Friday, December 28, 2012

Atlantis Berada Di Benua Melayu


 Plato menyatakan bahawa terjadi pelbagai letusan gunung berapi secara serentak pada puluhan ribu tahun lalu, yang telah menyebabkan gempa bumi, pencairan ais dan banjir besar. Peristiwa itu telah mengakibatkan sebahagian besar permukaan bumi tenggelam. Bahagian itulah yang disebutnya sebagai benua yang hilang atauAtlantis.

Lebih 11,000 tahun yang lalu telah wujudnya sebuah negara kepulauan yang terletak di tengah-tengah lautan Atlantik yang dihuni oleh bangsa yang mulia dan berkuasa. Rakyatnya memiliki kekayaan yang hebat yang disebabkan oleh sumber-sumber asli yang terdapat di seluruh pulau mereka. Pulau itu merupakan pusat perdagangan dan perniagaan. Pemerintah-pemerintah yang menguasai pulau itu berjaya mempengaruhi rakyat dan tanah pulau mereka sendiri serta di benua Eropah dan Afrika. 


Agaknya mengapa cerita yang ditulis pada 2,500 tahun lalu oleh ahli falsafah Yunani iaitu Plato terus menangkap imaginasi orang ramai adalah kerana misteri itu sendiri. Satu misteri yang dikeluarkan oleh buku-buku yang tidak terkira banyaknya, filem, artikel, laman web, dan kini kartun Disney. Sebahagian pendekatan kontemporari cerita mengenai Atlantis tidak mempunyai keraguan lagi kerana telah menjadi bahan kajian oleh para saintis. Ahli-ahli sejarah, ahli arkeologi dan ahli geologi juga telah memasuki perdebatan untuk bertanding dengan pelbagai unsur-unsur sastera, sejarah atau cerita geografi.

Kajian Terkini
Penelitian mutakhir yang dilakukan oleh Aryso Santos, menegaskan bahawa Atlantis itu adalah wilayah dimana sekarang ini disebut Indonesia. Setelah melakukan kajian selama 30 tahun, beliau menghasilkan buku Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve Localization of Plato‘s Lost Civilization (2005). Santos menampilkan 33 perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahawa Atlantis itu adalah Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir dan bangunan kuno Aztec di Meksiko.


Aryso Santos juga menggunakan analisis filologis (ilmu kebahasaan), antropologi dan arkeologi dalam kajiannya. Dia banyak mendapat petunjuk dari reflief-relief dari bangunan-bangunan dan artifak bersejarah dan piramid di Mesir, kuil-kuil suci peninggalan tamadun Maya dan Aztec di Amerika Selatan, candi-candi dan artifak-artifak bersejarah peninggalan peradaban Hindu di lembah sungai Indus (Tamadun Mohenjodaro dan Harrapa). Beliau juga mengumpulkan petunjuk-petunjuk dari naskah-naskah kuno, kitab-kita suci pelbagai agama seperti the Bible dan kitab suci Hindu Rig Veda, Puranas, dll.


Konteks Indonesia

Menurut Prof. Dr. H. Priyatna Abdul Rasyid, Ph.D. Pengarah Kehormatan International Institute of Space Law (IISL), Paris-Perancis: bukanlah suatu kebetulan ketika Indonesia pada tahun 1958, atas gagasan Prof. Dr. Mochtar Kusumaatmadja melalui UU No. 4 Perpu tahun 1960, mencetuskan Deklarasi Djoeanda. Kandungannya menyatakan bahawa negara Indonesia dengan perairan pedalamannya merupakan kesatuan wilayah nusantara. Fakta itu kemudian diakui oleh Konvensi Hukum Laut Antarabangsa 1982. Merujuk kajian Santos, pada masa puluhan ribu tahun yang lalu wilayah negara Indonesia merupakan suatu benua yang bercantum. Tidak berpecah-pecah dalam puluhan ribu pulau seperti halnya sekarang.


Santos menetapkan bahawa pada masa lalu itu Atlantis merupakan benua yang memberi-tangkarakatau-mletus dari bahagian selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera yang bercantum bernama Orientale, terdiri dari Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Pulau Bali adalah pinggir Atlantis (sekitar 11.600 tahun yang lalu). Selat Lombok adalah pintu masuk ke Atlantis. Gunung Agung di pulau Bali dan Gunung Rinjani pulau Lombok adalah sepasang pertama daripada Pillar Hercules. Ia dipanggil Pillar Hercules kerana apabila gunung meletus lahar dan abu akan naik tinggi ke langit dan menjadi tunggak besar.



Pendapat Santos 

Santos berbeza dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu membantah, bahawa pada waktu terjadinya letusan pelbagai gunung berapi ketika itu, menyebabkan lapisan ais telah mencair dan mengalir ke lautan sehingga luasnya (paras air) bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung berapi tersebut membebani laut dan dasarnya, mengakibatkan tekanan luar biasa kepada kulit (muka) bumi di dasar lautan, terutama pada pantai benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuatkan lagi oleh gunung-gunung berapi yang meletus kemudiannya secara berterusan dan menimbulkan gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya sebagai Heinrich Events.


Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia, tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai bentuk/posisi bumi yang katanya mendatar (ini biasa bagi orang zaman itu ; Rasulullah SAW ketika menceritakan perihal bentuk muka bumi yang bulat, ramai yang tidak percaya ; malah percaya bahawa bumi mendatar). Kedua, mengenai kedudukan benua Atlantis yang menurutnya berada di Lautan Atlantik yang ditentang oleh Santos. Penelitian tentera Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti tidak berjaya menemui sisa-sisa benua yang hilang itu. Oleh kerana itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, ”Amicus Plato, sed magis amica veritas.” Maknanya,”Saya senang kepada Plato tetapi saya lebih senang kepada kebenaran.”

Fore More About Atlantis Checklist 

Plato dan Santos Sependapat

Pertama, lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan Santos yakin ia adalah sebuah wilayah Republik Indonesia.

Kedua, jumlah atau panjangnya lingkaran gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi, Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah atau sedang aktif kembali.

Ketiga, soal semburan lumpur akibat letusan gunung berapi yang abunya tercampur air laut menjadi lumpur. Mendapan lumpur di laut ini kemudiannya meresap ke dalam tanah di daratan. Lumpur panas ini tercampur dengan gas-gas alam yang merupakan impossible barrier of mud (hambatan lumpur yang tidak boleh dilalui), atau in navigable (tidak dapat dilalui), tidak boleh ditembusi atau dimasuki. Dalam kes di Sidoarjo, satu ujian penderiaan jauh pernah dilakukan, ujian tersebut menunjukkan wujudnya sistem kanalisasi di wilayah tersebut. Ada kemungkinan kanalisasi itu bekas penyaluran semburan lumpur panas dari masa yang lampau.


"Para penyelidik AS ini menyatakan bahawa Atlantis is Indonesia," kata Ketua Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Prof Umar Anggara Jenny, Jumat (17 / 6), di sela-sela rencana gelaran 'International Symposium on The Dispersal of Austronesian and the Ethnogeneses of the People in Indonesia Archipelago, 28-30 Jun 2005. Kata Umar, dalam dua dekad terakhir memang diperoleh banyak penemuan penting soal penyebaran dan asal usul manusia. Salah satu penemuan penting ini adalah hipotesa adanya sebuah pulau besar sekali di Laut China Selatan yang tenggelam setelah zaman ais.


Bagi para arkeologi atau oceanografer moden, Atlantis tetap merupakan objek menarik terutama soal teka-teki di mana sebetulnya lokasi benua itu. Banyak saintis menyebut benua Atlantis terletak di Lautan Atlantik. Sebahagian ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) bahkan meyakini benua Atlantis dulunya adalah sebuah pulau besar bernama Sunda Land, suatu wilayah yang kini ditempati Sumatra, Jawa dan Kalimantan. Sekitar 11.600 tahun silam, benua itu tenggelam oleh banjir besar seiring berakhirnya zaman ais.


Yang cukup mengejutkan adalah bahawa Peradaban kuno Atlantis, yang kemungkinan adalah peradaban pertama umat manusia, justeru sudah beradab (civilized) dan punya kemampuan sains dan teknologi, dan sistem kemasyarakatan dan ketatanegaraan ideal yang cukup maju yang tak terbayangkan oleh kita sekarang itu boleh berlaku 11.600 tahun yang lalu. Dari sudut pandang umat Islam, hal ini tidaklah menghairankan, kerana Nabi Adam, sebagai manusia (Kalifatullah) pertama telah diajar Allah semua ilmu pengetahuan tentang nama-nama (QS 2: 30). 

No comments:

Post a Comment