Sunday, April 26, 2020

Negara Jawaka dari Jawakota kepada Mandawijaya di lokasi Danau To'Uban.


No photo description available.

Jawaka - kerajaan silam Segenting Kra yang diasaskan oleh Raja Surendra yang lebih terkenal dengan gelaran Maharaja Suran pada 1240 Masihi, baginda adalah putra sulung kepada Maharaja Srimat Trailokyaraja, kerajaan ini dibina kembali di atas kerajaan Sampugita yang terakhir dikuasai oleh ayahandanya dari ekspedisi menaklukkan Sri Lanka. Kerajaan ini telah menguasai kawasan Segenting Kra hingga seluruh Semenanjung iaitu dari Nagara Prathama (Nakhorn Prathom) satu lokasi berhampiran Kota Bangkok hingga ke Pulau Temasik, kini dikenali sebagai Singapura, malah kerajaan yang dibina oleh Maharaja Suran ini juga menguasai Champa, Sri Lanka, Sumatera dan Sunda.

Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor, nature and water

Kerajaan ini dinamakan oleh Maharaja Suran dengan nama Jawaka dan ibu negaranya bernama Jawakota yang terletak di satu kawasan strategik iaitu 15 batu kearah selatan Kota Bharu, dan kira-kira 3 batu ke arah barat barat Bukit Panau. Lokasi tersebut dapat dicapai melalui sebatang sungai kecil dari kampung To'Uban, sumber menyatakan kota ini telah tenggelam di bumi pada akhir abad ke-14 bersama dengan penduduknya yang ramai, bangunan istana, dan candi-candi, luas seluruh kota itu diperkirakan seluas dua ribu ekar, masa kini lokasi itu telah bertukar dari satu kawasan lapang menjadi lokasi penampan udara yang lebih dikenali sebagai penduduk setempat dengan nama Danau Tok Uban.

Image may contain: possible text that says 'Contoh Pakaian Raja perempuan Segenting Kera,Utara Utara dan Pantai Timur Kuno (Kedah,Patani,Kelantan Era JAWAKA ZABAJ) Pemeleh Gelang leher ada gaya Makyong Gelang Potoh Lengan Topless Pending Sarong batik Sejenis ikatan seledang gaya kuno Gelang kaki kaki Salah satu ikatan kain sarong Funan/Angkor Siti Dewi.'
Maharaja Suran bercita-cita ingin menakluk Kerajaan China, untuk menghalang perkembangan bangsa Tartar ke Selatan, namun ia berlaku sebaliknya, Raja Suran telah mangkat dalam tahun 1253 Masihi. Kedudukan Maharaja Suran telah digantikan oleh puteranya, Raja Sankrata yang juga digelar Raja Aminduddin, baginda telah mengubah nama pusat kerajaan Jawaka dari Jawakota kepada Mandawijaya. Pentadbiran Jawaka mula merosot apabila ia dibawah pemerintahan Raja Sankrata, kebanyakan negeri yang bernama negerinya menyatakan kemerdekaan, Kerajaan Pasai adalah negeri pertama yang berpisah dari Jawaka, diikuti Champa di timur. Kemudian negara Pandya di India Selatan berhasil merebut Sri Lanka, Kerajaan Jawaka semakin lemah ketika Negara Prathama, Malayu dan Sunda juga membebaskan diri.

No photo description available.

Pemberontakan dalam empayarnya berlaku secara serentak, seolah-olah ia telah dirancang menyebabkan Raja Sankrata tidak sempat mengambil langkah segera dan berkesan untuk membatalkan pemberontakan itu, pada mulanya baginda cuba mengamankan Pasai, wilayah pertama yang membebaskan diri dari Empayar Jawaka. Sewaktu angkatan Jawaka sedang bertempur dengan Pasai, anak saudara baginda Sang Nila Utama juga merupakan Raja Malayu telah menyerang daerah Jawaka di Semenanjung dan berhasil menduduki Gangganagara dan Kataha.

Image may contain: outdoor

Raja Sankrata telah membatalkan hasratnya untuk menundukkan Pasai, Malayu, Sunda dan dua wilayah di Semenanjung yang telah dikuasai oleh Raja Malayu, sebaliknya baginda menumpukan usaha untuk mendapatkan kembali Champa, Nagara Prathama dan Pulau Sri Lanka, kerana penguasaan wilayah ini membolehkan bangsa Melayu selamat dari ancaman anasir luar. Peristiwa yang berlaku dalam masa pemerintahan Raja Sakranta menggambarkan kepada kita, bahawa perpecahan wilayah Empayar Jawaka berlaku dalam dua peringkat iaitu dari dalam dan luar, perpecahan di peringkat dalaman terjadi apabila wilayah yang bersekutu dengan seperti Pasai, Malayu dan Sunda telah menyatakan kemerdekaan, sedangkan pada tahap luaran pula berlaku akibat serangan musuh terhadap kedudukan Prathama di Segenting Kra, Pulau Sri Lanka dan Champa.

Untuk mengekalkan status kekuasaannya di daerah-daerah jauh, baginda telah memacu usaha untuk mendapatkan kembali Champa tetapi faktor kecergasan angkatan tenteranya menjadi faktor penentu kejayaan, hal ini terjadi setelah perajurit Jawaka mengalami keletihan yang sangat serius karena mereka telah terlibat dalam perang lama dengan wilayah-wilayah yang telah membebaskan diri dan telah berlarutan selama 12 tahun. Raja Sankarta memandang berat tentang perkara itu, baginda telah membuat perikatan dengan Raja Sighasari yang memerintah di Jawa, melalui perikatan ini kerajaan Singhasari telah membekalkan ribuan tentara yang dipimpin oleh Lamutal, cucu kepada Ken Arok, gabungan pasukan antara Jawaka dan Singhasari berjaya menundukkan Champa, sementara rajanya yang memberontak telah dibunuh seterusnya Raja Sankrata melantik panglima agungnya bernama Nadi Wijayawikrama menjadi Raja Champa dengan nama Indrawarman.

Tahun 1266 Masihi, tepatnya satu tahun selepas misi menundukkan Champa, Raja Sankarta telah pulang ke Mandawijaya, baginya baginda ke pusat pentadbiranya, didapati Temasik dan Kelangkiu telah dikuasai oleh Sang Nila Utama, suatu tindakan yang sangat melampau telah dilakukan oleh Raja Malayu, kerana sebelum ini ia telah menduduki Gangganagara dan Kataha. Pertama kali, Jawaka membiarkan tindakan dari Malayu membebaskan diri tetapi kali ini, Raja Sankrata tidak lagi bertangguh melancarkan serangan balas terhadap Malayu, ketika Jawaka sedang siap menyediakan angkatan perang untuk menyerang Malayu, Raja Sankrata telah diberitahu bahwa Raja Dai Viet telah memberikan dua kata untuk menyerang Champa dengan alasan Raja Champa yang dibunuh atas kesalahan memberontak dahulu telah meminta bantuan daripadanya sebelum ia ditewaskan.

Tamparan hebat buat pentadabiran Jawaka dan Raja Sankrata sendiri, ancaman yang datang dari pelbagai arah telah membuatkan baginda akur dengan hakikat itu, sekali lagi serangan ke atas Malayu dibatalkan, sementara Champa yang diperintah oleh Indrawarman diarah tunduk kepada Dai Viet. Bagaimanapun baginda tidak akan melepaskan begitu sahaja Nagara Prathama dan Pulau Sri Lanka.



 Poling juga boleh disamakan dengan Javaka dalam bahan-bahan Sri Lanka, Savaka dalam tulisan Tamil, Zabaj dan Zabaka dalam rekod Arab, Tambralingam dan Tambralingarath ( Rath bermaksud negara)-sumber India.

oling muncul dalam kronik-kronik Cina dari zaman Tang (618-907) hingga awal Ming (1368-1644). Mereka telah memberi penghormatan pada 640, 648, 818, 860 dan 873. Banyak ulama mengenal pasti Poling dengan Maling, dan Danmaling (單 馬 令) adalah salah satu negara anggota Sanfoqi (bahasa Srivijaya dalam bahasa Cina)


rujukan Cina " Sanfoqi " atau "Sanfotsi", sebelum ini dibaca sebagai "Sribhoja", dan inskripsi di Old Malay merujuk kepada empayar yang sama.

erdapat kerajaan yang lebih tua dari Kantoli yang dapat dianggap sebagai pendahulu Sriwijaya. Di Sanskrit dan Pali, ia dirujuk sebagai Yavadesh dan Javadeh masing-masing. Orang Arab memanggilnya Zabag dan Khmer menyebutnya Melayu.


Ibn Khordadbeh ada menjelaskan bahawa penguasa Zabaj diberi nama Al Takht, raja kepada pulau-pulau di laut timur.



Image may contain: possible text that says 'Modern coast line Upper Paleolithic coast line at -120m Siam River System Malacca Straits River System North Sunda River System East Sunda River System'

bukti kajian sungai atas Sundaland. garis warna hijau dedahkan nama siam -kawasan laluan sungai purba ini.. mcmana kitab tulisan Siam Kont Montibun ada bgtaw pasal kerajaan ni?? Kerajaan Wurawarai. Tambra-lingga juga mirip dgn nama Linggui.. iaitu tempat takungan air yang dijual kpd Singapore oleh Johor.

No comments:

Post a Comment