Wednesday, June 8, 2011

Shalahuddin Al-Ayyubi




                 Beliau dilahirkan di Takrit, Iraq pada tahun 532 Hijrah/1138Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193M di Damsyik. Beliau adalah pengasas daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yg paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.



Hasutan Sang Paderi

Jurusalem merupakan kota suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni, Islam, Yahudi dan Kristian.Didalam kota inilah letaknya Masjidil Al-Aqsa yg dibangunkan oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah.Ketika Nabi Muhammad s.a.w. Isra’ singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit.Nabi Isa a.s. juga dilahirkan di Baitullahham berdekatan kota Jurussalem ini.

Dimasa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23H /634-644) Jurussalem dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai.Khalifah Umar sendiri datang ke Jurussalem untuk menerima penyerahan kota suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad lamanya kota itu berada  dibawah  pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang  untuk mengerjakan haji di kota suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya.

Orang-orang Kristian dari Eropa datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yg besar dengan membawa obor-obor dan pedang seperti tentera.Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.Sebelum Jurussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam kerana dasar toleransi agama.
Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibenarkan, dgn 
alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan yg mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru hara.

Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 jemaah haji yg terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.Itulah yg membimbangkan Kerajaan Seljuk.Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah Haji Kristian itu sendiri.

          Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah tanggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua agama mereka telah berkempen  bahawa kebebasa agama telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.
Patriach Ermite adalah paderi yg paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian.Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi Paderi, berwatak kepala angin dan mudah marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam  dan berpakaian compang camping.

         Dia telah berpidato dihadapan orang ramai sama ada didalam gereja, dijalan-jalan raya atau  dipasar-pasar.Dia menceritakan samada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian keatas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk.Diceritakan bahawa Jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jurussalem.
Serentak itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk  membebaskan Jurussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urban II mengumumkan ampunan  seluruh dosa bagi yg bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya.



         Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci.Mereka yg ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib dibadannya, Oleh kerana itulah perang ini disebut “Perang Salib”

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timut Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menuggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan.Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat mempmpin mereka.Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan seramai 20,000 datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keeluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan.Sepanjang perjalanan, mereka diizinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk.Setiap penduduk negeri yg dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yg sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk.

              Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam.Walaupun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas.Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yg mengerikan.Dari 300,000, hanya 7000 sahaja yg selamat sampai  di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.
Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, kaum muslimin yg dipimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang.Maka terjadilah pertempuran  sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yg berakhir dengan hancur binasanya  seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yg dipimpin oleh para Rahib yg tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yg dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemud dari Normandy dan Raymond dari Toulouse.Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wilayah Islam bagaikan air bah.


Pasukan kaum muslimin yg hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian dibawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.Satu persatu kota dan benteng kaum muslimin jatuh ketangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yg lain sambil menyusun kekuatan  dan taktik baru.Bala bantuan kaum Salib dating mencurah-curah dari Negara-negara Eropah.Sedagkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yg lain kerana mereka sibuk dengan kemelut masing-masing.



               Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja.Mereka telah berjuang  dengan jiwa raga mempertahankan kota suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ketangan pasukan Salib.

         Berlakulah keganasan luar biasa yg belum pernah terjadi dalam sejarah manusia. Kaum kafir Kristian telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat dasyat.Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan  Kristian yg enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yg sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yg terdiri dari berbagai agama dan bangsa.



             Seorang ahli Perancis, Michaud berkata “pada saat  penaklukan Jurussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan dirumah-rumah.Jurussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yg kalah itu.Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yg lain berkerumun di Istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di Masjid-masjid.
Namun mereka tidak dapat menyembunyikan  diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.Tentera Salib yg menjadi tuan di Masjid Umar, dimana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adengan-adengan yg mengerikan yg menodai penaklukan Titus.Tentera Infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan.Ditengah huru hara yg mengerikan  itu yg terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yg menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yg cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.



              Raymond d’Agiles yg menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan:” Dibawah serambi  Masjid yg melengkung itu, genangan  darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.”
Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran diatas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja ucapan itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.Seterusnya Michaud berkata : “Semua yg tertangkap yg disisakan dari pembantaian pertama, semua telah diselamatkan untuk mendapat kan upeti, dibantai dengan kejam, Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup-hidup, diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan di korbankan ditiang gantungan.


“Air mata wanita,tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredakan nafsu membunuh orang-orang yg menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yg berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya denga perhambaan atau kerja paksa yg mengerikan.”



      Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yg “Bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakkan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yg memutuskan supaya dibunuh sahaja semua penduduk Baitul Maqdis yg terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yg tidak memberikan pertolongan  kepada mereka yg jumlahnya mencapai 60,00 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yg terkecuali. 

           Ahli sejarah Kristian yg lain, Mill mengatakan : “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yg kalah itu diheret ketempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yg sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan  tempat-tempat yg tidak berpenghuni di Jurussalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yg koyak-koyak.Tidak ada hati yg lebur dalam keharuan atau yg tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.

Kemunculan Panglima Shalahuddin

Jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ketangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota suci yg telah  dikuasai  lebih 500 tahun itu  boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah  belah.Para Ulama telah berbincang dangan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil  berat  dalam perkara ini. Usaha  mereka berhasil. Setiap penguasa  negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota suci tersebut. Diantara pemimpin yg paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki  dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

                   Setelah hampir 40 tahun  kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir kedunia, yakni pada tahun1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan.Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyur dan  beliau pulalah yg memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin. Selain itu, Shalahuddin juga mendapat  pendidikan  dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yg telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria atau Mesir.


                      
                          Dalam setiap peperangan yg dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya muda. Pada tahun 549 H/1154M, panglima  Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik.Shalahuddin yg ketika itu baru berusia  16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558H/1163M Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin  yg ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di mesir yg diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yg semakin lemah. Usahanya berhasil.

   Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir AdhidLidnillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani penjanjian.Akan tetapi, Wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular dikalangan istana dan rakyat. Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis  dan meminta bantuan dari pasukan Salib  untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir.Pasukan Salib yg dipimpin oleh King Almeric dari  Jurussalem menerima baik jemputan itu.Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.



                         Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad.Lalu dipersiapkan tentera yang besar yang  tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam.Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini  bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali.



                         Panglima Shirkuh dan Salahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan  Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi.Khalifah Al-Adhid Lidnillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua.Suatu  hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi disitu. Shalahuddin segera menangkap Shawar, dibawa keistana dan kemudian dihukum bunuh.

Khalifah Al-Adhid melantik penglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat,.Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya  mengadakan pembersihan di kota-kota sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan Bandar-bandar lain termasuk Bandar perdagangan Iskandariah.

Menutup Daulat Fatimiah

Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565H/1169M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki.Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya.



Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Shalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad.Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh dalam selimut  betul-betul lumpuh.
Barulah  pada tahun 567 H/1171Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalid Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar  yang berlaku didalam negerinya dan tidak mendengar bahawa khutbah Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan kebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah.

                     Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulat Fatimiyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah  selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlusunnah diseluruh Negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah wazir besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam.Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih lagi di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadni dan Emir Nuruddin Zanki.
Mereka sangat  berterima kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi kerana kebijaksaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlusunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.



Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam

Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur startegi dan  berani dimedan tempur, Shalahuddin berhati lembut, tidak mahu menipu atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang  dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau tentera Salib dari bumi Jurussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu padukan wilayah-wilayah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi.

     Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia kepada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al-Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Shalahuddin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih kerana selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang.



            Akan tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan mendoakan Mulk al-Saleh dalam setiap khutbah Jumaat bahkan mengabdikannya pada mata wang syiling. Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum Salib, barulah Shalahuddin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh.Tidak lama kemudian Ismail Wafat, maka Shalahuddin menyatukan Syiria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubi dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama.
Tiada berapa lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hujaz kedalam kekuasaanya yang besar. Negara di Afrika yang telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat.Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun.Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin dibawah kekuasaannya sangat mencintainya.Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.



Perjuangan Merebut Baitul Maqdis

  Setelah merasa kuat, Sultan Salahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan  dan masalah yang dialami oleh beliau sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah  mengajak tentera Salib untuk berdamai.
Pada lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Salahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka  menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah membuat persiapan yg secukupnya. Ternyata memang betul , baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Sultan Shalahuddin segera  bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir ditawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar.


   Suatu kejadian yang mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang penglima Salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk  menyerang kota Suci Mekkah dan Madinah.Akan tetapi pasukan ini hancur binasa di gempur mujahid Islam di Laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem.
    Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu iringan kafilah kaum Muslimin yang didalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Shalahuddin.Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya menyerang kafilah  tersebut dan menawan mereka termasuk  saudara perempuan kepada Shalahuddin.Dengan angkuhnya Cont berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?”

   Seorang anggota kafilah  yang dapat  meloloskan diri terus lari dan melaporkan kepada Sultan apa yang telah terjadi. Sultan sangat  marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan mengirim perutusan ke Jurusalem agar semua tawanan  dibebaskan. Tapi mereka tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya untuk  menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat  sengit di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang Hittin. Dalam pertempuran ini, Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang  berjumlah  45,000 orang hancur  binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke Damaskus.



 Count Rainald yang  telah  menawan  saudara  perempuan Sultan dan  mempersendakan Nabi Muhammad itu  digiring kehadapan beliau.”Nah, bagaimana jadinya yang telah Nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau ini? Tanya Sultan Shalahuddin.
Shalahuddin mengajak Cont agar masuk Islam, tapi dia tidak  mahu. Maka dia pun dihukum bunuh  oleh kerana telah menghina Nabi Muhammad.

Kembali ke Pangkuan Kaum Muslimin

Setelah melalui berbagai peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau mengepung Jurussalem selama empat puluh hari membuat penduduk didalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan  kekurangan  keperluan asas. Waktu itu Jurussalem dipenuhi dengan  kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.

    Pada mulanya Sultan menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin  bertindak  seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan  tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu.


   Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian didalam kota itu sebagai  membalas dendam keatas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan  serangan keatas kota itu dengan anak panah dan manjanik.





 Kaum Salib membalas serangan  itu dari  dalam benteng.Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh  serangan kaum Muslimin.Para  pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar masuk.Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin menyatakan  hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan.




  Akan tetapi Sultan menolak sambil berkata: “Aku tidak akan menaklukkan kota ini kecuali dengan kekerasan.Aku tidak akan membiarkan seorang Kristian  pun melainkan akan  kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.” Setelah  usaha diplomatik  mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jurussalem sendiri datang menghadap Sultan dengan merendah  diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya.
   Akhirnya ketua Kristian itu berkata : “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan  kami, kami akan balik  dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh  anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan kami bakar.
  “Kami juga akan memusnahkan Kubah Shakrah’, kami akan hancurkan  semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak  ada apa-apa lagi yang  kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun yang boleh membunuh kami sehingga sebilangan  orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?”

  Setelah mendengar kata-kata nekad dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan  dan bersedia untuk  memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat  yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti  menebus sumpahnya dengan membayar Kirafat sebagaimana yang telah disyariatkan.Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan  syarat  penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi  lelaki wajib  membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja.Barangsiapa yang tidak  mampu membayar  tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan  berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin.


      Mereka boleh pergi kemana-mana tempat yang aman untuk  mereka.Mereka diberi tempoh selama empat puluh hari untk memenuhi syarat-syaratnya, dan barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehingga lewat dari waktu itu, ia akan menjadi  tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba.

    Maka pada hari Jumaat 27 rejab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Maqdis.Mereka melaungkan “Allahu Akhbar” dan bersyukur kehadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis  disetiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki  kota itu. Para Ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin diatas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Israk’ Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa.Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar  rahib dan patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku Khatib atas izin Sultan Shalahuddin .


      Kejatuhan Jurussalem ketangan kaum Muslimin telah  membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma  wajib untuk melawan Shalahuddin yang  hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun dmikian, Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jurussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ketiga itu, Sultan Shalahuddin pulang kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.. amin.


    Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, warak, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji.Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurahnya dan  pemaaf di akui oleh lawan dan kawan.Seorang penulis sejarah mengatakan : “Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (khulafaaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota  terbenam  dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.

     Sultan Shalahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumannya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga  waktu-waktu solat dan  mengerjakannya secara berjamaah.
  Dikatakan bahawa  beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri ditempatnya, beliau sudah siap dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Didalam bidang Hadis, beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

             Didalam buku ‘The Historian’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut:
Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada pekembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Immamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. “Beliau sangat displin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil kedepan  pengadilan. Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam”.

       Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang  mengepalai Negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya  meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun.Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang  jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

        Kain yang dibalu kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang diipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikan tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullah anh.






         Ketika ini ditulis, Baitul Maqdis sedang berada didalam kekuasaan Zionis Yahudi dengan  negaranya Israel yang dipaksakan. Jika sekiranya ada kepala Negara yang bersifat seperti Sultan Shalahuddin di Timur Tengah sana, Insya Allah, Baitul Maqdis dapat direbut semula oleh kaum Muslimin..


Lawan tetap Lawann!!


No comments:

Post a Comment