Thursday, April 30, 2020

Sejarah sedih Bangsa Champa



Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 - 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi


Fail: Gong nekara selayar.jpg



Kemenko Maritim: Pulau Selayar Sangat Potensial untuk dijadikan KEK


Guests looking at Pejeng-style bronze drum from East Java at …

7 Ciri-Ciri Zaman Logam dan Manusia Pendukungnya

Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas. Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapat juga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 - 1471).

Image may contain: possible text that says 'Erlangga Ibrahim Syahrizal Budi Putranto CHAMPA Kerajaan Kuno Kuno di Vietnam Benarkah urang Champa berasal dari Jawa? Bagaimana Sunan Ampel diminta Putri Champa ke Majapahit untuk menyebarkan agama Islam? gaimana Bagaimana Champa memberi warna pada Suku Aceh dan sistem matrilineal di Ranah Minang?'

Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhan ibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke-29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.

Image may contain: possible text that says 'Simhapura Indrapura Vijaya Kauthara CHAMPA Pandurangga'

Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol serangan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.

Image may contain: sky, outdoor and nature
Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.

Image may contain: plant, sky, tree, mountain, outdoor and nature

Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.

Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 - 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihat mereka lenyap sebagai bangsa asing.

Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kurangnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.


Pada tahun 35 Masehi,Maharaja Cina telah melantik jin-yin untuk memperhebatkan lagi gerakan ‘pencinaan’ bangsa Vietnam (Annam) ,Fukien, Kuantung dan Indo-China utara iaitu di daerah yang dinamakan Annam dan Tongking.

Beberapa tahun kemudian bangsa Vietnam bangkit memberontak dipimpin oleh seorang wanita yang dikenali oleh orang Cina sebagai Chiangtze.

Setelah 3 tahun pemberontakan itu menyalakan api pemberontakan, Maharaja Cina bernama Kuan-Wu-Ti menghantar seorang jeneral yang terkenal bernama Mayuan untuk menghancurkan pemberontakan ini dan mengambil alih semula daerah-daerah Annam dan Tongking.

Seterusnya Jeneral mayuan mara pula ke negara bangsa Melayu bernama Jawana dengan menyerang daerah yang bernama Dong-Son dalam tahun 43 masehi.Walaupun bangsa melayu memberi tentangan kuat tetapi mereka terpaksa mengaku kalah dan maralah bala tentera Cina ke selatan di sepanjang pantai Jawana sampai kira-kira kawasan Kota Hiu sekarang iaitu suatu tempat yang dinamakan oleh orang Cina sebagai Hisiang-Lin.

Akibat daripada serangan Jeneral mayuan itu,maka orang melayu Dong-Son dalam negara Jawana itu berpindah secara besar-besaran ke arah selatan dan barat.Kemudian pelarian dari Dong-Son inilah yang dikatakan telah mendirikan kerajaan Melayu Champa.Seperti yang kita semua maklum,kebudayaan yang dibawa dari Dong-Son ini juga telah ditemui di Semenanjung Tanah Melayu apabila gendang logam yang bercirikan Dong-Son telah ditemui di Batu Burok (Terengganu), kelang(Selangor) dan juga di Kepulauan Jawa.Kedua-duanya bertarikh sekitar kurun pertama hingga kurun kedua masehi.Rebana Ubi yang digunakan oleh masyarakat Terengganu,Patani dan Kelantan pada hari ini adalah perubahan daripada gendang era Dong-Son ini.

Selain itu,saya berpendapat asal nama Jawa adalah daripada perkataaan ‘Jawana’ iaitu sebuah negara melayu yang terletak di Vietnam Utara sekarang ini


Pengkalan Chepa berasal dari Pengkalan Champa.

 Dai Viet satu kaum yang tinggal di Selatan China yang menyerang dan merampas wilayah Champa ni.. Viet Nam asal dari nama Dai Viet ni laa

Champa adalah Cempaka.. begitu juga dgn Kemboja- Cambodia. Ini adalah negara bunga-bungaan yang dikaitkan dgn leluhur dari Keturah..


No photo description available.

1975, orang-orang Cham hanyalah berjumlah 116,000 orang baik di Kemboja mahupun di Selatan Vietnam, dan jumlah ini makin berkurangan pada 1981. Semenjak 1832, orang-orang Cham bertaburan diseluruh kepulauan Nusantara dan mereka ramai berada di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan. Di negeri ini, mereka mendapat tempat yang istimewa walaupun memegang status pelarian, kebanyakkan mereka dikenali sebagai peniaga dan pengusaha di Malaysia, purata orang-orang Cham ini yang turut dikenal sebagai "Orang Kemboja" menetap di pondok-pondok sekitar Kelantan, ada yang pulang semula ke Kemboja dan menjadi pendakwah disana, sebaliknya ada juga terus kekal di Malaysia meneruskan survival mereka.

No photo description available.

Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China)


No photo description available.

Mahkota Champa


Image may contain: possible text that says 'Provinzen mit Cham-Minderheiten in Vietnam und Kambodscha Kon Gia Lai östliche Cham Dak Lak Cham Binh Dinh westliche Cham Phu Yen Champa 1471 Hoa Ninh Thuan Binh Thuan Dong Golf von (10) Giang Tonking Sanya (Hainan) Nai (12) Tay (13) Kandal (14) Takeo Hue Kampot (16) Kampong ODa Da Nang (17) Kampong Cham OMy Son (18) (19) Ratanakkiri (20) Pursat Quy Nhon (4) (21) Battambang 21 3 16 ONha Trang (6) Da Udong Phnom Penh Phan Rang (7) 15 HCM Stadt Phan Thiet (8) Chau Doc Golf von Südchinesisches Meer'

Phan Rang diambil dari kata Panduranga, kota terakhir dan paling selatan dari peradaban Champa

Penguasa Khmer Merah membunuh lebih 500,000 orang2 Champa. 


 rejim Maoist Khmer Rouge ada­lah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia men­dapat kuasa melalui so­ko­ngan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini ber­kuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri. Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhir­nya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menu­buh­kan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem peme­rintahan yang memiliki sebuah parti politik sa­haja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge me­mutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar – ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual – telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.

Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun meng­amalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai “aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan,” dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah “padang pembunuhan.” Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.

No photo description available.

Orang2 Cham selamatkan diri dgn menaiki sampan/ perahu ke selatan mencari tempat yang selamat dr pembunuhan beramai2 Dai Viet, kawasan yang terdekat dgn lokasi dr tempat mereka adalah di Pengkalan Chepa.. itu adalah sebutan kepada asal muasal pengkalan bagi orang2 Champa berlabuh.. Lokasi yang paling terdekat dgn Champa ( Vietnam ) pengkalan orang2 champa lama kelamaan di sebut sebagai Pengkalan Chepa. 

Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa.

"Mugkin melalui nama nama dlm sejarah purba bangsa melayu selepas rencong mula ditiggalkan diagkat menjadi dewa dewa dlm hindu,, diperkuat dengan sanskrit..." 

Yg menamakn INI sebagai hindu Buddha selepas penjajah masuk Dan merosakkn system pemerintahan kerajaan2 Melayu Ni. Mereka xkan mengaku bahawa INI Ada kaitan dgn agama tauhid Dr nabi ibrahim. Mereka pusing fakta dgn banyakkan membuku Dan menulis seterusnya diajarkan ilmu2 sejarah yg xbetul di peringkat2 sekolah. Dan kita sudah di ajarkan INI adalah Hindu Dan Buddha..


Bandar Ho Chi Min skg ni juga adalah dari gelaran kepada Saigon. apa kemungkinan King Of Sargon itu merujuk kepada "King of Saigon"----> Champa??

Cams Vietnam moden dan Kemboja adalah sisa-sisa bekas kerajaan ini. Mereka bercakap bahasa Chamic , subfamili Bahasa Malayo-Polinesia yang berkait rapat dengan bahasa Melayu dan Bali-Sasak .

 Nama Champa berasal dari perkataan Sanskrit -----> Campaka (disebut tʃaɱpaka ), yang merujuk kepada Bunga cempaka , satu spesies pokok berbunga terkenal dengan bunga wangi.

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor

Di Indonesia ia dikenali sebagai cempaka . Di Filipina , ia dikenali sebagai tsampaka , sampaka atau sampaga . Di Sub-Benua India ia dikenali sebagai Sampenga atau Chempaka. Di Myanmar ia dikenali sebagai "စကား ဝါ". Bunga-bunga yang harum, bersama-sama dengan sampaguita , ylang-ylang dan camia

dipakai kepada rambut wanita sebagai alat hiasan kecantikan serta minyak wangi semulajadi.

Pokoknya secara tradisional digunakan untuk membuat rambut wangi dan minyak urut. Minyak wangi terkenal Jean Patou , ' Joy ', minyak wangi kedua di dunia berasal dari minyak pati bunga champaca. Nama vernakular "Joy tree perfume" berasal dari ini.


No photo description available.

Abad ke-5M = Penyatuan lima wilayah Cham iaitu Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam), Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa di bawah pemerintahan Raja Bhadravarman I.


1069 Raja Ly Thanh Tong mengepalai serangan Ðai Viet ke atas Champa; menjarah Vijaya dan menahan Raja Rudravarman III (Che Cu) sebagai tebusan untuk penukaran tiga wilayah iaitu Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chanh (kini dikenali sebagai Quang Binh dan Quang Tri)

Puteri Vietnam Huyen Tran berkahwin dengan Raja Jaya Sinhavarman III (Che M?n), dan sebagai ‘dowry’ telah diserahkan dua wilayah iaitu O dan Ly

1370 = Raja Che Bong Ng? berkali-kali menyerang dan menjarah Thang Long (Ha Noi). Che Bong Ng? mati dibunuh dalam peperangan yang lain pada 1382.

1402 = Ðai Viet menyerang Champa. Ho Quy Ly memaksa Raja Campadhiraya untuk menyerahkan Indrapura (Quang Nam) dan wilayah Amaravati (Champa Utara) kepada Ðai Viet.

 1471 = Tentera Ðai Viet dibawah pimpinan Raja Le Thanh Tong menawan dan menghancurkan Vijaya. Ðai Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasannya jajahan baru sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon.


1653 = Panglima Nguyen Phuc Tan menawan wilayah Kauthara dan membesarkan sempadan Ðai Viet ke selatan sehingga ke Cam Ranh

 1692 = Panglima Nguyen Phuc Chu merampas wilayah saki baki Champa yang lain dan menjadikan mereka sebagai wilayah jajahan dalam Tran Thuan Thanh.

 1832 = Raja Ðai Viet, Minh-Menh menjatuhkan Raja Champa yang dilantik oleh Ðai Viet dan ini menandakan pengakhiran kepada Champa sebagai satu wilayah khusus untuk orang Cham.


No photo description available.


The Black Book of Communism telah menggambarkan kejahatan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham.

Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak… Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65 Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa


Image may contain: 1 person, indoor

tengkorak org islam yang mati dibunuh oleh kekejaman pot pol. bnyk lg yg x tayang


Image may contain: 1 person

Berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh.


Image may contain: one or more people, food and outdoor

bunuh wahai semua sahabat..ni semua org2 melayu kita yang beratus tahun kena bunuh wahai semua sahabat....

No photo description available.

Image may contain: shoes and outdoor

No photo description available.

Image may contain: one or more people, tree, hat and outdoor

Image may contain: tree, outdoor and nature

No photo description available.



No photo description available.

No photo description available.

Language group


No photo description available.


No photo description available.




No comments:

Post a Comment