Monday, January 6, 2014

Rahsia disebalik Bunga Teratai


 Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman ‘genus Nelumbo’ seperti seroja dengan ‘genus Nymphaea’ (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.

Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji,Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu: Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. 
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain. Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
 
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah,zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. 

Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk. Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.

No comments:

Post a Comment