Wednesday, September 17, 2014

Piramid serta kewujudan Atlantis..



 Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman moden seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta kebal. Ada yang mengatakannya sebagai secara kebetulan. Tetapi bagaimana secara kebetulan boleh berada dalam kelompok yang sama, yang mana beberapa tulisan / lukisan itu berupa seperti kenderaan-kenderaan zaman moden?

Antara teori yang dapat dinyatakan di sini ialah, kemungkinan tulisan-tulisan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman moden itu adalah lakaran kembali gambar kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum itu lagi. Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum banjir terbesar dunia zaman Nabi Nuh a.s ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat dulu kala kerana derhaka kepadaNya.
Lukisan kenderaan moden dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph

Ataupun mungkin piramid-piramid itu memang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s kepada para jin untuk membinanya. Dan para jin sudah tentu ada yang tahu banyak berita-berita langit, kerana sebelum Nabi Muhammad S.a.w lahir, para jin masih boleh terbang ke langit untuk mencuri dengar berita-berita dari para malaikat. Tajuk sambungan seterusnya akan mengupas lebih dalam berkenaan hal ini insyaAllah.
- Piramid-piramid itu sendiri boleh dikatakan adalah sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Sarung luar Piramid Besar telah diliputi dengan batu kapur putih tufa, ianya padat sehinggakan pisau cukur tidak boleh muat antara blok. Batu kapur putih tufa itu tidak mengandungi magnesium dan mempunyai ciri-ciri penebat yang tinggi. Ciri-ciri penebat ini menghalang elektrik di dalam piramid itu daripada dikeluarkan tanpa kawalan.

Blok-blok batu yang digunakan di dalam piramid itu diperbuat daripada satu lagi bentuk batu kapur yang mengandungi kristal yang merupakan konduktor elektrik yang sangat tinggi dan sejumlah kecil logam, yang membolehkan penghantaran kuasa maksimum.

Paksi di dalam piramid itu telah dipenuhi dengan granit. Granit, sebagai satu konduktor, adalah bahan yang sedikit radioaktif dan membenarkan pengionan udara di dalam paksi.
Apabila kita melihat ke dalam kabel elektrik terlindung, kita lihat bahawa bahan-bahan konduktif dan penebat yang digunakan adalah cara yang sama seperti dalam piramid.

- Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir itu. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.
Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat. Dan macam-macam lagi.
- Suhu di dalam bilik Piramid besar sepanjang tahun tidak melebihi 22 darjah Celsius. Bayangkan, berada di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, di dalam batuan besar, tetapi dapat mencapai suhu serendah itu.

- Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat. Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?

- Telah ditemui piramid-piramid besar di Mesir, Peru, Mexico, China. Dimana Piramid Besar di Giza terletak di tengah-tengah antara kesemua piramid ini.
- Dan di setiap piramid itu ada terpapar tulisan-tulisan Hieroglyph di dalamnya. Seolah-olah ianya adalah signal kepada sesuatu dan bukannya tiada tujuan.

- Easter Island, Peru, Mexico, Mesir dan China walaupun terpisah jauh tetapi binaan-binaan kuno yang ditemui di sana ada beberapa persamaan yang ketara, seperti terdapat mumia di dalamnya, tulisan-tulisan Hieroglyph, teknik binaan tahan gempa bumi, kaedah astrologikal dan astronomikal yang digunakan dan terdapat binaan piramid (selain dari Easter Island).
Perhatikanlah gambar-gambar teknik binaan yang sama di setiap tempat itu. Tidak mustahil ia semua dibina oleh orang-orang atau kelompok-kelompok tertentu yang sama

                                 

No comments:

Post a Comment