Tuesday, May 5, 2020

Hikayat Naga Sakti Muna di sebuah Negara Sejahtera Pura.


Image may contain: sky, outdoor and nature

Ada orang yang menjangka ... Muna itu mungkin adalah panggilan penduduk di bumi Langkasuka ini kepada orang-orang Mon yang mendiami negeri Dvara Vati, Hamsa Vati dan Sudharma Vati ... nun jauh dari sini di hala utara. Dikatakan orang-orang merekalah yang asalnya membawa kisah Naga Sakti Muna itu ke bumi Langkasuka ini.

"Pada hal nama Mon itu sendiri kemungkinan sebenarnya berasal daripada Mala, iaitu nama asal bagi seluruh bangsa serumpun yang mendiami bumi Langkasuka serta negeri-negeri ke utara daripadanya ... iaitu Dvara Vati, Hariphun Jaya, Hamsa Vati dan Sudharma Vati,

Naga Sakti Muna itu sebenarnya jelmaan Dewa Gunung … iaitu dewa segala dewa bagi penduduk asal di bumi Langkasuka ini. Maka bolehlah ia dianggap sebagai sejenis haiwan sakti. Panjangnya enam puluh enam depa … ukur lilitnya lebih daripada dua pemeluk. Maka … Naga Sakti Muna itu … adalah amat hebat dan menakjubkan rupanya. Lalu … keindahan rupanya melambangkan kegagahan dan keberanian … kemegahan dan keagungan … kemuliaan dan kekesatriaan … serta kepintaran dan kesaktian … yang ada pada Dewa Gunung.

“Itu sebenarnya sekadar gelaran yang yang diberikan kepadanya oleh pengikut-pengikut setianya. Dia bukannya seorang dewa.”

“Tapi dia bukan manusia sembarangan. Dia seorang pahlawan yang amat hebat,Maka, kerana itulah dia mendapat jolokan Dewa Gunung.”

Image may contain: sky, outdoor and nature

Secret code Pyramid 


Dewi Sungai itu … sebenarnya … adalah puteri kepada Dewa Gunung. Maka Dewi Sungai itu amatlah elok rupa parasnya … ayu jelita serta anggun berseri tiada tandingnya. Namun dia juga seorang pendeta bijaksana … di samping seorang serikandi gagah berani. Dia amat handal memanah serta bermain pelbagai senjata. Maklum sajalah … dia kan puteri kepada Sang Dewa Gunung.

Kenderaannya seekor angsa besar bertubuh emas … berkaki perak … dan berbulu emas. Sayapnya, bulu tengkuknya serta ekornya emas putih bertatah nilam, baiduri dan delima. Manakala matanya daripada permata zamrud biru menila bersinar gemerlapan. Maka Dewi Sungai itu kadang kala digelar orang juga Hamsa Vati ... iaitu dalam bahasa Sanskrit bermaksud Wanita Angsa.

Malah ada dongeng rakyat Mon yang mengatakan ... negeri Hamsa Vati itu pengasasnya adalah dua orang putera berbangsa Mala dari bumi Langkasuka ... namanya Sa Mala dan Vi Mala. Lalu mereka menamakan negeri baru mereka itu ... yang berpusat di kota Pegu ... Hamsa Vati Nagara ... yang bererti Kota Wanita Angsa. Namun lama kelamaan negeri itu hanya ringkas dipanggil orang Hamsa Vati.

Maka Naga Sakti Muna pun turunlah meluncur dari puncak kawasan pergunungan … bertolak ia di waktu tengah malam, gemalanya bersinar terang di dahi menyuluh cahaya menyilau terang benderang dalam kegelapan, culanya yang seakan tanduk rusa namun jauh lebih perkasa kelihatan segak gemilang.

Sekejap ia menjalar di tanah meniti bumi … sekejap meluncur deras di muka sungai … sekejap melayang di udara membelah angin yang bertiup kencang … merentas rimba belantara nan besar luas saujana mata memandang.

Manakala Dewi Sungai pula bergerak dari daerah hulu sungai yang terhulu letaknya … menonggang angsa gergasinya yang berkayuh di air begitu deras … sesekali terbang melayang pula di udara … menyusuri sungai mudik ke hilir sepantas layangan panah.

Sesampai mereka di medan tempur, oleh Naga Sakti Muna dan Dewi Sungai, keduanya segera bergelut berhempas pulas dengan segala kekuatan dan daya upaya, berusaha sehabis gigih untuk membantu pihak anak negeri menentang musuh-musuh rakyat negeri Sejahtera Pura, iaitu golongan penjajah. Namun, musuh-musuh mereka itu terlalu besar bala tenteranya, juga begitu banyak gajah-gajah perangnya.

Dewi Sungai pula diserunya semangat beberapa suku-sakat Naga Sakti Muna yang lain. Maka muncullah pula … satu demi satu … Naga Umbang, juga digelar Naga Antaboga, yang sungguh besar dari samudera yang amat dalam di hujung dunia … Naga Api yang menghembus lidah api raksaksa dari mulutnya … Naga Libas, dipanggil orang juga Naga Balun, yang melibas musuh dengan ekornya yang keras dan tajam bergerigis … Naga Bura yang menyembur racun bisa ke arah segala musuh … Naga Gentala yang duduk diam seperti seorang petapa sambil menyedut dan menelan mangsanya hidup-hidup … serta Naga Hari penunggu mata angin yang mencipta ribut taufan yang ganas untuk memporak-perandakan bala tentera musuh.

No photo description available.

Naga Api dihembusnya beberapa lidah api besar yang membakar hangus berpuluh pahlawan musuh berserta beberapa ekor gajah perang mereka. Berpuluh yang lain pula bersama gajah-gajah mereka huyung-hayang, seterusnya pengsan dalam berdiri dan terus tumbang, rebah menyembah bumi, terkena penangan semburan bisa Naga Bura.

Oleh Naga Hari pula terhasil angin puting beliung yang meniup menggoncang-goncang pejuang musuh yang lain, lalu terangkat tubuh-tubuh mereka tinggi ke udara, membuat mereka terumbang-ambing, melambung-lambung, terkial-kial dan terkapai-kapai di udara yang berangin kencang, sesudahnya terlontar mereka di pelbagai hala entah ke mana tercampak mereka akhirnya. Ada yang terhempap di batang pokok kayu atau di lereng bukit.

Beroleh kemenanganlah Penduduk Sejahtera Pura dari dijajah musuh dengan bantuan Si Naga Sakti Muna, Kuda Semberani & Dewi Sungai.

" asal-usul orang Tai dr wilayah Guangxi di Barat Daya China, ni sebenarnya tempat beberapa perebutan etnik Tai-Kadai."

No photo description available.

Wilayah Guangzi dekat  utara Champa



Lagenda Singhanavati menceritakan bahawa seorang ketua puak Tai bernama Singhanavati menghalau keluar orang asli dari suku kaum Wa dari jenis Mon-Khmer yang belum berkebudayaan Hindu atau Buddha. Suku kaum Wa ini ada juga di China, Myanmar dan India.

Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era Dapunta Sri Jayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal dari Kemboja sebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba) sebelum berasimilasi dengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di Indochina,Lao,mendapat namanya.

Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil pertolongan Sukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan Tambralingga,dua kerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.


terdapat 2 kumpulan orang, yang dikenali sebagai Tibeto
Burmans dan Mon-Khmers. Tibeto-Bunnans--------------> sebilangan besar puak Mongoloid, dan orang-orang yang menduduki utara
Burma mempunyai persamaan dengan suku Abor dan Mishmi
di India Timur.

Mons dan Khmer. Bahasa mereka tergolong dalam keluarga yang sama seperti suku Munda dan Khasi di India, Semang dan
Sakai di Semenanjung Tanah Melayu.

kumpulan suku yang lain ialah Chains, yang hidup dalam
apa yang sekarang disebut Annam, tetapi pernah dikenali sebagai Champ, ( Champa) vietnam skg.
dan orang Melayu yang menetap di Semenanjung

Chains dan Malays tergolong dalam keluarga yang sama seperti Polinesia, ( Malayo-Polynesian)

kerajaan Pyu Sri Ksetra di Burma, kerajaan Mon Dvaravati di Siam, dan Kerajaan Sri Vijaya di Indonesia abad ke 7

No comments:

Post a Comment