Tuesday, February 14, 2012

Piramid sebenarnya berasal dari Nusantara

                                      
Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.


 Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. 

Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.


 Sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan dari negara jiran sendiri yang menunjukkan bahawa budaya . Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland dan kebanyakan teori ini memang benar. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan Sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudoscience dan arkeologi terlarang. Seperti yang kita tahu sebenarnya banyak penemuan arkelologis yang terpaksa dirahsiakan oleh kerajaan-kerajaan tertentu kerana ia bercanggah dengan teori-teori ilmuan perdana. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.



Di negara jiran kita Indonesia beberapa Ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.


Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA, dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10 000 b.c? jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa Pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh.



Mungkin maklumat ini terlalu asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada asasnya. Seperti yang telah saya katakan, Ahli-ahli arkelologi Indonesia sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan step piramid yang berusia beribu-ribu tahun lebih tua dari piramid Mesir! Salah satu tapak yang telah dikenal pasti oleh geologis dan arkelologis Indonesia ialah di gunung Lalakon, Bandung. 

                                    gunung lalakon
Menurut mereka setelah mereka mengadakan ujian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia. Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mengklaim masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.


BENTUK GUNUNG LALAKON ADALAH TIDAK UBAH SEPERTI PIRAMID. MAMPUKAH ALAM SEMULAJADI MEMBENTUK PIRAMID SEBEGINI?

Boleh lihat kajian mereka disini : Kajian Gunung Lalakon

PUNDEN BERUNDAK DI JAWA BARAT YANG BERBENTUK PIRAMID


Lihat gambar-gambar gunung di Indonesia yang dikaitkan dengan Piramid











Adakah penemuan ini sama seperti penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat maklumat bahawa penggalian di Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh lembaga Arkeologi yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indoneisa agaknya?




                                        
                                                  Foto yang diambil pada tahun 1973  

Jika Bukit Visocica yang mempunyai tinggi antara 200-230 meter dari permukaan laut ini jika kita pandang dari jarak rdius sejauh 700 meter lebih, seakan-akan membentuk sebuah bangunan piramid.

Bukit Visocica yang merupakan tempat piramid  utama diberi nama "Bosnian Sun Pyramid", sedangkan dua bukit yang lebih kecil disekelilingnya masing-masing diberi nama "Bosnian Moon Pyramid" dan "Bosnian Dragon Pyramid".

Para arkeolog percaya,bahwa penemuan Piramida di Visoko ini akan mempunyai implikasi lebih lanjut terhadap perubahan pengetahuan sejarah didunia. Dengan membandingkan teknik pembinaannya, Bosnian Piramid mungkin saja dibangun oleh orang-orang sama yang juga telah ikut terlibat dalam pembuatan The Great Piramid Giza, dan mungkin saja Bosnian Piramid menjadi Piramid terakhir yang dibuat. Mungkin juga Bosnian Piramid  lebih dulu dibangunkan  berbanding  Piramid di Giza.

Osmanagic  menganggarkan bahawa piramid ini  setinggi 722 kaki (220 m) tinggi (atau, , sama ada 230 kaki (70 m) tinggi atau 328 kaki (100 m) tinggi). Jika ia adalah 722 kaki, ia akan menjadi satu pertiga lebih tinggi daripada Piramid Agung Kufu, menjadikan struktur piramid ini  yang terbesar di Bumi.




Selain daripada Gunung-gunung di Indonesia yang disebutkan diatas sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan step piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika kita lihat betul-betul Candi ini tidak ubah seperti piramid kaum Maya dan Aztec di Amerika tengah! Selain Candi Sukuh satu lagi candi yang hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa. Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam ciri-ciri pembinaan candi-candi di Nusantara adalah amat unik. Hal ini kerana ianya berasaskan kepada binaan step piramid. Contoh yang paling nyata ialah candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi lain seperti Candi pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas step piramid. Jadi pada pendapat saya adalah logik sekiranya kita katakan bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing sebenarnya di Nusantara.


CANDI SUKUH SALAH SATU CANDI UNIK YANG BERBENTUK PIRAMID


CANDI CHETO JUGA BERBENTUK SEPERTI PIRAMID AMERIKA TENGAH



PUNDEN BERUNDAK, SALAH SATU TAPAK MRGALITIK BERBENTUK STEP PIRAMID

CANDI BORUBUDUR JUGA DIBINA DENGAN ASAS PIRAMID

Keadaan candi Borobudur yang melintasi awan.

Para pengkalji dari UKM sendiri pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus.Kewujudan tujuh bukit piramid seperti berhampiran Tasik Chini telah sekali lagi mencetuskan kepentingan dalam legenda tamadun yang hilang.Walaupun tidak ada bukti bahawa bukit buatan manusia, ada kemungkinan bahawa ia adalah sebahagian daripada bandar yang telah hilang.
Dipercayai  kota kuno hanya boleh didapati di kedalaman tasik. Berdasarkan teori bahawa kawasan tersebut telah dihujani dengan air selepas kejatuhan empayar Khmer, pada  abad ke-15.
                                            

 Tambahan lagi jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh nusantara maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam masyarakat kita. Apakah yang saya maksudkan? yang saya maksudkan adalah senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah Masjid kampung laut. Apakah semua ini? adakah benar piramid berasal dari Nusantara? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari selama ini? 



Masjid kampung laut.

Masjid Minang.

Rumah  kaum Melayu Merina di Madagaskar juga mengekalkan bentuk 3 segi dan piramid.

Sebuah teori yang menyatakan bahawa Kota Atlantis yang ajaib itu letaknya di dalam peta Nusantara, namun ramai pengkaji tidak mahu mengiktirafnya disebabkan takutnya kebangkitan Islam di Nusantara sebagai kuasa dunia yang akan mentadbir dunia buat kali kedua.



PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA (Pentas Sunda) dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.




Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?



Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Terlebih Dahulu Memberi Jawapan
Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelum mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:


وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38) 

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisa dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan.

Sebelum beliau, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada rahsia di sebalik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir sebenarnya diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, telah diperbuat daripada dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang diperbuat secara manual alias olahan tanah liat.

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu semulajadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.



Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits tentang batu-batuan piramid yang ternyata diperbuat daripada olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batuannya diperbuat daripada tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah pembuatan batu melalui tanah liat telah tersebar luas pada masa lalu.


Subhanallah! Malahan terdapat bukti menakjubkan yang lain, yang menunjukkan bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu juga, dibina daripada tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan melalui petunjuk daripada Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia jugalah yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. 




MISTERI PIRAMID DI DASAR LAUT JEPUN 





KETIKA pelbagai misteri yang membabitkan piramid di Mesir dan piramid kaum Maya di Amerika Selatan masih membingungkan para penyelidik, tiba-tiba muncul pula sebuah lagi penemuan misteri piramid yang dijumpai berlokasi di Jepun pada tahun 1990-an malah penemuan piramid ini jauh lebih aneh kerana ia dijumpai berada di dasar lautan Jepun.

Pelbagai persoalan tercetus tatkala melihat piramid berkenaan terus berdiri kukuh di dalam laut melewati masa dan zaman - siapakah yang membina piramid di dalam laut, untuk apakah ia dibina dan bilakah ia dibina? Mengapakah pembinaannya tidak dilakukan di atas daratan?

Bingung dengan pelbagai persoalan itu maka para penyelidik mulai melakukan pelbagai kajian bagi membongkarkan teka-teki yang menyelubungi piramid misteri di dasar laut Jepun berkenaan.


Sebelum itu, piramid pertama mulai dijumpai di pelbagai wilayah negara matahari terbit itu sejak tahun 1950-an lagi sekaligus ia meninggalkan pelbagai persoalan mengenai hubungan bangunan berbentuk segitiga berkenaan dengan tamadun purbakala masyarakat Jepun kuno.

Sejak itu, beberapa lagi piramid purba berjaya ditemui yang ditinggalkan dengan permukaannya ditutupi oleh debu dan tanah. Ia dipenuhi dengan pelbagai macam tumbuhan liar sehingga bahagian luarnya tampak seperti sebuah gunung yang tinggi.

Bagaimanapun, sejak bulan Mac 1995, sesuatu yang mengejutkan turut ditemui - penyelam yang menyelam di dasar laut negara itu mendapati piramid di Jepun tidak sahaja berada di atas daratan tetapi juga di dalam lautan. Mereka menemui lapan lokasi peninggalan piramid sekitar Hiroshima hingga ke laut Pulau Yonaguni.

Tapak tinggalan pertama adalah sebuah bangunan empat segi yang tidak begitu jelas bentuk binaannya kerana ditutupi oleh batu karang sehingga bahagian buatan manusianya tidak dapat dikenal pastikan.


Sesudah itu seorang penyelam lain turut menemui sebuah piramid pada kedalaman kira-kira 13 meter di bawah permukaan laut Oklahoma Selatan pada musim panas 1996.

Penemuan itu semakin menaikkan semangat pasukan penyelidik untuk membongkarkan rahsia yang tersembunyi di dalam wilayah lautan Jepun. Gerakan mencari diperhebatkan dan kumpulan penyelam berkenaan kemudian berjaya pula menemui lebih banyak lagi monumen dan bangunan buatan manusia di dalam laut Jepun.

Mereka turut menemui kesan jalan yang panjang dan luas, tangga dan pintu melengkung yang tinggi dan megah serta batu raksasa yang dipotong dengan sempurna seolah-olah kawasan itu pernah didiami manusia suatu ketika dahulu.

Beberapa bulan kemudian, beberapa kalangan ahli arkeologi Jepun sekali lagi menemui bangunan berbentuk piramid yang sangat besar pada kedalaman 33 meter di bawah permukaan laut terbabit yang berada tidak jauh dari pergunungan Sinaguni yang terletak kira-kira 450 meter dari Hiroshima.

Bangunan raksasa itu berukuran sekitar 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi terletak di sebuah kawasan luas yang kelihatannya seolah-olah telah digunakan untuk menjalankan suatu upacara tertentu dengan kedua belah sisinya terdapat sebuah pintu gerbang yang besar.


Pelbagai penemuan misteri itu semakin membingungkan para penyelidik - apakah wujud manusia yang hidup di dalam lautan dan ke mana menghilangnya manusia² itu ketika ini?

Ahli arkeologi berpendapat bahawa kewujudan piramid di bawah laut itu mungkin adalah bukti awal bagi menunjukkan adanya peradaban zaman batu di Jepun yang masih belum diketahui sesiapakah pemiliknya.

Ahli geologi, Profesor Masaki Kimura yang telah menjadi pengkaji pertama meneliti misteri itu menyimpulkan bahawa bangunan lima tingkat itu adalah buatan ciptaan manusia.

"Struktur ini bukanlah binaan yang wujud akibat alam semula jadi. Di sekeliling strukrur bangunan tersebut terdapatnya sesuatu yang mirip seperti laluan perjalanan dan ini semakin membuktikan bahawa ia adalah buatan manusia," katanya ketika mulai mengulas penemuan itu lebih 10 tahun lalu.

Profesor Kimura percaya bahawa bangunan itu telah berusia lebih daripada 5,000 tahun lalu berdasarkan stalaktit yang ditemui pada gua di dasar lautan itu. Beliau juga berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mengetahui siapakah yang membina monumen berkenaan atau apakah tujuannya.

"Struktur bangunan ini mungkin merupakan sebuah istana dewa daripada agama zaman dahulu dan ia digunakan untuk tujuan memuja dewa² tertentu, sama seperti penduduk Hiroshima yang mempercayai kewujudan dewa Nirai-Kanai yang mampu mendatangkan kesejahteraan dari laut kepada mereka.

"Berdasarkan catatan, pada 10,000 tahun silam tidak ada manusia yang mampu menghasilkan monumen seperti ini tetapi kini mungkin terdapat bukti peradaban manusia yang masih belum diselongkarkan sejarah kewujudannya.

"Hanya manusia yang mampu memiliki teknologi bagi menyelesaikan projek seperti ini, bangunan yang sebegini besar harus menggunakan jentera pembuatan tertentu untuk membinanya," katanya.


Yang terbaru profesor bersebut menyatakan bahawa teori terkini beliau selepas meneliti dan menjalankan kajian lebih 10 tahun terhadap binaan piramid tersebut adalah bahawa piramid itu sebenarnya bukanlah dibina di dalam laut tetapi ia sebenarnya berada di atas daratan tetapi kemudiannya telah tenggelam di dasar laut akibat dilanda bencana tsunami ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, teori itu masih lagi dipertikaikan oleh para penyelidik lain. Rekod catatan sejarah menunjukkan tsunami terbesar yang pernah menghempas Yonaguni adalah pada bulan April 1771 dan ia dianggarkan setinggi 40 meter dan dipercayai mampu menenggelamkan serta memusnahkan peradaban di tepi pantai berkenaan.

Lihat beberapa keping lagi gambarnya di bawah:










Maka apabila melihat akan keadaan ini. Maka  benarlah dikatakan Peristiwa banjir besar menghilangkan 2/3 tamadun yang sudah hilang.

Kewujudan beberapa Piramid di  negara China pula menjelaskan kepada kita, bangsa ini juga berkait rapat  dengan tamadun peradaban China.Ini dijelaskan oleh keadaan Piramid yang tenggelam didasar laut dan beberapa gambar ini sebahagian dari bukti untuk diteliti.

Piramid “tersembunyi” di China nie mula hangat dibincangkan setelah surat khabar harian Amerika Syarikat iaitu Rocky Mountain News (31.3.1947) memaparkan dengan jelas foto sebuah piramid gergasi kuno yang diambil oleh penerbang Maurice Sheahan pada akhir Perang Dunia ke-2.

PIRAMID CHINA

PIRAMID CHINA2

PIRAMID CHINA

PIRAMID CHINA 

PIRAMID CHINA

PIRAMID CHINA

PIRAMID CHINA




KISAH piramid di negara China timbul pada tahun 1945 apabila seorang juruterbang Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat: James Gaussman, terserempak dengan sebuah piramid putih ketika beliau sedang dalam penerbangan dari China ke India.
Katanya, “Saya terpaksa membelok ke kiri untuk mengelak banjaran bukit dan selepas itu muncul di hadapan saya, sebuah dataran yang lebar. Di situ saya terlihat sebuah piramid gergasi berwarna putih. Ia mungkin diperbuat daripada logam atau batu marmar. Akan tetapi apabila saya terbang lebih dekat lagi, saya dapati ia diperbuat daripada ‘capstone’ sejenis batu hiasan kristal. Saya ingin mendarat tetapi tiada lapangan tanah yang cukup luas atau panjang untuk saya berbuat begitu.”
Sekembalinya ke New York, Amerika Syarikat, penemuan itu segera diwar-warkan ke pengetahuan akhbar New York Times dan sebuah berita mengenainya tersiar pada 28 Mac 1947. Reaksi daripada berita itu membuatkan Kolonel Maurice Sheahan, Pengarah Trans World Airlines, mengesahkan tentang penemuan itu dimana dia juga terjumpa sebuah piramid gergasi 40 batu di Tenggara Xi’an – China.
Xian : Wilayah Piramid
Xi'an : Wilayah Piramid
Pada satu sumber teks mengatakan, piramid terbesar di dunia berada di Daerah Qin Lin: Zon Larangan Negara China. Ia dianggarkan 1000 kaki tinggi dan diperbuat daripada tanah padat. Bagaimanapun Kerajaan China menafikan kewujudannya. Malah 100 lagi piramid lain turut menerima nasib yang sama.



Jika di China yang berada disebelah atas Peta negara Malaysia, Indonesia pula berada dibawah Malaysia, Ini bermakna kedudukan negara  berada diantara tengahnya.

Lihat gambaran peta yang dikaitkan dengan peradaban  dunia yang hilang di kawasan Malaysia yang diberi nama Pentas Sunda.

 

sebaran lokasi Piramida-Piramida di Indonesia


  
 


11 comments:

  1. cuba perhati sepanjang highway menuju ke Johor.. anda akan nampak terdapat 3 bukan bukit/gunung seakan2 piramid dan kedudukanya seakan2 susunan piramid Giza Mesir.

    sepanjang jalan dari dari Grik ke Banting pun ada gunung yang meninggi seakan piramid..

    ReplyDelete
  2. unda Land merujuk kepada kerajaan/benua Atlantis yang tenggelam dan hilang.
    Bangsa Melayu salah satu cabang rumpun Nusantara adalah dari keturunan bangsa Atlantis yang maju dan moden dan menyebarkan ketamadunan di seluruh pelosok dunia.
    Semua tamadun - tamadun besar dan awal di dunia ini mengambil blue print dari bangsa melayu/atlantis.

    the late Prof. Arysio Santos'(Ph.D.) seminal discoveries on Atlantis.
    His book: Atlantis - The Lost Continent Finally Found {The Definitive Localization of Plato's Lost Civilization}.

    GUNUNG HIMALAYA(EVEREST) yang tertinggi didunia adalah landmark Gunung Orang Melayu.

    ReplyDelete
  3. .Kawasan pendalaman contohnya di Lenggong Perak masih banyak misterinya.Laluan Grik melalui Klian Intan ke Pengkalan Hulu ada gunung yang berbentuk piramid.Ada significantnya atau kebetulan kerja alam ?

    ReplyDelete
  4. mohon share =)
    tapi nak tanyer thu x saper pengkaji ukm 2..

    ReplyDelete
  5. Dh terbukti orang2 mesir lagi hebat. Kalaupun mereka mengambil idea dari orang lain tak menjadi masalah. Yang hebat piramid mereka batu bata yang besar boleh diangkat oleh mereka sedangkan tiada teknologi sekarang yang setanding mereka. Belajarlah dari mereka bagaimana membina piramid tanpa menggunakan kren. Jangan membangdingkan bangsa kita dengan siapa2. Orang melayu patut malu dijajah oleh bangsa asing. Kita patut memajukan negara kita seperti korea selatan dan jepun. Jangan hanya berpeluk tubuh mencari asal usul tapi kosong sahaja di mata dunia

    ReplyDelete
  6. mmg la diowg x gune kren .. sbb diowg ade teknologi yg lg canggih dari kren .. pas2 dibinasakan sbb diowg x beriman .jd x nmpaklah teknologo diowg 2 zaman skg .. berbanggalah sbb jadi anak melayu..nace skit sejarah melayu.ape kejayaan yg dibuat orang melayu.ape binaan orang melayu.contohnye keris hang tuah . satu2 nye senjata yg gne 25 jnes logam.sedangkan samurai pling gempak kt jepun pun gne 14. lg 1 , org melayu buat meriam paling besar kat dunia.tp amarika dah bwk lari pi kat goa,india . x ke besar kejayaan orang melayu 2 sndiri , dan byk lg rahsia2 yg kita x tau psal orang melayu dahulu kala .. jgn nk bgga0 kan sgt bgsa lain. bgga2 kan bgsa sndiri lg bgus..

    ReplyDelete
  7. @Anonymous, nasihat untuk berbangga dengan bangsa sendiri itu bagus. Lebih bagus kalau dimulakan dengan memartabatkan bahasa bangsa sendiri. Tulislah dengan bahasa Melayu yang cantik dan betul. Kenapa harus hancurkan bahasa yang sedianya cantik dengan penggunaan ejaan yang salah dan tatabahasa dan pemendekan yang jelek?

    ReplyDelete
  8. yup, memang banyak rahsia dalam arkeologi, nak nak yang berkaitan dengan Islam...sebab tu orang Islam kene maju, dan menceburi dalam pelbagaai bidang...

    Kajian 'Bandar yang hilang' ini sebenarnya kene merujuk Al-Quran. Allah dah menceritakan, cuma memerlukan orang yang alim/ulama untuk mentafsir. Bukan mudah sekarang ni nak cari Saintis Islam yang jugak seorang Ulama, bahkan, mungkin tiada.

    Tapi, kita tidak tahu akan masa depan..
    Islam akan bangkit buat kali ke-2 =)

    ReplyDelete
  9. carilah rasul, hanya dia sahaja yg boleh menerangkan ilmu tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari Rasul belah mana.. Rasul wafat lama dah..

      Delete