Sunday, December 30, 2012

Era Nabi Ibrahim A.S.





Nabi ibrahim as adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal Uzair. Nabi Ibrahim as datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar “patriarchs” atau pun golongan “bangsawan’ yang membina keluarga dan mempunyai negara kota sendiri.Nabi Ibrahim as adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim as memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan oleh Firaun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan ‘puterinya’ sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH. Bagaimana pun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI. Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai ‘the lost tribe’ oleh para yahudi. ‘The lost tribe’ ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah ‘ahli rumah’ mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama ‘ARAB’, bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan ‘ahli rumah’ Bahtera Nuh.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.

Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?

ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.

No comments:

Post a Comment