Tuesday, February 22, 2022

Jejak Nabi Ibrahim dan Bani Israel





Jejak Nabi Ibrahim  dan Bani Israel

1Nabi Ibrahim  [QA] berhijrah dari Ur ke Hebron. [Q21:71] & Allah SWT memberkatinya menjadi bapa para Nabi. فقد آتينا آل إبراهيم الكتاب والحكمة [Q4:54 | keturunan] Dua anaknya:

Nabi Ismail  [QA] daripada isterinya Hajar menjadi bapa Bani Ismail
Nabi Isha  [QA] daripada isterinya Sarah menjadi bapa Bani Israel
2Allah SWT memerintahkan supaya Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Namun dia tetap melawati mereka. Kemudian, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah di Mekah - iaitu rumah ibadat pertama dibina untuk Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa. [Q3:96-97]
3Nabi Ishak juga mewarisi Nabi Ibrahim. Dia menjadi bapa kepada Nabi Yaakob . [QA] Manakala Nabi Yaakob, yang juga dikenali sebagai Israel, pula menjadi bapa kepada 12 anak lelaki Bani Israel. Namun, sikap cemburu anak-anak lelakinya telah membuang Nabi Yusuf . [QA] Dalam usia muda, Nabi Yusuf telah dijual dan menjadi hamba di Mesir, namun akhirnya dia diberkati oleh Allah SWT dengan kenaikan pangkat sebagai orang kepercayaan raja. Kemudian, musim kemarau melanda, dan adik-beradiknya datang meminta bantuan. Keluarga mereka bertemu semula, dan Nabi Yusuf menyambut baik keluarganya berpindah ke Mesir.
4Namun setelah keturunan berlalu, seorang Firaun yang zalim menaiki takhta. Dia menindas Bani Israel. Maka Allah SWT mengutuskan Nabi Musa  [QA] dan Nabi Harun  untuk menjemput Firaun kepada kebenaran, dan menyelamatkan Bani Israel. Penindasan itu adalah ujian yang sungguh getir. Akhirnya, Bani Israel berhijrah keluar dari Mesir ke Sinai dan diberkati oleh Allah SWT dengan Tabut Perjanjianولقد أخذ الله ميثاق بني إسرائيل [Q5:12 | Q45:16 QA]

بسم الله الرحمن الرحيم
ونريد أن نمن على الذين استضعفوا في الأرض ونجعلهم أئمة ونجعلهم الوارثين

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi [Al-Quran 28:5] | Q45:16
5Akhirnya, Bani Israel tiba di Tanah Dijanjikan. [Q7:137] Namun ia menjadi tanah larangan bagi mereka yang enggan memasukinya bersama Nabi Musa, mereka merayau-rayau di padang pasir selama 40 tahun. [Q5:20-26] Kemudian, Bani Israel telah diusir dari rumah dan keluarga mereka, lalu mereka memohon seorang raja sebagai pemimpin bagi menghadapi peperangan. Allah SWT melantik Talut [QA] sebagai raja pertama Bani Israel. Di bawah kepimpinan Talut, mereka menewaskan Jalut. Kemudian, Allah SWT melantik pula Nabi Daud  [QA] sebagai raja. Nabi Sulaiman  [QA] mewarisi takhta ayahnya, dan Allah SWT memberkati kerajaan itu menjadi yang paling hebat di sepanjang zaman. [Q38:35] Nabi Sulaiman membina Masjidil Aqsa (Rumah Ibadat Jerusalam yang pertama).
6
بسم الله الرحمن الرحيم

... وقطعناهم في الأرض أمما
Dan Kami pecahkan mereka berpuak-puak (yang bertaburan di merata) dunia ... [Q7:168]

فإذا جاء وعد الآخرة جئنا بكم لفيفا ...
... apabila datang masa akhirat, Kami datangkan kamu dengan bercampur-aduk. [Q17:104]

אנכי מצוה והנעותי בכל הגוים ...
... את בית ישראל כאשר ינוע בכברה
... Aku akan menggoncangkan Bani Israel di kalangan semua bangsa seperti mana bijirin digoncang pada ayak ... [Amos 9:8-9] | serta Genesis 28:14
Tetapi setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaan itu mula runtuh dan berpecah - kepada Kerajaan Israel di utara (didiami 10 suku Bani Israel, seperti Samaritan) & Kerajaan Judah di selatan (didiami suku Yahudi). [Q 45:16-1732:23-25]
Akhirnya, Israel ditawan Empayar Assyria, lalu diusir dan menjadi 10 Suku yang hilang. Manakala Judah pula ditawan Empayar Babilon, lalu suku Yahudi turut diusir. Bani Israel tersebar ke seluruh dunia.

Apabila Babilon menghancurkan Masjidil Aqsa & Tabut Perjanjian hilang - mereka meratapi kemusnahan Rumah Ibadat Jerusalam.


Akan tetapi, ada sekumpulan Bani Israel iaitu Samaritan terselamat daripada pengusiran. Mereka tetap mendiami Tanah Suci.


Kemudian datang Raja Parsi, Cyrus agung dari timur; di bawah pemerintahan Parsi, Masjidil Aqsa dibina semula (Rumah Ibadat Jerusalam yang kedua) serta Yahudi dibenarkan kembali daripada pengusiran. Kemudian datang pula Raja Macedonia, Iskandar agung dari barat; lalu budaya Greek tersebar luas sehinggakan sekumpulan Yahudi mengamalkan budaya Greek, malah Perjanjian Lama diterjemah kepada bahasa Greek.

Apabila Empayar Rum pula memerintah, Masjidil Aqsa telah hebat diperluaskan oleh Herod. Inilah Masjidil Aqsa yang didatangi oleh Nabi Isa  [QA] — bersamanya ialah Nabi Zakaria  [QA] , Nabi Yahya  [QA] ; serta ibunya, gadis suci Maryam RA [QA].

Sekumpulan Bani Israel mempercayai Nabi Isa, namun sekumpulan lain menolaknya. Jadi, mereka berpecah lagi kepada Yahudi dan Kristian. Setelah pelbagai dugaan getir,  [Q4:155-159] akhirnya tentera Rum menghancurkan Masjidil Aqsa & mengusir Yahudi. Sekali lagi, mereka meratapi kemusnahan Rumah Ibadat Jerusalam. [Q17:4-7]

Dan sehingga hari ini, mereka berdoa agar Rumah Ibadat yang ketiga dibina semula.

No comments:

Post a Comment