Friday, December 28, 2012


Maharaja Cina dan Sultan Melaka berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain

rujukan buku SEJARAH MELAYU ini yang berusia lebih 600 tahun!
user posted image

Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut

“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:

“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’


penerangan tentang buku ini

QUOTE(buku SEJARAH MELAYU)
Sulalatul Salatin (secara harafiah berarti "Istana Para Raja") atau Sejarah Melayu merupakan suatu sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman pemerintahan Melayu yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Peringgi Portugis menaklukkan Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa/Gowa.

Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling masyhur adalah versi Shellabear. Menurut naskah Shellabear, Yang Dipertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutus Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintahkan Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (Tun Seri Lanang) pada hari Kamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.

Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Aceh, Sultan Iskandar Muda.

Sejarah Melayu (Sulalatul Salatin) bergaya penulisan seperti babad, di sana-sini terdapat penggambaran hiperbolik untuk membesarkan raja dan keluarganya. Namun demikian, naskah ini dianggap penting karena ia menggambarkan adat-istiadat kerajaan, silsilah raja dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih (Veritable History) Cina, yang mencatat sejarah Dinasti sebelumnya dan disimpan di arsip negara tersebut.

Sulalatus Salatin  atau Sejarah Melayu  ialah karya sastera Melayu yang membabadkan salasilah raja di kepulauan Melayu dan menjangkau masa melebihi 600 tahun. Versi yang asal ditulis sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan dibawa oleh Sultan Mahmud Shah bersama-samanya sewaktu melarikan diri daripada orang Portugis pada 1511. Naskhah itu kemudian dibawa ke Johor dari Kampar pada 1528 lalu dirampas oleh orang Portugis pada 1536, sewaktu menyerang Johor Lama. Bagaimanapun, ia akhirnya dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh dari Gowa.

Pada 13 Mei 1612, Yang di-Pertuan Di Hilir dari Johor, Raja Abdullah (juga dikenali sebagai Raja Bongsu dan kemudiannya, Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah), menitahkan Seri Nara Wangsa Tun Bambang (kemudian digelar Tun Bambang) agar meminta Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad Mahmud (juga dikenali sebagai Tun Sri Lanang) untuk menyunting naskhah Orang Kaya Suguh. Oleh sebab Kesultanan Johor sedang mengalami krisis politik sewaktu itu, namun desakan untuk mendapatkan kesahan politik mengakibatkan Raja Abdullah mengubah salasilah dan pentarikhan dalam buku itu. Bagaimanapun, baginda dan seluruh orang istananya dibuang negeri ke Aceh pada tahun tersebut, sewaktu penyerang Aceh memusnahkan ibu negerinya di Batu Sawar. Justera, walaupun sebahagian besar kerja penyuntingan dan penyusunan buku tersebut disiapkan di Johor, buku itu hanya dapat disiapkan sewaktu Tun Sri Lanang dalam tawanan di Aceh.

Pada 2001, Sulalatus Salatin  telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).


tentang kenapa negara China guna lambang naga sebagai kemegahan negara china..

Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa (peristiwa naga menghembuskan api dari mulutnya untuk menolong membina tembok yakjud dan makjud bersama Iskandar Zulkarnain) ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda. 

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian Naga (dalam bahasa sanskrit dan juga bahasa Melayu) atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

user posted image

Merong Mahawangsa Sultan Kedah yang pertama adalah berketurunan Iskandar Zulkarnain


This post has been edited by hack3line

No comments:

Post a Comment