Misteri mengenai jejak Bani Israel terus menimbulkan tanda tanya... Apa yang menariknya.. misteri penemuan demi penemuan dan beberapa fakta yang mungkin tidak boleh diselindung lagi... Lihat pada kaitan posting sebelum ini..
Sulaiman mewarisi Daud dimana Sulaiman adalah raja bagi Bani Israel... Sulaiman sehingga keatas dalam luhur jejak keturunan Ibrahim merupakan sebuah zuriat yang baik yang dipelihara..
DAUD ADALAH SALAH SEORANG KETURUNAN NABI IBRAHIM AS.
Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Ya'qub kepadanya. Kepada keduanya masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan kepada Nuh sebelum itu (juga) telah Kami beri petunjuk, dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) yaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
QS. Al-'An`am [6] : 84
Jika Daud dikaitkan dengan besi, Sulaiman dikaitkan dengan Emas... Nah... kedua-dua persamaan ini mempunyai hubungkai dengan Tanah Melayu itu sendiri bukan ??
Mengapa?
Daud dan Besi
Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya,
QS. Saba' [34] : 10
Penemuan Besi tertua dunia terletaknya di Lembah Bujang, Kedah,
Daud,penemuan besi tertua dunia & Misteri Borobudur ??
Sulaiman dan Emas
Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.
Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.
Dalam Old Testament, ada diceritakan mengenai sebuah perkataan Mount Ophir (Gunung Ledang).
Ledang maksudnya menyinar terang dalam pancaran matahari, mungkin menggambarkan tentang pantulan cahaya emas hasil dari pancaran cahaya matahari terhadap emas...Jadi tidak hairanlah jika Kesultanan Melaka mempunyai nilai emas beratus-ratus tan kerana kedudukannya yang dekat dengan Gunung Ledang itu sendiri bukan?
Mengapa Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas?? dan kenapa Tanah Melayu disebut sebagai " chersonese aurea " dalam bahasa greek awal yang bermaksud semenanjung emas.??
Sulaiman memiliki kekayaan sumber emas yang tidak boleh dihitung dengan nilainya... Apakah kamu fikir nama semenanjung emas adalah sebuah panggilan biasa jika tiada sejarah yg menamakannya ditempat itu sendiri?
Berapa banyakkah jumlah emas yang telah dikaut oleh penjajah sewaktu mereka berkuasa di tanah melayu ini?? itu belum dikira lagi dengan emas di Indonesia.. Penubuhan Bank Dunia juga terdiri dari lebih 56 tan emas-emas Nusantara melalui 18 kesultanan yang di rampas sejak jajahan kolonial Belanda, Jerman seterusnya Amerika Syarikat yang menjadikan emas itu antara harta rampasan perang sekaligus mencipta sebuah sistem matawang yang bermula dengan emas-emas ini sendiri bukan??
Mengapa jauh sekali penulisan ini berbanding dengan penulisan yang mengaitkan Nabi Sulaiman tinggalnya di Yemen?? Adakah Yemen mempunyai sumber emas begitu banyak?? tidak bukan.. Kita selama ini telah beratus-ratus tahun ditipu oleh Yahudi yang telah lama menguasai pemikiran manusia seluruh dunia..
Bagaimanakah caranya?? Apa yang dibaca akan difikir... jadi. menulis akan membuatkan mereka membaca seterusnya berfikir atas apa yang ditulisnya.. Inilah sebuah konsep yang jarang dipelajari bagi setiap diantara kita. Tak hairan jugalah banyak sejarah-sejarah yang tercatat hari ini selepas era penjajahan bermula,,, kitab-kitab Ilmu pengetahuan Islam dirampas & dibakar seperti apa yang berlaku dalam Perang Salib bukan? Inikan pula sebuah negara yang telah dijajah selama beratus tahun... ?
Cara terbaik memusnahkan sebuah bangsa adalah dengan memusnahkan Sejarah mereka...
Jika Sulaiman mewarisi Daud dan menjadi Raja bagi Bani Israel dan tempat tinggalnya di Tanah Melayu disekitar Nusantara, makanya orang Melayu ini adalah dari Bani Israel yang sebenar..
Boleh tengok dekat Facebook tentang kajian asal usul melayu. Tentang kerajaan Nabi Daud dan sulaiman Di alam melayu.
ReplyDeleteBukanlaa bani israel kita ni bani jawi drpd keturunan keturah, aduu
ReplyDelete