Tuesday, April 10, 2012

Rahsia kalimah Tauhid.


Islamic wallpaper
Assalaamu'alaikum. Dalam kalimah Tauhid iaitu La Ilaha Ilallah mempunyai dua bahagian iaitu Nafi danItsbat.

Nafi / An-Nafyu (penafian) - La Ilaha , tiada Tuhan yang selayaknya disembah, iaitu menafikan tuhan yang lain.

Itsbat (menetapkan) - Ilallah , melainkan Allah. Iaitu menetapkan hanya Allah lah satu-satunya Tuhan.

Kaitan kalimah Allah, Muhammad, dan Tauhid di bawah tiada disebut dalam nas-nas AlQuran atau AlHadits. Dan ianya tidak semestinya betul, cuma kaitannya ada dengan sains dan matematik.

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid yang penuh.  Sila lihat di bawah;

الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'

محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal


لا إله إلا الله
= 12 huruf

محمد رسول الله
= 12 huruf

4 + 4 = 8

12 + 12 = 24

Dalam sehari ada 24 jam. 24/8 = 3. Islam terbahagi kepada 3 cabang besar iaitu Aqidah(Tauhid), Fiqh (Syariah) dan Akhlak (Ehsan). 

Imam As-Syafi’e rahimahullah, dan juga sebahagian besar para ‘ulama mengatakan bahawa perkataan Allah itu tiada kata asalnya, dan tiada sebarang perkataan lain yang terbit dari perkataan Allah. Nama itu merupakan namanya yang agung, sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada Adam.

Walaubagaimana pun ada juga pendapat yang mengatakan kalimah  محمد  itu ada 5 huruf, kerana ada satu huruf "mim" rahsia yang ditasydidkan. Cuma kita ambil sekarang ini kalimah  محمد  yang nampak jelas dan biasa digunakan sahaja.

Kedua-dua nama Allah dan nama Adam bermula dengan huruf Alif' (ا).  Dan nama lain bagi Muhammad juga bermula dengan huruf Alif iaitu "Ahmad".

Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, "Sebaik-baik zikir adalah La Ilaha Illallah, dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." (Hadits Riwayat Bukhari)

Sedikit berkenaan lafaz "alhamdulillah", Imam Fakhrul Razi di dalam kitab tafsirnya berkata bahawa perkataan Alhamdulillah ada 8 huruf dan pintu-pintu syurga juga ada 8, maka barangsiapa yang mengucapkan perkataan Alhamdulillah dengan keikhlasan dan kebersihan hatinya maka dia layak memasuki kelapan-lapan pintu syurga di akhirat nanti.

Beliau juga berkata bahawa kalimah pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s ialah Alhamdulillah apabila roh sampai ke pusatnya.

الْحَمْدُللّهِ
= 8 huruf

Maka, perkataan Alhamdulillah berkait dengan Nama Allah dan Muhammad. Iaitu 4 huruf + 4 huruf = 8 huruf.

Alhamdulillah (الْحَمْدُللّهِ)  bermaksud - "Segala puji bagi Allah"
Muhammad (محمد)  bermaksud - "Yang terpuji"

Alhamdu dan Muhammad kedua-duanya berasal dari perkataan "hamida" (حَمِدَ) yang bermaksud "memuji".


Tambahan:

Sumber hukum (perundangan) dalam Islam ada 4, iaitu AlQuran, AlHadits, Ijma' Ulama dan Qias.

Nombor 4 juga ada kaitan dengan Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah utama selepas wafatnya Nabi Muhammad S.a.w.

Anggota WAJIB Wudhu' juga ada 4 iaitu muka, sebahagian kepala, kedua tangan hingga siku, dan kedua kaki hingga buku lali.

AlQuran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.a.w di zaman masyarakat jahiliyyah yang mengagungkan sastera dan bahasa-bahasa indah. Dan sekarang adalah zaman sains dan teknologi, tetapi AlQuran tetap bersinar dengan rahsia-rahsia menariknya yang menunjukkan ia adalah mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.a.w dari Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana, subhanAllah, alhamdulillah, Allahu akbar!.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53 

Wallahu a'lam ..


p/s: Tidak ketinggalan, puak Illuminati dan sekutu-sekutunya juga dari dulu lagi suka dengan pernomboran dan meletakkan kod-kod rahsia dalam binaan dan ciptaan mereka, mungkin kerana mahu mencabar AlQuran dan kitab-kitab wahyu dari Allah .......

No comments:

Post a Comment