Friday, May 8, 2020

Kerajaan Srivijaya selepas empayar Yawadwipa ( Tanah Merah )


Image may contain: 1 person, outdoor

Dapunta Hyang Sri Jayanaga merupakan Maharaja Sriwijaya yang pertama yang mendirikan empayar tersebut. Nama asal Sri Jayanaga ialah Phabhasadharma.

Pada abad ke-7, Raja Tanah Merah (Kelantan) Prabhasadharma bergelar Sri Jayanaga telah mengasaskan empayar baharu. Baginda merupakan cicit kepada Raja Gautama. Baginda lebih terkenal dalam riwayat tradisi sebagai Raja Ahmad atau Tok Raja Jawa.

Baginda juga dikenali sebagai Maharaja Gegar Alam, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom, Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain. Ibu empayar Sriwijaya bernama Valai Penjuru. Pada 667 M, baginda telah menakluk seluruh Semenanjung termasuklah Kesultanan Kedah Pasai Ma dan membunuh Sultan Mudzafar Shah I. Baginda mengisytiharkan nama empayarnya sebagai Sriwijaya.
Sejarah

Pada 673 M, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri Maharaja Sri Wijaya atau Dapunta Hyang. Baginda telah berjaya menakluk Segenting Kra, Dvaravati (Thailand-Kemboja-Laos) dan Arimadana (Myanmar).

Pada 683 M (605 saka), baginda telah menakluk Sumatera Selatan melalui Kadaram dan ada tercatat di dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit. Terdapat padanya bahawa baginda telah menyerang kawasan Palembang dengan 20,000 tentera. Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di Jambi dan menguasai seluruh Sumatera.

Setelah berjaya menakluk Malayu, Sri Maharaja Sri Wijaya telah menghantar berpuluh-puluh utusan kepada semua negara yang terdapat di Kepulauan dengan memberi kata dua iaitu bayar ufti atau perang. Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Batu Bersurat Kota Kapur di Pulau Bangka bertarikh 686 M ialah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan pertama Sriwijaya ke atas Kalingga. Pada serangan kali ketiga ke atas Kalingga, Maharaja Sri Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura pada 692 M. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke Sumatera kerana kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.
Keluarga

Maharaja Sri Wijaya ini sering ditemani dua orang tokoh besar iaitu permaisuri baginda, Dewi Jayanaga bergelar Puteri Saadong I dan adinda baginda, Shakyakirti yang juga penasihat kerohanian baginda. Beliau mempunyai beberapa gelaran seperti Kasawsiddhi dan Awang Selamat. Shakyakirti tidak turut serta dalam Perang Muka Selat Madura kerana beliau telah pulang ke Valai Penjuru dan terus ke Khemra Hilir untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.

Baginda mempunyai dua orang putera

1.Sri Dwipantra
2.Sri Dhiraja


Setelah kemangkatan Maharaja Sri Wijaya, empayar ini telah berpecah dua antara putera baginda. Ianya berpecah mengikut geografi, dimana bahagian daratan dan bahagian kepulauan. Bahagian daratan dirajai oleh Sri Maharaja Dwipantra dan terkenal dengan gelaran Maharaja Dipang dan memerintah dari Sriwijaya Mala (Kelantan)

Sriwijaya Mala itu adalah nama sebelumnya Raktamrikttika, kemudian namanya berubah menjadi Tanah Merah dan sekarang tempat itu di kenali sebagai Kelantan sehingga ke hari ini.. Sriwijaya Mala adalah nama Purba bagi Kelantan.

peta lama juga ada tulis kedah mala, tanah mala etc, atau adakah mala itu lama?

Image may contain: text






Bahagian kepulauan pula dirajai oleh Putera kedua iaitu Maharaja Dhiraja, memerintah dari Kota Matajap berhampiran Kuala Sungai Musi, Sumatera. Baginda juga adalah nenek moyang orang-orang Minangkabau yang tinggal di Pantai Barat Sumatera, juga nenek moyang orang Negeri Sembilan

Empayar Sriwijaya di bahagian daratan telah mengalami perpecahan yang lebih besar dengan berlakunya pemberontakan dari Khemra Hilir dan Khemra Hulu, Dvaravati dan Arimadana. Hanya tanah segenting dan semananjung sahaja yang taat. Pada ketika itu, terdapat pertikaian telah berlaku dengan empayar kepulauan.


Dvaravati asalnya kerajaan Mon,kemudian ditakluk Sukhotai dan Ayutthaya)


No photo description available.


Image may contain: 1 person, possible text that says 'Tambralinga KERAJAAN KELANTAN TUA RAKTAMRITTIKA Tanah Merah (566 610 Masihi) Langkasuka Kathana Raktamrittika Raktamrittika Thanathana Gangganagara Raja Gauthama Koli'

Abang- Sri Maharaja Dwipantra ( Maharaja Dipang ). Perintah Sriwijaya Mala ( Raktamriktika ) @ Tanah Merah @ daerah skg ni dikenali sbg Kelantan..----------------> Tanah Sri Indah Sekebun Bunga



Image may contain: sky and outdoor


Adik- Maharaja Diraja ( Pagaruyung, Minangkabau )----------------> Daerah ini diubah namanya dari Sriwijaya ke Sumatera.


Maharaja Diraja sesampainya di Bukit Bakau membangun sebuah istana yang megah yang dinamakan dengan Istana Dhamna. Putra Maharaja Diraja bernama Darmaswara dengan gelar Mangkuto Maharaja Diraja (Putra Mahkota Maharaja Diraja) dan gelar lainnya adalah Datuk Rajo Tunggal (lebih akrab dipanggil)

Khemra Hilir (Kemboja), Wentan (Vietnam – Laos), Dvaravati (Thailand) dan Arimadana (Myanmar).

ni adalah wilayah2 Empayar Sriwijaya di bahagian darat meliputi Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand serta Myanmar. Daerah ini alami krisis. nama Sriwijaya Mala telah ditukar kepada Medang Bumi @ Amdan Negara dlm sejarah Melayu


Nama Sri Wijaya bersumber dr bahasa Sanskrit. sri (श्री) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (विजय) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan"


Image may contain: indoor

Maksud tulisan Batu Bersurat tulisan Melayu Purba ( Pallava ) terjemahan batu bersurat ini oleh Slamet Muljana :

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang Caitra, itulah waktunya taman Sri Ksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanasa. Ini pesan Dapunta Hyang: Semua yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan sebat telaga; semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya-upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapat makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun, barang usahanya hendaklah berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit dibuat awet muda. Dan lagi, hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau, janganlah mereka itu mendurhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai istri pada beliau. Dimanapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodichita dengan maitra, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan senantiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuletan, pengetahuan tentang perbedaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa umpama, kemenangan dan ingatan pada kelahiran yang telah lampau, indra lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi laki-laki karena kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamanididhara, memperolah janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambhodi.



Bukti Dapunta Hyang Sri Jayanaga menjadi Raja Sriwijaya..ada pada catatan Batu Bersurat Talang Tuwo. dr abad ke 7 lagi. Kalimat pertama dari keseluruhan isi yang terdiri dari 14 baris itu kira-kira berbunyi demikian: “Pada tanggal 23 Maret 684, sebuah taman Sri Ksetra didirikan atas perintah Sri Baginda Sri Jayanasa.

Image may contain: outdoor

Prasasti Kedukan Bukit.- tulisan Melayu Kuno (Pallava) -------------> Svasti! Pada 11 hari bulan separuh Vaiśākha tahun 605 Śaka, Dapunta Hiyang menaiki sampan untuk mendapatkan siddhayātra. Pada hari ke tujuh iaitu 15 hari bulan separuh Jyeṣṭha, Dapunta Hiyang berlepas dari Mināṅa membawa 20000 orang bala tentera dengan bekal-bekalan sebanyak 200 peti di sampan diiringi 1312 orang yang berjalan kaki banyaknya datang ke hulu Upang dengan sukacitanya. Pada 15 hari bulan separuh āsāḍha dengan mudah dan gembiranya datang membuat benua ... Śrīvijaya jaya siddhayātra subhikṣa nityakāla!


“Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII” menyebutkan adanya korespodensi antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada sekitar tahun 100 H (abad ke-8M) (Kunjungi : Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah sebagai berikut :
”Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan seribu raja ?
(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan Iskandar Zulqarnain dan Nabi Sulaiman?
(?) Siapa yang dimaksud dengan Raja Nusirwan ‘Adil, Raja Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), seperti terdapat dalam Sejarah Melayu?


Prasasti Kepingan Leiden Besar (kurun ke-11 Masihi) yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit, kerajaan Srivijaya pada mulanya disebut sebagai "Śriviṣayādhipatinā Kaṭah-ādhipatyam ātavantā" dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Kerajaan Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah".


elaran "Kaṭah-ādhipates" yang bermaksud "Kerajaan Kedah". Di bahagian Bahasa Tamil pula, Raja Suvarnabhumi disebut sebagai "Kiḍāratta-araiyan" atau "Kaḍāratta-araiyan", masing-masing bermaksud Raja Kidara dan Raja Kadara, kedua-duanya membawa makna Raja Kedah.

Sanfotsi dan Srivijaya adalah kerajaan yang sama. catitan yang menunjukkan bahawa Cudamanivarman dan anaknya Maravijayottungavarman digelar sebagai penguasa-penguasa kerajaan Srivisaya Kataha didalam manuskrip Layden dan individu-individu yang sama juga digelar sebagai raja-raja Sanfotsi didalam catatan Song. Ini diperkuatkan lagi dengan senarai kawasan jajah takluk Sanfotsi sebagaimana yang telah diberikan oleh Chau Ju Kua pada 1225 adalah kawasan-kawasan yang sama ditakluki oleh kerajaan Srivisaya Kataha sepertimana yang terdapat didalam Inskripsi Rajendra Chola yang ditemui Tanjore.



 'SEE-WI-CHAI' merujuk satu nama iaitu SRIWIJAYA.

tarian Siwichai merujuk kepada tarian SEE- Wi-CHAI iaitu SRIWIJAYA.


 sama mirip dgn apa yg terjadi pada kerajaan ayuttaya, Bangsa pelarian China di selatan takluk jajahan Dvaravati (Thailand), Dai Viet pulak kawasan Champa ( Vietnam) . konsep pecah perintah. hapuskan jejak dan ubah suai sebagai pusat agama baru yg dinamakan dgn Hindu Buddha. agama hindu juga asalnya dri agama yg dibawa oleh Ibrahim ( Brahma ) asalnya semua agama ini menyembah tuhan yg satu. . nnt sy kupas lebih lagi hubungkait agama2 samawi ini dgn pecahannya menjadi agama2 baru yg direka. utk cina di namakan buddha dan india dinamakan hindu. kalu kita selusuri lebih dlm lagi. kitab2 veda merujuk kepada bahsa sanskrit kuno iaitu yg terdapat di alam nusantara. itu pecahnnya menjadi pallava & kawi.


 manusia akan dipecahkan mengikut kefahaman mereka. setiap agama yg sembah tuhan yg satu kefahaman agamanya adalah sama. namun agama2 baru yg di reka ini di reka utk pecahkan fahaman dr agama yg satu ini. bila manusia berpuak2 dan semakin bnyk berpecah maka semakin berkuranglah agama penyembahan tuhan yg satu, bukan saja konsep pecah perintah tapi pihak Kolonial dh lama plan pecahkan juga kefahaman mereka. semakin bnyk fahaman2 semakin berpuak2lah jadinya.

Gupta dan Pallava ( Varman ) mempengaruhi Kerajaan Dvaravati di Thailand. Raja-raja Thai mempertahankan gelaran Rama dan ibukota lama mereka dipanggil Ayuthia (Ayoddha). Ayoddha adalah ibu kota purba dari kekaisaran Kosala India Utara

Raja-raja Funan (扶 南), selepas ditendang dari Kemboja, melarikan diri ke negeri mereka, iaitu Pan-pan (盤 盤). Pada pertengahan abad ketujuh, mereka menubuhkan negara baru bernama Sriwijaya (Shih-li-fo-shi). Sebelum membuat Shih-li-fo-shi, mereka menggabungkan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Pada akhir 670 AD hanya nama Shih-li-fo-shi kekal di tengah-tengah Semenanjung, yang direkodkan dalam sejarah China sebagai negara cawangan. Sebelum itu Chi-tu (赤土), Tan-tan (丹丹) dan Pan-pan (sepatutnya diucapkan sebagai Ban-ban 盤 盤) telah hilang.

No photo description available.

catatan dari dinasti Sui menyebut bahawa Funan diasaskan oleh orang-rang dari Chihtu dan Pan-pan. -Chih tu nama kuno bg Kelantan skg



Chen-la (Kemboja) menyerang ibu kota Shih-li-fo-shi, dan menduduki Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. Pada masa yang sama kawalan Selat Melaka runtuh. Hampir dua puluh tahun kemudian, kaunter kumpulan Śrīvijaya menyerang Chen-la dan memulihkan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat. , angkatan laut Śailendra dari Jawa tengah (Shailendra) memainkan peranan utama dan raja Śailendra diberikan gelar 'Mahārāja' Sri Krishna. Peringatan peristiwa ini adalah 'inskripsi Ligor' bertarikh 775. Śailendra mengirim utusan ke pengadilan Tang dengan nama 'Kha-ling' sama dengan Sañjaya. Penghantaran sebenar penghormatannya dihantar dari pantai timur Semenanjung Melayu, mungkin Sathing Phra

 830, selepas Mahārāja Samaratuńga meninggal dunia dan tidak lama selepas kerajaan Śailendra di Jawa telah dirampas oleh keluarga Sañjaya. Putera Bālaputra melarikan diri ke Suvernadvipa (Sumatra dan Semenanjung Tanah Melayu) tetapi ia mewarisi gelaran Maharaja Srīvijaya. Dia mungkin mula-mula melarikan diri ke Palembang, tetapi lokasi akhirnya adalah Semenanjung Tanah Melayu. Jambi mempunyai kekuatan ekonomi terkuat di antara negara Srīvijaya sehingga Bālaputra sepertinya pergi ke Kedah. Pada akhir abad kesembilan, golongan Śrīvijaya membentuk negara bersekutu baru 'San-fo-chi'. San-fo-chi bermaksud secara literal 'tiga Vijaya', mungkin terdiri dari Jambi, Kedah dan Chaiya (bukan Palembang). Peranan Palembang tidak menonjol yang selain daripada laluan utama perdagangan 'Timur dan Barat'.

Al Masoudi dipetik sebagai berkata: "Dilautan Champa (Laut Cina Selatan) adalah milik empayar Maharaja , raja segala kepulauan, yang mentadbir empayar tanpa had dan mempunyai tentera yang tidak terhitung . Bahkan kapal yang paling laju diwaktu itu tidak dapat berlayar mengelilingi keseluruhan empayar ini dalam tempoh 2 tahun. Wilayah-wilayah dibawah kekuasaan Maharaja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kekuasaan empayar lain yang menghasilkan kemewahan seperti empayar ini (empayar Zabag/Srivijaya)

Ini adalah empayat Yawadwipa yang berpusat di Tanah Merah Kelantan sekarang. 

JL Meons (1937) percaya bahawa awal Sriwijaya terletak di Kelantan dan KA Nilakanta Sastri (1949) menyokong idea itu. Teori Kelantan boleh diambil kira, kerana Dinasti Sui Cina mencatat abad ke-7 menggambarkan kerajaan maju bernama Chi Tu atau Raktamrittika (seperti dalam sejarah Kelantan) sebagai di Kelantan, yang namanya kemudian diubah menjadi " Sri Wijaya Mala ". Pengasas Sri Wijaya Mala adalah 667 SM dengan bernama "Valai", dan ia terletak di sepanjang perairan Sungai Pergau di Kelantan, yang terkenal dengan tambang emas yang kaya . 570 SM menukar namanya kepada Sri Wijaya.

 Ibu Kota Srivijaya Mala bernama 'Valai Penjuru" terletak di pendalaman hulu Kelantan



Tercatat dalam salasilah Kelantan bahawa Deman Lebar Daun ini mempunyai 3 orang putera juga menantu yang dominan iaitu:

Raja Surendra, Maharaja Jawaka
Sang Sapurba, Raja Palembang
Ken Arok, Raja Singhasari

Image may contain: sky and outdoor

Sumber lain menyatakan bahawa Deman Lebar Daun ini merupakan Maharaja Melayu di Dharmasraya dan juga dianggap sebagai Maharaja Sriwijaya hal ini dapat dibuktikan dengan Prasasti Grahi yang bertarikh 1183 yang ditemui di Chaiya, Thailand.

Image may contain: outdoor

bentuk seperti menara masjid

Image may contain: text


Dari segi bahasa (etimologi) Trailokya dalam Bahasa Sanskrit membawa maksud "Tiga Dunia", "Tiga Tingkatan", "Tiga Kehidupan", "Tiga Alam", & "Tiga Wilayah".

Sejarahwan menganggap semasa pemerintahan Deman Lebar Daun ini Alam Melayu sedang mengalami perubahan kuasa, pada mula ia dikuasi oleh Sriwijaya yang dirujuk sebagai San-fo tsi dalam chronic China, telah bertukar kepada Dharmasraya.

Sekadar begini boleh kami sampaikan untuk mengenali siapa sebenarnya Deman Lebar Daun, pokoknya dari baginda lahir ramai Raja-Raja yang memerintah Alam Melayu kerana beliau adalah penguasa Alam Melayu.

Image may contain: sky, plant, outdoor and nature

Pada tahun 1183M, berdasarkan Prasasti Grahi, menginformasikan kepada kita, Kerajaan Sriwijaya (beribukota di Dharmasyara) telah kembali bangkit, dan berhasil menguasai daerah hingga Thailand Selatan, selepas kehancurannya akibat serangan Kerajaan Chola. Pada masa itu, Kerajaan Sriwijaya-Dharmawangsa, dipimpin seorang Maharaja yang dikenal dengan nama Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa.

Terjemahan teks Prasasti Grahi menyebutkan bahwa:

Pada tahun Saka 1105 (1183),[2] atas perintah Kamraten An Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, Mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Buddha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin. Arca ini didirikan agar semua orang yang percaya dapat menikmati, memuliakan, dan memujanya di sini .... mencapai kemahatahuan ..


'Kamraten' ini adalah gelaran tertinggi dalam ranking raja-raja dalam budaya Khmer. Di sana ada istilah seperti:
"Dhuli jen vrah kamraten an"
yang ditemui pada Prasasti Udayadityavarman II yang diukir pada tahun 1052.
Perkataan 'Dhuli' ini sama seperti yang kita gunakan pada terma 'Duli Yang Maha Mulia' iaitu "debu yang melekat pada kaki".

Kamraten----> Dewaraja. Dalam konteks Prasasti Grahi,ia dipakai pada nama raja yang bernama Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa,iaitu nama raja yang mirip seperti nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco,di Sumatera Indonesia.

Dinasti Mauli ini berasal dari Segenting Kra dan ada kaitan dengan keluarga Sriwijayamala dan Sailendra sementelah Chandrabhanu,raja Sri Dharmaraja mengaku keturunan kedua-dua dinasti Melayu paling berpengaruh Asia Tenggara itu

Para ahli genealogy percaya bahwa Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, adalah nama lain dari Maharaja Imbang Jaya atau Maharaja Sambugita,  yang disebut-sebut di dalam silsilah raja-raja Melayu

Sekitar 100 tahun kemudian, pada tahun 1286M, berdasarkan prasasti yang ditemukan di komplek Candi Padang Roco Sumatera Barat, diketahui bahwa Negeri Sriwijaya di Pedalaman dipimpin oleh seseorang yang bergelar Sri Maharaja Srīmat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa.­­­ 
Srī Mahārāja śrīmat tribhuwanarāja mauliwarmadewa, adalah generasi penerus Sri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa, yang diyakini sebagai kakek dari Adityawarman (Maharajadiraja Srīmat Srī Udayādityawarma Pratāpaparākrama Rājendra Maulimāli Warmadewa), pendiri Kerajaan Pagaruyung.


Perkaitan Adruja dengan Srimat Trailokyaraja atau Deman Lebar Daun. Juga telah dinyatakan tentang 3 orang waris baginda iaitu, Sang Sapurba atau Sang Nila Utama adalah menantunya yang diberi kuasa memerintah di Palembang, Ken Arok memerintah di Singhasari dan Raja Surendra memerintah di Jawaka.

Adruja adalah cucu daripada Raja Surendra yang dikatakan memerintah Jawaka yang berlokasi di Utara Semenanjung Tanah Melayu, datuknya pula adalah Raja Sakranta dan ayahandanya adalah Raja Thilam yang memerintah Malayur.... Siapa mereka ini akan kami bawakan dalam pengisahan yang berasingan.

Legasi Deman Lebar Daun bukan sekadar di Bumi Suwarnadwipa tetapi ia tersebar keseluruhan daratan dan kepulauan Alam Melayu dan dari keturunan ini lahir wira-wirawati Melayu yang terbliang.

No comments:

Post a Comment