Thursday, April 30, 2020

Prasat Preah Vi Hear & sejarah kuno Melayu


Image may contain: sky, cloud, tree and outdoor

Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik ini.

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: possible text that says 'Ular Naga Makara Kelantan senibina pemeleh berbentuk naga dan berbentuk Makara adalah bina wujud pada purba 3000 hingga 1700 sebelum masihi). kemudiannya telah beransur hilang mengikut zaman fahaman agama memjadi pemelch berhujung Sulur Bayur. Perubahan ini juga belaku pada ukiran Ular Naga Makara gunungan pintu gerbang dan jebak burung. Kecuali pemeich kelewang yang kekal schingga kini kerana sesuai pada syariat Islam. Namun begitu kedua seni ini masih boleh dilihat negara Cambodia dan Thailand.'

mirip 



Sebelum pada ini kami ada menceritakan mengenai anakanda sulong Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang bergelar Po Chan bermaksud Putera Sulong yang pernah memerentah di Kemboja Cempakasari sebelum diusir oleh tentera Raja Buddha Thai dan baginda kembali ke Legeh (Patani, Yala, Narathiwat, Kelantan dan Trengganu) bersama-sama ribuan pengikutnya.



 Naga ialah simbol Maharaja China yang beragama Islam semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Contoh naga sebagai simbol di kalangan raja-raja melayu seperti gelang kaki dan peralatan di raja Sultan Ismail kinta dan nama tempat seperti Kota Naga di Bandar Darulaman Kedah masih ada hingga kini.

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

Ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang pada ketika itu bersemayam di istana Nakhon Si Thammarat bergelar Raja Nam Bang(bermaksud Air Telok, kerana kawasan Ranot yang bertelok) telah menabal baginda menjadi raja di Perak bergelar, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak.
Kenapa bergelar Sultan Mudzaffar Syah III? Kenapa tidak I atau II?. Mudah sahaja, ini kerana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir bergelar Sultan Muzaffar Syah II.

Image may contain: indoor, possible text that says 'Makam Sultan Jamalul Alam Badrul Munir'

Bijak juga usaha menggunakan gelaran ini memandangkan nama gelaran Po Chan di Kemboja sebagai gelaran kepada Koya Long mungkin dianggap tidak sesuai di sini lalu diberi gelaran asal usul keturunannya yang amat bersesuaian dengan baginda. Kami kira gelaran ini bertujuan untuk mengingatkan raja-raja daerah yang sudah bermula berbaik-baik dengan penjajah Inggeris bahawa waris raja Merong Mahawangsa masih ada.

Image may contain: people standing, sky, outdoor and nature

Sewaktu memerentah di Perak sebagai Bendahara (dulu Bendahara adalah Raja Muda) baginda menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama, iaitu anak saudara kepada Permaisurinya Puteri Seri Andalas dari keturunan Bugis. Sultan Selangor yang pertama ini pada ketika itu telah bersemayam di Kuala Selangor.

Image may contain: people standing and outdoor

Perlu diingatkan bahawa Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga diusir dari Ayuthia oleh Tentera Buddha Aluang phaya Chakri Sokho Thai sekitar tahun 1767. Sewaktu di Ayuthia dulu baginda di gelar Boromoraja Ekataat V Mahadaimayaza, Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke33. (Sejarah Thailand hari ini mengatakan selepas Ayuthia ditawan mayatnya tidak dijumpai bagi menutup realiti sejarah kerajaan Siam Islam ini).

Image may contain: cloud, sky and outdoor

Ini mengesahkan bahawa Kerajaan Siam dahulu beragama Islam sebelum ia ditawan oleh puak Chakri Sukhothai Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Dalam Hikayat Patani nama baginda ada tercatat sebagai Raja Bakar yang berkuasa melantik beberapa orang raja daerah termasuk lah cucunya Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menjadi raja di Singgora @ Songkhala yang bermaksud, menghantar benih (Sila baca artikel kami yang telah lepas).

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: text

mirip menara Masjid.


Ban Nai Lang di Thailand hari ini bermaksud Kampung Syed Alang merujuk kepada Syed Alang Alauddin ini. Baginda berjuang habis-habisan menentang tentera thai yang menyerang Kedah lalu diberi gelaran Panglima Bukit Gantang (Bukit Gantang sebelum 1874 adalah wilayah Kedah).

Berbalik kepada Po Chan Koya Long, baginda pernah bersemayam di istana ini sekitar tahun 1758. Di sekitar tahun yang sama jugalah tentera Islam baginda telah berjaya membunuh Aluang Phaya di satu tempat bernama Taikala bermaksud, Kafir mati dibunuh.

Sekiranya saudara/i pembaca membuat ‘Yahoo’ atau ‘Google search image’, saudara akan mendapati bahawa pada runtuhan bangunan tersebut tidak terdapat pun patung-patung Buddha sepertimana tinggalan sejarah di tempat lain sekitar Thailand. Tidak seperti bangunan di Ayuthia yang didirikan patung-patung bertujuan untuk menutup bukti keislaman kerajaan Islam Ayuthia.

Prasat Preah ViHear telah terlepas dari tindakan raja dari keturunan Buddha Chakri Sukhotthai untuk menutup bukti sejarah kerana lokasinya yang menjadi perebutan dua kerajaan. Sekiranya Ayuthia sebuah bandar kerajaan Buddha, mana mungkin Hamzah Fansuri datang untuk mendalami ilmu agama Islam disana. Mana mungkin ia menjalankan sistem Syahbandar seperti mana pelabuhan Islam yang lain di nusantara Benua Siam.

No photo description available.

Walau bagaimanapun hak ke atas istana Preah Vi Hear telah diberikan oleh ICJ (International Court of Justice) kepada Kemboja, bukan Thailand semenjak tahun 1962 lagi. Dengan sebab itu usaha untuk membuddhakan kawasan Istana tinggalan Po Chan Koya Long ini tidak kesampaian kerana ia terletak di dalam wilayah Kemboja.

Menteri Luar Thailand, Tej Bunnag telah menggesa Kemboja agar tidak membawa perebutan ini ke PBB. Bagi kami jika dibawa pun tidak mengapa kerana ia boleh mendedahkan lagi sejarah realiti Thailand yang sebenar. Sudah pasti merasa takut ibarat cacing kepanasan untuk menghadapi realiti sejarah ini.


Prasat Pra Narai adalah Sultan Iskandar Mahkota Alam, Raja Acheh. 
Bangunan ini telah dikupas ‘plaster’ nya, begitu juga dengan bangunan lain di Ayuthia yang berkemungkinan besar terdapat tulisan seni khat sebagai hiasan. Lihat bentuk arch tingkap dan pintu yang merupakan senibina Islam Parsi dan Monggol India.


1879,seorang pengkaji dari Perancis,Hendrick Kern, telah mengkaji sebuah batu bersurat yang terletak di sebuah kuil purba di Kampong Cham,Kemboja.Hasil kajiannya telah menarik ramai pengkaji Perancis yang lain tentang kewujudan batu bersurat itu,yang kemudiannya diketahui merupakan prasasti yang dipahat untuk Bhavavarman I,raja Chenla.
Namun yang anehnya,pada perenggan pertama berisi puji-pujian kepada sang raja itu,terdapat sebaris ayat yang mengelirukan ramai pengkaji termasuk Barth,Aymonier,Bergaigner mahupun Finot.Malah pengkaji epigrafi,juga sejarahwan terkenal India,Ramesh Chandra Majumdar juga meninggalkan perkataan tersebut kerana ia mengandungi huruf Pallava yang diubahsuai dan sukar untuk diterjemahkan.

Namun,pengkaji Kemboja seperti Saverous Pou,Long Seam atau Lem Chuck Moth memiliki pandangan mereka sendiri.
Perkataan yang aneh itu,yang berdasarkan perkataan dari skrip asal dalam Khmer Kuno adalah “មាលាយូ” yang bermaksud:
“Malayu”

Image may contain: plant, tree, grass, sky, outdoor and nature

Prasasti Vo Canh,yakni prasasti paling tua setakat ini di Asia Tenggara yang membawa nama raja Melayu dari Pan-pan (sekitar Kelantan-Terengganu).


hadiah untuk makhluk"
"para imam, tentu saja, yang minum amerta dari ratusan perkataan raja"
"hiasan ... yang oleh itu kegembiraan anak perempuan cucu Raja Sri Mara ... telah dinobatkan sebagai"
"orang-orang yang duduk di atas takhta"
"itu berkaitan dengan perak atau emas"
"harta"
"semua yang disediakan oleh saya sebagai orang yang baik dan berguna"
"menteri saya Vira"
"perintah yang membawa kebajikan makhluk, dari yang terbaik dari dua karin , keberangkatan dan kedatangan dunia ini"

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Monumen di Kg Cham

Image may contain: text

Prasasti Han-Chey-------> “…mala mala-yu iva mala-yam raja…”

(bunga-malayu-seperti-(?)-raja)

Yang ditafsirkan sebagai: Mala Kings of Malayu ( raja-raja Mala dari Melayu )


Koya Long @ Sultan Muzaffar Syah III @ Po Chan (Kemboja) Tuanku Abu Bakar.
Nama sebenar baginda ialah Raja Siam Koya Long. Koya Long bermaksud Putera Sulung. Baginda adalah anakanda Khalifah Syarif Abu Bakar Shah dengan Suriyamarin yang pertama. Baginda mempunyai beberapa orang ank iaitu;
Koya Ngah (Sultan Megat Terawis)
Koya Shuib (Sultan Megat Shuib Shah)
Koya Nai Chau Abu (Sultan Megat Manja Abu Kasim)
Koya Fai (Sultan Megat Iskandar).
Sultan Koya Long @ Sultan Muzaffar Syah III @ Po Chan (Kemboja) Tuanku Abu Bakar lahir di Phra Nakhon Si Ayutthaya, Thailand


Anaknya--------> Syarif Abu Bakar Syah Yang DiPertuan Kedah @ Boromo Raja Ekataat V Ayuthia Sultan Muhiyudddin Iskandar Mansor Shah dan Tengku Suriyamarin Sultan Bendahara Badi uz-Zaman

Maharaja KembojaCempakasari, Maharaja Cempakasari 1821 hingga 1824, Sultan Kuala Kangsar


 Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin


“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’

No photo description available.


 Simbolik 'Merong Maha Wangsa bertarung dgn burung Garuda'  Buddha itu ajaran agamanya adalah penyembahan tuhan satu.. nanti saya post mengenai asal usul Buddha.tp diputar belitkan semasa zaman penjajah dijadikan Buddha itu sebuah agama lain

Garuda---> Merong Mahawangsa bawak anak raja Rom untuk berkahwin ke China dgn puteri Maharaja China.. mereka di serang oleh Garuda.. Zaman Kerajaan Kedah Zamin Turan.

Naga (dalam bahasa sanskrit dan juga bahasa Melayu) atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong.


Raja Prao/Perehu itu
kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).

Tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh naga.

Image may contain: possible text that says 'Contoh Pakaian Raja perempuan Segenting Kera,Utara dan Pantai Timur Kuno (Kedah,Patani,Kelantan- Era JAWAKA ZABAJ) Pemeleh Gelang leher ada gaya Makyong Gelang Potoh Lengan Topless Pending Sarong batik Sejenis ikatan seledang seleda gaya kuno Gelang kaki Salah satu ikatan kain sarong Funan/Angkor Siti Dewi.'

Javaka/Zabaj/Yawadwipa


KRISNA SAKTI: GELANG NAGA BERKHODAM

Potoh (gelang dipergelangan tangan) merupakan bukti seterusnya. Nehesi yang merupakan ketua armada laut Hatshepsut mengatakan bahawa Raja Punt memakai potoh pada pergelangan lengannya.

blogologue: pancuran kemuliaan istiadat Perak

Perjuangan Belum Selesai: Lambang utama kerajaan melayu diraja Melaka.


WARISAN RAJA & PERMAISURI MELAYU: Alat Kebesaran Diraja Perak.

 Raja segala Raja- Punt.

Syarif Abu Bakar mirip Syerif Abu Bakar?

 Riwayat Mon mengatakan Raja Suryavarman1 yang membina Preah Vihear adalah seorang Melayu.



No comments:

Post a Comment