Thursday, April 23, 2020

Sejarah Kelantan Lama- Yawadwipa



Tanah Merah ini sebenarnya adalah serpihan daripada Funan. Pada asalnya, Negeri Tanah Merah ini merupakan satu Negeri Persekutuan, dikenali sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.

Tanah Raksasa

Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:

1. Kalathana (Kelantan)
2. Thanathana (Terengganu)
3.Gangga Negara (Perak)
4. Kuli (Pahang)

Negeri-negeri dalam Kalathana ini telah bersetuju melantik Bhadreswararaja, Raja Kalathana sebagai pemimpin persekutuan ini pada tahun 418 M. Pada masa itu Funan dikuasai oleh Empayar Campa, sehingga kewujudan persekutuan Kalathana ini tidak disetujui oleh Maharaja Campa sendiri, natijahnya pada 427 M, Maharaja Campa telah menghantar bala tentera melalui Langkasuka untuk menghukum Raja Kalathana.

Image may contain: 1 person, possible text that says 'Tambralinga KERAJAAN KELANTAN TUA RAKTAMRITTIKA Tanah Merah (566 610 Masihi) Langkasuka Kathana Raktamrittika Raktamrittika Thanathana Gangganagara Raja Gauthama Koli Koli'
Serangan itu boleh dipatahkan dan perajurit Kalathana telah melakukan serangan balas. Serangan itu telah menghasilkan hasil yang gemilang dengan merebut kawasan dari Langkasuka hingga Tambralingga seterusnya menguasai seluruh Segenting Kra.

Pada masa yang sama, Campa juga terlibat dalam pererangan siri dengan China sehingga Maharaja Campa mengabaikan keadaan empayarnya yang sedang berpecah belah di bahagian selatan dengan menyerahkan urusan itu kepada Funan. Kemenangan Kalathana terhadap angkatan Funan-Campa telah membolehkan kerajaan mereka merdeka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kerajaan asing.

Raja Funan, Sresthawarman yang bergelar Wan Srestha tidak bertangguh terhadap perlakuan Kalathana yang tidak diiktiraf itu, telah membuat persiapan untuk merebut kembali kawasan Segenting Kra dan Semenanjung. Persiapan ini telah diketahui oleh Bhadreswararaja dan baginda dengan segera membuat hubungan diplomatik dengan Maharaja China pada tahun 430 M untuk melindungi Kalathana dari yang dilancarkan oleh Funan.

Maharaja China telah menjamin keselamatan Kalathana dengan menghantar surat kepada Funan agar serangan kehadiran itu dibatalkan. Negara Kalathana dalam bentuk persekutuan empat negeri yang dicantumkan dengan daerah Segenting Kra (dari Langkasuka hingga Tambralingga) telah disebut sebagai Ho-lo-tan, K'ou-lo-tan atau K'ou-lo-ch'ieh dalam rekod China.
Lahirnya Empayar Tanah Merah

Pada awal abad ke-6 Masihi, Kalathana telah dikuasai kembali oleh Funan yang berpusat di Campa. Pada tahun 522 M, kerajaan Funan telah runtuh akibat ditentang oleh suku Khmer dari bahagian tengah Sungai Mekong.

Kalinggawarman, Raja Kalathana telah menyerang Funan dan berjaya mengusir suku Khmer yang telah menawan kota Campa pada 556 M, seterusnya membangun kembali kerajaan Funan yang runtuh dan melaksanakan penaklukan kembali wilayah kekuasaan Funan.

Pada 561 M pula, Kalinggawarman telah mengisytiharkan diri baginda sebagai Maharaja Funan dan melantik adinda baginda Raja Gautama menjadi Raja Kalathana seterusnya berfungsi sebagai gabenor tertinggi bagi seluruh Segenting Kra dan Semenanjung.

Tetapi pada 566 M, Raja Gautama telah membelot kakanda baginda dengan mengisytiharkan kemerdekaan Kalathana dari Funan dan telah memindahkan ibu kotanya dari kota Yawakotti, terletak di Hilir Kelantan ke arah Hulu Kelantan yang dipercayai kawasan Nenggiri sekarang. Kawasan baru ini sangat strategik dari aspek ketenteraan dan perlindungan.


Perpindahan ibu kota ini sebenarnya dilakukan untuk mengelakkan serangan daripada Funan, selain itu kawasan Hulu Kelantan juga kaya dengan emas lombong-lombong.

Raja Gautama telah menukar nama Kalathana kepada nama baru yaitu Tanah Merah sesuai dengan lokasi ibu kotanya yang terletak di tanah rata berwarna merah batu kawi. Baginda juga menamakan ibu empayar Tanah Merah sebagai Kota Singa dan dipujuk oleh sarjana Cina sebagai Seng-Chih atau Shih-tzu, manakala nama Tanah Merah juga disebut dengan nama Chih Tu oleh China dan Raktamrittika oleh India.

Negeri ini hanya meliputi Kelantan pada hari ini, Besut di selatan dan Narathiwat di utara, memandangkan negeri-negeri lain dalam Segenting Kra dan Semenanjung masih taat kepada Funan. Kalinggawarman, Maharaja Funan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Raja Gautama, seolah-olah merestui tindakan adinda baginda membebaskan Kalathana dan mendirikan Tanah Merah. Sebaliknya baginda telah melantik adinda baginda yang juga Raja Thanathana menggantikan Raja Gautama sebagai gabenor Funan untuk wilayah Segenting Kra dan Semenanjung.

Empayar ini berkekalan hingga abad ke-7 M ketika pemerintahannya, Sri Jayanaga yang menjadi pahlawan Raja Gautama mewujudkan Empayar Sriwijaya.

Bukti sejarah

Batu Bersurat Cherok Tok Kun atau Batu Bersurat Budhagupta ditemui di Provinsi Wellesley (Seberang Perai) oleh Col. Low pada abad ke-19. Prasasti ini berukir dengan satu stupa dan satu chattravali di atasnya. Manakala tulisan berada di kiri dan kanannya. Tulisan ini yang ditulis dalam huruf Pallava dari abad ke-5 (400-500 M) menyatakan kejayaan dalam sebuah kapal pesiar oleh seoang kapal tempur bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah. Berdasarkan sejarah yang diterangkan dalam rencana ini, batu bersurat ini ditulis tidak lebih awal dari tahun 566 M.

Pemerintah

1. Raja Gautama 566-591
2. Raja Sri Jaya 591-624
3. Raja Nayaka 624-667
4.Sri Jayanaga 667

No photo description available.

Batu Bersurat yang ditemui di Province Wellesley (seberang prai) oleh Col. Low dalam abad ke-19. Prasasti ini berukir dengan satu stupa dan satu chattravali di atasnya. Manakala tulisan berada pada kiri dan kanannya. Tulisan ini yang ditulis dalam huruf Pallava dari abad ke-5 (400-500 Masihi) menyatakan kejayaan dalam suatu pelayaran oleh seoang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Raktamrittika (Negeri Tanah Merah). Berdasarkan sejarah negara Raktamrittika yang diterangkan dalam rencana ini, batu bersurat ini ditulis tidak lebih awal dari tahun 566 Masihi.

No photo description available.
 Sbb tu di Lembah bujang terdapat ukiran batu yang serupa seperti di Raktamrikita ( Kelantan hr ini ) . Lembah bujang termasuk kawasan Kedah ( Khatana ) . lihat pada peta kuno.


Moyang Empayar Sriwijaya.. Sri JayaNaga- Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Srijayanaga mengasas empayar baru. Empayar Champa lebih dahulu dari empayar Sriwijaya.

Sebelum abad pertama Masihi, terdapat sebuah kawasan yang dinamakan Medang Permulaan yang kini terletak di Kelantan. Mulai abad pertama Masihi, kawasan ini mula dikenali sebagai Medang Gana. Dalam tahun 50-100 M, sebuah empayar bernama Yawadwipa telah diasaskan. Empayar ini kekal sehingga abad ke-3 Masihi.

Ribuan tahun dahulu dikatakan Kelantan bernama “Medang Kamulan” sama erti dengan “Medang Permulaan” yang m

Pada abad pertama masihi Raja Medang Gana bergelar Sri Kripawarman atau disebut juga sebagai Wan Pa.Wan Pa mempunyai dua orang saudara yang terkenal iaitu Maliniwarman (Wan Malini) dan seorang lagi bernama Kaundinyawarman (Wan Kaundinya). Wan Kaundinya ini adalah pengasas kepada negara Gunung yang terletak di Kemboja dengan catatan China merujuka negara ini sebagai Fu-nan yang bermaksud Gunung.embawa maksud “Teras (kayu) medang”

Wan Kaundinya mengasaskan kerajaan Funan.

Empayar Funan merupakan empayar Melayu yang diasaskan oleh Kaundinyawarman (Wan Kaundinya), adinda Sri Kripawarman (Wan Pa).


terdapat sebuah kerajaan awal di Dinding ini iaitu 'Qastan Zarian' pada abad ke-7 Masihi. Kerajaan ini dikatakan diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna dari Kedah atau Raja Khmers dari Kemboja.

menurut manuskrip "Hikayat Shamsul Bahrain" dan nama 'Bahrain' itu dikatakan juga sebagai Beruas.

Mengikut sejarah dalam abad ke-15 dan 16, telah tercetusnya satu peperangan antara Raja Hitam dan Siam di Kuala Sungai Dinding yang terdiri daripada Kota Raja Hitam dan Kota Raja Siam. Peperangan ini telah dimenangi oleh Raja Hitam.
Ekoran daripada peperangan ini, pertumpahan darah yang banyak telah menyebabkan tanah di sini menjadi merah. Maka lahirlah nama asal Lumut iaitu 'Tanah Merah' dan 'Dinding' pula sebagai nama daerah ini.Daerah Dinding, Lumut jgak dikenali sebahagian daerah SIAM.

No photo description available.

"Langkasuka" atau "Langya Siao" didaerah Yaran, Pattani. adakah Langya Siao itu mirip kepada nama Siam ?

 mungkin perkataan Siam bermula dari ayat "Langya Siao"

ASWATTHAMAN@SRI KRIPAWARMAN@WAN PA : RAJA MEDANG GANA I (KELANTAN) (01-400 MASEHI)

DINASTI SRI KERIPAWARMAN@WAN PA telah runtuh sekitar Tahun 200M apabila dikalahkan oleh MAHARAJA GUNUNG (FUNAN).

 Funan berpusat di Sungai Mekong. Diasaskan pada tahun 68 Masihi di Delta Mekong, Vietnam Selatan, 18 tahun selepas Yawadwipa ditubuhkan.
Funan merangkumi Vietnam & Kemboja.

Selepas Funan dikuasai Campa (418 Masihi) beberapa wilayah, iaitu Kathalana (Kelantan), Thanathana (Terengganu), Gangga Negara (Perak) & Kuli (Pahang) yang berada di bawah wilayah Funan telah melantik Bhadreswararaja sebagai pemerintah baru dan membentuk Negeri Persekutuan.
Negeri Persekutuan ini diberi nama,
"Kalathana (Tanah Raksasa)."
Kalathana terdiri daripada 4 negeri :

1. Kalathalana - Kelantan
2. Thanathana - Terengganu
3. Gangga Negara - Perak (Beruas & Manjung)
4. Kuli - Pahang



Ibu kota Kalathana yang baru ditubuhkan di Yawakotti, terletak di Hilir Kelantan ke arah Hulu Kelantan. Kawasan ini sangat kaya dengan emas.

 Ibu kota Tanah Merah dinamakan sebagai Kota Singa. Catatan China menyebutnya Shih Tzu/Chih Tu.

Sri Jayanasa merupakan keturunan pemerintah Kalathana.
Pemerintah Srivijaya memakai gelaran Dapunta Hyang yang membawa maksud Maharaja.
Putera Mahkota dipanggil Yuvaraja.
Putera kedua pula digelar Pratiyuvaraja.
Dan pewarisi berikutnya disebut Rajakumara.

Yawadipwa (Medang Gana) pusatnya di Hulu Kelantan mungkin di daerah Kuala Krai. ----------> Funan----------> Kalathana ( Kelantan, Perak (gangga negara), Pahang (koli), Terengganu (thanathana)

 Pengasas Empayar Yawadipwa (Medan gana) di Hulu Kelantan mungkin ada kaitannya dengan King of Serphen. ayah Queen of Soma.. Queen of Soma adalah Keturah isteri N. Ibrahim.. kemungkinannya adalah........ .


Manimegalai (Tamil)
Terdapat satu syair bertajuk Manimegalai yang menyebut tentang Kota Nagapuram (Nagapura) dalam Savaka-Nadu iaitu Yawadwipa dalam Bahasa Tamil. Dua orang Raja Nagapuram dikatakan berasal daripada Indra.

50 M, Sri Kripawarman (Wan Pa) membentuk Empayar Yawadwipa
68 M, Kaundinyawarman mengasaskan Kerajaan Funan
192 M, Sri Mara (Zhulian) menjadikan Kandapurpura sebagai ibukota Kerajaan


Champa (Linyi)
208 M, Ardavan V (Artabanus V dari Parthia) memerintah empayar Parthia (Arsacid)
224 M, Ardashir I (Ardashir-e Bābakān) mengasaskan empayar Sasanid
293 M, Narseh menjadi raja Ērānshahr (empayar Sasanid) yang ketujuh
302 M, Hormizd II menjadi raja empayar Sasanid yang kelapan
399 M, Yazdegerd I menjadi shah empayar Sasanid yang keduabelas
450 M, Kewujudan kerajaan Pahang Tua di Kampung Kembahang
531 M, Khosrow I (Anushiruwān-e Dādgar) menjadi Shahanshah empayar Sasanid
550 M, Bhavavarman I menjadi raja Kerajaan Chenla (Kambuja)
568 M, Gautama Wijaya daripada Wangsa Chudan membebaskan Kerajaan Raktamrittika (Chih Tu) di Tanah Merah daripada pengaruh penguasaan Kerajaan Funan pada tahun 490 Saka
584 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa (Prabhasadharma) lahir di Medang Gana (Kelantan)
603 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa (Sri Jayanaga) turun dari Gunung Marapi
628 M, Sheikh Rukunuddin membawa ajaran Islam ke Sumatera (Aceh)
628 M, Ardashir III menjadi raja empayar Sasanid selama kurang daripada dua tahun
634 M, Merong Mahawangsa (Sri Paduka Maharaja Durbar Raja I) mendirikan Kerajaan Langkasuka di Sik
638 M, Anak Merong Mahawangsa iaitu Merong Mahadipusat menghantar utusan Kedah Zamin Turan (Kedah Pasai Ma) ke China


645 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa mendirikan Minanga Tamwan (Muara Tatang) di Parahyangan (Periaman)
673 M, Seorang sami Buddha, Yi Jing (I-Ching) berlayar dari Canton (Guangzhou) melintasi Kerajaan Malayu (Johor) untuk berguru dengan Sakyakirti sebelum ke Bharatvarsha (India)
674 M, Moyang Sanjaya (Prabu Harisdarma), Ratu Shima (Sri Maharani Mahissasuramardini Satyaputikeswara) menaiki takhta Kerajaan Kalingga apabila suaminya Kartikeyasinga meninggal dunia
682 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa memimpin 20,000 bala tentera ke Matajap dan kemudiannya mengasaskan Kerajaan Srivijaya (Sri Saujana Wijaya Mala) di Langkapura, Palembang pada tahun 605 Saka


683 M, Sungai Batu di Lembah Bujang menjadi jajahan takluk Srivijaya
692 M, Dapunta Hyang Sri Jayanasa diganti oleh anak keduanya Maharaja Dhiraja (Lokitavarman) di Bija Negara manakala anak sulungnya Maharaja Dipang (Dwipantara) berkuasa di Amdan Negara
718 M, Sri Indrawarman (Sri Maharaja Indra Warmadewa) menulis surat kepada khalifah Umayyah, Umar bin Abdul-Aziz
723 M, Suami kepada Tejakancana (Rakai Mataram Sang Ratu Sanjaya) iaitu Sanjaya Harisdarma (Rakeyan Jamri) menjadi raja Kerajaan Sunda-Galuh
730 M, Rudra Wikraman (Bhanu) memindahkan ibukota Srivijaya ke Kota Mutajap, Jambi
732 M, Sanjaya Harisdarma mendirikan Medang hasil gabungan Kalingga Utara (Bhumi Mataram) dengan Kalingga Selatan (Bhumi Sambara)
775 M, Wangsa Sailendra yang dipimpin oleh Sri Maharaja Wisnu (Dharmasetu) mengambil alih tampuk pemerintahan Srivijaya


803 M, Rombongan Sanjaya Harisdarma (Sri Maharaja Kusumabhadra) berlayar sampai ke Madagasikara (Madagascar)
1006 M, Sri Chulamanivarman (Sri Cudamani Warmadewa) membina sebuah biara Buddha iaitu Chudamani Vihara di Nagapattinam dengan Raja Raja Chola I sebagai penaungnya
1017 M, Pusat pentadbiran Srivijaya dipindahkan ke Kadaram (Kedah) oleh Sangrama-Vijayottunggawarman
1025 M, Beberapa pelabuhan Srivijaya diserang armada kapal perang raja Tamil, Rajendra Chola I dari Dinasti Chola
1136 M, Raja Kedah (Kataha) yang ke-9, Phra Ong Mahawangsa Durbar Raja II (Sultan Mudzaffar Shah I) memeluk Islam
1183-1233 M, Raja Shulan (Trailokyaraja) menubuhkan Dharmasraya (Bhumi Malayu) di Jambi sebagai kerajaan Dinasti Mauli, serpihan Empayar Srivijaya
1192 M, Kaykhusraw I menjadi sultan Rom Seljuk yang kesebelas
1220 M, Kayqubad I menjadi sultan Rom Seljuk


1222 M, Ken Arok (Rajasa) mengasaskan Kerajaan Singhasari di Tumapel menggantikan Kerajaan Kediri
1233-1253 M, Raja Suran (Surendra) menjadi raja Jawaka (Kelantan)
1247 M, Kerajaan Tambralingga (Ligor) menghantar angkatan tentera menyerang Serendip (Ceylon) untuk meluaskan pengaruhnya
1253-1267 M, Raja Chulan (Thilam) menjadi raja Malayur (Singapura)
1267-1296 M, Anak Raja Chulan iaitu Raja Zainuddin (Sakranta) menjadi raja Langkasuka (Singgora) yang diwarisi melalui datuknya Raja Suran
1267–1339 M, Raja Abdullah (Raden Mas Aria) menjadi raja Chermin di Kota Mahligai (Bachok)
1275 M, Kertanagara, raja Singhasari melancarkan Ekspedisi Pamalayu yang diketuai oleh Kebo Anabrang
1282 M, Raja Indravarman V dan anaknya Putera Harijit (Chế Mân, atau Jaya Simhavarman III) berundur ke kawasan pergunungan apabila Champa diserang tentera Mongol yang diketuai oleh Kublai Khan
1286 M, Sang Sapurba ditabalkan sebagai raja Kerajaan Dharmasraya di Bukit Siguntang, Palembang

No comments:

Post a Comment