Tuesday, May 5, 2020

Tambra-Lingga


Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature
Tambralingga adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang dipercayai muncul di Segenting Kra sekitar abad ke-2 Masihi. Pada awal Kewujudan ianya hanya tercatat dalam sebuah kitab tua Tamil iaitu Kitab Niddesa dengan menyebut sebagai Tambralinggam dalam bahasa Tamil yang bermaksud Lingga Tembaga. Nama kerajaan ini tidak tercatat dalam mana-mana catatan China. Jika diamati dari masa kewujudannya pada abad ke-2 Masihi, kerajaan ini wujud sezaman denganKedah Tua dan Langkasuka, namun ia telah hilang dari sejarah selama lebih kurang 8 abad.

Ia hanya muncul semula sekitar tahun 1030 Masihi apabila ia disebut dalam sebuah inskripsi di India Selatan iaitu Inskripsi Tanjore. Walau bagaimanapun, H.G.Q. Wales berpendapat bahawa kerajaan itu terus wujud dan mengambil alih kerajaan Pan-Pan sekitar tahun 635 Masihi, iaitu setelah penghantaran utusan Pan-Pan yang terakhir ke China.

Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature
Dalam catatan Cina, negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling. Catatan terawal tentang negara ini diperoleh dalam Sung Shih (Sejarah Sung). Sung Shih mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada kayu. Mereka menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk perdagangan. Ibu kotanya tidak berbenteng dan rajanya apabila keluar akan menunggang gajah atau kuda. Dikatakan juga negara ini menghasilkan cula badak,gading gajah, logam perunggu (gangsa) dan Kayu Brezile. Ia juga menghasilkan beberapa jenis ubat-ubatan. Pada tahun 1001 Masih, pemerintahnya Tou Su Chi telah mengirimkan utusan ke China.

Image may contain: sky and outdoor

Chu-fan-chi karangan Chau Ju-kua (1225 Masihi) mencatatkan bahawa Tan-ma-ling(Tambralingga) merupakan salah sebuah jajahan takluk San-fo-tsi (Suwarnabhumi) dan ia telah diperintah oleh seorang Temenggung dari kerajaan itu. Di katakan juga pada tahun 1196 Masihi, ia pernah mengirim utusan ke China. Perkara ini menjelaskan bahawa ia telah bebas daripada kekuasaan Suwarnabhumi masa itu kerana kerajaan China hanya menerima perwakilan daripada kerajaan-kerajaan yang merdeka.

Image may contain: sky, outdoor and nature

Daripada Tao i chih lio yang ditulis pada 1349 Masihi, diketahui bahawa Tan-ma-ling mempunyai pemerintahnya sendiri. Ia menghasilkan timah yang bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, sarang burung, kayu gaharu dan juga lilin lebah (lilin kuning). Melalui San tsai t’u hui 1607 Masihi pula diketahui bahawa negara itu tidak mempunyai raja, hanya seorang ketua sahaja.

Image may contain: people standing, outdoor and nature
Satu lagi sumber yang mencatatkan tentang kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi yang dikenali sebagai inskripsi Caiya (Grahi). Caiya merupakan sebuah bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua dikenali sebagai Grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina. Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan. Ada kemungkinan Caiya (Grahi) adalah bekas ibu kota kerajaan Tambralingga. Inskripsi 1230 Masihi ini juga mencatatkan dengan jelas yang Grahi sebagai wilayah Tambralingga.

Image may contain: plant, tree, sky and outdoor

Inskripsi Grahi juga mencatatkan tentang seorang raja pemerintahnya bernama Chandrabhanuyang bergelar Sri Dharmaraja, Yang Dipertuan Tambralingga. Namun, jika mengikut catatan Cina,Tao- i Chih-lioh yang ditulis sekitar tahun 1340an mengatakan Tan-ma-ling tidak mempunya raja, ia hanya diperintah oleh seorang ketua sahaja.

Image may contain: tree, sky and outdoor

Merujuk kepada satu catatan Cina, Lai Wai tai ta Tambralingga terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan minyak wangi yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia juga menghasilkan kayu gaharu yang paling wangi, lilin kuning dan getah kino. Menurut Tao-i Chih-lioh yang ditulis sekitar 1340, Tambralingga terdiri daripada dataran yang luas dan menghasilkan lebihan bijirin. Penduduknya, lelaki dan perempuan menyanggul rambut mereka dan memakai pakaian yang terdiri daripada sehelai baju putih dan kain sarung hitam yang diperbuat daripada kapas. Mereka menggunakan satin, sulaman atau sejumlah timah sebagai mas kahwin. Orang disini memasak air laut untuk dijadikan garam dan menapai sekoi untuk dijadikan minunman keras. Di samping itu, negara ini juga menghasilkan timah bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, burung enggang, kayu laka dana gaharu.

Image may contain: tree and outdoor

Image may contain: outdoor
Sebenarnya tidak banyak maklumat tentang Tambralingga ini yang merujuk kepada aspek pemerintahan, namun dalam satu Inskripsi Kemboja ada mencatatkan bahawa ada seorang putera daripada kerajaan Tambralingga yang bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi setelah merampas kuasa daripada raja sebelumnya Udayadityawarman I pada tahun 1002 Masihi. Beliau digelar sebagai Suryawarman 1 (1002 – 1050 Masihi).

Walaupun perwakilan pertama kerajaan Tambralingga ke China dikirimkan pada tahun 1196 Masihi, akan tetapi Tambralingga hanya jelas telah dapat memerdekakan diri daripadaSuwarnabhumi (San-fo-tsi) sekitar tahun 1230 Masihi. Pemeberontakan Tambralingga kepada Suwarnabhumi ini telah dipimpin oleh Chandrabhanu. Inskripsi Caiya mencatatkan tentang usaha Chandrabhanu meluaskan tanah jajahannya. Mengikut Slamet Muljana mengandaikan bahawa di bawah pemerintahan Chandrabhanu, kerajaan Tambralingga telah menjadi sebuah kerajaan yang terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi saingan kepada kerajaan Suwarnabhumi. Pada tahun 1247 Masihi dan 1271 Masihi, Chandrabhanu telah melancarkan serangan ke atas Sri Lanka tetapi gagal menawannya. Kitab Culawangsa mengesahkan secara terperinci kedua-dua serangan ini.

Kita tidak tahu bilakah sebenarnya kerajaan ini hilang terus dari sejarah kerana pada adab ke-17 Masihi, ia masih disebut dalam catatan Cina, San tsai t’u hui. Namun, nampaknya kerajaan itu sudah begitu mundur ketika itu kerana ia tidak beraja lagi sedangkan semenjak abad ke-11 Masih hingga abad ke-13 Masihi diketahui ianya mempunyai raja dan kekuasaanya meluas hingga meliputi seluruh utara semenanjung.


Image may contain: sky, cloud, mountain, outdoor and nature
Sir Donald Braddell berpendapat bahawa Tambralinga terletak di kawasan Kuantan di mana anak sungai penting Sungai Pahang masih membawa nama Tembeling atau Tanjong. Tambralinga mungkin sinonim dengan Madamalingam dari Tanjore.

Image may contain: house, sky, tree, plant, outdoor and nature
Rujukan terdahulu, seperti dalam Sung Shih, memanggil Tambalinga Tan-mei-leou, seperti yang ditranskripsikan oleh Sinolog Perancis, transkripsi Sinolog Inggeris yang menjadi Tan-mi-liu atau Tan-mei-liu.

Pada akhir abad kesepuluh, Sujitaraja, Raja Tambralinga, menaklukkan kerajaan Mon Lavo (Lopburi). Selepas 1001 Tambralinga-Lavo yang disokong oleh Kemboja mengenakan kesulitan ke atas Cojas berkaitan dengan penggunaan laluan pelabuhan. Raja Khmer Suryavarman I (1002-50) membangun Tambralinga di pantai timur Semenanjung Melayu sebagai pangkalan perdagangan di seluruh Isthmus.

No photo description available.

Tambra-Lingga juga mirip dgn nama Linggui.. tasek Linggui di hulu Sg Johor yg dikatakan wujudnya kerajaam Purba yg kita kenali sbg Gelanggi... Nama Gelanggi jugak merujuk kpd nama tasek Linggui.

tam-merah. Tambra- Tembaga.

1 comment:

  1. The Rise of Tambralinga and the Southeast Asian Commercial Boom in the Thirteenth Century.

    Transcribed as “Danmaling”, Tambralinga appears in four Chinese texts: Zhufanzhi (1225), Daoyizazhi (1270s), Dadenanhaizhi (1304), and Daoyizhilue (1351). In the Zhufanzhi Danmaling is described as being subordinate to Sanfoqi (or, more precisely, to whichever state formed the central state of the political grouping known as Sanfoqi), while occupying the central part of the Malay Peninsula.

    ReplyDelete