Sunday, December 30, 2012

Lambang utama kerajaan melayu diraja Melaka.


 Antara lambang utama kerajaan melayu diraja Melaka ialah pemakaian pontoh naga..

antaranya dalam simpanan kesultanan melayu diraja perak (keturunan dari kesultanan melayu melaka)

                                        user posted image                 
PONTOH BERNAGA ialah sepasng gelang emas berkepala naga yang disarungkan ke lengan kanan dan kiri Paduka Seri Sultan dalam Istiadat Rasmi Kebesaran Negeri.

daripada website rasmi kesultanan melayu perak : http://sultan.perak.gov.my/bahasa/pontoh.htm

manakala ini pula dalam simpanan di negeri sembilan.. susur galur lebih atas dari kesultanan melayu melaka ialah keturunan diraja melayu minangkabau seperti mana yang diceritakan oleh Tun Sri Lanang di dalam buku Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu

                                       user posted image

Sepasang gelang emas berkepala naga
POTOH BERNAGA hiasan Paduka Seri
Bertambah gagahlah Duli Yang Maha Mulia
Disarungkan ke lengan kanan dan kiri
Di istiadat rasmi kebesaran negara
Potoh sebagai lambang kebesaran duli.
antara barang lain dalam simpanan Undang Luak Rembau Negeri Sembilan

antara barang bukti.. hubungan kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan negara china dinasti Ming dahulu
user posted image

antara barang bukti.. hubungan kerajaan Melayu Melaka dengan pendakwah Islam dari China bernama Cheng Ho atau nama lain dia Zheng He
user posted image
user posted image

cawan usang puteri hang li po dari dinasti ming

user posted image

Teraju Istiadat di Rembau Negeri Sembilan kini sudah menyimpan hampir 200 buah artifak Melayu. Antaranya adalah sekeping dinar emas zaman Parameswara, yang harga pasaran semasanya 25 juta Euro (RM126 juta), dan cawan Puteri Hang Li Po yang dihadiahkan kepada Sultan Melaka, harga pasarannya tidak kurang 5 juta Euro (RM25 juta). 

Banyak koleksi artifak yang ditemui menggambarkan tamadun Melayu pada masa dahulu, sama ada dari sudut teknologi, sistem pemerintahan, pembangunan bandar dan sebagainya. 

user posted image

Sebagai contoh, keris Tempa Melaka. Antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi!

Begitu juga dengan manusia pertama yang belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang pada era 1400-1500. Beliau tidak menggunakan kompas sebaliknya menggunakan Cakera Alam yang menggunakan lima buah cakera yang bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air, dan pelbagai lagi.

Selain, itu, kita pada hari ini kagum dengan penciptaan mancis oleh orang Eropah. Namun sebenarnya, sudah lebih 600 tahun orang Melayu mencipta pemetik api yang sistemnya hampir sama dengan pemetik api moden dari segi saiz dan kegunaan. Pemetik api purba ini dibuat daripada tanduk dan bahan bakarnya pula menggunakan ”selubuk”, sejenis serbuk berwarna putih yang diperolehi daripada pohon Enau. Selubuk ini bertindak seperti kerosin dan apabila dimasukkan ke dalam pemetik api dan diketuk, akan mengeluarkan api berwarna biru.

Kunci mangga yang dicipta orang Melayu kira-kira 2,000 tahun dahulu, tiga kali ganda lebih tua daripada kunci mangga ciptaan orang Portugis. Kunci mangga ini seperti kunci mangga sekarang dan menggunakan besi tembaga. Uniknya, lubang kunci berbentuk ”I”, manakala keratan rentas anak kuncinya berbentuk ”T”. Mengikut logik akal, mustahil anak kunci ini boleh dimasukkan ke dalam lubang mangganya. Tetapi orang Melayu pada 2000 tahun dahulu sudah berfikir menggunakan hukum fizik bagi membolehkan kunci mangga ini dibuka dengan mudah.

Alatan muzik tradisional Melayu juga cukup mengagumkan. Misalnya, sebuah alat muzik yang dikenali sebagai ”Tangtuang” diperbuat daripada tanduk kerbau dan berbentuk seperti trompet digunakan untuk berburu dan memulakan peperangan. Yang menariknya, bahagian dalamnya kosong tanpa ada apa-apa elemen yang boleh membantunya mengeluarkan bunyi. Wartawan ini cuba meniupnya dan sehingga berubah muka menjadi merah pun, tiada bunyi yang terhasil. Zainal menjelaskan cara meniupnya menggunakan pengetahuan prinsip bunyi dalam sains iaitu getaran, dengungan dan ruang (rekabentuk). Apabila beliau menggunakan tiga elemen tersebut ketika meniupnya, Tangtuang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan menggerunkan, sama seperti bunyi serombong kapal! 

kalau tak percaya boleh datang sendiri ke Rembau, Negeri Sembilan tanah adat tengok sendiri betul ke tidak apa yang ditulis di internet ni.

1 comment: