quran

آتُونِي زُبَرَ الۡحَدِيدِ حَتَّي إِذَا سَاوَي بَيۡنَ الصَّدَفَيۡنِ قَالَ انفُخُوا حَتَّي إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفۡرِغۡ عَلَيۡهِ قِطۡرًا (96)

terjemahan ayat di atas : "Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya. (terjemahan surah al-kahfi : ayat 96)

...
kemungkinan besar ada benarnya apa yang Sultan Kelantan yang pertama dalam sejarah negeri Kelantan (Nik Muhammadiah atau Sultan Mohammad I Kelantan) dalam wasiat dia kata makhluk yang diarahkan menghembuskan api dari mulut dia untuk tolong Iskandar Zulkarnain bina tembok yakjud dan makjud, itu ialah makhluk jadian iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong. Tempat kejadiannya ialah di negara China. Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

semua tu ilmu orang dulu-dulu, diaorang memang suka main ilmu magic keluar ular banyak-banyak, dan ilmu yang paling dahsyat ialah mukjizat yang dianugerahkan tuhan kepada nabi Musa.. Shi Huang Ti pengasas negara china memang amat dikenali sebagai orang yang amat kuat dengan amalkan ilmu "magic" seperti yang didakwa oleh orang barat.

Lambang utama kerajaan melayu diraja Melaka.


 Antara lambang utama kerajaan melayu diraja Melaka ialah pemakaian pontoh naga..

antaranya dalam simpanan kesultanan melayu diraja perak (keturunan dari kesultanan melayu melaka)

                                        user posted image                 
PONTOH BERNAGA ialah sepasng gelang emas berkepala naga yang disarungkan ke lengan kanan dan kiri Paduka Seri Sultan dalam Istiadat Rasmi Kebesaran Negeri.

daripada website rasmi kesultanan melayu perak : http://sultan.perak.gov.my/bahasa/pontoh.htm

manakala ini pula dalam simpanan di negeri sembilan.. susur galur lebih atas dari kesultanan melayu melaka ialah keturunan diraja melayu minangkabau seperti mana yang diceritakan oleh Tun Sri Lanang di dalam buku Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu

                                       user posted image

Sepasang gelang emas berkepala naga
POTOH BERNAGA hiasan Paduka Seri
Bertambah gagahlah Duli Yang Maha Mulia
Disarungkan ke lengan kanan dan kiri
Di istiadat rasmi kebesaran negara
Potoh sebagai lambang kebesaran duli.
antara barang lain dalam simpanan Undang Luak Rembau Negeri Sembilan

antara barang bukti.. hubungan kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan negara china dinasti Ming dahulu
user posted image

antara barang bukti.. hubungan kerajaan Melayu Melaka dengan pendakwah Islam dari China bernama Cheng Ho atau nama lain dia Zheng He
user posted image
user posted image

cawan usang puteri hang li po dari dinasti ming

user posted image

Teraju Istiadat di Rembau Negeri Sembilan kini sudah menyimpan hampir 200 buah artifak Melayu. Antaranya adalah sekeping dinar emas zaman Parameswara, yang harga pasaran semasanya 25 juta Euro (RM126 juta), dan cawan Puteri Hang Li Po yang dihadiahkan kepada Sultan Melaka, harga pasarannya tidak kurang 5 juta Euro (RM25 juta). 

Banyak koleksi artifak yang ditemui menggambarkan tamadun Melayu pada masa dahulu, sama ada dari sudut teknologi, sistem pemerintahan, pembangunan bandar dan sebagainya. 

user posted image

Sebagai contoh, keris Tempa Melaka. Antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi!

Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang pada era 1400-1500. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi.

Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan. Pemetik api purba ini dibuat daripada tanduk dan bahan bakarnya pula menggunakan ”selubuk”, sejenis serbuk berwarna putih yang diperolehi daripada pohon Enau. Selubuk ini bertindak seperti kerosin dan apabila dimasukkan ke dalam pemetik api dan diketuk, akan mengeluarkan api berwarna biru.

Kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2,000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis. Kunci mangga ini seperti kunci mangga sekarang dan menggunakan besi tembaga. Uniknya, lubang kunci berbentuk ”I”, manakala keratan rentas anak kuncinya berbentuk ”T”. Mengikut logik akal, mustahil anak kunci ini boleh dimasukkan ke dalam lubang mangganya. Tetapi orang Melayu pada 2000 tahun dahulu sudah berfikir menggunakan hukum fizik bagi membolehkan kunci mangga ini dibuka dengan mudah.

Alatan muzik tradisional Melayu juga cukup mengagumkan. Misalnya, sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ”Tangtuang” diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Yang menariknya, bahagian dalamnya kosong tanpa ada apa-apa elemen yang boleh membantunya mengeluarkan bunyi. Wartawan ini cuba meniupnya dan sehingga berubah muka menjadi merah pun, tiada bunyi yang terhasil. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal! 

kalau tak percaya boleh datang sendiri ke Rembau, Negeri Sembilan tanah adat tengok sendiri betul ke tidak apa yang ditulis di internet ni.

Sejarah Melayu bukan bermula dari Melaka.


 Sejarah Melayu bukannya bermula dari melaka.. ia lebih awal lagi, ini apa yang dapat dirumuskan dari buku sejarah berusia lebih 600 tahun Sulalatus Salatin karangan asal Tun Sri Lanang.
                                 user posted image

antara kerajaan Melayu terawal di Pagar Ruyung sekarang ini di wilayah Sumatera dalam Indonesia.. tiada siapa pun tahu tarikh awal sebenar penubuhan kerajaan Melayu terawal tu.. nama Melayu dikatakan pertama kali direkodkan di wilayah Jambi, Sumatera.. nama lama sumatera ialah bumi Melayu sebelum bertukar namanya kepada Sumatera disebabkan kerajaan bertukar.. macam kes Arab Saudi la.. saudi tu nama raja dia Raja Saud.. dan juga kes macam Thailand.. dunia melayu panggil Siam.. dan memang nama asal Thailand adalah Siam sebelum kerajaan dia bertukar pemerintah, maka ditukar namanya kepada Thailand.

Hanya ada rujukan Tambo Minangkabau yang menyatakan bahawa keturunan diraja Melayu.. keturunan diraja Cina.. keturunan diraja Jepun asalnya dahulu semuanya adalah adik-beradik.. dikatakan semuanya berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain (cerita tentang Iskandar Zulkarnain ni banyak sungguh dalam sejarah dunia dalam banyak negara.. terutamanya tentang keturunan diraja diaorang)

Dalam bahasa melayu minang.. tambo bermaksud "bermula"

user posted image 

antara himpunan kisah asal usul orang Melayu Minangkabau
Tentang cerita sejarah yang kita belajar disekolah tu boleh kata hampir semuanya rekaan penjajah barat terutamanya yang bernama Tome Pires.. mereka kononnya usaha kumpul sejarah tentang alam melayu setelah keturunan diraja melayu melaka lari ke tempat lain setelah teruk diserang oleh portugis dulu.. kalah teruk masa tu.. buku catatan rekod rasmi kesultanan melayu melaka, Sulalatus Salatin yang dikarang asalnya oleh Bendahara Tun Sri Lanang (Bendahara Kesultanan Melayu Johor, dia juga merupakan adik beradik kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, sekarang Tun Sri Lanang adalah moyang kepada keturunan diraja negeri Terengganu.. yang sekarang menjadi AGONG MALAYSIA buku sejarah melayu Sulalatus Salatin tu dilarikan bersama sebelum dikembalikan dan dapat diterjemahkan sekarang kepada tulisan rumi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. 
antara yang ditulis dan tercatat dalam buku sejarah melayu Sulalatus Salatin karangan asal Tun Sri Lanang

Pengakuan Maharaja Cina masa tu mengenai keturunan atas dia adalah sama keturunan dengan kesultanan Melayu Melaka.. surat muka surat 131

“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’


ini pula perkataan yang pernah diucapkan oleh Sultan Mansur Shah kepada maharaja jepun yang berpusat di kepulauan Ryukyu masa tu.. tentang keturunan diraja Melayu Melaka dan juga keturunan diraja Jepun yang berpusat di kepulauan Ryukyu adalah dari keturunan yang sama

"kita telah pun belajar bahawa untuk menguasai laut yang biru,
orang-orang kita mesti melibatkan diri dalam perdagangan,
SELURUH TANAH MELIPUTI SEMUA KAWASAN LAUT MESTI DISATUKAN DI DALAM SATU TUBUH.
Kehidupan belum pernah begitu kaya di generasi sebelumnya seperti (generasi) sekarang ini"


kajian DNA yang pernah dijalankan oleh pengkaji.. menyokong kenyataan sejarah yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dan juga dalam Tambo Minangkabau.

user posted image 

keris purba jumpa di okinawa, jepun!
kajian DNA yang membuktikan sejarah yang ditulis di alam melayu itu ada kebenarannya!

DNA RESEARCH: CHINESE, JAPANESE origin from MELAYU, kajian lengkap UNIVERSITI di ASIA (.pdf) (News)

kesimpulan oleh pengkaji DNA itu ialah..

"Thus, it is relevant that in a study published just this week in the influential journal Science, the Han Chinese (and other East Asians) have been shown to have originally come from Southeast Asia. Instead of being natives of China, the Han Chinese were in fact immigrants who descended from mainland and island Southeast Asia, the latter historically known as the Malay Archipelago."

kajian penuh DNA..
.pdf format : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
penerangan tentang kajian DNA tu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf


Friday, December 28, 2012

Atlantis Berada Di Benua Melayu


 Plato menyatakan bahawa terjadi pelbagai letusan gunung berapi secara serentak pada puluhan ribu tahun lalu, yang telah menyebabkan gempa bumi, pencairan ais dan banjir besar. Peristiwa itu telah mengakibatkan sebahagian besar permukaan bumi tenggelam. Bahagian itulah yang disebutnya sebagai benua yang hilang atauAtlantis.

Lebih 11,000 tahun yang lalu telah wujudnya sebuah negara kepulauan yang terletak di tengah-tengah lautan Atlantik yang dihuni oleh bangsa yang mulia dan berkuasa. Rakyatnya memiliki kekayaan yang hebat yang disebabkan oleh sumber-sumber asli yang terdapat di seluruh pulau mereka. Pulau itu merupakan pusat perdagangan dan perniagaan. Pemerintah-pemerintah yang menguasai pulau itu berjaya mempengaruhi rakyat dan tanah pulau mereka sendiri serta di benua Eropah dan Afrika. 


Agaknya mengapa cerita yang ditulis pada 2,500 tahun lalu oleh ahli falsafah Yunani iaitu Plato terus menangkap imaginasi orang ramai adalah kerana misteri itu sendiri. Satu misteri yang dikeluarkan oleh buku-buku yang tidak terkira banyaknya, filem, artikel, laman web, dan kini kartun Disney. Sebahagian pendekatan kontemporari cerita mengenai Atlantis tidak mempunyai keraguan lagi kerana telah menjadi bahan kajian oleh para saintis. Ahli-ahli sejarah, ahli arkeologi dan ahli geologi juga telah memasuki perdebatan untuk bertanding dengan pelbagai unsur-unsur sastera, sejarah atau cerita geografi.

Kajian Terkini
Penelitian mutakhir yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah dimana sekarang ini disebut Indonesia. Setelah melakukan kajian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005). Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir dan bangunan kuno Aztec di Meksiko.


Aryso Santos juga menggunakan analisis filologis (ilmu kebahasaan), antropologi dan arkeologi dalam kajiannya. Dia banyak mendapat petunjuk dari reflief-relief dari bangunan-bangunan dan artifak bersejarah dan piramid di Mesir, kuil-kuil suci peninggalan tamadun Maya dan Aztec di Amerika Selatan, candi-candi dan artifak-artifak bersejarah peninggalan peradaban Hindu di lembah sungai Indus (Tamadun Mohenjodaro dan Harrapa). Beliau juga mengumpulkan petunjuk-petunjuk dari naskah-naskah kuno, kitab-kita suci pelbagai agama seperti the Bible dan kitab suci Hindu Rig Veda, Puranas, dll.


Konteks Indonesia

Menurut Prof. Dr. H. Priyatna Abdul Rasyid, Ph.D. Pengarah Kehormatan International Institute of Space Law (IISL), Paris-Perancis: bukanlah suatu kebetulan ketika Indonesia pada tahun 1958, atas gagasan Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja melalui UU No. 4 Perpu tahun 1960, mencetuskan Deklarasi Djoeanda. Kandungannya menyatakan bahawa negara Indonesia dengan perairan pedalamannya merupakan kesatuan wilayah nusantara. Fakta itu kemudian diakui oleh Konvensi Hukum Laut Antarabangsa 1982. Merujuk kajian Santos, pada masa puluhan ribu tahun yang lalu wilayah negara Indonesia merupakan suatu benua yang bercantum. Tidak berpecah-pecah dalam puluhan ribu pulau seperti halnya sekarang.


Santos menetapkan bahawa pada masa lalu itu Atlantis merupakan benua yang memberi-tangkarakatau-mletus dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera yang bercantum bernama Orientale, terdiri dari Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Pulau Bali adalah pinggir Atlantis (sekitar 11.600 tahun yang lalu). Selat Lombok adalah pintu masuk ke Atlantis. Gunung Agung di pulau Bali dan Gunung Rinjani pulau Lombok adalah sepasang pertama daripada Pillar Hercules. Ia dipanggil Pillar Hercules kerana apabila gunung meletus lahar dan abu akan naik tinggi ke langit dan menjadi tunggak besar.



Pendapat Santos 

Santos berbeza dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu membantah, bahawa pada waktu terjadinya letusan pelbagai gunung berapi ketika itu, menyebabkan lapisan ais telah mencair dan mengalir ke lautan sehingga luasnya (paras air) bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani laut dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit (muka) bumi di dasar lautan, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuatkan lagi oleh gunung-gunung berapi yang meletus kemudiannya secara berterusan dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya sebagai Heinrich Events.


Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya mendatar (ini biasa bagi orang zaman itu ; Rasulullah SAW ketika menceritakan perihal bentuk muka bumi yang bulat, ramai yang tidak percaya ; malah percaya bahawa bumi mendatar). Kedua, mengenai kedudukan benua Atlantis yang menurutnya berada di Lautan Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian tentera Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berjaya menemui sisa-sisa benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, ”Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Maknanya,”Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”

Fore More About Atlantis Checklist 

Plato dan Santos Sependapat

Pertama, lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan Santos yakin ia adalah sebuah wilayah Republik Indonesia.

Kedua, jumlah atau panjangnya lingkaran gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.

Ketiga, soal semburan lumpur akibat letusan gunung berapi yang abunya tercampur air laut menjadi lumpur. Mendapan lumpur di laut ini kemudiannya meresap ke dalam tanah di daratan. Lumpur panas ini tercampur dengan gas-gas alam yang merupakan impossible barrier of mud (hambatan lumpur yang tidak boleh dilalui), atau in navigable (tidak dapat dilalui), tidak boleh ditembusi atau dimasuki. Dalam kes di Sidoarjo, satu ujian penderiaan jauh pernah dilakukan, ujian tersebut menunjukkan wujudnya sistem kanalisasi di wilayah tersebut. Ada kemungkinan kanalisasi itu bekas penyaluran semburan lumpur panas dari masa yang lampau.


"Para penyelidik AS ini menyatakan bahawa Atlantis is Indonesia," kata Ketua Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Prof Umar Anggara Jenny, Jumat (17 / 6), di sela-sela rencana gelaran 'International Symposium on The Dispersal of Austronesian and the Ethnogeneses of the People in Indonesia Archipelago, 28-30 Jun 2005. Kata Umar, dalam dua dekad terakhir memang diperoleh banyak penemuan penting soal penyebaran dan asal usul manusia. Salah satu penemuan penting ini adalah hipotesa adanya sebuah pulau besar sekali di Laut China Selatan yang tenggelam setelah zaman ais.


Bagi para arkeologi atau oceanografer moden, Atlantis tetap merupakan objek menarik terutama soal teka-teki di mana sebetulnya lokasi benua itu. Banyak saintis menyebut benua Atlantis terletak di Lautan Atlantik. Sebahagian ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) bahkan meyakini benua Atlantis dulunya adalah sebuah pulau besar bernama Sunda Land, suatu wilayah yang kini ditempati Sumatra, Jawa dan Kalimantan. Sekitar 11.600 tahun silam, benua itu tenggelam oleh banjir besar seiring berakhirnya zaman ais.


Yang cukup mengejutkan adalah bahawa Peradaban kuno Atlantis, yang kemungkinan adalah peradaban pertama umat manusia, justeru sudah beradab (civilized) dan punya kemampuan sains dan teknologi, dan sistem kemasyarakatan dan ketatanegaraan ideal yang cukup maju yang tak terbayangkan oleh kita sekarang itu boleh berlaku 11.600 tahun yang lalu. Dari sudut pandang umat Islam, hal ini tidaklah menghairankan, kerana Nabi Adam, sebagai manusia (Kalifatullah) pertama telah diajar Allah semua ilmu pengetahuan tentang nama-nama (QS 2: 30). 

SEJARAH MINANGKABAU


                                             user posted image

"Tiga anak dari Raja Iskandar Zulkarnain (Alexander Agung) dari Makadunia (Macedonia) iaitu Maharajo Alif, Maharajo Japang dan Maharajo Dirajo berlayar bersama, dan saat dalam perjalanan mereka bertengkar sehingga mahkota kerajaan jatuh ke dalam laut.

Maharajo Dirajo yang membawa Cati Bilang Pandai seorang pandai emas- berhasil membuat satu serupa dengan mahkota yang hilang itu. Mahkota itu lalu ia serahkan kepada abang-abangnya, tetapi mereka mengembalikannya kepada Maharajo Dirajo karena ia dianggap yang paling berhak menerima, iaitu karena telah berhasil menemukannya. Mereka adik beradik lalu berpisah. Maharajo Alif meneruskan perjalanan ke Barat dan menjadi Raja di Bizantium, sedang Maharajo Japang ke Timur lalu menjadi menjadi Raja di China dan Jepang (Jepun), manakala Maharajo Dirajo ke Selatan sedang perahunya terkandas di puncak Gunung Merapi saat Banjir Nabi Nuh melanda. Begitu banjir surut, dari puncak gunung Merapi yang diyakini sebagai asal alam Minangkabau turunlah rombongan Maharajo Dirajo dan berkampung disekitarnya.

kalau kita perhati reka bentuk rumah melayu minangkabau dengan di negara China dan negara Jepun.. 
rekaan kuno diaorang semua memang macam lebih kurang je, semuanya mau ada tanduk di atas bumbung rumah diaorang

rekabentuk kuno rumah gadang Melayu Minangkabau
user posted image

"Iskandar Zulkarnain" dalam pengertian bahasa ialah "Dia yang Bertanduk Dua"

diaorang kata keturunan raja melayu minangkabau, keturunan raja jepun, keturunan raja cina.. semuanya berasal dari Iskandar Zulkarnain

kaitan kesultanan Melayu Perak, sultan Melaka, kenapa kata "selilit tanah minangkabau"? 

Keturunan Iskandar Zulkarnain



                        user posted image

Rujukan buku SEJARAH MELAYU ini yang berusia lebih 600 tahun!

Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:


“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’
penerangan tentang buku ini
QUOTE(buku SEJARAH MELAYU)
Sulalatul Salatin (secara harafiah berarti "Istana Para Raja") atau Sejarah Melayu merupakan suatu sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman pemerintahan Melayu yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Peringgi Portugis menaklukkan Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa/Gowa.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling masyhur adalah versi Shellabear. Menurut naskah Shellabear, Yang Dipertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutus Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintahkan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Kamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Aceh, Sultan Iskandar Muda.

Sejarah Melayu (Sulalatul Salatin) bergaya penulisan seperti babad, di sana-sini terdapat penggambaran hiperbolik untuk membesarkan raja dan keluarganya. Namun demikian, naskah ini dianggap penting karena ia menggambarkan adat-istiadat kerajaan, silsilah raja dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih (Veritable History) Cina, yang mencatat sejarah Dinasti sebelumnya dan disimpan di arsip negara tersebut.

Sulalatus Salatin  atau Sejarah Melayu  ialah karya sastera Melayu yang membabadkan salasilah raja di kepulauan Melayu dan menjangkau masa melebihi 600 tahun. Versi yang asal ditulis sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan dibawa oleh Sultan Mahmud Shah bersama-samanya sewaktu melarikan diri daripada orang Portugis pada 1511. Naskhah itu kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada 1528 lalu dirampas oleh orang Portugis pada 1536, sewaktu menyerang Johor Lama. Bagaimanapun, ia akhirnya dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh dari Gowa.

Pada 13 Mei 1612, Yang di-Pertuan Di Hilir dari Johor, Raja Abdullah (juga dikenali sebagai Raja Bongsu dan kemudiannya, Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah), menitahkan Seri Nara Wangsa Tun Bambang (kemudian digelar Tun Bambang) agar meminta Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (juga dikenali sebagai Tun Sri Lanang) untuk menyunting naskhah Orang Kaya Suguh. Oleh sebab Kesultanan Johor sedang mengalami krisis politik sewaktu itu, namun desakan untuk mendapatkan kesahan politik mengakibatkan Raja Abdullah mengubah salasilah dan pentarikhan dalam buku itu. Bagaimanapun, baginda dan seluruh orang istananya dibuang negeri ke Aceh pada tahun tersebut, sewaktu penyerang Aceh memusnahkan ibu negerinya di Batu Sawar. Justera, walaupun sebahagian besar kerja penyuntingan dan penyusunan buku tersebut disiapkan di Johor, buku itu hanya dapat disiapkan sewaktu Tun Sri Lanang dalam tawanan di Aceh.

Pada 2001, Sulalatus Salatin  telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).


tentang kenapa negara China guna lambang naga sebagai kemegahan negara china..

Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa (peristiwa naga menghembuskan api dari mulutnya untuk menolong membina tembok yakjud dan makjud bersama Iskandar Zulkarnain) ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda. 

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian Naga (dalam bahasa sanskrit dan juga bahasa Melayu) atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

user posted image

Merong Mahawangsa Sultan Kedah yang pertama adalah berketurunan Iskandar Zulkarnain



Maharaja Cina dan Sultan Melaka berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain

rujukan buku SEJARAH MELAYU ini yang berusia lebih 600 tahun!
user posted image

Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:

“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’


penerangan tentang buku ini

QUOTE(buku SEJARAH MELAYU)
Sulalatul Salatin (secara harafiah berarti "Istana Para Raja") atau Sejarah Melayu merupakan suatu sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman pemerintahan Melayu yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Peringgi Portugis menaklukkan Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa/Gowa.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling masyhur adalah versi Shellabear. Menurut naskah Shellabear, Yang Dipertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutus Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintahkan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Kamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Aceh, Sultan Iskandar Muda.

Sejarah Melayu (Sulalatul Salatin) bergaya penulisan seperti babad, di sana-sini terdapat penggambaran hiperbolik untuk membesarkan raja dan keluarganya. Namun demikian, naskah ini dianggap penting karena ia menggambarkan adat-istiadat kerajaan, silsilah raja dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih (Veritable History) Cina, yang mencatat sejarah Dinasti sebelumnya dan disimpan di arsip negara tersebut.

Sulalatus Salatin  atau Sejarah Melayu  ialah karya sastera Melayu yang membabadkan salasilah raja di kepulauan Melayu dan menjangkau masa melebihi 600 tahun. Versi yang asal ditulis sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan dibawa oleh Sultan Mahmud Shah bersama-samanya sewaktu melarikan diri daripada orang Portugis pada 1511. Naskhah itu kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada 1528 lalu dirampas oleh orang Portugis pada 1536, sewaktu menyerang Johor Lama. Bagaimanapun, ia akhirnya dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh dari Gowa.

Pada 13 Mei 1612, Yang di-Pertuan Di Hilir dari Johor, Raja Abdullah (juga dikenali sebagai Raja Bongsu dan kemudiannya, Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah), menitahkan Seri Nara Wangsa Tun Bambang (kemudian digelar Tun Bambang) agar meminta Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (juga dikenali sebagai Tun Sri Lanang) untuk menyunting naskhah Orang Kaya Suguh. Oleh sebab Kesultanan Johor sedang mengalami krisis politik sewaktu itu, namun desakan untuk mendapatkan kesahan politik mengakibatkan Raja Abdullah mengubah salasilah dan pentarikhan dalam buku itu. Bagaimanapun, baginda dan seluruh orang istananya dibuang negeri ke Aceh pada tahun tersebut, sewaktu penyerang Aceh memusnahkan ibu negerinya di Batu Sawar. Justera, walaupun sebahagian besar kerja penyuntingan dan penyusunan buku tersebut disiapkan di Johor, buku itu hanya dapat disiapkan sewaktu Tun Sri Lanang dalam tawanan di Aceh.

Pada 2001, Sulalatus Salatin  telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).


tentang kenapa negara China guna lambang naga sebagai kemegahan negara china..

Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa (peristiwa naga menghembuskan api dari mulutnya untuk menolong membina tembok yakjud dan makjud bersama Iskandar Zulkarnain) ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda. 

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian Naga (dalam bahasa sanskrit dan juga bahasa Melayu) atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

user posted image

Merong Mahawangsa Sultan Kedah yang pertama adalah berketurunan Iskandar Zulkarnain


This post has been edited by hack3line

Misteri Iskandar Zulkarnain



 


 Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. 

Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab.

Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.

Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu.

Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.

Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur.

Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan.

                                               
Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.

Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.

Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam.

Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya.

Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain.

Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya.

Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama
.