Tuesday, April 1, 2014

Sejarah Sulu & Philiphines.



 
 




Paradigma yang tercetus pada sesuatu kaum bermula apabila sebilangan yang berakal dan berfikir mula menulis dan menyampaikan idea kepada kaumnya. Idea manusia tidak akan tercetus dengan begitu sahaja tanpa bersebab. Sebagai contoh Nabi Musa a.s. yang mendapat peluang belajar menimba ilmu pengetahuan dari Istana Fir’aun telah menyedari kekosongan kaumnya. Menyedari bahawa beliau bukannya berketurunan Fir’aun Musa a.s. mula berfikir dan mempelajari budaya dan asal usul bangsanya. Kekosongan bangsa Israel yang ketika itu menjadi hamba kepada Fir’aun ialah “Pemimpin”. Siapakah “Pemimpin” yang sanggup membela mereka kalau bukan Musa a.s. yang mendapat kemudahan sebagai “Anak Fir’aun”?

Musa a.s. telah mendapat bantuan Tuhan yang Maha Kuasa dengan mendapatkan semula identitinya sebagai satu bangsa yang berperadaban ketika dulu iaitu “Percaya kepada SATU TUHAN dan Keesaan-Nya”. Apakah maksud “Peradaban” (Civilisasi)? Ianya bermaksud “Adab” dalam bahasa Arab, perlakuan mulia dan berakhlak baik kepada manusia dan kepada Maha Pencipta. Apa pun pembangunan dan kekuasaan tidak akan bermakna kalau tiada adab. Tiada makna “Tamadun” sesuatu negara yang rakyatnya hidup dengan hiburan nafsu (Hedonisme). Apabila ini berlaku pemimpin dan masyarakatnya akan dilanda rasuah, perzinaan, penzaliman dan kerosakan yang pada akhirnya akan dibinasakan dan hancur. Sebab itu adakah bangsa Fir’aun Mesir yang berjaya membina bangunan besar dan kekuasaan 5500 tahun lalu sudah dikira “berperadaban”?

Fir’aun yang mengaku Tuhan kerana mengira dirinya sangat berkuasa akhirnya dihancurkan kerajaannya oleh Allah swt ketika mengejar Musa a.s. Satu bangsa dari Timur yang jauh lebih hebat dan maju dinamakan Hyksos telah menggantikan kerajaan Fir’aun. Kerajaan Bani Hyksos memerintah Mesir bermula tahun 1664 SM hingga 1569 SM. Peringkat awal ahli sains memberi teori bahawa Bangsa Hyksos berasal dari Timur Asia yang dikenali sebagai bangsa”Pengembala”. Kerana mereka sangat maju mengusahakan tanah sahingga boleh membina bangunan dan rumah kediaman dibawah tanah yang begitu moden. Tetapi akhirnya didapati bangsa Hyksos tersebut adalah bangsa maritim yang biasa dengan laut.

Ketua Lembaga Kebudayaan Kuno Mesir, Dr Zahi Hawwas yang mengendalikan projek penggalian lokasi tersebut berkata ”Gambar menunjukkan sebuah kota di bawah tanah lengkap dengan jalan, rumah dan tempat pemakaman yang memberi gambaran keseluruhan perencanaan kota”.
Irene Mueller ketua kumpulan pengkaji dari Austria berkata ”Kami juga berhasil mengidentifikasi salah satu anak sungai Nil yang melewati kota tersebut disamping adanya dua pulau.

Bangsa Hyksos yang mendiami mesir tinggal di satu kawasan yang dinamakan Avaris. Siapakah sebenarnya bangsa Hyksos? Mengapa mereka dikatakan sebagai bangsa maritim? Sedangkan Eropah, Afrika, Arab dan Yahudi hari ini satu-satunya bangsa maritim yang mereka kenal adalah Bangsa Phoe-nee-shee (Phoenicia) atau Bani Kana’an. John Keyser menulis artikel bertajuk AVARIS AND THE LAND OF GOSHEN telah mengulas tulisan Bietak tentang Avaris,
“Avaris was founded by Amenemhet I, the first king of dynasty 12. It adjoins the Land of Goshen and it is not surprising that “the archaeological and anthropological evidence indicates that the settlers were not Egyptians but people from nearby Canaan, albeit highly Egyptianised”. “Cooking pots of Syro-Palestinian Middle Bronze I (MBI) type show that there was contact withnomads”.

Apa yang menarik ialah dakwaan bahawa Hyksos di Avaris kelihatan mempunyai hubungan dengan bangsa nomad Asia. Dikatakan juga penempatan Hyksos sama dengan penempatanKabun yang mungkin merujuk Qoboun di Syiria. Sedangkan jelas tanah Syiria adalah tempatnya bangsa Phoenicia @ Kana’an yang menutur bahasa kepulauan Asia Tenggara (Austris). Kabundalam bahasa Sulug @ Sug bermaksud tanah tempat bercucuk tanam yang disebut Kabbun. Bahasa Melayu moden juga menyebutnya kebun. Adalah satu perkara yang menarik dibicarakan di sini dari manakah asal-usul bangsa Phoenicia? Dari Timur Tengah (Asia Barat) atau Asia Tenggara? Catatan Flavius Josephus yang hidup pada abad pertama selepas Masehi telah menjelaskan ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. tahun 980-900 SM bahawa Phoenicia atau Kana’an mempunyai kata ”Cabul” yang bermaksud tidak baik. Walhal ”Cabul” adalah bahasa kepulauan Asia Tenggara (Austris) yang bermaksud lucah dan jijik.

Berbalik kepada Bangsa Hyksos, menurut beberapa catatan mereka bukanlah bangsa Phoenisia hanyasanya diketahui duduk bersama bangsa Phoenicia di Negeri Kana’an. Mereka ini diketahui hebat di laut dan berani yang berasal dari sebelah timur. Mereka berjaya menggantikan kerajaan Mesir dan memerintah selama 500 tahun. Mereka dikatakan sangat kejam dengan memusnahkan patung-patung dan bangunan Mesir serta memperhambakan bangsa Mesir. Dalam satu laman web yang mencatat “Original Documents” di www.specialtyinterests.netmenyatakan,

“The Hyksos overran Egypt without encountering resistance: Macoudi, “L.P”, Vol. II, p.307; Aboulfeda H.a.p. p. 179. Josephus quoting Manetho in “Against Apion”, I, Sec. 14, p. 611. ”There was a king of ours, whose name was Timaus. Under him came to pass … there came … men of ignoble birth out of the eastern parts … and had boldness enough to make an expedition into our country, and with ease subdued it by force, yet without our hazarding a battle with them….”

Hyksos dikatakan mempunyai budaya pelik sangat berbeza dengan bangsa Mesir atau Kana’an. Mengubur mayat dan bangkai kuda. Dalam keadaan tertentu mengebumi anak kecil mereka yang meninggal di dalam pasu. Satu kemungkina Hyksos datang dari Nusantara. Kerana selepas kekalahan Hyksos di tangan Raja Ahmose I (Penyambung Kerajaan Purba Mesir) Raja Mesir kemudiannya menghantar deligasi menuju ke Nusantara yang dikenali sebagai Negeri Punt (Raja Parahu).

“Avaris was then captured by King Ahmose I (ruled about 1570-1546 B.C.), who ended theHyksos rule and founded the glorious 18th dynasty, which included pharaohs such as Hatshepsut, Amenhotep III, Akhenaten and Tutankhamun”. (*ferrelljenkins.wordpress.com)

Kapal laut Mesir Purba Dinasti ke-5 tahun 2458-2446 SM.


Kapal laut Mesir Purba Dinasti ke-XVIII(1580-1350 SM).Jenis kapal laut yang digunakan oleh Queen Hatshepsut menuju ke Land of Punt melalui Laut Merah sehingga ke Laut India bertemu King Perehu (Raja Perahu).

Ahli sejarah masih mengaitkan Hyksos berhubung rapat dengan Kana’an @ Phoenisia dan Bani Israel. Bangsa Phoenicia adalah bangsa maritim yang sejak sekian lamanya belayar berulang alik ke Nusantara. Ini kerana beberapa bukti menjelaskan bahawa Phoenisia berasal dari Asia Tenggara yang belayar ke seluruh dunia dibawah satu kerajaan kepulauan. Raja Perehu atau Raja Perahu yang dimaksudkan tidak syak lagi adalah dari negeri timur yang dipanggil Atlantis. Hampir pasti bangsa Hysos juga berasal dari Atlantis. Kekeliruan bangsa Yunani Purba (Greece) mengatakan Atlantis berada di Laut Atlantik sebenarnya adalah tanggapan yang salah. Yang benar ialah bangsa maritim telah masuk ke Laut Meditranian melalui Laut Atlantik. Bangsa maritim ini akhirnya dianggap datang dari negara hebat kepulauan yang dipanggil Atlantis. Nama yang pertama kalinya keluar dari lidah bangsa Yunani Purba. Satu-satunya yang menyebut nama Atlantis ini ialah ahli falsafah terkenal Yunani bernama Plato.

02- KAJIAN ATLANTIS: Empayar Kepulauan Yang Hilang Di Sebelah Timur

Dimanakah lokasi sebenar Atlantis di Asia Tenggara sekiranya kita percaya ianya memang berada di Asia Tenggara? Untuk membuktikan hal ini kita memulakan perbicaraan siapa sebenarnya bangsa Phoenicia? Mangapa bangsa ini dinamakan sebagai Phoenicia? Hal ini penting untuk keluar dari ”pintu teka-teki” memasuki gerbang ”jawapan”. Perbicaraan ini insyaAllah akan menyelesaikan teka-teki siapa sebenarnya BANGSA MELAYU di Asia Tenggara lantaran ahli Anthropology barat menggelar rumpun ini sebagai Malayo-Austronesia?


Rahsia bangsa Sulug ialah “perahu” yang menjadi alat perhubungan mereka beribu tahun sesuai dengan kehidupan di kawasan kepulauan. Bangkai kapal di atas diperbuat dari susunan papan yang berusia ribuan tahun menunjukkan Bangsa Sulu sudah jauh lebih maju.

Untuk membicarakan dan mendapat jawapan tentang bangsa Phoenicia para pengkaji mesti keluar dari ”Kepompong” Kemelayuan yang hanya tertumpu kepada Chandi-Chandi Hindu danBuddha yang jelas Paganisme. Walhal telah dimaklumi oleh para saintis hari ini “Manusia pada asalnya adalah satu dan menyembah TUHAN yang Satu” yang kemudian berkembang menyembah tuhan-tuhan (Dewa-dewi). Hal ini telah diungkap oleh Harun Yahya dan sudah tentu bangsa Austris pada awalnya adalah penyembah satu Tuhan (Monotisme). Kita perlu menelusuri akar umbi dari mana bangsa ini bermula sejak zaman purba yang sangat kurang diketahui perkembangannya berbanding zaman “keemasan” Srivijaya-Majapahit-Champa-KedahTua. Zaman keemasan sudah jelas ianya tertulis dan diketahui tapi masih tidak dapat memuaskan akal dan fikiran secara tuntas berkenaan Atlantis.


Gambaran Pulau Atlantis sebagai pusat peradaban dunia beribu tahun yang lalu. Di manakahlokasi pulau Atlantis?

Ketika para pengkaji Nusantara sibuk mengatakan bahawa disinilah tempatnya pulau yang dikatakan Atlantis tetapi tiada satu pun penjelasan yang konkrit dan meyakinkan. Dakwaan yang mengatakan Sumatra adalah tempatnya yang sebenar perlulah dibuktikan dengan kewujudan budaya, adat, bentuk muka bumi dan yang dikatakan ”peradaban” itu benar-benar wujud. Sebilangan pengkaji mengatakan walau pun Sumatra adalah tempatnya namun pusatnya berada di salah sebuah pulau yang berhampiran tetapi sudah tenggalam selepas peristiwa pencairan ais dan banjir besar. Satu blog Indonesia atlantis-lemuria-indonesia.blogspot.com menyatakan,

“Menurut Noel, ahli Mitologi dari Perancis, mengatakan bahwa Taman Firdaus (Garden of Eden) Hinduisme disebut Svarna Dvipa (pulau Emas) dalam Sansekerta. Svarna Dvipa sekarang disebut Sumatera, dianggap Taman Firdaus dan merupakan episentrum bumi dan disebut Pusar Bumi (Mangkubumi). Di luar pembuktian di atas, masih banyak bukti lain yang dikemukakan olehSantos dengan memperhatikan geologis, arkeologis, dan tradisi oral maupun lisan yang menunjukkan bahwa Atlantis kemungkinan besar terletak di regional Lembah Indus yang membentang dari Asia Kecil (India) hingga Indonesia dengan pusat peradaban justru di Indonesia. Plato mengungkapkan tiga tempat dengan nama Atlantis, di mana satu adalah pulau kecil sebagai ibukotanya”.
Perhatikan perkataan Plato pada ayat terakhir di atas. Pulau kecil yang dimaksudkan di mana? Bloger tersebut menyambung lagi,

Menurut Plato tembok Atlantis terbungkus emas, perak, perunggu, timah dan tembaga. Pada masa itu hingga saat ini, hanya beberapa tempat di dunia yang merupakan produsen timah utama. Salah satunya disebut sebagai Kepulauan Timah dan logam, Tashish, Tartessos dan nama lain, tidak lain adalah Indonesia. Jika Plato benar, maka Atlantis sesungguhnya adalah Indonesia. * 9000 tahun sebelum 600 SM, adalah masa 18 Torchbearers’s Newsletter kehancuran Atlantis. Jaman es terakhir yang menyebabkan banjir besar terjadi tepat 9600 SM (11.600 tahun lalu).”

“…Sisa-sisa Atlantis sekarang membentuk kepulauan Indonesia dengan sekian banyak gunung berapi yang berada di atas permukaan laut ketika bencana datang. Daerah ini kemudian disebut oleh bangsa Yunani sebagai Wilayah Kematian yang tidak bisa dilayari. Sebagian besar benua Atlantis tenggelam di bawah Laut Cina Selatan”.


Kelihatan Bud Tumantangis di Pulau Jolo, Sulu hari ini yang berbentuk Piramid (agak landai) dan disebelah kirinya terdapat dua gunung lagi iaitu Bud Dahu’ dan Bud Bagsak (tidak kelihatan dalam gambar). Ketiga-tiganya adalah gunung berapi yang tidak aktif. Ribuan tahun lalu pernah meletus yang kemungkinan telah memusnahkan peradaban purba yang pernah berdiri di sini.

Perhatikan kenyataan terakhir di atas Atlantis sebahagiannya tenggelam di Laut China Selatan, di bahagian mana? Bukankah yang dimaksudkan adalah kepulauan yang kita kenali sebagai Filipina hari ini? Dari dulu hingga kini bangsa-bangsa di dunia menamakan Atlantis dengan pelbagai gelaran antaranya,
  • Sheol (Neraka) oleh Yahudi untuk kawasan yang musnah,
  • Hades oleh Yunani (Greece),
  • Amenti atau Punt oleh Mesir,
  • Dilmun (Garden of Eden) oleh Mesopotamia atau Sumeria,
  • Svarga oleh Hindu,
  • Avalon oleh Celts,
  • Ophir & Tarshish oleh Spanyol dan Portugis,
  • dan lain lain.
Atlantis satu nama misteri, terlalu misteri hinggakan dunia moden yang serba canggih masih belum menjumpai atau mengenal pasti dimana pulau Atlantis sebenarnya. Apa yang jelas pada kita ialah Atlantis bukannya di laut Atlantik kerana kalau ia benar di sana sudah tentu kawasan Afrika Barat mendapat limpahan dari kehebatannya yang kita boleh lihat hari ini. Berikut adalah ciri-ciri Atlantis,
  • Ianya sebuah pulau kecil dan menguasai kepulauan lain.
  • Bermulanya Tamadun Manusia (Garden of Eden)
  • Tempat subur dan berada di sebelah Timur Bumi (the place where the sun rises and the Land of the Living)
  • Negari kaya dengan Emas, Perak dan Batu berharga (Land of Ophir & Tarsis)
  • Negari pusat maritim (pakar pelayaran dengan perahu)
  • Hilang kerana pencairan ais (Banjir) dan gempabumi serta letusan gunung berapi
Apakah ciri-ciri di atas menepati kepulauan Sulu?

03- Teori LIKUSANTARA: Kepulauan Sulu sebagai Atlantis
Untuk menjawab persoalan di atas pembaca memerlukan gambar pulau Jolo secara dekat dan jauh untuk memerhatikan topografinya. Di tengah Jolo terdapat tiga gunung berapi yang pernah meletus ribuan tahun yang lalu, gunung tersebut ialah Bud Dahu’, Bud Bagsak dan Bud Tumantangis. Bud kata asalnya ialah Bolud bermaksud gunung tetapi diringkaskan sebutannya menjadi Bud sahaja.


Melihat gambar zaman ais di atas kita akan dapat saksikan kedudukan kepulauan Sulu masih dalam kawasan Sunda-land. Menurut para saintis Sunda-land adalah asal kepada satu peradaban yang awal. Beberapa teori tentang penghijrahan manusia ke Nusantara seperti yang di tulis oleh Pebri Mahmud Al-Hamidi dalam kertas seminarnya bertajuk KERAJAAN KANDIS “ATLANTIS NUSANTARA” ANTARA CERITA DAN FAKTA (Sebuah Hipotesa Lokasi Awal Peradaban di Indonesia):
  • Hasil penelitian Alan Wilson tentang asal usul manusia di Amerika Syarikat (1980-an) menunjukkan bahwa manusia moden berasal dari Afrika sekitar 150.000-200.000 tahun lampau dengan kesimpulan bahwa hanya ada satu pohon filogenetik DNA mitokondria, iaitu Afrika. Hasil penelitian ini melemahkan teori bahwa manusia modern berkembang di beberapa penjuru dunia secara terpisah (multi origin). Oleh kerana itu tidak ada kaitannya manusia purba yang fosilnya ditemukan diberbagai tempat di Jawa (homo erectus, homo soloensis, mojokertensis) dan di Cina (Peking Man) dengan perkembangan manusia modern (homo sapiens) di Asia Timur. Manusia purba ini yang hidup sejuta tahun yang lalu merupakan missing link dalam evolusi. Saat homo sapiens mendarat di Kepulauan Nusantara, pulau Sumatra, Jawa dan Kalimantan masih tergabung dengan daratan Asia sebagai sub-benua Sundaland. Sedangkan pulau Papua saat itu masih menjadi satu dengan benua Australia sebagai Sahulland.
  • Teori kedua yang bertentangan dengan teori imigrasi Austronesia dari Yunan dan Indiaadalah teori Harry Truman. Teori ini mengatakan bahwa nenek moyang bangsaAustronesia berasal dari dataran Sunda-Land yang tenggelam pada zaman ais (era pleistosen). Populasi ini peradabannya sudah maju, mereka bermigrasi hingga ke Asia daratan hingga ke Mesopotamia, mempengaruhi penduduk lokal dan mengembangkan peradaban. Pendapat ini diperkuat oleh Umar Anggara Jenny, mengatakan bahwaAustronesia sebagai rumpun bahasa yang merupakan sebuah fenomena besar dalam sejarah manusia. Rumpun ini memiliki sebaran yang paling luas, mencakup lebih dari1.200 bahasa yang tersebar dari Madagaskar di barat hingga Pulau Paskah di Timur. Bahasa tersebut kini dituturkan oleh lebih dari 300 juta orang. Pendapat Umar Anggara Jenny dan Harry Truman tentang sebaran dan pengaruh bahasa dan bangsa Austronesiaini juga dibenarkan oleh Abdul Hadi WM (Samantho, 2009).
Teory Herry Truman adalah benar berdasarkan penelitian dari fakta agama, tradisi lisan, artifak, bahasa dan budaya Nusantara. Hal ini akan menguatkan teori Bangsa Phoenisia berasal dari Nusantara tinggal lagi bagaimana mereka menjadi pelayar dan pedagang antarabangsa ribuan tahun yang lalu masih menjadi tandatanya. Untuk mengesan darimana negara Austris berpusat yang dinamakan Atlantis itu Phoenisia adalah kuncinya. Secara bahasa, Sunda-land bermaksud Pentas-Sunda adalah tanah benua kerana keadaan geografinya yang bersambung dengan tanah besar. Ia hanya perbatasan menuju ke kepulauan di sebelah timur. Kemajuan dalam teknologi dunia pelayaran tidak akan tercapai di Sunda-land kecuali mereka bergerak ke timur. Bani Adam bermula di Papua dan disinilah lahirnya Nabi-nabi yang awal. Mereka inilah juga yang dipanggil sebagai bangsa Mela @ Mala yang terawal.

Bani Adam sebelum Noh a.s. sudah memang pandai berperahu dan belayar di laut ribuan tahun yang lalu. Kehidupan Noh a.s. sendiri tentunya dibesarkan dikepulauan sebab itu mengapa kaumnya terlalu handal membuat kapal. Teknologi sudah maju ketika itu sehingga dikatakan peralatan logam yang dipercayai bateri telah ditemui di sisi tapak kapal yang mendarat di pergunungan Turkey. Hal ini kita perlu bertanya pula pada Bangsa Maya di Peru yang terletak dalam benua Amerika, dari manakah asal-usul bangsa mereka.

Dalam Codex Boturini dicatatkan mitos Bangsa Maya dari mana mereka berasal. Dicatatkan bahawa pulau atau benua yang disebut sebagai Aztlan adalah tempat nenek moyang mereka yang asal, leluhur mereka terpaksa lari menyelamatkan diri kerana bencana gunung berapi yang menenggelamkan tanah mereka sehingga belayar melewati kepulauan di Lautan Pasifik.

Sebenarnya mereka adalah rakyat Atlantis yang lari menyelamatkan diri ke Peru, Amerika. Ini menunjukkan bangsa Atlantis memang sedia tahu lokasi Benua Amerika kerana mereka sudah biasa belayar mengelilingi glob. Maka tidak hairanlah sekiranya Atlantis memiliki kapal-kapal besar sebesar kapal Nabi Noh a.s. Bayangkan Piramid Maya sudah wujud kira-kira 2600 tahun sebelum Masehi sudah tentu teknologi penciptaan Piramid datang dari Atlantis. Dengan mengatakan nenek moyang mereka melewati Lautan Pasifik telah memberikan kita petunjuk bahawa Atlantis berada di Sebelah Timur Nusantara.


Imej bangsa Maya di Peru, Amerika sedang melakukan acara qurban di atas kuil mereka.
Sekiranya Atlantis berada di Sumatera seperti yang didakwa sudah tentu mereka lari ke India atau tanah besar yang berdekatan. Jauh dari itu, ternyata Atlantis adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pepulasi Papua dan Bani Adam lain ke Benua Amerika dan Afrika. Satu persoalan yang timbul ialah mengapa bangsa Maya sangat mengagungkan bulu burung yang diletak di atas kepala? Ia tidak ubah seperti bangsa Dayak di kepulauan Filipina, Borneo dan Papua yang masih wujud hari ini. Bangsa Red Indian dan Sioux yang sudah tentu berasal dari keluarga Maya juga turut meletak bulu burung atas kepala. Apakah makna semua ini?

Inilah yang kami katakan sebagai Likusantara yang bermaksud ”Di dalam lingkungan kita”. LIKUSANTARA diambil dari kata Likus dalam bahasa Sulug bermaksud Lingkungan dan dalan bahasa Hebrew ialah Mengikat atau ikatan. AN adalah imbuhan manakala Ta-ra bermaksudKita. Ia satu ungkapan atau istilah yang POSITIF tanpa ada makna ”Assabiyyah” kepada semua bangsa yang berasal dari satu sumber iaitu Austronesia. Samada Amerika, Afrika, China dan lain-lain kawasan di dunia ini sebenarnya bermula di kawasan kepulauan Asia Tenggara Timur. Berkenaan persoalan ”Apakah makna semua ini”? Para pembaca kena mengikuti penjelasan kami secara lanjut lagi.
  • Mengapa pakaian Dayak di Asia Tenggara sama dengan Bangsa Maya?
  • Apakah kaitan Punt dengan Bangsa Dayak?
  • Apakah Kaitan Punt dengan Phoenisia?
04- KAITAN PUNT DAN PHOENISIA

Apabila teori ini kami katakan sebagai LIKUSANTARA maka ianya bermaksud ”Mengesan Talian Persaudaraan anak-anak Adam a.s.” Penjelasan kami kali ini mungkin akan menggembirakan suku kaum Momugon di Sabah dan Dayak di Sarawak serta Kalimantan. Memang sudah selayaknya mereka gembira kerana selama ini mereka dianggap sebagai Monggoloid yang datang dari Indochina ke Asia Tenggara dan sebilangannya mengatakan bahasa orang-orangSulu lah yang bertanggungjawab mencolek mereka dari Indochina lalu dijual kepada para orang-orang kaya Nusantara. Itu ada kebenarannya tetapi bukan semuanya demikian. Malah mungkin berlaku sebaliknya kerana Bangsa Dayak dan Momugon tidak mengetahuinya. Bagaimana pula sekiranya dikatakan bangsa Monggolia itu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara?

Setelah meneliti dan menyusun fakta didapati Phoenisia adalah gelaran kepada anak Ham bin Noh a.s. yang bernama Kana’an. Apakah Nabi Noh a.s. itu Yahudi? Hebrew atau Israel? Sekiranya ada mengatakan demikian maka mereka telah lakukan kesilapan kerana ternyata Noh a.s.sehingga datuknya Adam a.s. berasal dari kepulauan Nusantara khususnya kepulauan yang kita kenali sebagai Filipina, Borneo sehingga ke Papua New Guinea. Jangankan Noh a.s. sedangkan Nabi Ibrahim a.s. sendiri bukannya Yahudi.
Nama ‘sejarah’ sendiri telah dimanipulasi dan ditokok tambah. Inilah produk rekaan yang paling jahat Yahudi kerana terbukti melalui Al-Qur’an ayat 67-68 dalam surah Ali ‘Imran, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan yang musyrik. Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim adalah mereka yang mengikuti Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta orang-orang yang beriman kepada Muhammad dan Allah adalah pelindung semua mereka yang beriman”.

Benarkah asal-usul para nabi terawal sehingga anak-anak Noh a.s. bermula di Asia Tenggara? Siapa sebenarnya Kana’an yang anak-anaknya dipanggil Phoenisia? Menurut para pengkaji sejarah Eropah yang juga bingung terhadap asal-usul bangsa Phoenisia ini mengatakan bahawa bangsa ini mendapat nama dari bangsa Yunani purba, Phoenikie bermaksud tinta ungu adalah kerana bangsa Phoenisia lah yang mula-mula memperkenalkan penggunaan warna ungu pada kain lalu dinamakanlah Phoenikie yang bermaksud bangsa dakwat ungu. Walhal sebenarnya disebabkan Phoenisia yang awal-awal perkenalkan warna tersebut sehingga penggunaannya meluas maka warna ungu celup itulah yang dipanggil Phoenikie sempena nama Phoenisia oleh Yunani purba. Beberapa perkara lagi menjadi kehairanan Eropah tentang Phoenisia ialah,
  • Dari mana asal-usul Phoenisia?
  • Mengapa mereka sangat mahir merentas lautan luas?
  • Mengapa mereka berkulit hitam dan berbibir tebal berambut kerinting?
  • Mengapa mereka terlalu handal menyelam sehingga 30 minit berada dalam laut dengan sekali nafas?
  • Mengapa mereka bertutur bahasa pelik?
  • Mengapa kapal mereka berjaya membawa pelbagai dagangan mahal seperti emas dan perak serta beberapa dagangan lain yang hanya boleh didapati di Asia Tenggara?
  • Mengapa mereka terlalu handal mengukir kayu dan batu?

Kapal laut Phoenisia atau Orang Laut begitu besar dan canggih. Sehingga abad ke-14 orang-orang Sulug di kepulauan Sulu masih menggunakan bentuk kapal yang sama iaitu muncung depan kapal ditinggikan sebagai pengimbang mata angin. Kapal besar biasanya dipanggilAdjung dan yang lebih kecil dipanggil Parakkua, Sakayan atau Sappit.

Inilah rupa bentuk Perahu Parakkua orang Sulug atau Orang Laut, disebut oleh Spanyol sebagai Caracoas. Kelajuannya yang mustahil dapat dikejar oleh Spanyol dan Belanda, kadangkala mereka panggil sebagai ”Kapal Lipas Kudung”.

Untuk membuktikan Phoenisia berasal dari Asia Tenggara kita perlu mengetahui apa maksud sebenar nama Phoenisia ini dan dari mana ia diambil. Sebenarnya ia diambil dari kata PUNT yang disebut oleh Raja-raja Mesir Purba iaitu Fir’aun. Kita lihat apa kata mistisfiles.blogspot.comtentang Punt,

“Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia, bukan badak Afrika! Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi, dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut. Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati(Queen Ati).”

Dimanakah lokasi sebenar bangsa Parahu yang diperintah oleh Raja Perehu itu? Didalan dunia bangsa yang dipanggil Pala’o atau bangsa berperahu ini adalah disekitar kepulauan Sulu hari ini. Sebutan Sulug terhadap Parahu ialau Palau @ Pala’u @ Pala’o. Sekiranya anda masuk ke ruang Google Earth membuat carian dengan menaip PALAU, Google akan menunjukkan tempatnya ialah antara kepulauan Filipina dan Irian Jaya atau Papua Indonesia hari ini. Tetapi mengapa disebut PUNT?

PUNT berasal dari kata Phoenyx sejenis burung lagenda yang dikaitkan dengan kekuasaan, kebebasan dan tuah yang baik. Sifat burung yang bebas terbang di udara adalah sama dengan bangsa Phoenisia yang bebas dibawa angin di lautan luas sehingga dengan mudah belayar mengelilingi glob. Di Kepulauan Sulu dari Luzon Filipina ke Borneo sehingga ke Irian Jaya kebiasaan manusia purba yang kita panggil Dayak dan Ayta hari ini menggunakan bulu burung Enggang (Hornbill), helang dan beberapa burung lagi yang besar-besar termasuk burung Merak dan Cenderawasih, digunakan sebagai perhiasan kepala dan pedang mereka sebagai lambang kekuatan dan kepahlawanan.
Selain dari burung Garuda, burung Cenderawasih juga dianggap burung Phoenyx yang siapa memilikinya akan dianggap bertuah dalam hidup, juga sebagai lambang kehebatan dan kekuasaan.
Phoenyx juga membawa maksud burung Garuda atau “Sumayang Galura” dalam bahasa Sulug dijadikan lambang sebagai simbol kehebatan dan kekuasaan. Inilah kepercayaan purba oleh anak-anak Adam yang mengagumi “Phoenyx” di negara kepulauan. Simbol yang kekal hari ini pada bangsa Dayak. Inilah perhiasan kaum lelaki bangsa Atlantis sejak dahulu kala lagi. Bulu burung Enggang disusun rapi dijadikan topi malah ulu parang atau pedang mereka diukir dengan imej burung mengikut kegemaran mereka termasuklah tatu. Dalam bahasa Sulug perkataanPunt-uk digunakan kepada puncak atau Pemimpin Tertinggi. Maka pemakian topi dengan menggunakan bulu burung Enggang diistilahkan sebagai orang yang berani dan sanggup menerima cabaran sesiapa sahaja. Pun dalam bahasa Sulug sendiri membawa makna “himpun”, adalah sesuai gelaran tersebut kepada Phoenisia yang menghimpun barang-barang dagang untuk dibawa ke seluruh dunia.

Apakah bahasa pertuturan bangsa Phoenisia? Sebenarnya mereka bertutur bahasa Mela @ Malapurba yang hari ini masih ditutur oleh bangsa di Kepulauan Sulu termasuk Filipina, Borneo dan asia Tenggara keseluruhannya. Bahasa ini kemudian dipanggil Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Bahasa Sulug dan bahasa Champa purba mempunyai banyak persamaan adalah kerana Raja-Raja Champa berasal dari kepulauan Sulu pada awalnya. Hal ini akan dibicarakan pada tajuk lain.

Hari ini bangsa Phoenisia di kepulauan Sulu telah dipanggil Samal atau Bajau dan Pala’o. Bangsa Sulug memanggil Samal Talun (bermaksud Bajau Rimba - Orang Asli atau bangsa Gunung) keduanya Samal Laud (bermaksud Bajau Laut) kepada bangsa Mela @ Mala. Phoenisia yang berasimilasi dengan bangsa Magog (Dayak) telah menghasilkan satu ras yang dipanggil Tausug @ Sulug hari ini.
Cucu Nabi Noah a.s. selain Phoenisia ialah Magog bin Japheth @ Yafits bin Noh a.s. putih kuning dan bermata sepet. Selepas banjir mereka hijrah ke utara Asia Tenggara iaitu China. Beranak pinak di sana sehingga sebilangannya tinggal di Monggolia. Bangsa ini kemudian dipanggil China, Jepun, Korea dan Monggolia. Bangsa Monggol menjadi manusia ganas dan penghancur peradaban ketika dulu sebab itulah mereka dipanggil bangsa Magog yang bermaksud Makjuj.

05- PHOENISIA: Dominasi Sulu Di Nusantara

Di sekitar kepulauan Sulu samada yang dikenali sebagai Filipina hari ini, kaum-kaum aslinya terlalu ramai. Mengikut penelitian kami beberapa kepulauan di Filipina sekarang mempunyai hubungan langsung dengan kepulauan Sulu sebagaimana Sulawesi, Borneo, Tanah Melayu, Sumatera dan kepulauan Jawa. Sekiranga diperhalusi, bangsa Phoenisia yang dilaporkan ribuan tahun dahulu mempunyai kulit hitam dan berambut kerinting sudah tidak ditemui lagi di sekitar kepulauan Sulu. Yang tinggal hanya cucu-cicit phoenisia sahaja lagi seperti kaum-kaum Bajau atau Samal yang sudah tidak kelihatan hitam adalah mungkin asimilasi yang berlaku sepanjang ribuan tahun yang lalu dengan kaum asli lain. Budaya Phoenisia yang asal sudah tidak kelihatan lagi pada Orang Laut atau Bajau hari ini.

Seperkara yang menarik dibicarakan ialah struktur masyarakat Sulu hari ini yang berkonsepkan Kesultanan yang mana susunan masyarakatnya bermula dari Sultan atau Raja, Datu, Panglima, Orang Kaya dan juga golongan rendah taraf hidupnya, tentunya adalah gambaran kepada bangsa kepulauan Sulu dan sekitarnya ribuan tahun yang lalu. Sebelum kedatangan Amerika Syarikat ke kepulauan Sulu, bentuk kehidupan masyarakatnya terbahagi tiga,
  • Penguasa (Datu, Panglima & Orang Kaya)
  • Rakyat biasa
  • Pekerja (Upahan & hamba)
Pada abad ke-14, Sultan hanya kepala penguasa tetapi yang berkuasa melebihi kuasa Sultan ialah para Datu, Panglima dan Orang Kaya. Kerana mereka inilah yang menguasai perdagangan di seluruh Asia Tenggara sehingga ke China. Kekuatan kerajaan terletak pada golongan elit ini. Golongan pekerja yang terbahagi dua, Orang Lucoes dengan Orang Laut. Walau pun wujud golongan hamba tetapi mereka diperlakukan seperti pekerja yang merdeka. Orang Laut atau Samal @ Bajau membawa barang dagang ke seluruh Asia Tenggara diiringi senantiasa oleh Orang-orang Lucoes. Perbezaan Orang Lucoes dengan Orang Laut hanyalah dialek bahasa Sulug (Sinug dan Sinama) dan warna kulit. Orang Lucoes menutur bahasa Sinug berkulit putih kuning manakala Orang Laut menutur bahas Sinama berkulit gelap. Kerjasama kedua-dua pihak ini telah menjadi fenomena di laut Nusantara sehingga terwujud satu istilah oleh sarjana barat sebagai Sulu Zone (kawasan kekuasaan, perdagangan dan pelanunan orang-orang Sulu).

Kembali ke masa lampau, Bangsa Laut (Phoenisia) atau Orang Laut atau pun yang dipanggil Samal-Bajao hari ini, sudah tentu mempunyai gaya hidup yang sama. Dalam sejarah Asia Tenggara, Orang Laut lebih terkenal dengan kepulauan Sulu berbanding lain kawasan adalah disebabkan dominasi para Datu yang berlangsung ribuan tahun dahulu. Hal ini juga turut berlaku dengan struktur masyarakat Sumatra. Orang Laut sangat terkenal ketika dulu di sekitar selat Melaka sehingga memenuhi kepulauan Riau kerana membawa dagangan dari Sulu. Wujudnya nama Datu di Sumatra di kalangan suku-suku kaum Batak adalah hasil perhubungan ribuan tahun dengan orang-orang Sulu. Batak adalah bangsa bertamadun sama dengan bangsa Toraja di Sulawesi. Sekiranya diperhalusi nama bangsa Toraja yang bermaksud Tau Raja sebenarnya adalah keluarga terdekat bangsa Buranun di Jolo Sulu yang terpisah ribuan tahun. Ia sama dengan bangsa Batak di Sumatra. Batak masih mempunyai tulisan nenek moyang mereka sehingga hari ini.
Berbanding Batak, kaum Toraja telah kehilangan tulisan mereka yang asal. Tulisan nenek moyang mereka telah digunakan oleh sepupu-sepipit mereka seperti kaum Bone dan Makassar yang dinamakan lontara Bugis. Bangsa yang punya tulisan sendiri adalah bangsa yang punya ketamadunan yang hebat di masa lalu.


06- PHOENISIA: Lambang Ketamadunan Dunia
Bangsa Phoenisia adalah Bangsa Laut penjelajah glob tunggal tiada tolok bandingnya dalam dunia. Dianggarkan antara tahun 6000 SM hingga 4000 SM mereka adalah satu-satunya manusia yang dilihat berulang alik dari kepulauan Sulu (dinamakan Philippines hari ini oleh penjajah) keLaut Meditranian. Negeri-negeri yang terdapat disepanjang laluan mereka turut menerima manfaat kerana mereka singgah sambil berdagang. Bangsa Laut ini telah menjadi fenomena yang mencetuskan tamadun-tamadun baru kemudiannya. Antara kawasan persinggahan mereka yang terkenal ialah,
  • China
  • Sulu (Permulaan tempat keluarnya matahari)
  • Kalimantan
  • Sulawesi
  • Jawa
  • Jambi/Palembang (Selat Melaka)
  • Kedah Siam (Selat Melaka & Laut China Selatan)
  • Aceh (Laut India & Selat Melaka)
  • Burma (Laut India)
  • India (Sungai Ganga)
  • Iraq (Muara Sungai Tigris & Euphrates)
  • Mesir (Sungai Nil)
  • Andalusia (Spanyol- Laut Meditranian)
  • Syiria (Kana’an – Laut Meditranian)
  • Yunani (Greece – Laut Meditranian)
  • Palestin (Israel Laut Meditranian)
  • Peru (Maya – Laut Pasifik & Atlantik)
Negeri diwarnakan merah kesemuanya adalah tamadun-tamadun purba dunia yang bermula di muara sungai. Ribuan tahun sebelum negeri-negeri tersebut menjadi tamadun dunia, Bangsa Laut sudah mula datang berdagang. Sungai dan laut adalah identiti Bangsa Laut ini. Kerana disitulah mereka boleh berlabuh dan memunggah barang dagangan. Kekurangan dan keperluan utama setiap negeri tersebut akan dipenuhi oleh mereka. Besi, emas, perak, gangsa, bijirin, kain, binatang berharga (Merak & Cenderawasih), kesenian dan tulisan dan bermacam-macam lagi telah mereka angkut dalam kapal-kapal layar mereka.

Bahasa dan Tulisan:

“The recorded history shows a group of coastal cities and heavily forested mountains inhabited by a Semitic people, the Canaanites, around 4000 BC.” (*www.lgic.org/)
Jelasnya Kana’an bin Ham bin Noh a.s. dianggap Semitik (Israel & Arab) adalah kerana termasuk dari jalur keturunan Nabi Noh a.s. seterusnya Bani Israel. Telah kami sebutkan di tajuk yang lepas bagaimana Adam a.s. dan keturunannya yang awal bermula di kepulauan “Sebelah Timur”. Kemahiran mereka di laut telah membawa mereka ke pelusuk dunia sebab itu mereka dikatakan manusia yang tinggal di tepi-tepi pantai. Adam a.s. bukannya bangsa Semitik samada Israel atau Arab dan bukan juga Hebrew. Bani Kana’an adalah bangsa A’jam (bukan Arab) yang bertuturBahasa Kepulauan sebagaimana moyang mereka Adam a.s. Keturunan Adam a.s. yang awal jauh lebih mahir dari bangsa Arab dan Israel yang lahir kemudiannya.
“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 31.

Menurut para ulama, dinamakan Adam itu Adam kerana diambil daripada kalimah “Udmah” yang mewakili kepada warna dan jenis tanah. Inilah yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama tafsir seperti al-Syaukani di dalam Fath al-Qadir. Di dalam al-Khassaf, dinyatakan bahawa nama Adam adalah nama A’jam (bukan Arab). (*ummatanwasatan.net)
Dalam sejarah tulisan-tulisan terawal dunia, Bani Kana’an adalah satu-satunya bangsa yang perkenalkan tulisan. Bangsa Eropah samada Yunani (Greece), Israel dan Arab mendapat tulisan mereka dari jalur Kana’an.
“Around 1600 B.C. the Phoenicians invented 22 ‘magic signs’ called the alphabet, and passed them onto the world. The Phoenicians gave the alphabet to the Greeks who adopted it; the evolution of the Phoenician Alphabet led to the Latin letters of present-day”. (*www.lgic.org/)


Melihat carta di atas Phoenisia terdapat nama Proto-Canaanite (Kana’an purba). TentulanKana’an purba menggunakan tulisan-tulisan berasal dari Asia Tenggara. Kalau benar ianya di Asia Tenggara maka dimanakah tulisan-tulisan tersebut hari ini? Dunia hari ini lebih mengagungkan dan menggunakan tulisan Rumi termasuklah Nusantara. Sebenarnya tulisan Phoenicia di beberapa tempat Asia Tenggara telah mengalami perubahan ketika pengaruh India datang menguasai Sumatra. Kononnya tulisan Nusantara berasal dari tulisan India, inilah yang diyakini oleh para sarjana Timur dan Barat. Tulisan Kawi-Pallava India sendiri sebenarnya berasal dari Nusantara sebelum India kembangkannya menjadi bentuk tulisan mereka sendiri. Ia sama dengan Thai dan Burma. Di Sulu yang menjadi hentian utama bangsa Phonesia sendiri saat akhir menggunakan tulisan Kawi ialah sebelum kemasukan Islam abad ke-14. Di Butuan, Mindanao Utara, telah ditemui mohor logam yang bertulisan Kawi dipercayai sezaman dengan Kerajaan Kediri di Jawa Timur abad ke-11 yang juga turut menggunakan tulisan Kawi.
Butuan, Cebu-Visaya hingga ke Manila sejak dahulu kala menutur bahasa Sulug dan telah lama menggunakan tulisan Kana’an Purba sebelum diguna dan dibuat perubahan oleh Phoenisia di sekitar Laut Meditranian. Kepulauan Sulu yang menjadi pusat pemerintahan ketika itu adalah Metropolitan kepada semua kepulauan sekitarnya sebelum era Tamil Pallava di India lagi.Persoalan yang masih mengganggu kotak fikiran kita apakah benar Nusantara meniru atau mencedok tulisan Pallava India? Hal ini perlu dirungkai dan diperhalusi. Apakah Bangsa Phoenisia dan Kana’an Purba yang duduk di Asia Tenggara ribuan tahun lalu menggunakan tulisan India?


Cop mohor tembaga yang ditemui di Butuan, Mindanao Utara. Tulisan Luntar yang dipanggil ‘Alibata’ oleh Filipina tertera dengan jelas pada permukaan mohor.
Yang benar ialah India menggunakan tulisan Kanaa’an Purba yang berpusat di Nusantara. India yang menjadi laluan Phoenisia dari Nusantara ke Eropah menjadi asas kajian dari mana asal-usul tulisan tersebut. Tinggal lagi India menjadi pusat peradaban menyebabkan kebudayaan dan kesusasteraannya tersebar shingga ke Nusantara. Penyebaran ajaran Hindu-Buddha di kepulauan berdekatan India yang ajarannya ditulis oleh sami-sami mengguanakn tulisan Pallava menyebabkan wujudnya pendakwaan ”Tulisan Purba Nusantara berasal dari India”. Beberapa faktor dan kesannya perlulah dijelaskan mengapa India pada hujung Milenium Pertama sebelum Masihi menjadi maju sehingga dikatakan berada dikemuncak “Ketamadunan” yang menyebar pengaruhnya sehingga ke Asia Tenggara,
  • Menjadi persinggahan utama Bangsa Laut (Phoenisia) sebelum meneruskan perjalanan ke Sumeria (Mesopotamia) dan Meditranian dari Kepulauan Sulu dan Champa.
  • Ia menjadi tumpuan Mesir Purba, Kerajaan Bani Israel dan Mesopotamia (Iraq) kerana dianggap sebagai tempat suci dimana bermulanya awal kehidupan manusia. Konononnya di situlah tempat “Garden of Eden” yang sebenar.
  • Tanggapan tersebut membawa kepada kemasukan Bangsa Aryan (Parsi) menduduki India pada tahun 1600 SM dan bermulanya cahaya pembangunan dan kekuasaan di sana.
  • Abad ke-4 hingga abad ke-3 sebelum Masihi bermulalah Empayar Maurya di India. Sejak itu pengaruh India menyebar ke Asia Tenggara membawa fahaman agama, budaya dan kesusasteraan (Tulisan Pallava).
Walhal “Garden of Eden” didapati bukanlah India sebenarnya tetapi masih berada nun jauh di kepulauan Nusantara Sebelah Timur. Dari manakah asal-usul bangsa India? Hal ini akan turut melibatkan pertanyaan ”Mengapa bangsa India berkulit hitam?” Jawapannya ialah, merekalah anak-anak bangsa Phoenisia yang sejak zaman purba menduduki muara Sungai Ganga. Sebab itu mengapa mereka sangat-sangat memuliakan ”Aliran Sungai” adalah kerana asal-usul nenek moyang mereka datang dari sana. Merek adalah anak-anak Noh a.s. yang berasal dari Nusantara. Maka jelaslah tulisan India berasal dari Nusantara bukan sebaliknya. Kalau demikian apakah rupa bentuk tulisan Nusantara yang sebenarnya? Adakah sama dengan tulisan Phoenisia purba di sekitar Laut Meditranian?


Tulisan bangsa Sulug Purba yang dipanggil Alibata oleh Filipina. Sebenarnya nama Alibata adalah nama baru yang dimasukkan oleh pendakyah Kristian diambil dari kata ”Alifbata” tulisan Arab. Nama yang tepat ialah apa yang digunakan oleh bangsa Sulug sehingga hari ini iaituLuntar.
Bangsa-bangsa Mindanao Utara sejak zaman purba menutur bahasa Sulug. Mereka inilah yang dipanggil sebagai Bangsa Visaya hari ini oleh Filipina. Mereka menggunakan satu bentuk susunan abjad tulisan purba yang dibawa oleh pedagang awal leluhur bangsa Phoenisia (Kana’an Purba) ke India sebelum dibawa ke Laut Meditranian. Tulisan ini kemudiannya telah mengalami perubahan mengikut keadaan setempat di Laut Meditranian yang menular sehingga ke India.


Carta menunjukkan tulisan-tulisan Nusantara yang mengalami evolusi tetapi tidak kepada tulisan Butuan @ Sulug. Menunjukkan kebenaran tulisan Sulug atau Butuan adalah asli sejak permulaan. Tidaklah keterlaluan sekiranya disongsangkan iaitu tulisan Alibata Sulug di atas menggantikan tulisan Pallava India dan tulisan Pallava diletak di bawah. Kami gantikan nama Tagalog kepada Butuan dan Sulug dari web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava


Bangsa Sulug di kepulauan Sulu masih menyebut bahawa tulisan mereka ialah “Luntar” bukannya tulisan Rumi atau Arab. Sebab itu mengapa seorang pengkaji sejarah bernama Samuel Tan mengatakan bahawa tulisan Sulu yang dinamakan “Luntar” telah hilang. Hilang yang beliau maksudkan mungkin penggunaan tulisan tersebut kerana Bangsa Sulug ketika era Kesultanan telah menggunakan “Surat Sug” iaitu tulisan Arab. Tetapi pada abad ke-20 tulisan tersebut telah ditemui yang kemudian Filipina panggil sebagai “Alibata”.

“The Alibata term was introduced in the early 1900s by Dean Paul Versoza of the University of Manila, it originated from the first two letters of the alphabet of the Maguindanao, used in the southern Philippines and derived from Arabic. (The term is associated with the first two letters, alif and bet.) It is called baybayin, which means “to spell” in Tagalog”. (*alibatascript.blogspot.com/)

Tulisan kepulauan Sulu (Butuan, Cebu, Manila) yang dikenali sebagai Luntar ini telah mula ditinggalkan kerana kemasukan Islam (Arab) dan Kristian (Spanyol) pada awal abad ke-14 dan ke-15. Berkenaan tulisan Batak (Kerinci, Rejang, Rencong dll), Kawi Jawa dan Bugis sebenarnya adalah dari variasi tulisan terawal lebih awal dari India selain dari Luntar Sulug. Tetapi telah diIndiakan hanya kerana dominasi fahaman Hindu dan Buddha ketika dulu. Dalam artikel FATHI ARIS OMAR bertajuk ”Melayu pencipta nombor ‘kosong’?” menyatakan,

“Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut ”etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim.”

Surat Batak Sumatra


Inilah Lontara Batak yang orang-orang Batak sendiri panggil Surat Batak. Keyakinan kami bahawa Lontara Batak adalah antara variasi tulisan terawal dunia Bani Kana’an di Asia Tenggara. Kalau diperhatikan Surat Batak adalah seolah-olah evolusi dari tulisan India era Sanskrit (Kawi-Pallava). Apakah benar ianya evolusi dari tulisan Pallava India? Atau India yang mencedok tulisan Nusantara?

Peradaban Atlantis sudah tentu mempunyai tulisan sendiri beribu tahun yang lalu. Kemajuan yang dibangunkan oleh anak-anak Adam a.s. di Asia Tenggara dengan bukti bahawa Bani Kan’aan adalah bangsa pelayar dari “Negeri tempat keluarnya matahari” menunjukkan kebenaran teori Sunda-Land. Fokus kepada kepulauan Sulu (Pulau-pulau Filipina) pusatnya Atlantis yang kemudian setelah berlaku gegaran gempabumi dan letusan gunung berapi menyebabkan penduduknya berselerak ke seluruh Nusantara. Beberapa suku kaum belayar selamatkan diri ke tanah besar (Champa), Sulawesi, Jawa dan Sumatra membawa bersama mereka kemahiran, kebudayaan dan kesusasteraan tempat asal mereka. Bangsa Batak dan Bangsa Toraja mereka adalah pelayar termasuklah orang-orang Champa purba. Namun beribu tahun lamanya sebilangan besar mereka mula menyusup ke gunung-gunung untuk memulakan kehidupan baru.

Penggabungan semula bangsa Batak (termasuk Minangkabau dan Melayu Jambi/Palembang), Bangsa Aceh, Bangsa Toraja (Bugis), Bangsa Dayak Kalimantan dan Sarawak, Bangsa Jawa, Tanah Melayu sehingga ke Champa-Kemboja serta Bangsa Visaya di kepulauan Filipina bergabung semula mewujudkan kesatuan untuk mengembalikan “Kerajaan Atlantis” yang baru. Mengembalikan semula sejarah Bani Adam ke asalnya dengan mengamalkan semula “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” berdaulat di bumi Nusantara.