Tuesday, April 10, 2012

Maksud huruf Alif, Lam & Mim.


Huruf-huruf ringkas yang digunakan dalam Al-Quran.

Ada 28 huruf di dalam abjad Arab iaitu :
14 abjad dari jumlah 28 abjad Arab digunakan :
Menurut istilah dalam ilmu sains “gametria” abjad silam,
rujuk buku "Arabic Grammar" oleh G.W. Thatcher. Berikut
adalah nilaian angka ( nombor ) bagi setiap abjad ( huruf )
Arab iaitu :

HURUF PERTAMA
Huruf ini terkandung daripada angka :

Angka 1 bagi Huruf Alif
Angka 30 bagi Huruf Lam
Angka 40 bagi Huruf Mim

Huruf itu telah digunakan oleh Allah SWT untuk menjadi
pembukaan bagi 6 Surah iaitu :

permulaan Surah Al-Baqarah (2:1)
permulaan Surah Ali Imran (3:1)
permulaan Surah Angkabut (29:1)
permulaan Surah Al-Rum (30:1)
permulaan Surah Luqman (31:1)
permulaan Surah As-Sajdah (32:1)

Apabila dicampurkan ketiga-tiga huruf ini ( 1 + 30 + 40 ) ,
maka jumlahnya tujoh puloh satu ( 71 ).

Maksudnya 71 tahun selepas daripada perlantikan Nabi
S.A.W ( 6 Ogos 610M) hingga sampai kepada zaman
pemerintahan Muawiyyah di Negeri Syam.

Zaman yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi dan para sahabat
akan datang, penguasaan tampuk khilafah yang besar dari
tangan Yahudi dan Nasoro.

Bermula dari situ ,hilanglah kekuasaan mereka yang mana
janji itu terkandung dalam 3 peringkat :

a.Zaman Alif
Iaitu isyarat kepada Zaman perlantikan Nabi

b.Zaman Lam
Iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W
setelah jatuh Baitulmaqdis,pusat pemerintahan Kerajaan
Rom ke tangan umat Islam. Muawiyyah telah menawan
Negeri Syam dan bertapak di situ.

c.Zaman Mim
Iaitu isyarat selepas kejatuhan Baitulmaqdis.
Dalam 3 peringkat ini,berpindahlah kekuasaan Kaum Yahudi dan
Nasoro kepada pemerintahan Negara Islam oleh para sahabat-
sahabat Nabi S.A.W.

Ini adalah penyataan yang terkandung dalam rangkaian 
Huruf-huruf Potong ( Huruf Singkat ) Alif,Lam,Mim

Alif Lam Mim pada Surah Al-Baqarah
- Ia menunjukkan khilafah Islam yang diberikan kepada 
Nabi S.A.W telah sempurna dalam tempoh 71 tahun.
Alif Lam Mim pada Surah Ali Imran
- Ia menyatakan bahawa kekuasaan Kerajaan Islam diambil
dengan kekerasan (peperangan) daripada Kaum Yahudi /
Nasoro dalam tempoh 71 tahun.
Alif Lam Mim pada Surah Al-Rom 
- Menyatakan bahawa kemenangan yang dicapai oleh Umat
Islam dan keteguhan khilafah dalam tempoh 71 tahun ini
menjadi asas bagi mengembangkan ajaran Islam dan khilafah 
Islam ke seluruh dunia.
Alif Lam Mim pada Surah Lokman
- Menyatakan bahawa Qurish ialah satu umat yang mulai
membentuk satu sejarah Islam yang tinggi hasil dari perjuangan
dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah Sajdah
- Menerangkan contoh keyakinan dan kejayaan.Sebagaimana 
umat yang terdahulu setelah pengukuhan Islam untuk 
dikembangkan sehingga beroleh kejayaan yang dapat di
lihat dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah Angkabut
- Menerangkan bahawa kekuasaan pemerintahan Islam yang
dipimpin oleh Arab Quraish dalam tempoh 71 tahun itu
menjadi sebab bagi mereka untuk menjadi contoh bagi
mengembangkan Islam ke seluruh 
pelusuk dunia.


HURUF KEDUA

Huruf ini mempunyai nilai 14

Tho – isyarat kepada angka 9
Ha – isyarat kepada angka 5.

Adapun Huruf ( Tho) mengikut kiraan abjad iaitu 9 yakni
isyarat bagi Tahun ke 9 selepas kenabian Nabi S.A.W telah 
berlaku suatu peristiwa yang besar iaitu peristiwa
Israk dan Mikraj.
Ada
 perselisihan ulama’ mengenai tahun sebenar peristiwa
Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki dan dihalusi mengikut
tawarikh, maka Syeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan 
bahawa mikraj Nabi berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian 
Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf (Tho) itu.
Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki dan dihalusi mengikut
tawarikh, maka Syeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan 
bahawa mikraj Nabi berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian 
Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf (Tho) itu.

Huruf (Ha) mengisyaratkan kepada angka 5 iaitu 5 tahun 
selepas Huruf Tho ( Tahun Mikraj ) berlakunya peperangan
Badar.
Apa yang dimaksudkan (ThoHa) ini ialah menyatakan 
persamaan di mana dua orang Nabi iaitu Nabi Allah Musa a.s
dan Nabi Muhamad S.A.W dalam Tahun yang ke 9 dan 
berikiutnya yakni 5 tahun selepas itu semasa ditaklifkan 
solat .

Berikutan dari itu, berdirilah khilafah Islamiyah
bermula dari peristiwa Peperangan Badar sehinggalah
menguasai seluruh Semenanjung Hijaz.
Di dalam surah ini difahamkan bahawa Huruf (Tho) dan
(Ha) itu terbukti ada peristiwa di antara dua Nabi
(Nabi Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W) di dalam
menerima taklif sembahyang dan kejadian Mikraj
pada tahun ke 9.
Keterangan ini adalah dari ayat Al-Quran yang menyebut
cerita tentang Nabi Musa yang menjadi anak angkat
kepada Firaun.
Pada suatu hari,Nabi Musa telah membunuh seseorang
di dalam istana Firaun kerana hendak menyelamatkan
kaumnya Bani Israel.
Firaun telah menghalau Nabi Musa dari istana lalu
menuju ia ke Mada’en.Baginda bertemu dengan anak
Nabi Syuib yang sedang mengembala kambing.

Setelah diceritakan kebaikan Nabi Musa kepada
ayahnya,lalu Nabi Syuib pun menjemput Nabi Musa
ke rumahnya dan dipelawa berkahwin dengan anaknya
itu.Mas kawinnya ialah Nabi Musa perlu memelihara
kambing selama 8 tahun dan boleh meneruskan
nya beberapa tahun lagi jika beliau mahu.
Tetapi Nabi Musa hanya mahu berkhidmat selama
8 tahun sahaja.Apabila masuk Tahun yang ke 9,
Nabi Musa kembali ke Mesir
Didalam perjalanan disebuah lembah,Nabi Musa
Nampak ada sepohon kayu yang menyala lalu Baginda
pergi ke sana bertujuan untuk mendapatkan api.
Apabila tiba,Baginda terdengar satu suara berkata,
”Hai Musa,Aku lah Tuhanmu.Hendaklah engkau
semba

2 comments:

  1. Bacaan umum: http://siapaisa.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  2. Menarik penjelasannya cuma dari manakah sumber penjelasannya...mohon pencerahan

    ReplyDelete