Sunday, April 26, 2020

Kerajaan Chih-tu menurut rekod China


 

 Menurut catatan China era Dinasti Sui., Kerajaan Chih-Tu bersemayam disebuah kota bernama Seng-Chih. kekayaan dan kehebatan kota ini mempunyai 3 buah pintu gerbang. Satu gerbang luasnya sejauh 100 kaki, bersamaan dgn 30 meter. Disetiap pintu gerbang terdapat ukiran pari-pari terbang , eleman agama buddha. pintu gerbang dihiaskan dgn bunga-bunga emas. terdapat sebuah loceng disetiap pintu gerbang. kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istananya mengadap kearah utara. Takhta singgahsana Raja mempunyai 3 lapis. Mahkotanya dibuat dari emas bertakhtakan batu -batu permata.

Di kiri kanannya terdapat empat org wanita. pengawalnya lebih 100 orang. Di belakang takhta tempat raja bersemayam terdapat pintu gerbang yang dibina daripada 5 jenis kayu wangi yang bercampur baur dgn emas dan perak. Dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah relung logam yang berbentuk seperti api yang menyala yg turut diperbuat dari emas yang berkilauan.

No photo description available.

Kerajaannya mempunyai sebuah kolam yang akan diisi dengan jongkong emas. Jongkong emas ini merupakan persembahan yang diberikan oleh rombongan yang dihantar kepada raja. emas tersebut akan dibuang kedalamkolam tersebut. Selepas kemangkatan setiap raja yang memerintah. kolam akan dikeringkan dan emas tersebut akan dihitung dan dinilai untuk mengetahui kebesaran pemerintahan. kemudian emas tersebut akan diagihkan kepada setiap rakyat oleh raja ang baru memerintah.

mengikut catatan rekod purba, kerajaan ini terletak dihulu sungai kelantan. menurut penelitian kajian dalam book of mormon. sungai kelantan adalah river of sidom yang tercatat dalam kitab perjanjian lama. Juga pernah direkodkan ia sebagai laluan utama kekawasan lombong emas yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Kapal stim zaman British memasuki sungai kelantan hingga ke Kuala Krai.

Menurut ahli arkeologi British, Gale Sieveking lokasi ini pernah dihuni oleh manusia sejak 8000 tahun lalu. pembuktian penemuan ditempat pengebumian prasejarah di Gua Cha tahun 1954. Hasil eskavasi di Gua Chawas, Ulu Kelantan turut menjumpai sejumlah besar votive tablets Buddha Mahayana.

Lokasi Zarahemla, Sidom river yang disebut dlm kitab perjanjian lama adalah terletak di bahagian Kelantan skg.



land of first heritance- tanah permulaan warisan. -semenanjung.Ibu Negeri Chih Tu yang bernama Seng Chih itu adalah maksudnya.(Kota Singa).

Takhtanya terletak di kota Seng-chih. Kota ini mempunyai tiga pintu gerbang yang mempunyai beberapa ratus lapis.”
“Kemudian mereka terus belayar ke arah selatan ke pulau Chi lung (Sangkar Helang) dan mereka tiba di sempadan Chih Tu dan mereka telah dijemput oleh Brahman Chiu mo lo dengan tiga puluh jong yang dihantar oleh raja. Tetuang ditiup, gendang dipalu untuk meraikan delegasi dari Sui dan kapal Chang Chun telah ditambat dengan rantai besi. Ia mengambil masa sebulan untuk tiba ke ibu negeri.”

Sebulan perjalanan daripada pelabuhan, dan ini bermakna ianya terletak di pedalaman kawasan semenanjung dan sudah semestinya kota ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu yang kini merupakan kawasan hutan tebal. Paul Wheatly menyatakan ianya terletak sama ada di Ulu Kelantan atau Ulu Pahang. Dapatan kajian tempatan menyatakan bahawa di Hulu Kelantan wujud pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang iaitu di Gunung Chintawangsa dan di Ulu Pahang yakni di Merapoh dalam daerah Kuala Lipis yang juga wujud tapak kota kuno.

 Pentarikhan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh masyarakat ‘Hoabinhian’ sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.

No photo description available.

Penemuan rangka orang-orang Hoabinihian oleh Gale Sieveking telah dibawa lari dalam 10 kotak pada tahun 1954 melalui jalan sungai yang terus tembus ke pahang dan terus diangkut melalui Fort Chabai. Ekspedisi 1954 dikawal ketat oleh tentera dan bekalan makanan dihantar melalui udara berikutan kawasan ini tidak dapat diakses melalui darat.Terdapat perhubungan nama antara Tenah Merah" dan "Zarahemla.

Kuala Krai merupakan salah satu kawasan yang kaya dengan sumber aslinya iaitu emas.catatan pelayaran Ibnu Batuta yang beliau telah sampai ke suatu tempat yang dipanggil sebagai Khailun Qari yang kini dikenali sebagai Kuala Krai. Perkataan Khailun Qari adalah dari bahasa Morocco.

Peninsular Malaysia showing mineral belts and primary gold occurrences (after Ariffin & Hewson, 2007 and Yeap, 1993) . hbis emas kita penjajah bawak lari.



Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan ada memetik tulisan Anker Rentse bertajuk History of Kelantan yang menyatakan asal usul nama negeri ini adalah dari perkataan Koli. Namun benarkah Anker Rentse yang menemui nama tersebut, kalau benar sekalipun dari mana datang nama tersebut?Selidikan lanjut yang dibuat mendapati rupanya Anker Rentse menemui nama Koli itu dari buku G.E Gerini yang membuat kajian terhadap buku tulisan Claudius Ptolemy yang bertajuk Geographia yang diterbitkan pada tahun 150 Masihi, buku tersebut mempunyai peta dan menjadi rujukan kerajaan Rom dan kerajaan Islam waktu kegemilangannya untuk menjelajah dunia.

Ringkasnya buku tulisan Ptolemy itu merupakan satu maklumat yang sangat dirahsiakan pada zaman dahulu kerana ia menjadi panduan kepada tempat-tempat yang mempunyai sumber kekayaan dunia.Meneliti naskhah-naskhah lain berkenaan Ptolemy terutamanya naskhah Geographia itu membawa kita kepada maklumat lebih mengkagumkan kerana buku tersebut merujuk pula kepada buku yang lain iaitu buku tulisan Marinos dari Tyre yang dipercayai ditulis pada tahun 120 Masihi dengan mengemaskini maklumat dari seorang pengembara atau nakhoda bernama Alexander yang diterbitkan pada tahun 75 Masihi. Hal ini menunjukkan bahawa buku tulisan Ptolemy itu adalah dapatan data daripada catatan seawal kurun pertama Masihi lagi seterusnya menguatkan lagi dakwaan Koli adalah salah satu nama tua di Semenanjung berlokasi di Kelantan.MaksudGerini menyatakan Koli terletak di Kelantan dan ianya adalah sebuah Kota, nama ini merujuk kepada satu nama kota purba (Koli) terletak di Utara India atau lebih tepat di Kapilavastu juga merupakan tempat kelahiran Maya, ibu kepada Buddha. Gerini menambah lagi dengan menyatakan perkataan Koli telah berubah berdasarkan dielek membentuk perkataan Kolam atau Kolom dan digabungkan dengan perkataan Thana, dalam bahasa Melayu bermaksud Tanah dan diterjemahkan sebagai sempadan atau negeri.

Gabungan perkataan Kolam dan Thanah telah menghasilkan satu perkataan iaitu Kolamthanah dan akhirnya ia kekal dengan sebutan Kelantan [Kalantan] hingga hari ini.Evolusi nama Koli kepada Kelantan mengambil masa yang lama, pastinya ia dikenali dengan nama Koli untuk satu tempoh, ini kerana dalam rekod Dinasti Tang (618 – 907 Masihi) Ko-lo Fu-sha-lo terletak di tenggara Pan-Pan dan Wan-Tan (Bandon), dakwaan nama-nama dalam sumber China ini merujuk kepada Koli adalah berdasarkan kepada penelitian pada maksud perkataan itu. Ko-lo Fu-sha-lo merujuk kepada Koli (Pali)-Bhadra (Sanskrit) merujuk kepada Pokok Bidara, namun dalam bahasa Siam ia berbunyi Phusa, perkataan inilah yang menjadi teras kepada perkataan Fu-sha-lo secara tidak langsung merujuk kepada Koli.Seterusnya catatan dari Ma Tuan-lin.

seorang pencatat China menyatakan bahawa dia seringkali diperkatakan oleh rakan-rakannya tentang Ku-lo dan ia dikenali semenjak dari Dinasti Han (206 S.M – 221 M), dalam catatan beliau juga turut dinyatakan bahawa Ko-lo adalah sebuah pelabuhan yang kerap menjadi persinggahan pedagang dari China semenjak dari awal pemerintahan Dinasti Sung (960 – 1127 Masihi), namun Gerini ragu-ragu adakah pelabuhan yang dinyatakan oleh Ma Tuan-lin itu benar-benar terletak di Koli / Ko-lo bagaimanapun beliau bersetuju bahawa negeri Kelantan diasaskan semenjak lama dahulu dan hingga ia turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu bahawa Kelantan pada masa kegemilangannya merupakan sebuah kerajaan yang kuat menjadi penguasa dalam perdagangan di pesisir.KonklusiKoli yang berlokasikan Kelantan ditanda oleh Ptolemy melalui bukunya Geographia (150 Masihi) dengan merujuk data dari Marinos (120 Masihi) dan Alexander (75 Masihi), ia kemudiannya dikaji oleh G.E Gerini yang kemudiannya menambah pula maklumat daripada sumber Arab dan China.



Awalnya dinyatakan Koli adalah sebuah kota yang terletak di Semenanjung dengan meminjam nama tempat dari Utara India, seterusnya rujukan dari sumber China menyatakan pula Koli yang dirujuk sebagai Ko-lo sebagai sebuah pelabuhan yang telah disering disebut oleh pelayar dan pengembara China semenjak kurun Sebelum Masihi lagi.Jadi disini boleh diputuskan bahawa Negeri Kelantan ditubuhkan dari satu kota kuno dan berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat, itulah yang dipercayai sebahagian ahli sejarah. Agak malang, tiada catatan kukuh dari sumber Kelantan berkenaan dakwaan ini yang ada pun berkisar maklumat sejarah sekitar penghujung kurun ke-17 memuatkan tentang peranan Long Yunus sebagai penyatu negeri Kelantan.



Evolusi nama Koli kepada Kelantan mengambil masa yang lama, pastinya ia dikenali dengan nama Koli untuk satu tempoh, ini kerana dalam rekod Dinasti Tang (618 – 907 Masihi) Ko-lo Fu-sha-lo terletak di tenggara Pan-Pan dan Wan-Tan (Bandon), dakwaan nama-nama dalam sumber China ini merujuk kepada Koli adalah berdasarkan kepada penelitian pada maksud perkataan itu. Ko-lo Fu-sha-lo merujuk kepada Koli (Pali)-Bhadra (Sanskrit) merujuk kepada Pokok Bidara, namun dalam bahasa Siam ia berbunyi Phusa, perkataan inilah yang menjadi teras kepada perkataan Fu-sha-lo secara tidak langsung merujuk kepada Koli.

1 comment:

  1. Perdagangan melalui laluan laut telah membolehkan pengembara atau pedagang yang datang dari wilayah China mengenal kepelbagaian komoditi yang eksotik dan bernilai untuk dibawa pulang ke negara mereka. Pelayaran-pelayaran untuk memperoleh komoditi asing ini telah dicatatkan di dalam dokumen-dokumen mereka sejak awal abad Masihi lagi dan menjadi rujukan sejarawan dan ahli arkeologi.

    Sumber dari Dinasti Han yang dirujuk pada bab 28 di dalam buku Ch’ien han su yang siap ditulis pada tahun 80 A.D menceritakan tentang pedagang dari China yang menumpang kapal ‘orang gasar’ yang bukan berketurunan China untuk membeli mutiara, batu permata dan komoditi-komoditi yang jarang ditemui (Wheatley 1957). Berkemungkinan besar kapal yang dinaiki oleh pedagang China ini ialah kapal orang Melayu yang mereka rujuk sebagai orang gasar. Sumber ini juga menyebut tentang lokasi-lokasi yang berkemungkinan merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu seperti Huang-Chih dan P’i-Tsung.

    Walau bagaimanapun lokasi-lokasi ini masih lagi menjadi perdebatan dan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan lokasi ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Gabriel Ferrand mengemukakan interpretasi yang lebih komprehensif mengenai lokasi Huang-Chih yang beliau katakan terletak di Kanci [pura], pusat pemerintahan kerajaan Pallava pada abad ke 3 Masihi (Ferrand 1919) manakala P’i-Tsung dikaitkan dengan Pulau Pisang (Wheatley 1957) ataupun lokasi yang terletak di daratan Semenanjung Tanah Melayu seperti yang di sebut dalam dokumen Sui su (Wheatley 1955).

    ReplyDelete