Wednesday, September 17, 2014

Misteri pembinaan Piramid Giza


 lateau Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan lapisan batuan khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga elektrik ke bahagian atas semasa proses pemindahan air bawah tanah ke permukaan, proses ini dikenali sebagai “AKUIFER”. Arus deras Sungai Nil yang melalui akuifer tersebut menghasilkan tenaga elektrik. Teknik ini dikenali sebagai fisio-elektrik.

Ruangan bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina di dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik ini kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah tanah yang dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.
Medan elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat tetopi emas yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian ini sudah tidak wujud lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian atas piramid telah kehilangan struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi emas ini membantu pengaliran ion-ion negatif ke ionosfera. Melalui cara ini, maka arus elektrik pun terhasil.


Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. Mentol-mentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk menunjukkan bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.
Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.


Ukiran di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima di sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.

Ukiran relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan tenunan. Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin pembuatan masa kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan mereka.
Terdapat banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas dengan teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan penggunaan elektrik.

Ukuran elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung Giza adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh dengan petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid Agung Giza. Ini dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. Apabila seseorang berdiri di atas piramid dengan memegang botol yang dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik keluar dari botol, seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.

Piramid selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, bukannya makam.

Sebuah peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. Mereka mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, tetapi kini kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi peti batu dan lokasinya mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah struktur konduktif piramid yang hilang, dan keseluruhan rekabentuknya menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan superkonduktif dipasang di sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup untuk seluruh Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat bersesuaian dengan saiz peti batu kosong tersebut.


Nabi Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah, baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan keupayaannya yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di Mesir purba adalah pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. Sebagai tambahan kepada sifatnya yang lain, terdapat juga pelbagai rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak sebagai kapasitor, dan bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as) dipercayai telah membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan Mesir. Menurut rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as) sehingga ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum bahawa semua kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.

Rujukan sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi Musa (as). Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar Giza yang dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah dinasti lain menetap di situ.
Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?


Ukiran timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.
Semua maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh golongan evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau kurang maju telah hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. Sebuah masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati teknologi yang jauh lebih maju berbanding dengan mereka yang hidup dalam abad ke-20.

No comments:

Post a Comment